Kredit picture to gugel
Alhamdulillah, Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untukku menyambut ramadhan tahun ini...Maha Besar Allah atas segala limpah kurnia dan kasih sayangNya ku masih dapat melalui Ramadhan kali ini dan moga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir ku..
Ramadhan yang ditunggu kemaafan jua yang ku pohon..salah silap dalam menutur kata, menaip rasa yang mungkin menyinggung mana-mana pihak yang diluar kotak sedar ku..Dengan rendah hati ku mohon ampun dan maaf kepada semua rakan blogger dan reader CHINTA HATEY jika ku pernah lukakan hati kalian secara sedar mahupun tidak.
Ramadhan kali nie jom kita perbanyakkan amalan menambah pahala mengumpul tiket ke syurga Illahi.Moga kita semua mendapat lebih keberkatan dan Rahmat dariNya dibulan yang mulia ini..
Selamat menyambut Ramadhan semua..!!