Thursday, 11 December 2014

Muzium Perak 2014

السلام عليكم

Sabtu lepas (06/12/2014) bawa anak-anak lepak di Taiping...
Dah alang-alang balik kampung terus bawa anak-anak jalan-jalan di Taiping dulu.
First tempat kitaorang pergi adalah Muzium Perak (baca Muzium Taiping)

Walaupun kampung halaman kot daerah tu jugak tapi memang tak pernah bawa anak-anak ke muzium nie..dulu malas nak bawak sebab diorang kecik-kecik lagi..rugi la bawa masuk muzium sebab diorang taktau apa-apa lagi kan..Tapi sekarang dah besar dan dah pandai so kita singgah lah muzium yer anak-anak..

Dah masuk sini banyakkkkkk sungguh "kenapa" dari mulut dak kecik dua orang nie..mak nya dah la sejarah pon cukup-cukup makan jer ater jenuh ler nak menjawabnya..sel otak sedang berhubung katanya...hermmm layan jerlah....nasib korunk lah nak kalau ade yang tergoreng sikit dari mak korunk nie maafkanlah yer..mak dah tua, banyak yang lupa dari yang ingat..


Ocay...kita pon baru tau muzium nie nama dia muzium Perak...hermmm ingatkan muzium Taiping tajuk dia. Teruk sungguh la....dah berpuluh tahun lalu depan muzium nie baru tau..

Tapi cnn tau muzium nie muzium terawal yang dibina Di Asia Tenggara dan yang pertama di Malaysia...Yess yang tu memang ingat..dengan bangganya bagitau anak-anak hikhikhik...

Pertama dan terakhir cnn datang muzium nie adalah masa darjah 4...huhu lama gila kot..itu pon ikut rombongan sekolah, terpaksa..kalau harap cnn datang sendiri memang tak datang la kot..:P


Dulu rasanya masuk muzium nie free...sekarang baru kena bayar rasanya tapi tak mahal pon RM2/person jerk (pemegang mykad)..Anak-anak free jerk masuk.

Di tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha..ater ade ker orang nak datang muzium time raya eh..buang tebiat lerteww..:P


Pesawat  F-86 Avon Sabre jet milik TUDM buatan Australia..
Datang muzium Perak tak ambik gambar dengan jet nie memang takde makna nya..ibarat makan nasi tapi takde kuah...wahhh :P


Dalam Muzium nie dia ada 4 galeri utama..yang nie Galeri A ataupun galeri sementara..Galeri ni biasanya pameran nya sementara saja atau khas saja ikut jadual berkala...so Galeri A nie berubah-berubah ikut tema yang dah ditetapkan..Masa kami datang nie pameran mengenai pakaian tradisional orang Perak


Yang nie Galeri B...koleksi haiwan yang diawet dan koleksi rangka haiwan...yang diawet tu macam real jerk..si adeq lalu ikut jauh sebab takut..nie koleksi skeleton gajah...ada harimau..ular dan pelbagai lagi..semua koleksi nie berusia melebihi 100 tahun..walaupun dah lama tapi koleksi nie semua terjaga elok dan masih sempurna.


Muka cuak...risau sangat dia takut binatang-binatang tue semua keluar terkam dia..jenguk sikit-sikit jea...dia sekarang dah pandai bergaya..kalau bergambar dah pandai kasi pose..nak keluar rumah mesti nak pakai lipstik dengan celak dulu....hermmmm anak dara mama dah besar..barang makeup mama dah jadi barang makeup dia.. cerewet anak dara ku ini.. :)


Ngeri tengok orang patung nie...
kat sini dah masuk Galeri C..ada koleksi warisan kebudayaan negeri perak.macam seni tekstil, pertukangan logam, seni ayaman dan lain-lain lagilah..tentang adat istiadat perkahwinan orang Perak pon ada jugak..
banyak patung kat galeri nie...cheq ngeri aihh tengok orang patung nie..


Kat sini Galeri D...ada koleksi sosiobudaya masyarakat orang asli dan koleksi tembikar seluruh negeri di Malaysia...tembikar nie pon semuanya berusia lebih dari 100 tahun...punya lama hidup tak pecah-pecah..Galeri D di tingkat atas..masa kat atas kami anak beranak jer ada...hermmm memang riuh rendah lah anak-anak ku itewww...


Penempatan orang asli..masa kat sini banyak soalan anak-anak...tanya macam mana nak duduk rumah kecik sangat..tak sejuk ker rumah berlubang...atap dia buat dari apa..bla bla bla.....hermmmmm berpeluh mak nak jawab uolls

Rumah lubang-lubang diorang tak takut orang jahat masuk ke mama? soalan dari adik.. :)
Jauh di pikir nya...


Turun kat bawah ada pertandingan mewarna Frozen..apa lagi si adeq memang pantang tengok gambar frozen..sibuk nak join mewarna jugak..so layankan ajer...memang keluar hari tue nak spend quality time dengan mereka pon..dia nak mewarna kita kasi jerklah..


Memula tue Adeq yang khusyuk mewarna sensorang dia...


Last sekali dengan papanya dengan abangnya semua join....apa yang penting kerjasama.. :)
Belasah olaf color kuning oren..itu jerk color yang ada pon..janji color sudah.


Mewarna tue di buat di depan Souvenir shop nielah..sementara tunggu adeq mewarna cnn jamu mata dulu dalam kedai nie..tapi takde apapon yang best...takat keychain,baju dengan FM jer ada..rasanya banyak benda lagi boleh jadikan souvenir..boleh pelbagaikan lagi macam frame ker..cawan ker..topi ker..kann...hermm tak banyak pilihan sangat untuk souvenir.

\
So ini yang cnn grab..yang frozen tu ofkos la adeq punya dan yang ironman tue abang punya...FM ngan keychain muzium pon tak cantik sangat tapi beli jugak lah..wat kenangan..


Suka suki kami di Muzium Perak 2014.Alhamdulillah anak-anak happy mama papa pon happy..lagi 5 tahun panjang umur murah rezki kita datang lagi InsyaaAllah..


Terima Kasih sudi baca.
Belog Chinta Hatey CheNamNam

Wednesday, 10 December 2014

Dating Dengan Chinta Hatey

السلام عليكم



Disaat entry ini ditulis anakanda berdua ini sedang berada di kampung bersama opah kesayangan mereka..Rindu..Rindu dengan teletah dua beradik nie..si Abang mengusik adeq jer kerjanya..si Adeq menyakat mama papa cukup pandai..menjawab tiap kali orang cakap..

Hari minggu lepas cnn hantar mereka balik rumah mak abah cnn..lagi dua minggu cnn akan balik ambik..lagipun nanti nak balik untuk kenduri kahwen adik cnn jugak.

Untuk seminggu dua nie bagi mereka bercuti bersama opah dan paksu dikampung dulu..

Tinggal lah mama dengan papa berdua kat sini...nampaknya anak-anak kasi chan mama ngan papa honeymoon tue.. :p

Tapiiiii mama dah start rindu kat anak-anak nie...
alahai baru dua hari kena tinggal..macam mana nak tunggu dua minggu lagi nehh..:(



Anak dikampung jadi makpak keluar dating berdua jerklah untuk seminggu dua nie..fefeling lepas kahwen giteww...

Kelmarin dating dengan enlaki di SR..tekak rasa nak makan red velvet ajer...walaupon bila timbang berat jarum tue berpusing 360 darjah tapi totap nak makan kek jugekk kekdahnya.


Makanya ke SR cnn memang order red velvet jerklah..enlaki makan mee kari..dia suka sangatlah mee kari SR nie sedap katanya...cnn tak gemor sangat mee kari..tak kena ngan anak tekak nie..


Air kita order air air air apa ntah namanya..lupa dah hihihi...selalu cnn order cappuccino or mocha or chocolate jea tapi kali ni try test air lain plak..tapi lupa air apa cnn minum..nyanyok padahal bukan citer peram lama pun..apapontakbley.


Enlaki berselera makan mee kari dia..buat cnn terliur jer...so minta mee kari dia kasi try test tekak tengok...sekaliiiii mak aii sedap la pulok...grrrrrrr....

Apsal sebelum ni makan mee kari rasa tak sedap...bila cnn makan mee kari cnn dok bayang rasa macam dok hirup kuah kari ikan tue jer...sebab cnn bukan penggemar kari sangat..dalam rumah cnn nie nak bau kari setahun sekali pon belum tentu uolls...bukan iolls malas tapi iolls tak makan sangat jadi iolls tak masak lah hahaha

Senang hati bila dah kenyang...balik tak payah masak dah..
anak takde nie kena masuk tido awal sikit....:p


Terima Kasih sudi baca. 
Kisah Chinta Hatey CheNamNam

Friday, 5 December 2014

Kempen Derma RM10 seorang - Adik Muhammad Adam

السلام عليكم




Jom sumbang RM10 seorang bagi membantu Adik Muhammad Adam yang menghidapi Penyakit Hydrocephalus (Penyakit Kepala Besar).

Adik Muhammad Adam ini tinggal di Blok 8,Taman Semarak 2, Nilai. Buat masa ini Adik Muhammad Adam menjalani pembedahan yang pertama di Hospital Kuala Lumpur dan akan menjalani 2 lagi pembedahan susulan. 

Kos pembedahan pertama sebanyak rm3000. Atas faktor kekurangan wang, En Shahrul (Bapa Muhammad Adam) terpaksa meminjam wang dari kenalan. 

En Shahrul bekerja di Domino Pizza Nilai berpendapatan rm900/bulan, manakala isterinya suri rumah untuk menjaga Adam.

Setiap minggu akan mendapat rawatan susulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.
Untuk pengetahuan semua Adik Muhammad Adam ini juga mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak rm300.

Semoga usaha kecil kita bantu mereka sekeluarga akan diganjari oleh Allah

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB : 14380062873523 (Shahrul Nizam Samad). Telefon 017-2782339 untuk maklumat lanjut.



Mafhum hadis:

"Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat"

Sumber asal : https://www.facebook.com/beliaprihatinnilai

Sebarluaskan..




Terima Kasih sudi baca. 
Kisah Chinta Hatey CheNamNam