Thursday, 21 February 2013

Membina Kasih @ Baitul Ehsan

 السلام عليكم

Cnn copy dari Wall Group Membina Kasih @ Baitul Ehsan

Kami akan mengadakan Jualan Amal 'Membina Kasih' pada 9 Mac 2013 untuk membantu menyumbang dana bagi pembinaan rumah asrama perempuan Baitul Ehsan Al Khairi.

Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan bagi menjayakan jualan tersebut.

Kami sedang memerlukan:-
1. Tepung Gandum -10kg
2. Gula Castor - 2kg
3. Ubi Kentang - 7kg
4. Bawang Besar -7kg
5. Minuman tin/kotak
6. Minyak Masak - 2 botol x 5kg
7. Tajaan kuih melayu tradisional untuk dijual 8 talam x 30 setiap satu
8. Tajaan makanan tengahari utk 100 orang (@RM5.00 setiap satu)
9. Barangan terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan seperti pakaian, kasut dan beg
(kanak2 dan dewasa)
10. 2 unit banner untuk tujuan promosi

Kami juga mengalu-alukan bantuan dari sesiapa yang ingin menyumbang masa dan tenaga untuk projek ini.. Semoga apa yang kami usahakan dipermudahkan oleh Allah dan diberkati..



Rumah Baitul Ehsan in progress..di alamat No. 47, jalan wirawati 6, taman maluri, 55100 kuala lumpur.

Alhamdulillah masih ada manusia yang berhati mulia disaat dunia hampir ketandusan manusia-manusia yang mulia hatinya .Haku amat yakin Malaysia masih punya ramai manusia yang hatinya sangat mulia dan sanggup menyumbang dan membantu menghulurkan tangan kanan tanpa disedari oleh tangan kirinya. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ocay untuk sebarang maklumat/untuk menyumbang, boleh hubungi 010 2646584,Liza Masrina, Mirawati Mohamad Sya Hanim Rahman atau rakan2 kami @Gift Of Love "GOL" Group.

Join Group Membina Kasih @ Baitul Ehsan  untuk dapatkan info-info terkini tentang jualan amal Baitul Ehsan.

Anda semua dijemput untuk hadir memeriahkan jualan amal ini nanti. Jangan lupa yer untuk datang Jualan Amal Membina Kasih pada 9 Mac 2013 di rumah Baitul Ehsan.




 Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

1 comment:

  1. maluri tu ramai cina.. kalau ramai melayu rs nye sure ramai lg yg menyumbng , tp sibbaik diorg paparkan kt tenet kan ..

    hrp2 ado la org2 kayo yg murah hati..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3