Buat Insan yang bergelar Abah…Luddin Kamal...
Abah tak perlu datang,kalau kedatangan abah sekadar untuk menambahkan penyiksaan yg aku tanggung selama ini..
telah lama kubiarkan bicara luka ini berlari dihati ku yg diselimuti kerinduan…meskipun selama ini tidak pernah sekali pun ku suarakan isi hatiku dan tanpa sebarang reaksi terbayang digaris-garis wajah riangku namun andainya kau tahu betapa aku merinduimu…kerna aku amat tahu abah tidak pernah memberikan secebis pun kasih sayang dibibir hatiku…aku amat mengerti ini…
Abah….
betapa sekian lama aku menanti simpatimu dan aku merayu setiap waktu agar abah insaf akan rinduku yang terburai disetiap sudut waktu ini....aku kini faham betapa jantungku hampir2 hancur dengan penantian yang tidak berkesudahan ini…lalu ku selimuti diriku dengan penuh kedukaan kerna penantian ini telah pun melangkaui 28 tahun…
Abah…
diantara kita memang tidak ada apa2 pertelingkahan apa lagi permusuhan..tapi aku amat tidak mengerti betapa selama ini aku dijauhkan dari perhatian yang mana semestinya ku perolehi dari seorang yang bernama ayah….
Abah…keadaan telah memberikan kita jurang pemisah yang amat dalam…kau pergi tanpa berita, kau tinggalkan aku dalam kehausan kasih sayang dan kau jua yang membiarkan aku sendiri menagih kasih orang…
Tapi Abah…satu yang perlu kau tahu…sikapmu itu bukan bererti langkahku akan songsang malah aku masih mampu berdiri dengan megahnya tanpa semangat darimu…Tanpa peransang darimu…Tanpa tunjuk ajarmu… Tanpa belaianmu…Dan tanpa kasih sayangmu….juga tanpa restumu…. Suatu waktu akan ku buktikan, bahawa anak tunggalmu ini adalah anak abah yg paling kurang ajar akan menjadi anak yang berguna…mungkin padamu suatu hari nanti…
Abah…
Sekian waktu aku telah hilang bersama bayangku diwajah yang telah aku sepikan dimuara keheningan malam….kini aku amat senang begini…seketikanya,aku masih merinduimu agar masih punya waktu untukku menatap wajahmu..
pun…abah tidak pernah tahu akan hal ini…dan abah tidak pernah sekalipun hadir untuk melihat aku yang terlantar dengan kepiluan sejuta perasaan yang amat terseksa…
Abah…
mungkin kau tidak pernah memikirkanku anak yang telah kau tinggalkan sejak kelahiranku lagi..tapi aku tetap ingin tahu apa dosaku padamu sehingga kau pergi tak kembali…dan membiar aku berfikir adakah aku punya ayah..atau adakah benar aku anakmu…kejammmm nyer dirimu... tegarrrnyer hatimu...
Abah…adakah kau tahu betapa pedihnya hati ini tatkala kau hanya memberikan namamu untukku…apapunn..Terima Kasih abah diatas penganugerahan ini…
Abah…aku cukup tahu abah tidak punya waktu sedikitpun untuk digunakan buat anak yang tidak pernah mencium tanganmu ini…aku sedar akan itu... ketahuilah olehmu,lewat sisa2 rinduku yang hampir padam,aku ingin sekali mencium telapak tanganmu…agar nanti tenang hatiku…
Abah…kalau nanti kita tidak sempat bicara panjang, ketahuilah aku pergi meninggalkan sisa duka yang amat manis kunikmati…. haku pergi meninggalkann dendam rinduu yg telah sekian lama bersemadi dihati...haku pergi bersama persoalan yang tidak pernahh ku ketemu jawapannya...
Terima kasih abah….mungkin kata-kata ini yang paling sesuai untuk dirimu dan maafkanku kiranya suatu hari nanti Tiada lagi rindu untukmu dan maafkan ku jika sayang telah bertukar benci…maafkan anakmu…..ShiELa..
Selamat Hari Bapa kiranya aku anakmu…
speechless!!!
ReplyDelete..dan aku tak mampu menyuarakan apapun..
ReplyDeletesesungguhnya, setiap hambaNya diduga dengan cara yang berbeza.. tabah, tabah dan terus tabah..
ReplyDeleteDik,
ReplyDeletewalaupon yg berlaku tidak akak ketahui, namun aku tahu derita hatimu..
berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. sabar dan terus tabah..
ReplyDeletedoakan dia sihat sejahtera beb, yg berlalu biarkan pergi...
ReplyDeleteapa ni wei aku tak faham..ko benci bapa ko??
ReplyDeleteaku tak faham tak faham