Friday, 26 April 2013

Ketidaksihatan

السلام عليكم

Salam Jumaat yang barakah kekanda adinda kesayangan..!!

Alhamdulillah hari nie kesihatan kami sekeluarga semakin pulih dan lebih baikk setelah hampir 2 minggu kesihatan kami turun naik dan tidak menentu...

Mula-mula adeq diserang demam panas selama seminggu siap pakej dengan sakit mata sekali...sembuh adeq mama plak continue demam dan sakit mata tiga empat hari. Kemudian papa plak sambung demam empat lima hari sekali pakej muntah cirit birit dan sakit mata...kesian papa sebab dia yang paling teruk.

Sembuh papa abanglong plak sambung demam panas tapi Alhamdulillah abglong tak terjangkit sakit mata pon..dua tiga hari jugak abanglong demam..tapi bila abanglong kebah ajer,dengan pantas adeq ambik balik carta demam tapi kali nie adeq datang dengan pakej muntah dan cirit birit pulak...


Risau hati mama bukan sedikit sebab semua air yang adeq minum adeq muntahkan dan semua makanan yang masuk mulut adeq juga adeq muntahkan...Adeq langsung tak boleh terima makan dan minum sampai adeq bagitau mama "adeq lapar sangat nie tapi adeq tak boleh makan"...masa tue mulut mama terkunci rapat, hanya Allah yang tahu perasaan mama...

ada satu ketika tue adeq cakap dengan mama " mama adeq tengok roti tue macam sedap lah mama...adeq nak boleh tak..?"..sebetulnya roti gardenia kosong jerk yang adeq cakap sedap tue dan masa tue mama dapat rasakan betapa laparnya adeq...mama ambik roti sikit dan kasi adeq makan...Tak sampai tiga suap makan adeq dah muntahkan balik semua roti tue...Ya Allah masa tue mama betul-betul tak dapat tahan airmata mama tengok adeq macam tue...

Bawa adeq pergi klinik dan makan ubat tapi keadaan adeq masih sama juga...3 hari adeq muntah-muntah dan cirit birit.. masuk hari keempat papa bawa adeq pergi KPJ Ipoh untuk rawatan. Doktor kata adeq kena jangkitan "tummy virus". Pestime mama dengar nama jangkitan neh tapi tak lah heran sangat sebab sekarang neh memang ntahapeape penyakit yang ade dipasaran yang mama sendiri pon taktau kewujudan penyakit-penyakit nie semua...lepas 2 hari kalau adeq tak elok juga adeq kena admit kate doktor..

Masa tue seram sejuk mama dengar perkataan "admit" sebab mama tau aper yang akan adeq lalui kalau dah admit nehh...nasiblah ubat yang doktor kasi tue berkesan untuk adeq..masuk hari ke 2 adeq dah tak muntah lagi dah tapi mama masih pantau adeq sepenuhnya..bukan sedikit risau mama pada adeq...:( 



Walau tak sihat adeq masih boleh senyumm...dan itulah adeq walau dia demam muntah cirit tapi dia memang tak banyak hal dan tak banyak bunyi..dia diam jerk, tak menangis dan tak merengek pon..dia banyak tido mungkin penat sebab muntah dan cirit...tapi lagi banyak adeq tido lagi mama susah hatey sebenarnya..risau yang bukan-bukan..

tapi bila adeq terjaga jerk mulut mugil adeq tak putus-putus mengalunkan erti fatihah..slow jerk bunyinya tapi mama tetap boleh dengar...mama dapat rasa hatey mama berbunga bila sesekali adeq berzikir kecil..Alhamdulillah.anak kecil ini selalu buat mama rasa insaf dan sebak.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas kurniaanMu
Terima kasih Alllah atas ujian dari Mu
dan terima kasih Allah atas rasa sakit dan setiap penderitaan yang Kau turunkan buat kami
Alhamdulillah...Syukran Jazillah.




And today we awake with new hope and may Allah ease us in everything we do..!!
Allahuma yassir walaa tu assir ♥




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 24 April 2013

Gift Of Love @ Baitul Ehsan

السلام عليكم

Masih ingat pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi ?
9 Mac yang lepas telah diadakan jualan amal untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembinaan Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al Khairi..dan Alhamdulillah jualan amal tersebut sangat sukses dengan bantuan semua..insan yang baik hati.
Dan hari ini wahai insan yang baik hati...sekali lagi saya dengan rendah diri mengajak kalian yang baik hati untuk bersama-sama dengan GOL merealisasikan impian kecil anak-anak penghuni syurga ini.

GOL akan menganjurkan jualan amal sekali lagi di Baitul Ehsan. Kali ini dana dikumpulkan untuk membiayai program latihan kemahiran untuk anak-anak yatim dan fakir miskin di Baitul Ehsan.

GOL sangat berhasrat untuk mencari individu yang mempunyai kemahiran seperti menjahit, membuat kek dan lain-lain kemahiran yang sudi mengajar anak2 ini dengan percuma. Dana ini akan digunakan untuk membeli dan menyediakan peralatan/bahan/mesin yang diperlukan untuk latihan2 kemahiran yang bakal mereka ikuti.

Ini adalah program jangka panjang yang GOL rangka dengan harapan suatu hari nanti anak2 ini bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan untuk rumah mereka malah dapat menjadi kemahiran yang dapat membantu mereka menyara hidup mereka sendiri.



Double klik untuk paparan yg lebih jelas @ untuk copypaste gambar
(note: lampiran yg tertulis diatas akan sy lampirkan dilain posting yer,maaf atas kesulitan..:)

Seperti juga Jualan Amal yang lalu, untuk sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan ke

CIMB Bank Account 1216 0056 111 525 

- Liza Masrina Ibrahim (Coordinator Projek)

Ocay untuk sebarang maklumat/menyumbang, boleh hubungi 010 2646584
Liza Masrina, Mirawati Mohamad Sya Hanim Rahman atau rakan2 yang lain @Gift Of Love "GOL" Group.

LIKE page Membina Kasih @ Baitul Ehsan untuk dapatkan info-info terkini tentang jualan amal Baitul Ehsan yang akan diadakan nanti. Volunteer adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

dan anda semua juga dijemput untuk hadir memeriahkan/menyumbang  pada hari jualan amal itu nanti . JANGAN LUPA tarikh nie 01 Mei 2013 di rumah Baitul Ehsan.

Jom kite sama-sama war-warkan mengenai jualan amal ini kepada umum.
Lets do it a success my dear friends!!
 


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 18 April 2013

Langit Biru

السلام عليكم


Walaupun dah hampir 6 tahun cnn di bumi Teluk Intan tapi cnn ngan family memang jarang sekali nak duduk lepak-lepak di Menara Condong seperti kebiasaan penduduk disini buat...biasanya kalau malam minggu dataran nie akan penuh dengan manusia yang bersantai bersama keluarga memasing...

Tapi masa gambar nie diambil cnn rasa menara condong nie cantik sangat...langit biru nak hujan sebenarnya tue tapi subhanallah memang cantik gila cnn rasa...


masa tue cnn tengah dinner kat kedai depan menara condong neh..sekali bila tengok menara condong jadi ohsem sangat dengan langit membiru macam tue subhanallah memang cantik sangat-sangat..cecepat ambik camera dalam kereta..kate blogger kannnn, haruslah camera standby jerk nak berkhidmat...anytime anywhere katenyer...:P

dah tue camera plak memberikan kerjasama yang baik kerana menghasilkan gambar yang sangat ohsem..Great..!!


dan dan tue jugak ler kelam kelibut nak ambik gambar bergedik santai berlatar belakang kan menara condong..nampak sangat jakun vs poyo...:P

Padahal cnn korunk neh menara condong tue pon tak pernah naik lagi tahuk..6 tahun katernya duduk kat situ aperpon tak bley...harap nama jerk cnn,tak "CNN" langsung...huhu

eh sebenarnya langit membiru nak hujan tuh...sekali lalu jerk langit biru tuh pastu langit terus bertukar hitam dan gelap....dan hujan selebatnya..

dan anak-anak pon melagukan "katak oh katak kenapa kau panggil hujannnnn....."disusuli dengan gelaktawa ayahbonda...cewahhhhh..hikhikhik


Alhamdulillah sejuk bumi Teluk Intan lepas tue. 



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 17 April 2013

Tentang 15 APRIL

السلام عليكم



Mengarungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara

Terkadang tak perlu terucap kata-kata
Tuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bagian hidupku
Karena hati bicara

Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu dihidupku memberikan berjuta makna
Karunia Illahi mempersatukan dua hati
Kurasa yang kau rasa karena hati bicara

Alhamdulillah, 15 April kembali lagi walaupun sudah dua hari berlalu..
Genap sudah 7 tahun rumahtangga yang kami bina..Alhamdulillah,Terima kasih Allah..
Semoga Allah sentiasa pelihara dan lindungi rasa cinta dan kasih sayang kami di dunia dan di syurga..


Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kami anak-anak yang sangat chomel dimata kami.Alhamdulillah mereka anak yang baik dan bijak, mereka anak yang hebat untuk kami..

Terima Kasih Ya Allah, terima kasih di atas segala kurniaanMu...
Engkau pinjamkanlah mereka kepada kami selama yang mungkin Ya Allah...dan Engkau panjangkan umur kami untuk kami berikan mereka dengan kasih sayang kami sepenuhnya Ya Allah..kami mohon Ya Allah...


Aaminn...Syukran Jazillah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 4 April 2013

Obsesi

السلام عليكم

tengah kusyuk tengok telibesen.

Banyak-banyak tempat
bakul baju jugak tempat pilihan


Anak orang lain haku tak pasti
Tapi anak haku memang dua-dua pon macam nie
selalu sangat beristirehat dalam bakul

berjam lamanya duduk dalam bakul
tanpa buat apa-apa

rasa selamat mungkin.
atau terlebih feeling gamaknya.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 3 April 2013

Salam Takziah Abang AbiL

 السلام عليكم

Innalillahiwainnailaihirojiun
Semalam kak Gee, isteri kepada Abg Abil telah kembali ke rahmatullah setelah 2 tahun koma.
dan haku baru tahu hari nie..
itupun tengok dalam paper, kelam kabut buka belog.
teruk betul haku nie..dush.



abil4fauziah adalah tentang cinta dan pengorbanan seorang suami yang mengorbankan kerjayanya untuk menjaga dan memberi sepenuh perhatian terhadap isteri yang dinikahinya. kak Gee mengalami kerosakan pada saraf otak dan terlantar koma lepas itu. 


Haku sangat kagum dengan ketabahan abg Abil dan setia cinta Abang Abil pada Kak Gee.Ini adalah tulisan Abg Abil yang sangat dekat dihati haku..

"seminggu yang lalu Gee ada membuang air besar tetapi agak lain dari kebiasaannya coz warna yang hitam, cm hitam rambut dan cair sahaja. Seminggu yang lalu juga Gee kerap berpeluh sehinggakan cadar basah!!..So mengikutkan simptom2 ini dari mata kemanusiaan dan dari segi pengalaman perubatan moden dan syifa', sekarang ni Gee sudah mula memasuki "Final Stage" kehidupan..Ini jangkaan dari mata kemanusiaan..Pastinya, semua ini hanya ALLAH saja yg lebih mengetahui. Dan I hanya mampu berdoa yang terbaik buat Gee dan juga masih meneruskan penjagaan rapi buat Gee seperti biasa..Dan sehingga hari ini juga I masih dan Tetap Cintakan Gee,.Cinta untuk seorang Isteri..."

Semoga kak Gee akan lebih tenang disana dan moga Abang Abil akan lebih redho dengan setiap kententuan dariNya.Salam Takziah untuk abang Abil dan keluarga.


Sudikanlah membagi 2 minit kalian sedekahkan Fatihatul kitab untuk arwah kak Gee,
Al-faatihah.




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~