Thursday, 29 April 2010

Jangan Tidur Lagi kenang Achik

selalu pukul sebelas haku dah masuk tido...
tapi hari nie haku tunggu rancangan niee.....Jangan Tido Lagi..tak pernah-pernah dibuat yoo berjaga demi Jangan Tido Lagi....selalu kalo berjaga update blog sajork..
habis jerk rancangan nie haku terus buat entry tapi posting tetap ikut schedulelah..

Achik ngan Nana nyanyi tiga buah lagu..paling haku suker lagu paling comel..suker sangat lagu tuhh..enjoyyyyy.....

maser memude doluu, ewahhh nak citer jugak....paling comel lagu karaok pilihan..tiap kali pegi karok mesti nyanyi lagu tuhh...biler Achik ngan Nana nyanyi lagu tuhhh aduhhhh tertusukkkk...hahaha


tak dapat bayangkan perasaan isteri ngan family Achik maser tengok rakaman niee....mesti sedeykannn...hermmmmm..

Derang ader nyanyi lagu baru juger tapi haku dah luper aper tajuknyerr...owhh nampak sangat haku mudah luperrr kannn...tak sampai sejam lagikkkkk haku tengok tadi skang dah luperrr...nie semua mesti salah semuttttt yang selalu masuk dalam minuman haku...huhhhhh

Achik tengah menjawab pertayaan dari Apek..

Apek ader tanya samada wife Achik cemburu tak biler Achik ngan Nana...dan Achik pon ader bagitau aper istimewa isteri kesayangannyer tue....

mesti makin sedih isterinyer biler dengar semua tue kannn..dah tue dari mulut suami yang sudah tiada disisi....

maser nie Munir tengah nyanyi lagu...Achik tak banyak cakap sangat maser nie..diyer just menjawab soalan sajer..selain nyer hanya senyum dan ketawa...

Apek bersama Munir,Nana dan Achik


BAGI peminat vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik, jangan lupa menyaksikan program Jangan Tidur Lagi yang disiarkan di TV3, jam 11 malam ini.

Rakaman program hiburan yang dikendalikan Saiful Apek berlangsung tiga minggu sebelum Achik meninggal dunia pada 17 April lalu. Turut serta menerusi rakaman itu, gandingan duetnya, Siti Nordiana Alias atau Nana dan Munir Phye Ballaz sebagai tetamu jemputan.

Produser, Hamsiah Biri ketika dihubungi memaklumkan episod berkenaan sepatutnya disiarkan minggu lalu. Begitupun, sebagai menghormati keluarga arwah, pihak penerbitan mengambil keputusan untuk menyiarkan program berkenaan pada minggu ini. "Untuk episod khas ini, kami melakukan sedikit penyuntingan dengan menampilkan visual belasungkawa Achik lebih kurang lima minit, selain menyiarkan semula rakaman aksi Achik menyanyi dua lagu duet bersama Nana.

"Kami juga menampilkan rakaman temu bual bersama balu arwah, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, Nana dan anggota kumpulan Spin yang turut berkongsi cerita mengenai kelakuan Achik sebelum beberapa hari menghembuskan nafas terakhirnya.

"Memang program kali ini cukup menyentuh perasaan bagi mereka yang cukup rapat dengan arwah. Begitu juga peminatnya. Temu bual yang diadakan secara bersahaja cukup menarik dan meninggalkan memori tersendiri buat penonton," katanya.

Pihaknya memberi peluang kepada setiap artis menjayakan persembahan dalam bentuk showcase mini. Rakaman program berlangsung pada 30 Mac lalu di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Selangor.

Achik yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu menjadi satu kehilangan besar dalam dunia seni. Ramai di kalangan peminat dan rakan artis terkejut mendengar berita itu. Achik meninggalkan dua anak, Putri Nursafiya, 2 dan Putri Nursumayya, 11 bulan manakala anak sulungnya, Putri Rania meninggal dunia tiga tahun lalu.

sumber : Harian Metro

Belasungkawa Allahyarham Abdillah Murad Md Shari atau Achik




maser tayangan Belasungkawa Achik nie paling sedih biler tengok anak dan isterinyer...berat mater memandang berat lagik bahu yang memikul..semoga isteri beliau terus tabah demi anak-anak tersayang...


Al-Fatihah.
Semoga Allahyarham Achik ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

8 comments:

  1. memang syahdu tengok episod tu ;'( moga Allahyarham Achik ditempatkan dikalangan orang yang beriman, dan aman di sana.. amin..

    May Happiness Be Around You Now And Forever

    ReplyDelete
  2. smlm aku dh dgr dh lagu jgn tidur lagi , tp aku berat sgt2 nak g tgk .. selalu bley je.. smlm ralit jait tuala (tepek nama)..

    sib baik x tgk ..
    kalau x , mau aku meraung lg...
    dh le .. sume lagu2 duet dia dgn nana mengambarkan jln cite cinta aku (dgn x bf).. lagu last yg diorg pisah (ala2 lagu jawa tu ).. mmg sebijik ler.. cz aku dh kwin dgn org lain, diao pun dh kawin dgn org lain

    ReplyDelete
  3. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... Amin..

    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  4. hadoiiii..lupa nak tengok mlm tadi....camne bole lupa ni?????

    ReplyDelete
  5. aku pun mmg suka sgt lagu 'bola2 api' tu..agaknya tu lah lagu yg plg mengingatkan smua org pada arwah.
    Alfatihah buat Achik.

    ReplyDelete
  6. sedih gilaa tengok anak dia...sobs='(

    ReplyDelete
  7. semoga arwah dicucuri rahmat.. amin.. sy pun sanggup x tido sbb tunggu rancangan nih malam td.. nengok achik ceria je mlm tuh.. tiba2 dengar dia dh x der.. sedih plak..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3