Assalamualaikum kesayangan..
Tahun 2012 adalah ujian kesakitan untuk haku. Awal februari haku dah disahkan ada ketumbuhan fibroid.Makanya berulanglah haku ke sepital tetiap bulan..Bulan Mac sepatutnya operation tapi doktor pospon ker bulan Mei. bulan Mei sepatutnya operation tapi doktor pospon lagi ke bulan sepoloh atas alasan-alasan tidak masuk akal oleh mereka-mereka yang bernama pakar. Kiter sebagai hamba Allah yang paling lemah dan tidak punya kepakaran hanya tunduk tanda akur.
Hakikatnyer pendarahan sudah pun semakin teruk..Dalam sebulan kurang dari sepuluh hari tanpa darah...selainnyer hidup ibarat disamping darah...kepala hotak pulak selalu diserang migrain dan pening sebab kurang darah. Fibroid terus membesar bagai juara.Semakin hari diri semakin pasrah dengan ujian Allah...
Dibulan Ramadhan adalah kemuncak segala kejadian. Disaat umat Islam berlumba mencari redha Illahi dan bersujud di malam hari..haku pula asyik lah dibaringan sajer..eh ader ker perkataan baringan...hiks maksud haku tidolah tue..Satu Ramadhan hingga lima ramadhan sajer takde darah keluar selebihnya darah adalah berlumba-lumba nak keluar macam paip air pecah..ocay sila ambik masa dan bayangkann....tetttt.
Tapi biasalah kan walau darah keluar, badan lemah, tak cukup nafas, kepala pusing dengan migrain segala totappp kena jadi anak, isteri, ibu dan pekerja macam selalu jugak..hinggalah pada minggu akhir dibulan Ramadhan haku dah tak boleh bangun lagi..maksudnyer bila bangun jerk darah akan bushhhhhh keluar dengan meriahnyer maklumlah nak raye kekdahnyer kan...haruslah meriah uolls..
15hb Ogos(rabu) - Paling kritikal sebab kehabisan ubatan so en Epai bawa haku pergi klinik panel ajer sebab haku takmo pergi sepital..seriyes takmo sebab dah letih ngadap hospital tapi lagu tue jugak sakit haku..Tapi doktor panel advise haku pergi hospital masuk darah sebab haku dah pucat sangat plus dah tak boleh jalan laju..kalau laju-laju kang sesak nafas..dia boleh buat surat rujukan katernya... tapi haku takmo so doktor hanya bagi haku advise, ubat dan mc saje...balik umah makan ubat sambung tido..tido..tido..dan tidooo...rumahtangga sudah terabai kerana sudah tiada kemampuan menjadi isteri dan ibu..anak-anak semakin memahami...
Bukan degil takmo ke sepital tapi ader dua perkara yang bermain dalam kepala hotak haku mase tue..pertama sebab lagi tiga hari nak raya . Kalau haku pergi sepital for sure kena admit ntah untuk berapa hari..anak-anak haku nak raya macamner nanti..???kesian kat anak-anak punya pasal so kena bertahan jugak...
kedua sebab haku dirantauan..kalau admit sepital kat kampung haku tak worry sangat sebab bila raya anak-anak still boleh raya jugak walau haku takder sebab ader family yang boleh handle anak-anak haku..masalahnyer skang haku jauh dari keluarga dan kalau haku admit macamner anak-anak nak raya..??Raya jerk la alasan yang haku ader..seriyes sangat pikirkan anak-anak nak beraya masa tue..
Semuanya pasal anak-anak. So decided hari Jumaat tuh balik kampung jugak. Selalunyer setiap tahun haku akan balik beraya rumah mertua dulu tapi tahun nie haku terpaksa balik umah family haku dulu sebab haku tau nanti haku akan menyusahkan..susahkan family sendiri takper...sebab susah senang memang family haku akan tetap ader dengan haku..
Kang balik umah mertua sakit lelebih kang dianggap menantu mengada-ngada pulak kekdahnya dan lagi umah mertua takde orang nak tengok-tengokkan anak-anak haku.Dekat rumah mertua anak-anak haku terutama si adeq lah memang tak kan ader orang nak layan dia main.Kesian sangat kat dia dan kadang-kadang hati haku sedih sangat bila tengok adeq main sorang-sorang macam tue Macam disisihkan pon ader jugak, huhu.....
Tapi kalau balik umah mak haku adik-adik haku boleh layan kerenah anak-anak haku dan haku tak risau dah tentang anak-anak haku. Adeq pon manja ngan mak/pak saudara dia sebelah haku.Jadi balik umah haku lebih senang haku rasa, hati pon tak sakit..
19hb ogos (raya) - untuk pertama kalinyer dalam hidup haku, haku beraya tak berjalan menziarah sanak saudara..hanya baring jerk..sebab masa nie dah tak boleh jalan jauh..sesak nafas..dah tak boleh bangun/berdiri sangat sebab nanti darah bersepai keluar...so kiter baring sajerklah yer...:)
Disebabkab hari raya dan haku takmo kacau mood raya orang sekeliling haku kononnya makanya haku pon terus bertahan dan bertahan sampailah sudah tidak punya nafas lagi..jalan dua langkah pon sudah penat..makan pun sudah muntah balik..darah yang keluar tak payah cerita lagilah betapa banyaknyer...ngeri tengok pon ada..dan masa tue haku dah tawakal dan hanya ingat mati..haku cium anak-anak haku puas-puas setiap masa...takut tiada lagi esok untuk haku..
Anak-anak haku dipagi syawal 2012.Alhamdulillah hajat haku nak tengok anak-anak berhari raya tercapai jugak..sebab anak-anak haku,mak dan adik-adik haku yang melayan..kemaen seronok lagi mereka...kehulu-kehilir berjalan dengan mak/pak saudara kutip duit raya...walaupun tahun nie mama tak dapat nak beraya sama-sama dengan papa, abglong dan adeq tapi persiapan untuk mereka tetap haku sediakan seperti biasa. Seperti anak-anak yang lain mereka gembira sambut hari raya yang datang hanya setahun sekali tue.
Sememang nya haku tak suka tengok mereka rasa tersisih dan rasa terkurang..sedayanya haku mahu sentiasa melihat kegembiraan diwajah mereka.Dan haku rasa semua yang bernama ibu punya rasa yang sama seperti haku kannn. Bila dah siap-siapkan mereka hati haku tiba-tiba jadi sebak..sebak yang bukan sedikit....:(
Pada hari raya ketiga haku gagahkan diri jugak balik beraya rumah mertua. Salam-salam jerk ngan mak mertua terus kena sound dengan mak "ingatkan dah taknak balik beraya di sini.."
hermmmm apa-apa jerklah....
23 hb Ogos (khamis) - En Epai paksarela haku pergi sepital jugak. Haku cakap kat dia kalau nak bawa haku pergi sepital kerajaan tak payahlah..buang masa jerk..eh ntahlahh masa nie kan haku macammmmm dah nyampah sangat dengan hospital kerajaan..sakit hati kot sebab dia asyik pospon kes haku..so sanggup sakit kot...teruk sangat trauma pompuan nehh kan...
Akhirnya En Epai bawa haku pegi ker Taiping medical centre (KPJ)..Kena bisinglah jugak dengan doktor sebab fibroid haku dah besar dan haku dah tumpah darah teruk sangat, lambat dapatkan rawatan, lambat datang hospital bla bla bla di pot pet pot pet oleh doktor..doktor pon hambik darah, scan, dan terus bincang pasal bayaran semua sebab doktor suruh operate dalam mase terdekat tue jugak kalau tak bahaya katernyer...
Dokter pon ader cakap yang rahim haku bengkak dan membesar macam kandungan lima bulan.Fibroid tue bercantum dengan rahim katernya. Disebabkan itu rahim haku kena kerat. kerat macam maner haku pun tak pasti maksud dia..:(
masa tue haku dah redho dan pasrah..maksud pasrah haku adalah macam nie " ko buatlah aper yang patut..ko kan pakar.." tapi idak lah haku sound doktor macam tue, cuma tue kata2 dalam hati haku jerk lah..haku dah takde perasaaan dah masa tue...doktor cakap aperpon haku iakan ajer lah.
Tapi disebabkan darah masih turun lagik masa tue so doktor bagi ubat untuk hentikan darah serta merta sebelum operation dilakukan.Dia suruh haku balik dulu dan beri tempoh tiga hari untuk stopkan darah dengan ubat yang dia kasi.
Dan Alhamdulillah hari ahad darah memang dah stop sepenuhnya. Ajaibnya sebab itu adalah ubat yang sama yang haku ambik sebelum sebelum nie jerk...tapi kalau sebelum nie haku makan pon takde nyer darah tue nak stop..darah keluar macam tue jugak. Tapi itulah kuasa Allah, Dia merancang segalanya dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan haku..
So hari Isnin 27 Ogos pukul 9.00 am haku pun datang balik sepital serah diri untuk di operate. Bila datang jumpa doktor ,doktor cakap haku kuat semangat orangnya sebab haku boleh lagi jalan-jalan macam biasa .Tapi doktor tak tahu yang sebenarnya haku jalan dua tiga tapak jerk haku stop sebab tak cukup nafas..muka haku jerk macam takde perasaan sakit padahal....
Lepas tue doktor cakap result darah haku sangat teruk sebab tak sampai 5 hemoglobin pon (normal is 11.5 - 16). Tapi dokter kate dia tak terkejut pon dapat result darah haku tue sebab dia tengok muka,mata, tangan haku pon dia dah tau haku hilang banyak darah.
Cuma dia heran haku boleh lagi bangun dan jalan-jalan macam biasa sebab tue dia cakap haku kuat semangat,kalau orang lain dah tak boleh jalan dah..dan sepatutnya dah diberi alat bantuan pernafasan dah..
Haku senyum jerklah walauponnnnnnnn...hermmm hanya Allah yang tahu....
Dalam hati haku memang tak putus-putus haku minta haku jadi kuat. kuatkan haku Ya Allah, kuatkan semangat haku Ya Allah.kadang-kadang sampai teresak-esak haku menangis minta tolong dengan Allah supaya dia bantu haku untuk kuat..bila haku rasa down haku terus cakap dengan diri sendiri haku tak boleh macamnie haku kena kuat,ingat Allah kena kuat kena kuat, Allah ada....ulang-ulang cakap sampai haku tertido...
Disebabkan kurang darah so kena tambah darah lah dulu. Sangat teruk masa nak tambah darah nie sebab urat-urat haku adalah urat office kater dokter..sangat halus dan kecik..masuk jarum jerk tapi jarum tergelincir antara urat-urat. sakit ko tak payah tanya lagilah...sendiri bayang pon dah tahu kan macam mana dokter main-main tukar-tukar urat dengan jarum..sampai bengkak-bengkak urat-urat haku.
Akhirnya khidmat dokter pakar bius diperlukan. Tiga kali cuba baru dapat urat haku..itupon setelah hampir semua tempat kat tangan haku jadi biru hitam bekas cucuk..
Masalahnya sekarang haku memerlukan 4 pain/paket darah semuanya so masa tue memang tak tahu lagi tahap ketahanan badan haku macam maner kan...Dokter pon cakap takpelah kite cuba dulu...dia pun macam was-was jerk haku tengok..
Makanya seharian semalamamlah proses tambah darah dilakukan...sampai lah tangan haku sebengkak-bengkaknyer. Demam pulak datang on off..Bila demam terpaksa stop masuk darah, makan ubat dulu then dah peluh sikit sambung balik masuk darah. Dah tak terkira berapa kali haku demam dalam satu hari tue.
Dah tue masuk darah 4 pain tue tanpa bertukar tangan dan tempat. Sebab dokter taknak ambik risiko mencari urat haku lagik..so gunalah tempat yang sama sampai lenjan, bengkak, biru dan akhirnya menjadi hitam, sampai naik kebas dan last-last mereka ikat tangan haku macam baby supaya statik dan darah masuk dengan cepat.
redho lagi dengan ayat didalam hati seperti sebelum nie.
gambar lepas tambah darah, tengah demam.
Tapi bila semua darah masuk haku pulak demam lagi dan lagi. Makan ubat dulu then kena tunggula sampai kebah.masa nie haku dah tak daya. Tunggu masa untuk operate jerk. Haku doa dalam hati semoga Allah permudahkan semua urusan haku hari tue..Dan Alhamdulillah tengah hari tue demam haku kebah sepenuhnya dan dah boleh operate.
28hb Ogos (Selasa) pukul 1:00 petang operation dijalankan. Masuk jerk bilik bedah terus nampak dokter pakar bius..cesss potong mood betul dokter neh...fobia kot jumpa dia tapi dia sebenarnya baik dan soft sangat orangnya..kerja dia teliti dan yang best tiap kali dia salah masuk urat dia sapu-sapu balik sambil minta maaf..terus tak jadi nak marah dia..
Dia datang dekat haku sambil usap-usap tangan haku tanya haku macam maner, okey ker, sakit lagi ker, sambil sembang-sembang zassssssss di cucuk haku. Terkeluwor bijik mata haku sekejap..
Pastu terus tido dan tak sedar diri lagi dah. Selepas 17 jam after operation dijalankan barulah haku sedar balik..sebelum tuh haku macam sedar tapi tak boleh nak buka mata..tapi haku sedar sedara-sedara yang datang tengok cuma tak boleh nak buka mata jerk. Diorang datang panggil-panggil haku semua haku sedar tapi haku tak dapat nak bagi respon. Haku berusaha untuk buka mata dan bercakap tapi tak boleh jugak. Kaku.
Dan masa nie haku ingat haku dah mati.
Masa haku sedar dari tido yang agak panjang tue menitik-menitik airmata syukur haku. Syukur sebab Allah bagi haku peluang sekali lagi untuk haku bernafas dibumi Nya. Masih beri haku peluang bersama-sama dengan orang-orang yang haku sayang, bersama anak-anak chenta hatey haku..Terima kasih Allah..terlalu banyak yang Kau beri padaku walau haku sering lalai dengan tanggungjawab ku pada Mu..haku malu padaMu ya Allah.....:(
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik, Nie fibroid yang dalam perut haku yang berjaya dikeluarkan. Besar rupanya patut haku rasa macam peknen dan perut buncit semacam.Semuanya ada tiga ketul fibroid yang berjaya dokter keluarkan. Ukuran yang besar sekali tue adalah 14x15x7 cm dan yang dua lagi tue kecik jer 8x3x1.5cm dan 6x3x1cm.
Lepas operation en Epai langsung tak ambik gambar haku dah sebab dia tak sampai hati nak ambik gambar bini dia dah..sebenarnya dia compiyus bini dia ker mayat hidup ker...sebab keadaan haku masa tue memang worst sangat-sangat..mungkin dia sedih jugak kot tengok keadaan haku macam tue...bila haku tanya dia kenapa tak ambik gambar haku lepas operation tue,dia diam jerk seribu bahasa...hahhh tahu takutt...hahahaha..
Haku duduk hospital seminggu jugak. Lepas tue sambung cuti sakit selama sebulan. Duduk kat kampung dua minggu macam tue kot sampai rasa confident sikit baru balik rumah sendiri. Tak boleh nak duduk sebulan terus kat kampung sebab abglong sekolah. Itu pon dah kira ponteng lama dah tue..kesian kat dia ponteng belajar..Makan pon berpantang jugak macam orang bersalin tapi sebulan jerklah mampu...:P
Sebelum operation kan berat haku adalah 60kg tapi selepas operation berat haku turun 55 kg dan selepas sebulan berpantang berat haku jadi 50kg..masa nie feeling ayu gila sebab kurus....wakakaka tapi tak lama laa lepas tue terus naik mencanak 59 kg balik..hambekk kauuu bersenang hatey sangat kann...merasa berat melepasi batasan.
So sebulan lepas tue haku follow up check-up..Tiga bulan berturut-turut haku check-up dan dokter cakap semuanya dah ocay. Alhamdulillah. Kekadang masih terasa pedih lagi kat tempat operate tue then makan ubat kemudian sudah ocay. So now tiga bulan sekali kena pergi check-up.
Alhamdulillah semakin sihat rasanya walaupun dokter ade jumpa ketumbuhan yang baru ditempat yang lain....Sedih sebenarnya tapi bertabah jerklah. Haku serah segala nya pada Allah. Semoga Allah kurniakan pada haku usia yang lebih panjang...semoga hati haku semakin redho dengan dugaan Allah yang ini...
" Ya Allah , jika sakit ini membuatkan haku lebih beriman dan membuatkan haku sedar akan kesilapan ku maka haku sanggup ya Allah..dan jika sakit ini bisa menghapuskan dosa-dosa yang haku lakukan maka haku juga sanggup ya Allah dan Engkau sembuhkanlah diriku dengan kekuasaanMu dan ampunilah dosa-dosa hambamu ini ya Allah..sesungguhnya Engkau berkuasa mengubah segala sesuatu sedangkan makhluk tiada kuasa....hanya padaMu haku bersujud"
Yallah besar nyam
ReplyDeleteAku penah operate buang fibrod juga tp kat breast kecik je besa duit 50 sen
Hmm...tu sebab blog ni ditutup wat sementara waktu masa tu ye?? akak masa tu mmg agak sebab ni tp tak sangka laa pulak keadaan CNN sangat teruk sampai mcm ni...
ReplyDeleteAlhamdulillah, CNN mmg tabah...tahan sakit semata2 utk anak2. Semoga mereka yg berada di sekeliling terus menyayangi dan membahagiakan cNN..
Patutla lama sepi blog CNN ni. Apa2 pun saya doakan CNN gembira sokmo^_^
ReplyDeletemoga kamu terus tabah, sabar dan kuat ye...
ReplyDeletejaga diri...
Salam CNN..k.atie pon ada pengalaman Operate Fibroid ni..mmg seksa.Betul kata CNN..darah keluar cam air paip..laju jer,kdg2 sampai 20 hari darah ttp keluar.Lps operate..Alhamdulilahhhh...
ReplyDeleteSemoga CNN terus sihat...kena buat rawatan mengikut jadual,tambah2 doc ckp ada lg fibroid ditpt lain.
Sebak lak k.atie bc ayat MIL CNN bila raya ke3 br CNN klerumahnya...tabahkn hati.. :(
P/S:Blh k.atie tau kost CNN operate kat KPJ..
email akak ya..azatie_sayang7071@yahoo.com.my.TQ
aku tau hang operate..hang infom lam fb
ReplyDeletealhamdulilah skun ang dah selamat n semakin baik
syukur sgt2...
aku bc hang cite..kejap2 sedih smpi nk ngis
tup2 xjd pulak sbb ang ada wat lawak
pas2 sedih balik..tup2 ang buat lawak balik
adoiiiii ang ni..hahahaha
sllu org yg mcm ni diduga oleh Allah kerana Dia sayangkan kamoo..kagum ngan semangat ang syiela..:)
ok ok tang berat bdn tu mula2 aku jeles ang turun 50kg..tp skun 60kg eh..ok lega aku hahahaha
take care ok xoxo
as salam kak.. sedih & terharu baca citer akak nih.. smbil baca sambil meleleh2 kuar air mata n hidung nih.. huhu..kagum dgn ketabahan akak.. klu sy kt tempat akak ntah la.. mampu x hadapinya..
ReplyDeletebesonya fibroid tuh.. takut sy tgk.. pe2 pun sy doakan, semoga akak terus sihat walafiat.. amin.. take care ye kak..
cemana nak tau yg kita ni ade fibroid selain gi scan?boleh share tak CNN?? alhamdulillah,dah selesai operate kamu...
ReplyDeleteSubhanallah...no wonder CNN senyap je selama ni...SA faham sebab SA pun pernah koma almost 2 month dan 6 bulan hospitalized...sabar..moga allah permudahkan..get well soon ok...
ReplyDeleteAllahu Akbar...
ReplyDeleteMoga kesihatan CNN makin pulih skrg ni
Patut penah senyap seketika ye?
Bleh x nk tau cemane doc kesan ada fibroid tu?
Ada sakit2 ke, apa ke sblm tu?
terima kasih pada semua yang tinggalkan komen utk saya..yang beri sy kekuatan dan semangat...bahagia ada sahabat seperti korunk..nak kisss sikittt buleh..
ReplyDeleteowh yang bertanya pasal fobroid tue esok lusa cnn kongsikan dalam posting ok.
LOVE cnn.
Subhanallah..
ReplyDeleteterkelu lynn..sungguh..terkedu..alhamdulillah semua dah selamat...alhamdulillah..
thanks visit my blog
ReplyDeletejom join contest di blog ena :)
salam....
ReplyDeleteakak doakan semoga sihat selalu....
tabahnya akk..sayu bila baca entry ni
ReplyDeletehuu.. teharu dgn ketabahanmu.. tp nymapah dgn spital kerajaan yg lembapp..
ReplyDeleteKAK...serius aku menangis baca entri nie kak.padanlah ko diam jer blog tak berupdate rupanya ko sakit kak..mmg aku tabik ko kuat semangat.sbb tuh aku tak followup anak2 aku kat gomen mmg lembab..kalau kat swasta cepat tapi tulah duit tuh kena kerja keras sikitlah carik duit..huhu..
ReplyDeletebesar gila kak fibrod ko tuh mmglah mcm mengandungkan..kalau dah sik berdarah jer mmglah muka ko pun pucat lesi..kesian ko kak.mcm mana ek kak bleh dapat fibrod2?mmg tumpah darah sakit kan..huhu takutnya aku kak.insaf aku baca
ya allah beratnye ujianmu...allah sayang kamu..allah hapuskan dosa-dosamu...smuga tambah sihat yer cnn...alhamdulillah...maaf sbb x tahu...
ReplyDeleteKuatnye kau beb. Aku tompang kagum. yelah kan, kita ni apa2 pun mmg ingat kat anak2 dulu. huhuhu..
ReplyDeleteAlhamdullilah, semuanya dah selamat. kau take care k..
You're so interesting! I do not suppose I have read anything like that before.
ReplyDeleteSo wonderful to find another person with some unique
thoughts on this subject matter. Seriously..
thanks for starting this up. This site is one thing that is
needed on the internet, someone with some originality!
Here is my weblog ... Tips Isteri Idaman
salam kak..kita pun kena operate gak .saya pun tkt sbnrnyer..tp di sbbkan fibroid sy menganggu rutin harian..mmg kena operate jgk lah..tp tu lah spital kerajaan ni..mcm2 hal..mmg kdg2 naik menyampah..
ReplyDeleteAkak pun nk kena operate gak next week tp kecil skit dr adik & tak sakit cuma xmengandung2 smpai skrg..takut sbnrnya nih tp bc blog adik ni kuat skit semangat.dh lama tangguh nk operate akhirnya smpai jugak masa..doakan akak slmt & kuat cam adik :)
ReplyDeleteSangat tabah orangnya CNN ni..sya baru operate fabroid 13biji bjaya dikeluarkn pada 2/11/15..baru discharge semlm..sedih mnangis sya bca kisah CNN..
ReplyDeleteTabahnya CNN ni..sedih dan menagis sya bca.. besar saiz fabroidnya..Sya baru lepas operate buang fabroid 13 biji plg besar 12cm 2/11/15.semlm baru discharge.semoga CNN terus tabah dan kuatkn semangat..
ReplyDeletecnn seorg yg sgt tabah , malu sy pd diri sendiri kerana tdk sekuat cnn. smoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan ketabahan pd cnn
ReplyDeleteTabahnya saudari CNN saya pun ada fibr0id sebesar 10cm...baru bersalin baby lahir saat 24 wk disember lps tapi bby meninggal huhu...skarang fibr0id ada lg tp tgh tgu f0l0w 0&G bulan 3 ni..saya harap saya menjadi setabah CNN...
ReplyDeleteAssalamualaikum..pertama kpd penulis blog..terima kasih kongsi pengalaman amat mengharukan..
DeleteKedua, kpd 2112, nak tau sangat2, dah ke buat operation tu, camne, ok ke..saya pun ade fibroid 10cm lebih kurang le, tp x buat ape2 lg, x tau le skang nie, nk pegi terus operate, atau, nk tunggu appointment bln 12 nie...Ya Allah, sangat menakutkan..