Firstly, terima kasih pada cik ida bukan nama sebenar kerana bersusah payah menghantar email yang cukup indah untuk saya.
Saya mula melibatkan diri didunia blogging sejak dari tahun 2007 lagi. Dan belog pertama saya adalah di domain ekawan.com.Saya mula berpindah ker blogspot pada tahun 2009.Selama 5 tahun saya berblogging saya tidak pernah terfikir akan mendapat email yang mengkritik saya secara terangan begini.
Sengaja saya tak balas email cik ida personally sebab saya memang berniat untuk menulis entry bagi menjawab ketidakpuasan hati cik Ida. Dan saya tahu cik ida baca belog saya,terima kasih sekali lagi. Mungkin ada ramai lagi rakan blogger yang tidak berpuas hati dengan saya tapi hanya berdiam diri saje.Saya minta maaf jika benar ianya berlaku.
Cik Ida bukan nama sebenar katanyer yang menulis seindah kater dan sesedap tangan menaip:
" Sy nih follower blog cnn dan selalu singgah blog cnn dan kadang tuh ada komen blog cnn jugak. Tapi sy heran lah apsal eh cnn macam tak ambil port langsung bila orang komen. At least datanglah komen balik blog orang tu ataupon reply lah sikit komen orang. Jangan lah nak sombong sangat..!!
MasyaAllah dik, kamo hiris hatey hakak dengan perkataan sombong yang kamo sendiri tidak faham maknanyer mungkin. Kamo bercakap melalui hidung barangkali..suker-suker kembang suker-suker kempis.
Tidak pernah ader istilah sombong dalam hidup hakak dik. Tanyalah mereka-mereka yang mengenali hakak..Kamo langsung tak kenal hakak dik jadi janganlah terus menghukum hakak tanpa sempat mengadili..Rasanyer perkataan sombong terlalu kejam untuk hakak.
Hakak memang agak susah untuk memulakan sesuatu hubungan tetapi sekali kiter sudah berkenalan kamo akan tahu betapa ramahnya saya.Jadi tegurlah saya dan dekatilah saya.....InsyaAllah kiter akan menjadi kawan yang baik.
Pasal jadi follower saya tuh, terima kasih kerana sudi jadi follower saya. Sudah terang-terangan saya tulis Note disitu "jangan sesekali menjadikan belog cnn sebagai medium untuk menambah rakaian belog anda" maksud saya follow lah kalau ikhlas tapi kalau follow sekadar mengharapkan balasan dari saya baik jangan.
Bukan niat mahu menyombong tetapi takut ianya diluar kemampuan sendiri. Setakat klik follow padahal jengah belog tue balik pun tidak, buat apa kan. Itu bukan cara saya jadi saya MINTA MAAF kalau ader diantara anda terasa dengan saya yang tidak follow balik belog anda.
Saya minta maaf kalau itu adalah isu nya tapi sebetulnya saya tidak mahu menipu anda dan juga menipu diri saya sendiri. Saya akan follow atas sebab saya sendiri suka dan bukan sebab anda follow belog saya.
Terima kasih pada semua rakan belog yang sudi komen belog saya. Saya tidak tahu bagaimana saya harus menunjukkan rasa terima kasih saya atas kesudian anda mengomen belog saya. Tapi percayalah setiap komen dari kamo saya baca dan saya amat hargainya. Saya tidak pernah tertinggal walau satu ayat pon.
Tipulah jika saya kater saya tidak gembira bila ader orang yang sudi komen belog sayer yang tak seberapa neh. Sayer sangat gembira dan kadang sayer turut terikut dengan reaksi anda yang memberi komen..andai sedih komen anda maka menitislah airmata saya dan andai gembira komen anda maka tersenyum dan ketawalah saya.
Saya tidak membalas komen maka tidak bermakna saya tidak mengambil port apatah lagi tidak ambil tahu. Selalunya saya akan kembali mengomen ke belog anda yang sudi mengomen belog saya cuma saya mengambil masa sedikit. Tapi bila saya sudah berada di blog anda kebiasaannya saya akan kembali ke older post untuk baca balik entry yang saya tertinggal dan komen.
Entahlah mungkin saya terlepas pandang dan silap saya. Saya minta maaf dan terima kasih kerana menegur saya. InsyaAllah saya cuba perbaiki nanti.
Untuk pengetahuan cik Ida dan yang lain saya bukanlah blogger sepenuh masa dan juga bukan suri rumah sepenuh masa. So saya hanya berblog bila ader kelapangan waktu sahaja jadi adalah amat mustahil untuk saya update blog ,berblog walking dan mengomen blog pada masa yang sama.Selalunya saya hanya pilih salah satu darinya.
Hari minggu memang saya tidak akan buka blog kerna hari minggu saya abdikan diri kepada rumahtangga dan masa saya hanya untuk anak-anak dan family sajer. Kalau ader entry pada hari minggu itu maknanyer Auto Publish yang sempat saya buat dihari sebelumnya atau live blogging dari henpon cokia saya sajerk.
saya bagitahu schedule harian saya bukan untuk menunjuk hebat tapi untuk memberitahu betapa saya sememangnya bodoh dalam membahagikan masa. Jadi maafkanlah saya...(
Ya Allah,
ketika aku melakukan KESALAHAN kepada orang lain,
anugerahkanlah aku KEKUATAN untuk MEMINTA KEMAAFAN kepadanya..
manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku,
anugerahkanlah padaku KEKUATAN UNTUK MEMBERIKAN KEMAAFAN padanya.
Amin.
Walaupon gambar saya nie berpeluk tubuh tapi tak beerti saya seorang yang sombong....:P
don't judge a book by its cover, it's what's inside that counts..!!
Ocaylah dah penat menaip seriyes sangat kat atas tuh. Hakak neh takleh seriyes lelamer sangat kang limpa hakak boleh pecah dowh.Silap haribulan fibroid hakak membesar bagai juara dengan cepatnyer pulak kang , kesian lah hakak pacar yang hina ini..:)
Kalau macam tuh hakak stop lah hupdate belog dulu sebab time untuk hupdate belog tuh hakak gunakan untuk bw and komen k..tunggu komen pedas hakak akan sampai nanti yer..*macam nak balas dendam jerk bunyinyer..:P* .Mungkin betul jugak cakap cik ida tuh kan.Terima kasih kerana ingatkan hakak...:)
Dik ,janganlah bermusuh dengan hakak yer. Hakak berada dalam dunia maya neh untuk mendapat lebih ramai kawan tapi bukan lawan.Maafkan hakak kalau hakak ader silap yang menyinggung perasaan kamo yer.Moga ukhwah antara kiter berpanjangan..:)
Juga kepada kamo kamo kekanda adinda kakak adik abang dan semuanya yang pernah singgah dipage Chenta Hatey, maaf kalau ader salah sayer yang diluar sedar saya.Dan Terima Kasih kerana sudi singgah disini.