KUALA LUMPUR 10 Ogos - Jumlah korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan enam lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 32 kes sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada enam kematian yang direkodkan, hanya satu kes kematian berlaku semalam.
Beliau berkata, lima kematian lain yang berlaku sebelum itu hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos lalu serta dilaporkan secara formal sebagai kes- kes kematian yang berkaitan H1N1 semalam.
"Empat daripada kes kematian tersebut didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah 5 Ogos (2 kes), 8 Ogos (3) dan satu kes pada 9 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, sebanyak 203 kes baru H1N1 termasuk enam kes kematian dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 1,983 kes dengan 32 kes kematian.
"Kesemua kes baru H1N1 tersebut adalah kes jangkitan tempatan dan semua pesakit terdiri daripada warganegara Malaysia," jelas beliau.
Merujuk kepada situasi global sehingga hari ini, Mohd. Ismail berkata, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan dari 174 negara.
"Ia merupakan peningkatan sebanyak 1,066 kes dengan 100 kematian berbanding hari sebelumnya," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1 diminta segera mendapatkan rawatan di hospital.
"Rawatan antiviral akan diberi kepada pesakit tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Ia sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.
Mohd. Ismail berkata, mereka yang mempunyai simptom ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik selain dinasihatkan berada di rumah dan membataskan pergaulan serta aktiviti di luar.
"Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan iaitu dengan memakai penutup mulut dan hidung jenis tiga lapis bagi mengurangkan penularan virus kepada orang lain jika terpaksa keluar rumah," katanya.
Tambahnya, orang ramai harus mendapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk berdarah, muntah atau cirit-birit yang kerap.
"Mereka diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak minum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini," katanya.
Ujar beliau, penutupan sesebuah sekolah atau institusi adalah bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi tersebut.
"Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan H1N1 hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja," katanya.
SUMBER :Oleh LIAU PEI WEN
liau.peiwen@utusan.com.my
semakin betambah la kan...bkn menurung...haiya...amat la risau...
ReplyDeletesheila.....takutkan
ReplyDeletemakin menular virus nie..
mmm.....info terbaru yg kawan zana kongsikan..
minum jus epal hijau tak kurang dari 6 biji sehari...insya allah
aderr ustazah share ngan akak.. ni laa tanda2 akhir zaman. ALLAH datangkan penyakit yang ganjil dan meragut nyawa manusia dalam sekejapan..
ReplyDeletesama2la kita memohon keampunan dariNYA..
sukar utkku gambarkan perasaan di kala mendengar berita kematian terbaru
ReplyDeletebg mereka2 yg menjd ahli keluarga si mangsa
betapa sayunya hati tatkala mendpt berita kematian demi kematian
apakan daya...
anggaplah ini semua dugaan dari DIA
betul kata kak nita
ni tanda2 akhir zaman
wallahhu'alam bissowab
semua yg berlaku tentu ada sesuatu di sebaliknya
kita masing2 hati2 lah
amalkan gaya hidup sihat
hiii3X
sama-samalah kita menjaga kesihatan..
ReplyDeletejagan lupa pakai mask tau...
serius haku semakin takut..
ReplyDeletehosp makin melambak2 org ... risau haku .. sian pada org tua & budk2 ..
hrp2 ler virus BABI ni makin surut..
SOKONG BABI DI HAPUSKAN SAMA SEKALI .. xdak paedah nye pun
TAKOTNYAAAAAAAAAAAA.. :(
ReplyDeleteNi pon along lak demam. Aku angkut skali dtg opis ni...
ini semua sebagai peringatan dr Allah kepada kita yang masih hidup agar insaf dan segera bertaubat....
ReplyDeleteH1N1 ni menyerang paru2. Kalo paru2 kuat..InsyaAllah, ia boleh menepis virus2 tu.
ReplyDeleteMintak selisih la kita semua dari penyakit ni,makin hari makin meningkat..takot sgt.
ReplyDeletevaksin tu pun lmbt beno nak dpt
ReplyDeletenak mati beribu baru nk bg ke..adoi
at least ada gak ubat nak bg elak penyakit ni...
ya allah ampunilah dosa2 hamba2 mu ini
ya allah jauhilah penyakit ini dari anak2 kami..huwaaaaaa
TULAR..TAMBAHNYE 6 6 6...risaunye...smuga kita semua selamatt dr virus ni...
ReplyDeleteknock..
ReplyDeleteknock..
kak kat ner..?
Lama juga hilang..
Ok tak..?
rindu pula kat kak...
dah meningkat dah mangsa H1N1..
silalh update blog akak...
hehhe
semoga kita & keluarga kita sentiasa dilindungi yang maha esa. makin hari..makin bertambah jer,risauu sangat.
ReplyDelete