TIADA wanita di dunia ini mahu bergelar janda pada usia yang muda, apatah lagi ibu tunggal kepada tiga anak. Begitulah halnya dramatis terkenal, Anne Ngasri.Pada mata masyarakat, Anne, 26, dan suaminya, Abd Wahi Hassan, 29, nampak sebagai pasangan bahagia. Malah mereka cukup lincah dan ceria menyertai Sehati Berdansa musim pertama dan layak ke final

Namun tiba-tiba, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga mereka apabila muncul di mahkamah syariah.
Kata Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri, 26, dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangganya yang dibina hampir lima tahun dengan Wahi yang juga seorang pelumba motosikal.
"Siapa yang tak sayangkan suami dan anak-anak? Apa yang berlaku selama ini saya simpan dan pertahankan tapi apabila kami sudah muncul di mahkamah syariah, apa lagi yang dapat saya katakan.

"Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya tak pernah menyesal dengan ujian Tuhan," kata Anne ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Aleema di Aleema Beauty House, Wangsa Link, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.
Ternyata dari riak wajahnya nan jelita itu, Anne tenang dan masih mampu tersenyum. Malah dia kini hamil 4 bulan selepas dikurniakan dua anak.
Berita Penuh Suami Anne lafaz cerai tatkala hamil
NAMA SEBENAR : Naszriah Ngasri
TARIKH LAHIR: 18 Disember 1984
TEMPAT LAHIR: Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon, pengacara dan duta produk
BILANGAN ANAK: Kelima daripada enam beradik
ANAK: Abdul Warits, 4 dan Abdul Wafri, 2
DRAMA: lebih 200 drama dan telefilem seperti drama bersiri komedi, Jangan Main Belakang, Dunia Baru, Anak Angkat, Cili Padi, Seindah Janji
PROGRAM TV: Program 13 episod, Cahaya Permata untuk RTM
FILEM: Dunia Baru The Movie
IKLAN: Fair & Lovely, Maxis, Petronas
DUTA PRODUK: Ocean Ria, Aleema
ANUGERAH: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 1993
Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my 25/05/2010
*************************************************************************************
Dunia artis memang sukar diramal....Anne nie chantek orangnyerrr, zuriat yang dilahirkannyer pon chomel-chomel belaka......sepatutnyer lelaki yang berdamping dengannyer akan rase hebat dan bangga punyer isteri seperti Anne...hermmmmmmmmmmmm ntahlahhh....
Dalam hidup nie terkadang kiter lebih banyak mendapatkan aper yang tidak kiter inginkan..dan ketika kiter mendapat aper yang kiter inginkan, akhirnyer kiter tahu bahawa yang kiter inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...bagi haku, bersyukur, redha dan terima seadanya adalah jalan yang terbaik dalam menuju titian kebahagiaan.....
Entahhhhlahhhh labuuuuuuuuu.......cakap banyak pong tak gunerrr....