Thursday, 18 April 2013

Langit Biru

السلام عليكم


Walaupun dah hampir 6 tahun cnn di bumi Teluk Intan tapi cnn ngan family memang jarang sekali nak duduk lepak-lepak di Menara Condong seperti kebiasaan penduduk disini buat...biasanya kalau malam minggu dataran nie akan penuh dengan manusia yang bersantai bersama keluarga memasing...

Tapi masa gambar nie diambil cnn rasa menara condong nie cantik sangat...langit biru nak hujan sebenarnya tue tapi subhanallah memang cantik gila cnn rasa...


masa tue cnn tengah dinner kat kedai depan menara condong neh..sekali bila tengok menara condong jadi ohsem sangat dengan langit membiru macam tue subhanallah memang cantik sangat-sangat..cecepat ambik camera dalam kereta..kate blogger kannnn, haruslah camera standby jerk nak berkhidmat...anytime anywhere katenyer...:P

dah tue camera plak memberikan kerjasama yang baik kerana menghasilkan gambar yang sangat ohsem..Great..!!


dan dan tue jugak ler kelam kelibut nak ambik gambar bergedik santai berlatar belakang kan menara condong..nampak sangat jakun vs poyo...:P

Padahal cnn korunk neh menara condong tue pon tak pernah naik lagi tahuk..6 tahun katernya duduk kat situ aperpon tak bley...harap nama jerk cnn,tak "CNN" langsung...huhu

eh sebenarnya langit membiru nak hujan tuh...sekali lalu jerk langit biru tuh pastu langit terus bertukar hitam dan gelap....dan hujan selebatnya..

dan anak-anak pon melagukan "katak oh katak kenapa kau panggil hujannnnn....."disusuli dengan gelaktawa ayahbonda...cewahhhhh..hikhikhik


Alhamdulillah sejuk bumi Teluk Intan lepas tue. 



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 17 April 2013

Tentang 15 APRIL

السلام عليكم



Mengarungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Tuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Alhamdulillah, 15 April kembali lagi walaupun sudah dua hari berlalu..
Genap sudah 7 tahun rumahtangga yang kami bina..Alhamdulillah,Terima kasih Allah..
Semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi rasa cinta dan kasih sayang kami di dunia dan di syurga..


Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kami anak-anak yang sangat chomel dimata kami.Alhamdulillah mereka anak yang baik dan bijak, mereka anak yang hebat untuk kami..

Terima Kasih Ya Allah, terima kasih di atas segala kurniaanMu...
Engkau pinjamkanlah mereka kepada kami selama yang mungkin Ya Allah...dan Engkau panjangkan umur kami untuk kami berikan mereka dengan kasih sayang kami sepenuhnya Ya Allah..kami mohon Ya Allah...


Aaminn...Syukran Jazillah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 4 April 2013

Obsesi

السلام عليكم

tengah kusyuk tengok telibesen.

Banyak-banyak tempat
bakul baju jugak tempat pilihan


Anak orang lain haku tak pasti
Tapi anak haku memang dua-dua pon macam nie
selalu sangat beristirehat dalam bakul

berjam lamanya duduk dalam bakul
tanpa buat apa-apa

rasa selamat mungkin.
atau terlebih feeling gamaknya.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 3 April 2013

Salam Takziah Abang AbiL

 السلام عليكم

Innalillahiwainnailaihirojiun
Semalam kak Gee, isteri kepada Abg Abil telah kembali ke rahmatullah setelah 2 tahun koma.
dan haku baru tahu hari nie..
itupun tengok dalam paper, kelam kabut buka belog.
teruk betul haku nie..dush.



abil4fauziah adalah tentang cinta dan pengorbanan seorang suami yang mengorbankan kerjayanya untuk menjaga dan memberi sepenuh perhatian terhadap isteri yang dinikahinya. kak Gee mengalami kerosakan pada saraf otak dan terlantar koma lepas itu. 


Haku sangat kagum dengan ketabahan abg Abil dan setia cinta Abang Abil pada Kak Gee.Ini adalah tulisan Abg Abil yang sangat dekat dihati haku..

"seminggu yang lalu Gee ada membuang air besar tetapi agak lain dari kebiasaannya coz warna yang hitam, cm hitam rambut dan cair sahaja. Seminggu yang lalu juga Gee kerap berpeluh sehinggakan cadar basah!!..So mengikutkan simptom2 ini dari mata kemanusiaan dan dari segi pengalaman perubatan moden dan syifa', sekarang ni Gee sudah mula memasuki "Final Stage" kehidupan..Ini jangkaan dari mata kemanusiaan..Pastinya, semua ini hanya ALLAH saja yg lebih mengetahui. Dan I hanya mampu berdoa yang terbaik buat Gee dan juga masih meneruskan penjagaan rapi buat Gee seperti biasa..Dan sehingga hari ini juga I masih dan Tetap Cintakan Gee,.Cinta untuk seorang Isteri..."

Semoga kak Gee akan lebih tenang disana dan moga Abang Abil akan lebih redho dengan setiap kententuan dariNya.Salam Takziah untuk abang Abil dan keluarga.


Sudikanlah membagi 2 minit kalian sedekahkan Fatihatul kitab untuk arwah kak Gee,
Al-faatihah.




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~