Showing posts with label Cuti-Cuti Perak. Show all posts
Showing posts with label Cuti-Cuti Perak. Show all posts

Thursday, 11 December 2014

Muzium Perak 2014

السلام عليكم

Sabtu lepas (06/12/2014) bawa anak-anak lepak di Taiping...
Dah alang-alang balik kampung terus bawa anak-anak jalan-jalan di Taiping dulu.
First tempat kitaorang pergi adalah Muzium Perak (baca Muzium Taiping)

Walaupun kampung halaman kot daerah tu jugak tapi memang tak pernah bawa anak-anak ke muzium nie..dulu malas nak bawak sebab diorang kecik-kecik lagi..rugi la bawa masuk muzium sebab diorang taktau apa-apa lagi kan..Tapi sekarang dah besar dan dah pandai so kita singgah lah muzium yer anak-anak..

Dah masuk sini banyakkkkkk sungguh "kenapa" dari mulut dak kecik dua orang nie..mak nya dah la sejarah pon cukup-cukup makan jer ater jenuh ler nak menjawabnya..sel otak sedang berhubung katanya...hermmm layan jerlah....nasib korunk lah nak kalau ade yang tergoreng sikit dari mak korunk nie maafkanlah yer..mak dah tua, banyak yang lupa dari yang ingat..


Ocay...kita pon baru tau muzium nie nama dia muzium Perak...hermmm ingatkan muzium Taiping tajuk dia. Teruk sungguh la....dah berpuluh tahun lalu depan muzium nie baru tau..

Tapi cnn tau muzium nie muzium terawal yang dibina Di Asia Tenggara dan yang pertama di Malaysia...Yess yang tu memang ingat..dengan bangganya bagitau anak-anak hikhikhik...

Pertama dan terakhir cnn datang muzium nie adalah masa darjah 4...huhu lama gila kot..itu pon ikut rombongan sekolah, terpaksa..kalau harap cnn datang sendiri memang tak datang la kot..:P


Dulu rasanya masuk muzium nie free...sekarang baru kena bayar rasanya tapi tak mahal pon RM2/person jerk (pemegang mykad)..Anak-anak free jerk masuk.

Di tutup pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha..ater ade ker orang nak datang muzium time raya eh..buang tebiat lerteww..:P


Pesawat  F-86 Avon Sabre jet milik TUDM buatan Australia..
Datang muzium Perak tak ambik gambar dengan jet nie memang takde makna nya..ibarat makan nasi tapi takde kuah...wahhh :P


Dalam Muzium nie dia ada 4 galeri utama..yang nie Galeri A ataupun galeri sementara..Galeri ni biasanya pameran nya sementara saja atau khas saja ikut jadual berkala...so Galeri A nie berubah-berubah ikut tema yang dah ditetapkan..Masa kami datang nie pameran mengenai pakaian tradisional orang Perak


Yang nie Galeri B...koleksi haiwan yang diawet dan koleksi rangka haiwan...yang diawet tu macam real jerk..si adeq lalu ikut jauh sebab takut..nie koleksi skeleton gajah...ada harimau..ular dan pelbagai lagi..semua koleksi nie berusia melebihi 100 tahun..walaupun dah lama tapi koleksi nie semua terjaga elok dan masih sempurna.


Muka cuak...risau sangat dia takut binatang-binatang tue semua keluar terkam dia..jenguk sikit-sikit jea...dia sekarang dah pandai bergaya..kalau bergambar dah pandai kasi pose..nak keluar rumah mesti nak pakai lipstik dengan celak dulu....hermmmm anak dara mama dah besar..barang makeup mama dah jadi barang makeup dia.. cerewet anak dara ku ini.. :)


Ngeri tengok orang patung nie...
kat sini dah masuk Galeri C..ada koleksi warisan kebudayaan negeri perak.macam seni tekstil, pertukangan logam, seni ayaman dan lain-lain lagilah..tentang adat istiadat perkahwinan orang Perak pon ada jugak..
banyak patung kat galeri nie...cheq ngeri aihh tengok orang patung nie..


Kat sini Galeri D...ada koleksi sosiobudaya masyarakat orang asli dan koleksi tembikar seluruh negeri di Malaysia...tembikar nie pon semuanya berusia lebih dari 100 tahun...punya lama hidup tak pecah-pecah..Galeri D di tingkat atas..masa kat atas kami anak beranak jer ada...hermmm memang riuh rendah lah anak-anak ku itewww...


Penempatan orang asli..masa kat sini banyak soalan anak-anak...tanya macam mana nak duduk rumah kecik sangat..tak sejuk ker rumah berlubang...atap dia buat dari apa..bla bla bla.....hermmmmm berpeluh mak nak jawab uolls

Rumah lubang-lubang diorang tak takut orang jahat masuk ke mama? soalan dari adik.. :)
Jauh di pikir nya...


Turun kat bawah ada pertandingan mewarna Frozen..apa lagi si adeq memang pantang tengok gambar frozen..sibuk nak join mewarna jugak..so layankan ajer...memang keluar hari tue nak spend quality time dengan mereka pon..dia nak mewarna kita kasi jerklah..


Memula tue Adeq yang khusyuk mewarna sensorang dia...


Last sekali dengan papanya dengan abangnya semua join....apa yang penting kerjasama.. :)
Belasah olaf color kuning oren..itu jerk color yang ada pon..janji color sudah.


Mewarna tue di buat di depan Souvenir shop nielah..sementara tunggu adeq mewarna cnn jamu mata dulu dalam kedai nie..tapi takde apapon yang best...takat keychain,baju dengan FM jer ada..rasanya banyak benda lagi boleh jadikan souvenir..boleh pelbagaikan lagi macam frame ker..cawan ker..topi ker..kann...hermm tak banyak pilihan sangat untuk souvenir.

\
So ini yang cnn grab..yang frozen tu ofkos la adeq punya dan yang ironman tue abang punya...FM ngan keychain muzium pon tak cantik sangat tapi beli jugak lah..wat kenangan..


Suka suki kami di Muzium Perak 2014.Alhamdulillah anak-anak happy mama papa pon happy..lagi 5 tahun panjang umur murah rezki kita datang lagi InsyaaAllah..


Terima Kasih sudi baca.
Belog Chinta Hatey CheNamNam

Friday, 18 March 2011

Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane

UPDATE : 

CNN menang tempat pertama contest neh..Dapat hanphone samsung dengan free No maxis. Thanks Niniezane.suker sangat..!!

btw Entry ini boleh dijadikan panduan untuk korunk yang nak pergi bercuti ker Marina Cove Resort Lumut..Mudahan dapat membantu korunk dan mencari info mengenai Marina Cove Resort.

 ***************************************

Banyak betul halangan haku nak siapkan entry neh..:(





Tempat yang haku cadangkan untuk pn Niniezane dan family adalah Marina Theme Park, Lumut.haku pernah sampai sini dua kali. Kenapa haku cadangkan tempat neh adalah kerana setahu haku Pn nak bawak anak-anak bercuti sempena cuti sekolah bulan enam nanti. So anak-anak paling suker kalau pergi ker theme park.Kalau tak percaya tanyalah mereka.

sebelum tuh bacer dulu entry penting neh Tips Merancang Percutian

Nak datang Marina Theme Park Tak payah naik flight bagai naik kereta pon boleh sampai jugak. kalau dari Kl tiga jam pon dah boleh sampai tapi kalau dari shah Alam boleh ikut sabak bernam pon tak jauh jugak dalam tiga empat jam dah boleh sampai.

Kalau dah ikut jalan lama sah-sah duit Tol tak payah.Hanya bajet untuk duit minyak sajer. kalau naik Honda,merc dan sewaktu dengannyer duit minyak mungkin dalam seratus pegi balik.Owh ini hanya random yer. Bajet lebih takper jangan kurang nanti tak cukup.



Ini Marina Theme Park.

nak masuk sini kener bayar jugak tapi siyes tak mahal kalau nak bandingkan dengan theme park yang lain.Weekdays ker,peak ker,super peak ker ratenyer adalah sama RM 5 hengget untuk adult and RM 3 hengget for child.

Operating Hours kalau school holiday adalah 10.00 am to 10:00 pm. Lamer tuhh.puas kalau nak main air.Main sampai lebam tapi Jangan sampai demam sudah.


Ini map dalam Marina Water Park.Double klik untuk image yang lebih jelas.

1.Locker,2.Changing & Toilet,3.Food Court,4.Admin (Ticketing & Surau),5.Water volleyball,6.Water Polo,7.Concrete Hide,8.Lazy River,9.Shaded Island,10.Fiber Slide
11.Shelter,12.Children Pool,13.Sand Hut,14.Wet Entrance,15.Olayground,16.3x Olympic Swimming Pool (under construction),17.Bridge,18.Boating (under construction)

keadaan dalam Theme Park neh

Disediakan juga tempat berteduh dan tempat lepak-lepak untuk ibubapa yang tunggu anak-anak main. tapi kalau ibubapa nak join main pon tarak kesah punyer.

kolamnyer adalah sangat luas so tak payah risau kalau orang ramai ker, public holiday ker, cuti sekolah ker. Masih ader tempat-tempat yang kosaong.

Kolam air masin. like mandi lautlah katernyer tapi dalam kolam so selamat dari jely fish dan ombak ganas.



"Salt water is good for skin completion"


Nie masih kat dalam tuh lagik. tempat bebudak main style daratan punyer plak.
owh toilet dan tempat persalinan ado yer, jangan risau. Toiletnyer bersih siap ader lagu-lagu jiwang berkumandang lagik. sambil salin baju sambil nyanyi.

Surau untuk solat pon ader yer dan lagik kantin pon ado. owh ini maklumat penting neh, makanan luar tak boleh bawak masuk dalam neh sebab kantin derang dah ado. Tapi makanan kat kantin tak sedap dan agak mahal so baik makan kat luar yer.

takper biler dah masuk dalam neh, nak keluar balik boleh lagi. tak silap haku boleh keluar masuk 5 times.

Jangan risau makanan kat luar banyak pilihan sebab ada banyak kedai sepanjang jalan ke situ dan lagik murah. Yer itu yang penting. Makan makanan mahal pon kalau tak sedap apahal kan.


sekitar kawasan kolam yang saujana mata memandang




okeh ini kawasan sekitarnyer..check it out..




Nak jalan-jalan tengok laut pon boleh, nak posing-posing tepi laut pon boleh cuma nak tido situ jerk tak boleh.


Ini pon sekitarnyer jugak. sah-sah tepi laut. Walau panas membahang tapi angin laut tetap ado.




bila datang sini orang yang paling gembira dah tentu-tentunya anak jantanku. Memang hepy sungguh diyer main air. Puas hati bawa diyer datang sini. Seronok tengok senyum dan ketawanyer yang tak putus-putus tue.

sungguh melihat anak gembira hatey ibu maner yang tidak senang.





mandi air pancut



Main gelongsor air




main pasir pulak



saat gembira En Epai melayan anak jantannyer.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hatey ibu dan ayah selain melihat senyuman dan gelak tawa anak-anak. Hilang rase penat dan lelah bekerja berhari-hari bila dapat menghabiskan masa yang ada bersama anak-anak tersayang.


untuk lebih jelas boleh jengah kat sini yer Marina Water Park





okeh Marina theme Park adalah bersebelahan dengan marina Cove Resort. So boleh bermalam di sini.

boleh tengok pilihan bilik yang ada kat sini dan Ficilities lain yang ada disini.
Hotel Marina Cove Resort

kang kalau haku yang huraikan dan semua nak citer dalam posting neh 3 hari menaip pon tak habis. Kalau tak haku yang pitam menaip boleh jadik korunk yang pitam membaca.

hotel bersebelahan sajer ngan Water Park, so ini pandangan hotel dari water park.


ini plak pandangan water park dari atas hotel aka dari dalam bilik.


Okeh ini bilik yang kitaorang duduk. abaikan yang bersepah tuh. apa yang haku nak tunjuk adalah biliknyer amat luas dan selesa untuk family. tak salah haku bilik yang haku duduk neh adalah yang termurah sekali maser tuh RM 158 henget sajer ada Balkoni mengadap laut. Ini bilik katil bujang dua, so weouls cantumkan thats why katil nampak besar.Kalau bilik yang tak mengadap laut harganyer murah lagik tau.

Sekali ngan pakej breakfast untuk 2 adult. So okeh lahh kan, not bad what. Dah bajet untuk breakfast kat situ dan dah save time nak keluar carik makan segala.

Kat Hotel pon ader swimming pool. Adult and child pon boleh mandi. syaratnyer baju kener color putih dan seluar color hitam. Itu bagi yang takder swimming suit la, kalau ada lagik bagus.




Suasana dimalam hari. nak carik makan untuk makan malam pon tak susah sebab banyak kedai yang bukak waktu malam. Malah kat belakang Hotel pon ader Medan ikan Bakar..Terbaik..!!

seratus hengget pon compom dah puaas makan anak beranak dah.




untuk pengetahuan juga Marina cove neh adalah seiring dan sejalan dengan Teluk Batik. Maka boleh jugak hang out kat teluk batik. main-main pasir, mandi manda,main ombak, tengok-tengok orang pon boleh sekadar mencuci mata..hahaha..

Okeh Teluk Batik memang tak jauh pon,tak sampai sepoloh minit pon drive kesana tapi kalau jalan penatlah jugak.



Makanyer dekat lah jugak dengan Lumut. eh nak ke Pangkor pon boleh. feri sopoloh hengget jerk untuk adult.

So kat Lumut pon boleh jalan-jalan habiskan duit yang ado. Eh lumut pon dah canggih tau sekarang. Bukan macam dolu-dolu lagik. Macam-macam ado. Tak percaya pergilah. Sehari pusing pon boleh penat. Nak pekena ABC ngan Laksa tepi laut pon boleh. pegi kat waterfront Lumut tuh.

Nak membeli dah belah lagik lah boleh. nak beli baju macam-macam pilihan ado. warna pelangi lagik, siap edisi pantai lagik bunga-bunga segala.

Harga pon berpatutan. Nak beli T-shirt edisi pangkor, Lumut dan Teluk Batik dalam sopoloh hengget dah boleh dapat untuk buat kenang-kenangan.

Cenderahati untuk dibawa pulang pon banyak kat sini. Murah-murah semuanyer, Sopoloh hengget dah boleh dapat macam-macam dah.



Makanan Hasil laut lagiklah banyak. Macam-macam boleh beli dengan Sopoloh hengget sajerk.
Cerita-cerita diatas bukan rekaan tapi berdasarkan pengalaman kami sendirik, check it out dalam percutian kami pada tahun lepas 


kami berhoneymoon untuk kali keempat
kisah di Marina Water Park
Marina Cove resort Lumut 

 


Sebenarnyer Entry ini adalah semata-mata nak join Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane.

Syaratnyer kener tag 5 lima orang so haku tag, Rosmona,Akma,Afsal,Tinie,Zuraiwan.

So kawan-kawan cepat buat sebab hari nie last day tau. Haku pon tau lambat. Now haku tengah kener Migrain neh tapi gagahkan diri jugak buat posting neh sebab hadiahnyer lumayan beb. Harap ader la rezeki haku.*kelip-kelip mater*


Ini Link belog beliau Contest cuti-cuti Malaysia Boleh klik gambar tuh jugak nak ker Contest beliau.


so haku dah penuhi semua syarat yang diminta oleh Pn Penganjur dan harap penyertaan Haku masih diterima. Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca entry ini. Salam Perkenalan dari saya untuk puan penganjur yang chantik itu.

psttt siyes cakap diyer chantek hoo..Model kau maner tak chanteknyer, Tak percaya pergilah belog Beliau.

Jom Cuti-Cuti Malaysia...




**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**