Showing posts with label santapan jiwa. Show all posts
Showing posts with label santapan jiwa. Show all posts

Friday, 20 September 2013

Sembang Jumaat : Buat Baik pasti dibalas Baik.

 السلام عليكم


kredit youtube & uploader


Pasti dah ramai yang tengok iklan Thai nie kan..
Iklan nie betul-betul menyentuh hatey..
Mengingatkan hati yang sedikit alpa
Tentang kuasa sedekah, kuasa memberi
The power of contribution

Entah kenapa
masih lagi ada yang berkira-kira untuk memberi
sedangkan telah pun tertulis hebatnya hikmah memberi
betapa memberi itu punya kuasa yang sangat hebat
mungkin hari ini ia tersembunyi kelam dan kabur
tapi esok-esok pasti jelas kelihatan
tak terjangkau pula dek akal dan fikiran.

owhhh ini bukan sindiran untuk sesiapa
ini adalah ingatan untuk diriku sendiri
yang kadang-kadang sedikit terleka.
Memberi bukan hanya dikala poket berisi
perlu terus istiqamah dalam memberi
kerana Janji Allah itu pasti..



"Si Miskin memerlukan Si Kaya untuk dunianya, 
Si Kaya memerlukan Si Miskin untuk akhiratnya "



Salam pagi Jumaat yang barakah kekanda adinda kesayangan..!!..
Selamat berhujung minggu semua..!!




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 13 September 2013

Sembang Jumaat

السلام عليكم
 

SubhanAllah, WalHamdulilah, Wa La illaha ilAllahu, WaAllahu Akbar
Wa la Hawla wa la quwwata illa billah..

Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah, Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Tiada kekuatan atau apa-apa kuasa Kecuali dengan Allah



Assalamualaikum Kekanda Adinda kesayangan..:)
Salam pagi jumaat yang barakah..

Sejenak kita tundukkan hati
Lembutkan kata dengan penuh penghambaan kepadaNya
Meyakini dengan penuh pengharapan
dari setiap apa yang kita panjatkan

Kerna apapun usaha yang sedang kita ikhtiarkan
Berapapun rezeki yang telah kita cuba dapatkan
Berapa banyakpon harta yang kita telah kumpulkan
Jika tidak ada keberkatan didalamnya
Maka akan menjadi sia-sia belaka.


Semoga kita semua didalam Rahmat Allah dan beroleh keberkatan dariNya.
Amen.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 6 March 2013

Jualan Amal Baitul Ehsan

السلام عليكم


 



CNN pernah update mengenai Jualan Amal nie beberapa minggu yang lepas di entry ini membina kasih @ baitul ehsan . Cnn berharap sangat dapat menghadirkan diri pada hari kejadian tapi tuelah kita hanya mampu merancang..Cnn terpaksa kerja pada hari kejadian, cuti pon tak dapat sebab cnn dah bercuti Isnin dan selasa kelmarin.

So Cnn berharap sangat pada korunk yang tinggal berhampiran untuk sama-sama hadir pada hari Jualan Amal tersebut.Mudahan dengan usaha kita ini akan dapat mengumpul sebanyak mungkin dana bagi membiayai kos pembinaan Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi.

Jom kite sama-sama war-warkan mengenai jualan amal ini kepada umum.
Lets do it a success my dear friends!!
 

 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 22 February 2013

Ubat Hati

السلام عليكم

Salam pagi Jumaat yang barakah wahai kesayangan..

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

"Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertama, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya.
Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa.
Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam.
Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) di sepertiga malam dan yang
Kelima, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh."


Kredit. 
Terima kasih gugel kasi cnn pinjam gambar neh.




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 8 February 2013

Fatihatul kitab

السلام عليكم


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut adalah nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI……sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ……hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu
AA ……dua harakat,MIN …. 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insyaa-Allah

kredit FB


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anak-anak haku dua-dua dah boleh hafal dan baca Al Fatihah sepenuhnya..Abglong punya bacaan ocay lagi tapi adeq agak pelat juga bacaan dia..yerlah budak baru dua tahun tahu-tahu sajerlah sebutan dia macam maner kan..

Abanglong pon bacaan banyak yang tak betul sebutannya..bila haku betulkan dia ikutlah tapi lepas tue jadi tak betul balik kalau dengar dia baca sensorang. Haku nak straight sangat takot dia bayangkan susahnyer nak mengaji so that takder lah haku paksa nak betulkan dia sangat

Adeq lagilah teruk sebutan dia...Haku ajar langsung taknak ikut. Dia ajer pun yang betul..haku macam takut plak pasal sebutan nama syaitan dalam Al-fatihah neh..yerlah anak-anak haku bacer tentulah banyak yang tak betul...Adeq umur dua tahun dah start hafal dimulut surah Al-Fatihah tapi "pelat" ...

Kiranya sekarang mereka masih lagi dalam proses belajar..


 
kredit youtube dan uploader


Erti  Al-Fatihah.

Haku pasang dalam kereta. So setiap kali masuk kereta lagu nie jerk yang akan didengar oleh anak-anak..tak sampai seminggu anak-anak dah boleh hafal sepenuhnya.

Alhamdulillah sekarang nie dah jadi nyanyian dibibir anak-anak haku setiap hari...sejuk sikit telinga bila dengar anak-anak nyanyi lagu neh...







 Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
“Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 29 June 2012

Cukup bagiku Allah


 
kredit youtube & Uploaded 0135036121 

Penuhi Jiwa ini dengan satu rindu 
Rindu untuk mendapat rahmatMu 
Meski tak daya ku harap rebut cintaMu 
Mesti begitu hina ku bersimpuh 
 
............................................................................. 





Salam pagi Jumaat yang barakah...






Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 22 June 2012

Berikan ku Pedoman


 
kredit youtube &Uploaded eramadottv


Tuhan berikan pedoman 
Tunjukkan aku arah..jalan yang kau redhai 
Tuhan berikan pedoman 
Dan bila kumenjauh..Kembali ke pangkal jalan.
 
 ................................................ 
 
 
 


Salam pagi Jumaat yang barakah.






Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 15 June 2012

PadaMu ku Bersujud

 
kredit youtube & Uploaded VvVFaesalVvV


 Ku menatap dalam kelam,Tiada yang bisa ku lihat 
Selain hanya nama Mu Ya Allah...

Esok ataukah nanti,Ampuni semua salahku 
Lindungi aku dari segala fitnah..
 
 Kau tempatku meminta,Kau beriku bahagia
 Jadikan aku selamanya,Hamba Mu yang selalu bertakwa..

Ampuniku ya Allah,Yang sering melupakan Mu 
Saat Kau limpahkan karunia Mu 
Dalam sunyi aku bersujud...
 
 

Salam pagi Jumaat yang barakah...:)



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Tuesday, 29 May 2012

Tersentuh

  
 
Bawa aku ke jalanMu lagi 
Jadikan aku hambaMu lagi 
Terimalah taubatku 
Sedalam sesalku 
Yang telah kembali padaMu
 
 
 .............................................................................
 



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 13 April 2012

Dear Allah.




Kadangkala tak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala..
cuma DIAM..

Kadangkala tak perlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan..
cuma SENYUM..

Dan kadangkala tak perlu apa-apa untuk meraih cinta..
cuma DOA...

Diam, Senyum dan Doa adalah "kerja mudah yang payah" ..

tanpa hati yang ingat ALLAH. ♥




kredit via jomkuatkanimankita

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 27 January 2012

Hukum Menyebut OMG

Assalamualaikum.
Salam pagi Jumaat yang barakah.

Minggu neh cnn sibuk sikit, tak sempat nak melepak lamer kat belog tapi hari neh suker untuk cnn kongsikan artikel neh ngan korunk.





Soalan :

Apakah hukum menyebut 000h MG makna Oh my God. Sesetengahnya ader menyebut OMG. Kalau diterjemahkan maknanya oh Ya Allah. Saya dapati segelintir anak-anak muda menggunakan perkataan ini dengan maksud tersebut. apakah hukumnya Datuk.

Yanti,
Kuala Lumpur.

Jawapan Datuk Dr Masyitah Ibrahim.

Seorang muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah SWT berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang" Jesteru untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa arab Tuhan ialah Rab. perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti God dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna Tauhid didalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa yang satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maknanya berbeza dengan oh my God.


******************************


Selalu jugak dengar dan tengok kat belog orang cakap OMG.Tapi cnn rase OMG neh perkataan lawak shuib sepah kat rajalawak dolukan..LoL.
yang lawak hanya untuk lawak bukan untuk amalan kot kannnnn...:)

Ocay,Renung-renungkan dan selamat beramal.
Assalamualaikum.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Saturday, 21 January 2012

Hebatnyer Bayi SUSU IBU


double klik kat gambar untuk bacer dgn lebih jelas. kredit from FB


Kehebatan susu ibu memang tiada bandingnya.Ianya sudah tertulis.
Tahniah untuk semua ibu yang menyusukan anak-anaknya,anda adalah wanita yang hebat..!!

kepada mom to be tanamkan dalam hatey,pasangkan niat bahawa pabila anakku lahir kedunia ini akan kususui diyer dengan susuku.Ingatlah susu ibu adalah minuman dan makanan teristimewa untuk sikecil anda.Susu ibu adalah satu keajaiban yang khasiat tiada bandingannyer..

Hakikatnyer walaupun sudah tertulis semua ibu mampu menyusukan bayinya namun ader sesetengah perkara dan situasi si ibu tak dapat melakukannya.

Jadik bersyukurlah kerna kiter mampu menyusukan anak kiter.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 20 January 2012

Tips Jaga Suami Dari Dikebas Pompuan Laen..:P

Assalamualaikum ibu-ibu yang hebat, bapa-bapa yang Awesome dan hadek-hadek yang manesssssssssss dan segak bergaya............!!

Hari neh cnn ader satu video yang hebak dari ustaz Azhar Idrus untuk dikongsikan bersama. Saper yang dah tengok, Great..!!Saper yang belum tuh silalah tengok dan dengar dengan halwa telinga sendiri yapp..

Cara dan Tips jaga suami yang ustaz kasik adalah sangat awesome disamping cara penyampaian ustaz yang tak jemu didengar, santai dan dekat dihatey..:)




kredit youtube and Uploaded vcdagamaonline


Kesimpulannyer

"MESTI PANDAI/RAJIN LAYAN SUAMI KITER"
" MESTI SAYANG SUAMI KITER KETAT-KETAT "

dan tunjukkan kasih sayang tuh pader suami sesungguh-sungguhnya. Jangan ngelat dari tanggungjawab sebagai seorang isteri..

Yang dah/baru kahwen mesti tengok video tue tau. Kadang-kadang kiter tak perasaan benda-benda yang kiter anggap ianya remeh padahal tak remeh pun tapi seriyes lagik ader la.Kater orang dari beluncas boleh jadik rama-rama tau..

Hadek-hadek yang belum kawen pun boleh tengok gak soon nak kawen jugak kan..so penuhkan dada dengan ilmu ya..:)Ingat,tak comel takper boleh tutup lampu kater ustaz...wahhahhaaa..

id=

Tapi kalau semua yang ustaz cakap tuh kiter dah buat dan amalkan tapi en sominyer still carik pompuan laen lagik dah emang dasar lah tue..GATAL..!!
Compom tok mudim tersalah potong time sunat dolo..compom...!!!

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Monday, 16 January 2012

Tips Menjadi Ibubapa yang Awesome

Assalamualaikum ibu-ibu yang hebat dan bapa-bapa yang osom,
Selamat pagi hadek-hadek yang manes...

Suka untuk cnn kongsikan dua video ini yang cnn rase banyak manfaat yang boleh kiter praktikkan untuk amalan harian kiter dalam menanggani anak-anak di zaman serba mencabar neh.

Sesaper yang tak boleh tengok video neh now tengoklah dilain maser tapi ambik sedikit masa dan tengoklah yer..Ingat,tidak usah memberi alasan jika kiter ingin mendapat ilmu,sebab mereka yang sentiasa mencari dan memberi alasan adalah mereka-mereka yang gagal..!!

ocay itu ayat dari buku bijak pandailah kot kalau tak salah cnn tapi kalau ayat cnn yang terlebih pandai neh pulak,lagik banyak ko punya alasan makin bertingkat-tingkatlah ko punyer bodoh..btw kalau kau rasa nak terus bodoh, teruskan..bodoh lah kau sensorang..wahhaaaa...

amacam? lagik hebat dari ayat buku yer dak..huhuuu..

Baheklah cakap banyak pon tak guna tengok video neh yer..:P


Ayat-ayat untuk Anak Degil.



kredit youtube and Uploaded nikpaly


Ocay cnn take note sikit aper yang Ustaz Ismail Kamus cakap k. Kalau nak lebih jelas sila dengar video diatas dengan halwa telinga sendiri..

Cara pertama :

" Ambil air dan baca :
Bismilahhirahmanirahhim 786 kali pastu sambung terus baca surah Yassin ayat 71 sebanyak 71 kali. *bacer sekali harung jgn sambung2 esok lusa*

lepas tuh tiup kat air bagi anak minum InsyaAlllah tak nakal dah. Kalau nakal juger ulang lagik tiga empat kali. Tapi kalau nakal juga salah bacer lah tuh..kater ustaz..:P


Cara Kedua :

Atau pun kiter bacer surah Ta'ha 1 hingga 6 ayat sebanyak seribu kali tapi ini boleh diansur kater ustaz.Nanti malam-malam anak tengah tido dibacakan tiga kali dan tiupkan diubun-ubun anak-anak.

kanak waktu tido jangan dicium, cium waktu jager, tue yang buat degil tuh "kater Ustaz Ismail Kamus "

Note penting :

" JANGAN DICIUM ANAK SEWAKTU DIA TENGAH TIDO NANTI DIA DEGIL.."


btw rasenyer ramai ibubapa yang cium anak-anak time derang tengah tidokan..termasuk lah cnn sendiri. Sebab rase macam sayu jerk bila tengok anak time derang tido..suci jerk muka anak-anak neh time tido..dan maser tuh lah rase sayangggggggggg sangatttt..rasa nak cium tanpa henti..

So sekarang ustaz cakap tak boleh maka JANGAN lah dibuat..kelak kiter pulak yang susah kemudiannya. Dont worry tiada istilah terlambat dalam Islam..:p


Jangan Pukul Anak



kredit youtube and Uploaded nikpaly


" Jangan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tak sesuai didengarkan oleh anak-anak.Ingat, Anak -anak tidak boleh dipukul dari umurnya satu hari sampai umur sepoloh tahun..peninggggggg pasal kiter rajin pukul tuh yang peninggggg tuh..kater ustaz..:P

Wajib suruh anak sembahyang maser umurnya 7 tahun.Pukul dia waktu umur sepoloh tahun. Pukul pon tak boleh pukul kepalanya nanti rosak otaknya, tak boleh pukul badannya nanti rosak anggotanya tapi pukul tapak kakinya...

pasal kebanyakkan kiter pukul anak bukan pasal nak mendidik tapi nak mengeram *geram*..."

Ocay selainnya tengok sendiri yer..ayat last ustaz adalah.." Dolu anak takut ayah tapi sekarang ayah takut anak..."

hermmmm betullah tuhhhhh, tidak syak lagik..

nie plak cerita cnn sendiri ocay..En Epai memang pukul anak-anak diyer kat tapak kaki tapi diyer idaklah tunggu sampai umur sopoloh tahun baru nak pukul..skang pun dok pulun pukul anak dah tapi memang kat tapak kaki jerk diyer pukul tak macam cnn yang penyabar sikit neh semua tempat cnn bantai mana dan jerk...hahaha..tapi idaklah pukul kuat-kuat..bila time anak-anak tak dengor cakap tuh cnn lakibini pukullah sikit-sikit supaya diyer dengar cakap..

tapi now ko tahu sikecik tuh..Adeqlah..bila En Epai pukul tapak kaki diyer kan dengan rela hatey diyer akan hulur sebelah lagik tapak kaki...bila dah pukul dua-dua tapak kaki diyer pastu diyer cakap "ma acih"*terima kasih*..solehahkan anak cnn...hahahaha bikin hatey panas lagik aderla anak bertuah tuhh..:P

but now ocay nampaknya cnn lakibini kena kawal diri dengan lebih jitu pasni..tak guna dapat ilmu kalau tak amalkan...:)

Ocay citer cnn tuh tak berapa nak bagus sangat so jangan ambik port yer..Yang bagus adalah semua yang keluar dari mulut Ustaz Ismail Kamus tuh..Yang mana yang baik kiter ambik jadi amalan dan yang buruk kiter cuba ubahkan.

Mudahan kiter semua dikurniakan rasa sabar yang tinggi dalam mendidik anak-anak dan sentiasa menjadi ibubapa yang hebat dimata anak-anak. InsyaAllah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Tuesday, 29 November 2011

Inspirasi Hijrah Wanita Hebat dalam Ini Kisah ku - Wardina Saffiyah dan Catriona Ross,


kredit youtube and Uploaded by ahal17


"Orang akan menilai kita melalui pakaian kita sebab pakaian kita ini menzahirkan siapa kita.." - Wardina Saffiyah

she's always inspired me..kagum sangat dengan diyer.



kredit youtube and Uploaded by sriwasilah


"Andai buruk daging itu, buruk lah seluruh jasad nya. andai baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad nya. dan ketahuilah bahawa sekeping daging itu adalah hati, baik hati kita, baiklah seluruh jasad kita. "- Catriona Ross

Subhanallah! Such an inspiring story..
Menangis tengok dan dengar penghijrahan mereka neh.


Semoga kiter semua dilindungi dan diRahmati Allah SWT selalu..

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 25 November 2011

-Susu Terakhir buat si kecil-


kredit gugel



Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

Kredit: Himpunan Cerita Sedih


KaterkauCNN: Rasa bagai disentap-sentap hatey neh.sedihnyerrrrrrrrrr...!!
Subhanallah..!!

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 18 November 2011

TENTANG SEORANG AYAH yang mungkin kita tidak tahu.



Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang selalu mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yang lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali datang utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

ketahuilah dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya,isterinya dan anak-anaknya.

kredit : Saya rela undur diri untuk lihat dia bahagia



"Mama harap bila kalian semakin dewasa kelak kalian dapat meluangkan sedikit masa untuk melayan dan bermesra dengan papa sepertimana papa yang sentiasa punya waktu untuk anak-anaknya biarpun lelah berkerja.."

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Saturday, 12 November 2011

Warkah Ibunda

Wahai anakku, warkah ini ku hulurkan untukmu agar kau mengerti satu perkara yang aku amat menyanyangimu. Sejak dikau masih dalam kandunganku , aku sentiasa setia mengendongmu kemana jua aku berada. Sembilan bulan itu bukanlah satu tempoh masa yang singkat.

Ketika aku semakin sarat aku bermohon kepada tuhan di permudahkanlah segala urusanku. Apabila saat kau dilahirkan, aku dapat menatap wajahmu kemerahan yang masih suci dalam fitrah menangis tidak mengerti. Kau tercipta ke dunia untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini.

Sungguh berat tanggungjawabmu itu. Tatkala itu hatiku berbunga mekar keriangan. Pada hari itu aku sudah bergelar seorang ibu. Ibu mana tidak bahagia melihat anaknya yang suci itu merengek meminta simpati. Hauskan belaian seorang ibu.

Pabila aku memelukmu dengan penuh kehangatan curahan kasih sayang, kau berhenti menangis. Malahan kau tertidur nyenyak dalam belaianku. Alangkah bahagianya hatiku ketika itu. Dengan susu dari badanku ini juga kau telah membesar dengan pantas. Dari merangkak kau mula bertatih berjalan, tanpa disedari kau sudah boleh berlari.

Ketika usia mu lima tahun aku menyikat rambutmu kemas, aku menggosok bajumu, aku menyediakan sarapanmu. Kerana hari ini adalah hari pertama kau bersekolah. Teringat lagi waktu itu kau mengangis enggan ke sekolah. Akhirnya dengan belaian lembut dan pujukanku membuatmu tega untuk hadir kesekolah jua.

Setiap kali pulang dari sekolah, sudah tentu kau akan berceloteh. Aku sangat suka mendengar ceritamu. Kaulah menjadi hiburan kepadaku tatkala hatiku bersedih. Kaulah yang membuatku terus gagah bekerja di luar batasanku. Kau jugalah yang membuatku terus gagah menghadapi segala mehnah. Kau sungguh bijaksana anakku. Sentiasa berusaha untuk berjaya. Aku kagum dengan usahamu.

Biarpun sesekali kau nakal namun aku tetap menyanyangimu. Maafkan aku anakku jika ibumu ini ada terkasar bahasa denganmu dahulu, ada terguris hatimu yang sehingga kini masih berbekas. Aku tidak berniat menyakitimu. Namun itulah hati seorang ibu, mahu melihat anaknya berjaya. Mahu melihat anaknya menjadi anak yang soleh. Tidak pernah di hatiku merasa benci ketika aku menasihatimu. Cuma niatku hanyalah untuk mendidikmu menjadi insan yang sempurna. Sekali lagi ibumu ini ingin meminta maaf kepadamu.

Aku rasa masa belalu begitu pantas. Kau kini sudah menjadi seorang jejaka yang gagah dan kacak seperti bapamu. Aku pula semakin hari semakin tidak berdaya. Jika dulu kulitku licin namun hari ini kedutan mula memenuhi. Jika dulu aku pantas bekerja kini aku lemah tak berdaya. Usiaku kini sudah diambang senja.

Ayahmu pula sudah lama menyahut seruan ilahi. Kini tinggallah aku sendiri bersama lautan memori. Kau pula sudah menjadi orang hebat di kota. Aku sanggat berbangga menjadi ibumu. Dikaca-kaca televisyen dan muka-muka akhbar sering memperkatakan tentangmu. Ketika aku melihat wajahmu hatiku bercampur baur gembira dan sedih bergabung menjadi satu perasaan yang tidak menentu.

Wahai anakku yang disayangi apabila aku sudah tua, aku harap kau memahami dan sabar ketika bersama aku. Andainya nanti aku terpecahkan mangkuk mahal belianmu atau tertumpahkan sup di atas meja harapnya kau tidak akan memarahi aku. Orang tua hatinya sensitif. Hatinya mudah terguris apabila dimarahi. Ingat lagi tidak dahulu kau pernah pecahkan mangkuk kesayanganku namun aku tidak pernah memarahi mu kerana aku tahu kau tidak sengaja.

Wahai anakku , andai ketika itu telinga aku sudah mula tidak kedengaran dan aku tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang cuba kau ungkapkan, harapnya kau tidak memanggilku "pekak!". Kau ulang semulalah kata-katamu itu atau kau tuliskannya di atas kertas agar aku dapat membacanya.

Wahai anakku maafkan ibumu ini kerna menyusahkanmu, ibumu ini semakin tua dan tidak berdaya. Apabila lutut dan sendiku sudah tidak bermaya, harapnya kau sabar membantu aku bertatih, andai aku jatuh bangunkanlah aku kembali. Ingat lagi tidak waktu kecil-kecilmu anakku, kau mula belajar berjalan, baru beberapa langkah kau sudah tersungkur, kau menangis sekuat-kuatnya, siapa lagi kalau bukan aku ibumu yang memujukmu dan melatih mu berjalan dengan tegap.

Wahai anakku apabila aku mula bertanya soalan yang sama berkulang kali kepadamu seperti pita rakaman, janganlah kamu marah kepadaku. Masih kah kau ingat ketika kau melihat burung yang hinggap di dahan pokok kau bertanya kepadaku apakah nama burung itu berulang kali biarpun aku sudah menjawabnya berulang-ulang kali. Namun aku tidak pernah marah kepadamu kerana waktu itu kau mahu belajar sesuatu.

Wahai anakku tahanlah jua bau badanku yang hamis ini, di kala usia ini aku berasa sangat sejuk untuk mandi dan sejuk itu tidak baik untuk kesihatanku. Harapnya kau tidak memaksaku. Janganlah kau merasa jijik mencium wajah ibumu ini walaupun wajahku tidak secantik dulu. Kini kulitku penuh dengan seribu kedutan. Biar sebusuk mana ibumu ini, inilah satu-satunya ibumu di dunia ini. Kau tidak dapat menggantikannya dengan yang lain.

Wahai anakku jika kau ada masa terluang harapnya kita dapat berborak bersama, bercerita seperti kau pulang sekolah dahulu. Biarpun dalam waktu yang singkat. Aku amat menantinya. Kini aku bersa sunyi tanpa teman bercerita. Hanya kepada kaulah anakku ingin aku luahkan perasaanku yang terbuku ini. Aku tahu kau sangat sibuk dengan kerjamu. Adakah kau masih ingat ketika kau bercerita tentang sekolahmu dan rakan-rakanmu aku sentiasa menjadi pendengar yang setia .

Wahai anakku jika satu masa nanti aku sudah terdampar di katilku tanpa mampu bergerak kemana-mana, harapnya kau mengambil berat tentangku. Janganlah malu menjaga ibumu ini , belailah aku seperti mana aku membelaimu di kala kau masih kecil.

Sisirlah rambut seperti mana aku pernah menyisir rambutmu. Pada waktu itu aku sangat mengharapkan bantuanmu.Aku minta maaf andai aku terkencing diatas katil sehingga menyebabkan rumahmu menjadi busuk. Aku harap kau sabar dalam menjaga ku ketika saat-saat akhir nyawaku ini.Hidupku ini sudah tidak lama lagi. Tunggu masa malaikat akan mencabut nyawaku.

Ketika itu aku sangat-sangat berharap kau berada di sisi ku. Mengajarkan di telingaku kalimah tauhid. La ilahaillallah, Genggam eratlah tanganku agar aku kuat mengahadapi saat kematian.

Wahai anakku aku amat menyayangimu. Maka janganlah sesekali kau lupakan ibumu yang semakin tua ini.

"Syurga Itu Sesungguhnya Terletak Di Bawah Telapak Kaki Seorang Ibu. Hargailah Mereka.."


kredit to iluvislam



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~