Showing posts with label Rumah Anak yatim Baitul ehsan Al Khairi. Show all posts
Showing posts with label Rumah Anak yatim Baitul ehsan Al Khairi. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

Gift Of Love @ Baitul Ehsan

السلام عليكم

Masih ingat pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi ?
9 Mac yang lepas telah diadakan jualan amal untuk mengumpul dana bagi membiayai kos pembinaan Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al Khairi..dan Alhamdulillah jualan amal tersebut sangat sukses dengan bantuan semua..insan yang baik hati.
Dan hari ini wahai insan yang baik hati...sekali lagi saya dengan rendah diri mengajak kalian yang baik hati untuk bersama-sama dengan GOL merealisasikan impian kecil anak-anak penghuni syurga ini.

GOL akan menganjurkan jualan amal sekali lagi di Baitul Ehsan. Kali ini dana dikumpulkan untuk membiayai program latihan kemahiran untuk anak-anak yatim dan fakir miskin di Baitul Ehsan.

GOL sangat berhasrat untuk mencari individu yang mempunyai kemahiran seperti menjahit, membuat kek dan lain-lain kemahiran yang sudi mengajar anak2 ini dengan percuma. Dana ini akan digunakan untuk membeli dan menyediakan peralatan/bahan/mesin yang diperlukan untuk latihan2 kemahiran yang bakal mereka ikuti.

Ini adalah program jangka panjang yang GOL rangka dengan harapan suatu hari nanti anak2 ini bukan sahaja boleh membantu menjana pendapatan untuk rumah mereka malah dapat menjadi kemahiran yang dapat membantu mereka menyara hidup mereka sendiri.



Double klik untuk paparan yg lebih jelas @ untuk copypaste gambar
(note: lampiran yg tertulis diatas akan sy lampirkan dilain posting yer,maaf atas kesulitan..:)

Seperti juga Jualan Amal yang lalu, untuk sebarang sumbangan kewangan boleh disalurkan ke

CIMB Bank Account 1216 0056 111 525 

- Liza Masrina Ibrahim (Coordinator Projek)

Ocay untuk sebarang maklumat/menyumbang, boleh hubungi 010 2646584
Liza Masrina, Mirawati Mohamad Sya Hanim Rahman atau rakan2 yang lain @Gift Of Love "GOL" Group.

LIKE page Membina Kasih @ Baitul Ehsan untuk dapatkan info-info terkini tentang jualan amal Baitul Ehsan yang akan diadakan nanti. Volunteer adalah sangat dialu-alukan untuk memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

dan anda semua juga dijemput untuk hadir memeriahkan/menyumbang  pada hari jualan amal itu nanti . JANGAN LUPA tarikh nie 01 Mei 2013 di rumah Baitul Ehsan.

Jom kite sama-sama war-warkan mengenai jualan amal ini kepada umum.
Lets do it a success my dear friends!!
 


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Saturday, 9 March 2013

JANGAN LUPA warga KL dan yang sewaktu dengannya

السلام عليكم

Hari nie seperti yang telah haku war-warkan berlangsungnya Jualan Amal membina kasih @ Baitul Ehsan

Jemput ramai-ramai untuk hadir ke Jualan Amal nie yer. Bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6 petang di Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi , Taman Maluri Kuala Lumpur.

Jualan Amal nie adalah untuk mengumpulkan Dana bagi pembinaan rumah anak-anak yatim Baitul Ehsan. Jadi jangan lepaskan peluang nie..kalau korunk berada dikawasan yang berdekatan masih ada banyak masa untuk datang.


Macam-macam ada kat sana..
Apa pun yang kita beli kita niatkan untuk membantu anak-anak yatim kat sana yer.
Yang penting ikhlas kan hati tue kerana Allah.
Ingat.
IKHLAS..

betapa nikmatnya hidup nie menjadi manusia yang ikhlas hatinya..
percayalah.



Masa-masa mula-mula kakak Liza Masrina add haku dalam group nie terus haku cakap dengan En Epai haku nak jadi volunteer pada hari nie.tapi itu cuma perancangan di peringkat awalnya kerana hakikatnya hari nie haku di ofis. Menyiapkan proposal seperti yang diarahkan.

Kusut.
sebab fikiranku hatiku jiwaku dan segalanya tentang haku sedang berada di Baitul Ehsan Al-Khairi saat ini. Teringin sekali haku untuk bersama-sama dengan mereka menjayakan program membina kasih nie.Tapi itulahh..kita rancang tapi perancangan Allah lebih baik dari yang kita rancangkan..

Aperpon haku hantar doa agar semuanya sukses..
Program berjalan seperti yang dirancang
Dan akan dapat kutipan dana yang banyak
Anak-anak disana pasti gembira.

Allahuma yassir walaa tu assir...


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 6 March 2013

Photography FOR Charity

السلام عليكم


Sesiapa yang berminat boleh contact details diatas yer. Setiap pakej fotografi yang diambil pada tarikh promosi iaitu 23/2/13-22/3/13 sebahagiannya akan disumbangkan kepada Rumah Anak-anak yatim Baitul ehsan Al-Khairi.

Minta jasa baik korunk untuk share pada rakan-rakan yang lain supaya kita sama-sama dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.. Mudah-mudahan segala niat baik korunk semua akan diberkati Allah S.W.T.




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Jualan Amal Baitul Ehsan

السلام عليكم


 



CNN pernah update mengenai Jualan Amal nie beberapa minggu yang lepas di entry ini membina kasih @ baitul ehsan . Cnn berharap sangat dapat menghadirkan diri pada hari kejadian tapi tuelah kita hanya mampu merancang..Cnn terpaksa kerja pada hari kejadian, cuti pon tak dapat sebab cnn dah bercuti Isnin dan selasa kelmarin.

So Cnn berharap sangat pada korunk yang tinggal berhampiran untuk sama-sama hadir pada hari Jualan Amal tersebut.Mudahan dengan usaha kita ini akan dapat mengumpul sebanyak mungkin dana bagi membiayai kos pembinaan Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi.

Jom kite sama-sama war-warkan mengenai jualan amal ini kepada umum.
Lets do it a success my dear friends!!
 

 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~