Showing posts with label BreastFeed. Show all posts
Showing posts with label BreastFeed. Show all posts

Monday, 28 November 2011

Say YES To Breastfeeding



kredit youtube and Uploaded by zaujahzaidee


Tersentuh hatey tengok video neh. Mudahan ibu-ibu hebat ini terus menjadi inspirasi buat ibu-ibu muda hari ini.

Teruskan perjuangan wahai ibu-ibu yang hebat.
Sesungguhnya Penyusuan susu ibu suatu FITRAH dan SEMULAJADI.



Haku bangga menjadi seorang ibu dan haku bangga kerana menyusukan anak-anakku.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Saturday, 30 October 2010

Pengalaman Breast Feed Bersama FAISH

STICKY MODE .
For New Entry Please Scroll Down ya..


Haku ingat kali nie haku nak BF sepenuhnyer untuk Dhamirah..kalo boleh sampai 2 tahun takpon sampai setahun, habis teruk pon mesti sampai 6bulan *ehh makin kuranggg plak*

tapi haku sedar haku kekurangan ilmu dalam bab BF nih dan masih belajor mengenainyer...banyak yang haku tak tahu...dan haku coba nak hambek tahu..

so haku nak minta tolong dari kengkawan dan reader haku disini...

Kepada korunk yang ader pengalaman BF, ader tips atau petua dalam memBF nie bolehlah kiranyer berkongsi pengalaman korunk dengan haku. Emailkan pader haku yer.

haku akan buat satu entry khas untuk setiap email yang dihantar. Haku juger akan berikan cederahati sebagai tanda terima kasih kepada korunk yang bersusah payah berkongsi pengalaman dengan haku dan reader Sayangku Faish.

Emailkan kepada shiela_lk @ yahoo.com.
Terima Kasih.

Thursday, 7 October 2010

Bayi Tersedak Susu - Ketahui Cara Beri Bantuan Kecemasan

KES kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.

Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.



Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.

Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.

"Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.

"Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.

"Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.

"Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia," jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.

"Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

"Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.

"Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur," katanya.

Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.

Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.


Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.

"Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.

"Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.

"Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang," katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.

Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.

"Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.

"Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama," katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.
Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.

Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.

"Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.

"Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi," katanya.

Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.

Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.

Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.

Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.



Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:

* Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.

* Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.

* Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.

* Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.

* Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.

* Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.

* Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.

* Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.

* Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.

* Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.

* Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.


Sumber : hmetro - Ketahui cara beri bantuan kecemasan

Oleh Siti Zarinah Sahib



Wednesday, 6 October 2010

Penyusuan Ibu Eksklusif Enam Bulan Pertama


WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.
Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.

“Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

Dr. Jamiyah berkata, “Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.'’

Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.

Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat’ pada 13 Ogos lalu.

Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.
Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'’ - Surah al-Baqarah.
Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.
Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.

Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.

“Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'’ ujar Dr. Jamiyah lagi.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.

“Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.'’

Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.
Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.

Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.

“Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'’ katanya lagi.

Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.
Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.

Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.
Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.

Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.

Tolak tanggapan negatif

Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.
Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.
Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

“Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Petikan dari Utusan Malaysia (04/09/2005)
Oleh: TAJAIYAH IHSAN





Terima kasih Utusan untuk info ini...:)




Tuesday, 7 September 2010

Pengalaman BF Bersama FAISH Episode 1 - Shahilain

Asslammualaikum Pn.Shiela...

Ok lah , Oleh kerana kau teringin sangat nak tahu tentang pengalaman aku sebagai ibu yg menyusukan anak ok,kat sini aku kongsi sedikit pengalaman erkkk...

Firstly,Alhamdulillah aku dikurniakan zuriat oleh Allah swt,sejak aku mengandung 5 bulan lagi aku dah bercita-cita utk BF kan anak aku sepenuhnya.Maka jenuhlah aku mengoogle kat internet cari maklumat pasal Breast Feed ni.Firstly aku carik ilmu macm mane cara utk aku buat dalam aku masih mengandung ni. Pertama penjagaan breast itu sendiri kene betul.Dalam waktu kehamilan breast kita sedang dlm proses utk membuat susu kan...dari segi puting tu kene jaga,cuci guna air suam dan buang kalau ade kulit yg berkopeng2 tu. Aku jaga dengan tidak menggunakan sabun ye kawan2....say NO pada sabun utk erea puting tuhh...pasal kalau kita cuci dgn sabun,boleh buat puting kita sakit dan terluka masa baby menyusu nnt. So,bila puting dah luka mcm mane nak bg baby menyusu tu yg buat sakit n lmbat nak baik plak tuhh...sian baby.

Seterusnya masa usia kandungan aku 7 bulan,nurse dah suruh aku picit sendiri nipple tu kasi timbul n buat jalan kuar susu....sakit gak lah mase picit2 tuhh....tp buatlah hari2 waktu mandi tuhh...selalulah urut2 breast sambil niat n doa dlm hati hope banyaklahh susu bila anak aku hisap nanti.sambil2 berselawat...

Ok,masuk bab bila hari pertama bg baby menyusu..haha....aku tak pandai kekok...tp breast aku memang dah kuar air coz kerap picit kan...so masa kali pertama tuhh memang try bagi baby dia hisap.Susu belum banyak kuar sangat mase tu.

Dalam pantang lepas balik hospital,aku berurut n memang lauk berpantang aku lobak putih,air horlick....lepas berurut memang susu aku keluar dgn jayanya..aku mula perah pakai tgn jerr dapt penuh sampai 4 auns utk botol kecik...kenyang gile anak aku menyusu.Tapi aku ade gak campur dengan susu formula.Oleh kerana susu dah banyak,aku mula menyimpan utk buat stok susu. Aku tak de beli pump yg mahal2 tu..aku beli pump biase jerrr kat pasaraya,yg murahh jerr....oleh kerana simpanan dah banyak aku hentikan bg baby susu formula..aku terus BF..

Rutin harian aku ade mase jerr aku perah susu,org kate kejerr partime mase dlm pantang haha.....Masa mula masuk kejerr,aku dah ajar dulu cara2 nak bg susu pd baby gune stok susu yg aku simpan dlm freezer tu,mak aku pun buat tak de masalah baby nak hisap botol tuhh...Kat ofice aku tak ramai orang,so bolehlah aku buat kejer partime aku tanpa halangan.sehari dapatlah 4 bekas dadih tuhh...siap label kan sekali tarikh utk setiap bekas...senang kire xpired kan..tp susu ibu tahan sampai 3 bulan kalau dok dlm freezer tu kan...

masuk baby aku 8 bulan,dia tak nak langsung susu lain....dan dia pun mula tak nak nyusu guna botol...haaaa tu yg masalahnya tuhh...makanya setiap hari tghri aku balik ke rumah netekkan dia dulu....sampai lah rutin tu dia masuk 2 tahun dahh ni.Asal nmpak mak dia balik bukan aku yg dia kejar,tetek aku yg dia nmpk dulu kahhhhhhhhhhh.....tp aku seronok n puas rase kasih sayang tu dekat sgt dgn anak...

Ok,cerita pasal keseronokkan bila BF kat anak ni,bg aku sgt bersyukur sgt coz boleh save budget beli susu formula hikhik....yg paling berharga lagi aku rasa sgt rapat dgn anak,kita boleh rasa sendiri perasaan kita tu,masa menyusukan tu boleh bercakap,tenung mata dia dan berdoa sekali utk anak kita.Dan bila kita bertentang mata dgn anak tu dia mcm boleh berfikir sama dan berborak sama dgn kita.

Sekarang ni aku tgh pragnent 2 bulan,sedang dlm usaha utk jarakkan anak aku menetek....tp sedihlahh aku rasa mcm nnt dia akn jauh dr aku....huhuhu.......aku terfikir nanti dia dah tak heran dgn aku lagi,dan dah tak tertunggu2 aku masa balik kijerrr...huhu.......so bila org suh aku pisahkan netek dengan anak aku ,aku rasa mcm sedeyy jerrrr...huhu......

Ok lah shiela...aku tak perasan plak aku boleh buat cite sampai panjang menjela mcm ni.....kahhhhhhhhh.....sory erkkk,kalau ade yg rase ilmu boleh ko ikut tu ko ikut lah erkkk....aku rase sekian dulu lah yerr kisah dr aku sepanjang BF kan anak aku ni....hehe...hope ko dan kekawan kuat semangat utk usaha BF kan anak memasing.Banyak Faedah dan kebaikan..bg aku bila org kate ade masalah ,lecehlah...itu perkara biasa jerrr....pasti ade cara nak atasi....yg penting niat dan kesungguhan kita.

Oh ye...lupa plak...Ain Humairah jarang demam dan kene seseme...mungkin berkat dari susu ibu...hehe... :) pisss no war !!


adiossss...........

http://shahilain.blogspot.com/

*********************************************************************************

KataKauFAISH :

itulahhhh kannn nikmat nyusukan anak memang lain rasenyer...biler anak menyusu dan merenung mater kiter rase sayu jerk hatey..rase nak nanges pon ader, rase syukur kerna dapat kesempatan susukan anak sendiri..

Alahai ko jangan lah sedihhhhh camtueee....Ain mesti paham keadaan ko...nanti continue untuk adiknyer pulakkk...lagipon Ain dah besar dan dah pandai..tapi mesti kiter rase sedih jugak camner pon kann..huhuuu

Haku doakan ko diberikan kesihatan yang baik sepanjang peknen kali nie...ko peknen dan still nyusukan Ain..haku solute lahh..*kagummm*....jager diri eh, minum susu banyak2 supaya kalsium ko tak hilanggg..

makaseh banyak-banyak coz sudi emailkan pada haku pengalaman BF ko..haku amat hargainyer...

nanti kasik haku alamat yer, ader cenderahati dari haku sebagai tanda ucapan terima kasih yang tak terhingga dari haku atas perkongsian ilmu yang ko berikan...banyak lagik yang perlu haku belajar....sebab haku tak pernah plan nak fully BF Dhamirah....last minute punyer decided...

syukurrr sebab cepat diberikan kesedaran akan kebaikan BF nie..sian anakku yang sulungggg...6 bulan jerk sempat BF diyer.....Amponkan mama yer Danial...salah mama kerna cetek ilmu..