Monday, 9 December 2013

Burger Bakar Abang Burn

السلام عليكم
 
Dah lama teringin nak makan burger bakar abg burn..paling teringin nak makan dia punya meatball..Masa blogger semua buat review sambil makan burger dengan meatball tue telan air liur jerk haku..sampai hatey korunk..Ada yang siap makan penuh rakus lagi tue.Sakit jugak hatey nie.

Tapi tuelah udah duduk kat sini manalah nak ade burger bakar abang burn nyer..Check page abg burn nak tengok cawangan paling dekat dengan TI nie kot-kot la ada masa boleh singgah. Sekali semuanya jauh-jauh.Takpelah En laki kate pasang niat jerk dulu nanti Allah tunjuk jalan..:)


So hari tue pergi Klang En Laki terus bawa singgah makan Burger Bakar Abg Burn cawangan Klang..Masa kami sampai tue kedai baru nak buka..semangat kemaen lagi tunggu kedai buka terus terjah masuk.Macam orang tak pernah makan burger bakor jer lagaknya.


Macam-macam jenis burger ada..dah sampai sini tak tahu plak nak makan yang mana satu..semua nampak best jerk. Kalau ikutkan nafsu serakah nie macam nak try makan semuanya..Tapi takpelah tak payah nak ikutkan nafsu sangat..kita makan benda yang paling teringin nak makan dulu dah la kang kempunan plak.


Haruslah meatball yang kucuba dulu. Murah gila kot RM9.90 jerk.Dah ler servis nyer cepat,tak payah nak tunggu lama-lama. Dia punya black pepper memang kaw-kaw terasa.Order dua set terus,tamak haloba sangat..makan sampai sedawa bau black peper.Memang puas hatilah datang dari jauh.


Nak maintain ayu kena lah makan meatball jerk.Kang makan burger kang terkantoi nganga luas-luas plak.Masa kami makan nie semua meja kosong lagi.Takde orang pon tau..Bising dengan suara kami anak-beranak jerk.

Dan macam biasa adeq mesti tumpahkan air.....grrrrrrr...


Anak-anak pon hepy makan meatball. Abang ngan adeq kutip makan kentang sampai kenyang..disebabkan takde orang dapatlah kami berposing makan burger dengan havoc nyer.


Burger kami order yang nie jer. Pon ambik 2 set jugak tapi makan lepas makan meatball..so tak tau burger nie rasa macam mana sebab dah kenyang makan meat ball tadi..:)

Ocay yang pasti daging dia lembut.


Roti burger anak bertuah nie yang ambik. Roti burger memang peberet dia. Belilah burger bilapon dimanapon tang rotinya memang dia yang chop dulu.Suka sangat dia.

Habes makan terus balik TI. Kami semua tido kekenyangan. Tinggal en laki jerk drive sensorang sampai TI..kesian dia drive sensorang tapi nak buat macam mana memang macam tuelah tiap kali pon..pn bini udah tak mampu nak buka mata sebab terlampau kenyang ekekekee...


Baru-baru nie haku ade pergi satu Majlis Ilmu perniagaan. dan tak sangka kat depan kami nie adalah the owner burger bakar abg burn..tak sangka sangat haku sebab muda trang tang tang lagi orgnya..terkesan dgn perkongsian dr beliau..walau punya restoran merata kiosk berpuluh poket berkepok tapi masih sudi duduk sama rendah dengan kami dan sama-sama menuntut ilmu..respek..!!


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 6 December 2013

Doa untuk mereka

السلام عليكم

Saya lihat diruang mukabuku ramai yang update pasal banjir. Alhamdulillah ramai yang peduli dan mengambil berat. Tapi saya tak dapat nak bendung rasa sedih kerna ada segelintir masyarakat kita yang tak habis-habis mengambil kesempatan.


Tugas kita BUKAN share perbandingan banjir sini sana,isu banjir dipolitikkan atau dengan takbur menghujah tentang dosa dan pahala.Lagi parah kita menunding jari mencari salah siapa..Allahuakhbar..

Kekanda Adinda kesayangan..

Tugas kita adalah menghantar doa moga semua saudara kita yang didalam musibah banjir bertabah dan diberi kesabaran menghadapi ujian Allah ini. Semoga Allah permudahkan segala kesulitan mereka.Jika ujian ini adalah penghapus dosa maka kita mohon Allah berikan mereka kekuatan. Jika ada lebih barang sepuluh dua didalam akaun maka hulurlah dengan ikhlasnya. Bantulah mereka seadanya..

Kejadian Banjir ini adalah ujian untuk sedara kita di Pahang,Terengganu,Johor dan Kelantan. Allah nak tengok sejauh mana mereka tabah menghadapinya tapi jangan pernah kita lupa hakikat sebenar Allah juga sedang menguji kita...maka rugilah bagi kita yang hanya menambah dosa disaat saudara kita didalam musibah..

sama-samalah kita muhasabah diri..waullahhualam




Allahumma syaiyiban nafi'a...
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami.....


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 30 October 2013

Chomelnya Diana

السلام عليكم

kredit gambar Amalina Tuna Photography

Selamat Pengantin Baru Diana dan Habib
Rasanya belum terlambat lagi kot …

Chomel & sejuk je mate memandang…
Alhamdulillah,moga bahagia dan berkekalan till jannah…

Barakallah :)


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Fizo & Mawar

السلام عليكم

Siapa belum tengok lagi video Fizo lamar Mawar?
nah tengok...



how sweet..:)

Arahan : Fizo Omar
Produksi : The Malaya
Terbitan : Paranormal Talents & Melakaboy
Sponsor : Line Malaysia, Xpax & Drive M7

Dengan kerjasama Hot Burger Malaysia & FAREEDA..Nyata Jelita


Tahniah Fizo dan Mawar.
Sebelum nie haku tak follow pon kisah Fizo tapi sejak dia menjadi tauke burger dan berguru dengan guru yang sama..haku start follow Fizo.Tahniah Fizo..you are ohsem..!!

Kekalkan imej bersih yea dan terus membantu menambah nilai hidup lebih ramai orang diluar sana seperti mana yang Fizo tengah buat sekarang..Jangan stop ok..:)


Semalam punya paper Utusan,harian metro,kosmo dan sinar harian memang cover habes kisah Fizo lamar Mawar # Fizomencarimawar

nak jugak #..:)

Eh Meletop semalam pon ade story Fizo jugak..ade parodi # jugak..lawak.


Suka sangat tengok gambar nie.

Haku doakan moga semua urusan perkahwinan mereka dipermudahkan, berjalan dengan baik dan seperti yang dirancang..9hb Tunang dan 10hb kahwen..:)
Bagus, tak payah tunggu lama-lama..itu yang terbaik.

All the best Fizo dan Mawar..!!
you guys look good and great together...
Secocok dan sangat sepadan..
Manis macam gula icing..:)


 Info dan Berita baik untuk semua peminat dan pelanggan FAREEDA

Sempena pengumuman ikatan pertunangan dan perkahwinan "Duta Fareeda" Cik Mawar dan pelakon Fizo Omar, Fareeda bakal mengeluarkan tudung Aisya "Sweet Love"."Koleksi Edisi Terhad" khas buat peminat seperti digayakan oleh Cik Mawar sebagai kenangan untuk anda.

Tudung ini akan mula dijual pada 2hb November 2013 (Sabtu) di Butik Fareeda Bandar Baru Bangi.Fareeda Aisya..."Seindah Ikatan Cinta"



kredit all picture to FIZO page.
haku memang follow page dia sejak sama2 berada dalam satu majlis Ilmu.


 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Tuesday, 8 October 2013

Malam Cinta Rasul

السلام عليكم


Malam Cinta Rasul bersama Habib Syech Abdul Kadir Assegaff..

Sebelum nie memang dah banyak kali nak join malam cinta rasul nie tapi tak kesempatan.Alhamdulillah, akhirnya Habib datang Perak dan haruslah haku sefamily menghadirkan diri. Buat dekat padang MBI Ipoh jerk so sangat dekat dan tidak boleh beralasan lagi. 

Dimulakan dengan lagu Ya Hanana dan semua orang pon ikut Habib nyanyi sama-sama..penutup pon lagu Ya Hanana jugak.

Sangat ohsem..sangat santai..naik juga bulu roma yang ada..:)


Sangat rasa terharu bila berada diantara 4ribu umat islam di padang nie..dan yang best nya mulut anak-anak kecil pon turut sama berselawat dan memuji Allah SWT.

Alhamdulillah..


Sepatutnya dah lama dah kena buat malam cinta rasul nie dan sepatutnya setiap bulan harus buat..Sangat indah bila memuji kebesaran Allah SWT dan berselawat beramai-ramai bersama-sama.


Abanglong dengan papa pada hari kejadian.
Sejukkkkkkk nya hatey mama tengok abanglong dengan papa pakai macam tue..
Papa nampak hensem dan abanglong sangat segak dimata mama...:)


Abanglong dengan mama..


Abanglong dengan Adeq.
Adeq pon wear jubah, sangat chomel dan manes dimata mama..:)


Bawa anak-anak ke majlis ilmu memang best..Masuk dalam kereta masing-masing rancak nyanyi lagu Ya hanana..Selepas dua tiga hari pon mulut mereka tak henti-henti dengan selawat...Abang start adeq sambung, adeq start abang sambung...Alhamdulillah

Sangatlah indah dihalwa telinga ibunda...:)


My Imam Muda with My Ustazah Pilihan..
LOVE them so much..!!


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Monday, 7 October 2013

With iron Lady Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid.

السلام عليكم


CNN berkesempatan menghadiri satu seminar usahawan di Shah Allam dan salah seorang panel jemputannya adalah Iron lady Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid. Rasanya Datuklah kot penyebab utama haku ade dalam dewan seminar tue..


Memula memang tak nak pergi tapi bila tengok panelnya Datuk terus register tanpa banyak soal dah..:)



been there with my lovely friends.. bila kita berada dimajlis Ilmu disamping teman-teman yang sangat positif , sedar tak sedar kita juga ter"efek" dengan renjatan yang sama.Alhamdulillah haku dipertemukan dengan manusia-manusia hebat ini..banyak yang haku belajar dari mereka...:)


Ramai jugak retis yang datang hari tue antaranya wan nor azlin, Ainina ahmad B, aema dan ramailah..ada yang haku kenal mukanya tapi taktau nama..mungkin mereka datang nak belajar menjadi usahawan atau mungkin diantara mereka sudahpun bergelar usahawan..Haku pon tak pasti.. Salah seorang yang agak menarik perhatian haku adalah Aishah Atan. Suka tengok Aishah Atan nie sebab dia tak sombong langsung dan happy go lucky..Selalu bawa watak mak mak ajer tapi kat luar tak macam mak mak langsung..sweet ajer diyer,mesra pulak tue..:)



Sebelum nie haku pernah berangan-angan nak bersalam ngan Datuk Dr Maznah Hamid tapi tak sangka bila Allah bagi lebih..dapat peluk cium,laga-laga pipi lagi..dan yang best dapat dengar kisah hidup dan berkongsi cerita dengan beliau..you know what, she is definitely different..she is very humble,sporting and friendly...One of my favourite MENTOR..!!

She inspired me a lot..!!
Alhamdulillah tercapai jua hajat nak sembang-sembang dengan Datuk...:)

Datuk bagi haku kata-kata hikmat yang akan kuingat sampai bila-bila " next time kalau jumpa saya lagi pastikan awak dah bergelar usahawan berjaya. Selagi belum tercapai jangan jumpa saya lagi tau"

I will Datuk...!!
Dengan izin Allah SWT.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 20 September 2013

Sembang Jumaat : Buat Baik pasti dibalas Baik.

 السلام عليكم


kredit youtube & uploader


Pasti dah ramai yang tengok iklan Thai nie kan..
Iklan nie betul-betul menyentuh hatey..
Mengingatkan hati yang sedikit alpa
Tentang kuasa sedekah, kuasa memberi
The power of contribution

Entah kenapa
masih lagi ada yang berkira-kira untuk memberi
sedangkan telah pun tertulis hebatnya hikmah memberi
betapa memberi itu punya kuasa yang sangat hebat
mungkin hari ini ia tersembunyi kelam dan kabur
tapi esok-esok pasti jelas kelihatan
tak terjangkau pula dek akal dan fikiran.

owhhh ini bukan sindiran untuk sesiapa
ini adalah ingatan untuk diriku sendiri
yang kadang-kadang sedikit terleka.
Memberi bukan hanya dikala poket berisi
perlu terus istiqamah dalam memberi
kerana Janji Allah itu pasti..



"Si Miskin memerlukan Si Kaya untuk dunianya, 
Si Kaya memerlukan Si Miskin untuk akhiratnya "



Salam pagi Jumaat yang barakah kekanda adinda kesayangan..!!..
Selamat berhujung minggu semua..!!




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 19 September 2013

makan-makan @ Ofis

السلام عليكم

Kejadian adalah pada hari terakhir syawal.
yerlahhhh citer peram lagi kekdahnyer kann..
makin teruk malas hakak neh diknonn..huhuu


Sebelum ape-ape kite tayang muka sendiri dulu..baru mood ada mari...kikiki
Mase ni on the way nak pergi HQ dengan En Epai.Our HQ dekat Ipoh. Disebabkan jamuannyer bermula 11 pagi makanya pepagi lagi kitaorg dah gerak pergi Ipoh. Teluk Intan ke Ipoh adalah satu jam lebih..boleh tahan jugak tahap keboringannyer...


Sampai-sampai semua staff dah ade..staff dari cawangan Taiping pon dah sampai, our director pon dah ada so terus mula majlis. Macam biasa la event melibatkan ofis harus ade ucapan bos la kan...bla bla bla bla baca doa then dah boleh makan..

Dua meja depan orang besar-besar sajer..orang kecik-kecik macam kite-kite duduk belakang-belakang sikit, kang hilang plak selera makan kalau duduk dekat-dekat ngan bos..hahaha


Staff lelaki ambik makan dulu..bagi laluan kat diorang dulu sebab diorang yang kebulur lebih selalunya...:P


Lepas tue baru turn gegirl plak..wah gegirl gitu...hahahah
Gegirl kat ofis kitaorang tak ramai mane pon..kebanyakkanya dari admin dan account saje..Engineering side adelah dua tiga orang, tak ramai pon.


Tengok gambar nie terus teringin nak makan lemang..
Antara semua menu yang ada lemang dengan rendang jerk yang haku pulunn makan pon.





antara menu yang ade ialah laksa,sate, nasi beriani ngan ayam masak merah, nasi impit, lotong eh betul ker ejanyer..huhu. Lemang dan rendang haruslah ado tetiap tahun pon..menu wajiblah tue kate rayakan..


First yang haku ambik adalah laksa..nampak pon dah tau macam tak sedap..Bila rasa konfemlah tak sedap..Haku makan dua sudu jerk lepas tue tekak haku dah tak boleh telan sebab masin gila..

Menjeling ler jugak haku  kat catering tuh..nak masak laksa tapi tak pandai..kalau nak resepi cakap jerk lah,haku boleh bagi free jerk...

Tak lama lepas tue haku tengok katering tue angkat kuah laksa tue tambah air...choiiiiii lagii laa tak bolehh blahhh...Tekak ku rejek 100 peratus..huhu


Kitaorang ambik banyak-banyak macam nie satu meja lepas tue makan sama-sama. Malas nak ulang-ulang alik ambik makanan..


Empat orang tue semuanya dah mak dara dah cuma yang pakai spek tue jerk belum. Dia blogger jugak..ade yang kenal ker?


Pertandingan senyum sape paling manehh...:P

Hari tue haku ngan En Epai dapat cabutan bertuah..dua-dua pon dapat hamper. Pulang dengan senang hati bawa balik hadiah untuk anak-anak sorang satu hamper. Tak payah nak berebut dahh...so lucky..:)


Tengok gambar nie terus hakak terfeeling pengantin baru tau..kikikiii...
Baju hari raya kedua kami tahun nie...sedondon biru ngan anak-anak jugak...:)


 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~