Saturday, 9 October 2010

Perkahwinan Angkasawan Negara – Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos

Majlis perkahwinan terunggul angkasawan Negara.............

saksikanlah majlis gilang gemilang persandingan pasangan kayangan Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina Mohd Yunos esok 10.10.10...tarikhnyer pon dah cukup terungul dahhh belum lagik tengok acaraanyaaaa..... mesti gempak gempita...alahaiii bertuahlahhhhh badaannnn...




Sumber gambar : candid syndrome

Pelamin bak singgahsana Sultan Mansur Syah
Oleh Nor Akmar Samudin

LAKARAN...lakaran pelamin.

TARIKH 10.10.10 bakal memahat memori paling indah buat angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana detik itu, dia akan diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, Dr Halina Mohd Yunos.

SIMBOLIK...teratai kristal sebagai cenderahati untuk sultanah.Pada hari yang amat berbahagia itu, bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, saudara-mara, sahabat-handai dan peminat, pasangan kekasih yang sama cantik dan sepadan itu akan dinikahkah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Kuala Lumpur, tepat jam 11 pagi.
Majlis pernikahan itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang manakala Sheikh Muszaphar menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir sama untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraannya. Diikuti pada sebelah malamnya akan berlangsung majlis persandingan yang gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Tanggal itu yang juga menjadi pilihan ramai pasangan kekasih lain untuk menyimpul cinta mereka dengan ikatan yang lebih suci dan diredai Allah SWT kerana ia sempena ulang tahun ketiganya ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Bukan saja Sheikh Muszaphar dan Halina berdebar menantikan detik paling bersejarah dalam hidup mereka, malah perunding perkahwinan mereka, Ariff Quasry yang juga Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn Bhd bersama Pengarah Kreatifnya, Putra Aziz, juga bagaikan tidak sabar menantikan tarikh itu.

Selama empat bulan, mereka berdua bertungkus-lumus membuat segala persiapan agar hari yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia itu berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan memahat kenangan manis kepada semua jemputan yang hadir meraikan pasangan pengantin baru itu.

Menurut Ariff, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina datang ke butiknya di Bangsar dan terus melantiknya sebagai perunding perkahwinan mereka selepas dia menghadiri Konsert Ratu (Datuk Sheila Majid) Bersama Cosry, yang berlangsung penuh warna-warni di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, April lalu.

"Dia tertarik melihatkan persembahan Cosry pada malam itu yang turut menyambut ulang tahun kelima butik kami. Selain konsert Datuk Sheila yang diadakan khusus meraikan 25 tahun pembabitannya dalam industri hiburan tanah air, Cosry menyajikan juga pertunjukan fesyen yang semuanya rekaan terbaru Putra.

"Kami tidak menyangka Datuk Sheikh Muszaphar memberi kepercayaan untuk menguruskan majlis perkahwinannya. Ini kerana walaupun Cosry sudah lima tahun bertapak dalam bidang rekaan fesyen tanah air, kami masih baru sebagai perunding perkahwinan. Namun, amanah itu kami terima dengan hati terbuka dan berjanji untuk menyediakan yang terbaik kepada bakal raja sehari itu," katanya.

Oleh kerana tetamu jemputan termasuk mereka dari luar negara, Ariff dan pasukan kerjanya memerah minda untuk menyediakan segala yang terbaik dan eksklusif untuk Sheikh Muszaphar dan Dr Halina.

Majlis persandingan malam bertemakan Pahlawan Melayu Di Istana Kayangan akan menyaksikan kemunculan bintang dan bulan dalam dewan itu. Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

Menurut Ariff, selama empat bulan tumpuannya hanya kepada persiapan perkahwinan itu. Apatah lagi, Datuk Sheikh Muszaphar seorang yang sangat teliti. Justeru, Ariff kena menerangkan dengan sejelas-jelasnya konsep baju, hantaran, pelamin, cendera hati kepada tetamu dan kad perkahwinan kepadanya.


"Sebelum kata putus dicapai untuk rekaan baju yang bakal digayakan pada hari pernikahan dan persandingan, saya, Ariff dan Datuk Sheikh Muszaphar banyak kali berbincang dan dia melakukan beberapa perubahan pada rekaan itu sehingga dia berpuas hati dengan hasilnya. Begitu juga dengan pelamin, kami mencadangkan beberapa lakaran yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah.

"Pada hari pernikahan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya renda putih yang agak ringkas bersesuaian cita rasanya. Pada hari pernikahan itu, Datuk Sheikh Muszaphar akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda.

"Rekaan hantaran juga berkonsepkan angkasa lepas dan ia memang lain daripada yang lain. Pentas untuk majlis pernikahan pula berkonsepkan dalam taman yang dihiasi tiang roman dan diperindahkan dengan bunga-bungaan segar," katanya.

Untuk majlis persandingan, Dr Halina akan menyarungkan kebaya berlatarkan rona perak yang diperincikan dengan butiran batu permata warna biru muda. Rekaan kebaya tajaan kain Jackel itu akan dipadankan dengan kain songket ditempah khas daripada Habibah Songket. Dr Halina juga akan melangkah penuh bergaya dengan kasut jenama Lewre.

"Melengkapkan lagi penampilan Dr Halina pada malam itu, dia akan mengenakan aksesori berlian daripada Mouawad yang turut dipakai pada majlis pernikahan. Datuk Sheikh Muszaphar pula akan berbaju Melayu dipadankan dengan kot, samping, tanjak dan bengkung. Rekaan itu lebih menyerlah dengan kombinasi warna serta sulaman di atasnya.

"Pelamin yang berkonsepkan zaman Kesultanan Mansur Syah itu bercorak keislaman dengan hiasan pucuk rebung. Pentas pelamin sepanjang 21 meter dan tingginya lima meter. Kami menggunakan tirai biru muda dan dihiasi bunga-bungaan segar yang menjadikan pelamin itu kelihatan sangat mewah.

"Sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang, cenderahati berupa lapan kuda kristal disediakan untuk Sultan, bunga teratai kristal untuk Sultanah, sepasang angsa kristal khusus untuk tetamu kenamaan (VIP) dan bola kristal buat jemputan biasa. Semuanya ditempah khas dari luar negara.

Untuk majlis memotong kek berkonsepkan sebuah roket itu, pasangan mempelai akan menggayakan busana rekaan Datuk Bernard Chandran berkonsepkan moden.

"Bagi mengetengahkan budaya dan adat Melayu pada hari persandingan itu, tetamu dapat menyaksikan acara kesenian seperti gurindam, zapin dan tarian dalam usaha membuka mata serta sebagai tarikan istimewa kepada tetamu luar negara.

"Majlis perkahwinan yang bakal mencipta sejarah tersendiri itu akan diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air. Bagi mereka yang tidak dapat bersama menghadiri majlis persandingan itu, TV3 akan menyiarkannya secara langsung tempat jam 9 malam, selama sejam," katanya.- Metro



katakauFAISH: 101010 tue yang pentinggg..chantekkk siot tarikh nieee...




2 comments:

  1. hohoho..grand gileerrr...rezeki dierorg la..semoga berkekalan ke syurga...bak kata lagu maher zain... barakallah hu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair = Allah will bless both of you and he will unite you both for good.." amin

    ReplyDelete
  2. cu734ngel:
    amin..haku pon suker ngan pasangan nihh..meriah ngan senyumann..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3