Showing posts with label Muhammad Amin Fahmi. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Amin Fahmi. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un

السلام عليكم


Allah lebih sayangkan angah..

Semalam saya sangat terkedu bila mendapat tahu berita pemergian Adik Muhammad Amin Fahmi...Beliau pergi pada hari yang sangat mulia hari nisfu syaaban pada jam 3.45pm..Masa dapat berita tue mood saya hilang sama sekali, rasa down dan tak boleh nak buat apa,semua serba tak kena..Saya terus balik rumah duduk diam2 kat rumah..tenang kan hati.

 Saya dan Angah tiada apa ikatan pun tak pernah mengenali, bersua, mahupun berkata2 tapi saya ikuti perkembangan angah dah lama..dan mungkin itu yang membuatkan angah dekat dihati saya. setiap hari saya akan menjengah wall ayah angah untuk tengok perkembangan positif angah dan hantarkan doa untuk angah..Saban hari saya berdoa untuk kesihatannya pulih dengan sebaik-baik kesembuhan.Walaupun terdetik angah akan pergi jua nanti tapi jauh disudut hati memang saya mengharap keajaiban berlaku pada Angah..Tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk Angah.

Angah adalah anak yang menghibur kita dengan zikir2 Allah..yang mengajak kita meminta minta hanya kepada ALLAH.. Yang mendidik kita erti sabar,redha dan taqwa..sedang kita yang dewasa ini mudah sangat berputus asa..Ketabahan angah...Kekuatan angah..Keredhaan hati angah dan kesabaran angah dalam melawan penyakit kanser memang tidak terjangkau dek akal..Juga ikatan kasih keluarga angah yang tabah ..buat aku lebih mensyukuri nikmat yang diberiNya.Terlalu banyak perkara yang aku pelajari darimu wahai anak..

Hati ini semakin redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.Pergilah nak andai "kesembuhan itu" adalah jalan terbaik untuk penderitaan mu..Syurga tempatmu sayang....Terima kasih sayang kerna banyak mengajar aunty....
 
Kepada abang Khairulnizam dan kakak Siti Ashirah betapa kalian beruntung punya anak sehebat angah..seperti mana kami semua sedih dengan pemergiannya sudah pasti kalian lebih terasa kesedihannya..tapi usah bimbang lagi kerna penderitaan angah sudah pun berakhir..dia tidak sakit lagi..dia pasti menunggu kalian dipintu syurga..dialah anak yang akan menarik kalian ke dalam syurga firdausi..pasti dia sangat bangga punya ibu dan ayah yang sangat pengasih seperti kalian.Redhalah dan pasti Allah akan kurniakan ketenangan yang luar biasa buat kalian..salam takziah dari saya sekeluarga.


bersemadilah dengan aman wahai sayangku Muhammad Amin Fahmi..Al-Fatihah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 6 June 2013

Please keep praying for Muhammad Amin Fahmi

السلام عليكم



CNN berharap sangat pembaca belog chenta hatey akan terus menghantarkan doa buat angah (adik Muhammad Amin Fahmi)..dia hanya berusia 6 tahun untuk melawan penyakit sehebat kanser..cnn mohon pada semua untuk kita sama-sama mendoakan kesembuhan angah..

Bila doktor cakap kanser angah tidak lagi boleh diubati..kita serahkan segalanya pada Allah.Kita masih ada Allah for the miracle...jadi sama2lah kita doakan utk angah yer...

*******************

dipetik dari FB Tabung Wakaf Khas Kesihatan

Buat semua sahabat, Allah mendidik kita untuk tidak berputus harap dengan rahmat Allah. Hanya Allah yang mempu menyembuhkan anak ini di saat perubatan moden dah kehilangan punca. Kami merayu untuk malam ini, marilah kita sekali lagi bermunajat dan membaca Yasin untuk anak tercinta ini. Kali ini biarlah dalam bilangan yang lebih besar dari semalam. Mohon panjangkan iklan ini.

MAJLIS BACAAN YASIN UNTUK ANGAH SELURUH NEGARA MALAM KETIGA

Tarikh : Hari ini.
Masa : Selepas solat Maghrib.
Tempat : Di tempat solat anda.

********************

Malam nie sama-sama kita bacakan yasin untuk kesembuhan Angah..Titipkan nama Muhammad Amin Fahmi didalam doa kita semua.

Doa adalah senjata mukmin..

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 31 May 2013

Doa untuk Angah - Adik Muhammad Amin Fahmi

السلام عليكم

Salam Jumaat penuh barakah kekanda adinda kesayangan..

Alhamdulillah sebesar-besar pujian dan syukur kepada ALLAH swt, rabbuna wa rabbukum ajma'in atas segala limpah kurniaNYA.....

Hari ini adalah penghulu segala hari, hari dimana doa akan dimakbulkan Allah SWT. Dan hari ini sama-sama lah kita titipkan doa buat anak kecil yang cekal bertarung dengan kesakitannya melawan cancer..Melihat saja wajah comelnya yang menanggung kesakitan ,hati ibu mana yang tidak sedih...setiap kali ku baca status yang di tulis ayahnya..tidak pernah sekali pun hati haku kuat untuk menatap wajah angah dan setiap kali itu juga airmata haku seakan tidak mahu berhenti...

Ya Allah, Allah maha besar..hanya ALLAH yg maha mengetahui segalanya..haku yakin dengan janji Allah..JANJI ALLAH itu PASTI....kuatlah sayang..Allah uji kerna Allah sayangkan Angah..

wahai anak janganlah kau berputus harapan..Allah sudah menjanjikan sesuatu yang indah untukmu disana..bertahanlah..kuatkan hatimu sayang...aunty akan selalu hantar doa untuk kamo nak..

Buat kedua orang tua angah..betapa indahnya kalian dipandangan ALLAH....ibu dan bapa yang begitu tabah tanpa sikit pun berputus asa mencari penawar...Allah menguji kalian kerana kasih sayang Nya yang tinggi buat kalian..percayalah pada rahsia Allah..man jadda wa jadda..Moga terus tabah,cekal dan redha dengan ujian Allah ini.Saya hanya mampu berdoa utk en.nizam sekeluarga,Semoga angah akan sembuh dengan izin ALLAH,tiada yang mustahil jika ALLAH berkehendakan.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan en Nizam sekeluarga dan jangan Engkau persulitkan..


Dipetik dari wall ayah angah - Khairulnizam mohd Noor

As salam
Day 8 (dr tarikh doc sahkan kanser angah tdk blh diubati).
4am..tiba2.. Angah sebut allah...allah...allah..mama sakitnya..pedihnya...aduh..aduh...mama dah tak tertahan ni...arrghhh..arghhh..mama kenapa dgn konek adik ni..nangiss...nangis meraung...

Sakit bird angah datang lagi...kanser ni ganas betul... Papa tgkkan bird dia, mama jaga depan, nenek dia sapu air kat kepala.. Sempat angah suruh kami ngaji.. Angah minta sapu kain tuala basah kat muka...panas katanya... Sakit..nangis.. dia sakit sangat sampai 1 tahap kami terkedu x tau nak buat apa..air bacaan al quran, morfin, minyak sapu kami guna..

Kul 5.30am baru angah ok....dia penat..tanya papa mana mainan keta adik?
Angah ngantuk...nak tidur..

Alhamdulillah Lega...syukur..smoga sepanjang hari ni angah sihat hendaknya. Tengok badan angah dah ada tompok merah..tanda darah platlet mula nak hilang...baru top up rabu lepas..emmm cepat plak kanser ni makan...doa semoga sempat gi hospital isnin / selasa depan..sabtu ahad ni doktor pakar x de...yg ade on call je...

 Alhamdulillah..angah leh rest....

ya allah kurniakanlah apa yg terbaik untuk anak hambamu ini..hilangkanlah sakitnya...kami x tertahan tengok dengar angah nangis sakit...aminnn..

kepada yang tidak mengenali adik angah boleh lah tengok keadaannya di facebook ibu dan ayahnya Siti Ashirah Zakaria dan Khairulnizam Mohd Noor


Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)


Haku mohon pada kekanda adinda yang menjengah disini..

Sudikanlah membagi 2 minit kalian sedekahkan Fatihatul kitab untuk kesembuhan angah..

titipkanlah nama MUHAMMAD AMIN FAHMI B SITI ASHIRAH didalam setiap doa kalian.. 

Sesungguhnya Allah maha besar yang maha mengetahui atas segala kejadian. ku mohon kalian menadah tangan mendoakan angah dihari jumaat yang mulia ini..

Al-faatihah. 






Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~