Showing posts with label Tips bijak merancang percutian. Show all posts
Showing posts with label Tips bijak merancang percutian. Show all posts

Tuesday, 17 July 2012

Coti-Coti Cameron Highlands Day 2


Adeq baru bangun tido.

Tido malam di Cameron saat hujan mencurah ibarat berada atas ketulan ais...hahahahaha sejuk giler kot. Rasa macam takleh diterima otak dah tahap kesejukkannyer..mak tak biasa. Dah la bawa baju stok t-shirt biasa2 jerk, sweater pon alahai idaklah tebal bebenor..pastu pakat-pakat meroyan mengigil..


Abang yang tak tahan sejuk, minta perlindungan adeq.Anak-anak tido pon dah tak kuwak lentang macam biasa dah.Semua tido himpit-himpit rapat-rapat ngan mak bapak.

Nak bangun pagi, masyaAllah malasnyer nak keluar dari selimut hanya Tuhan yang tahu. Apatah lagik nak pergi mandi jenuh bertafakur dulu nak masuk bilik air. Itu baru nak masukkkk tuhhh nak mandi lagikk laaaaa jenuh berzikir......


Abang dengan makngah.

Kami siap dalam pukul sebelas lebih kot. Memang lambat sebab masing-masing malas nak tinggalkan selimut. Dah tue diawal pagi pun hujan renyai-renyai lagi sebenarnya.


Bergambar kenangan dulu sebelum keluar dari hotel. Kali nie datang cameron memang rehat sunggguhhh, bayar duit hotel pon tak rugi sebab asyik lepak hotel jerk. Ater nak keluar hujan...:P

Lepas serah kunci kitaorang terus ke Tanah Rata untuk makan tengahari. Memang tak bergambar langsung dah maser tuh sebab masing-masing makan tak hengat donia dah.Memang lapor sangat rasanya.


Adeq ngan payung strawberi.


Nasiblah abang ngan adeq tak demam maser kena hujan tuh.

Adeq ngan makngah.

Dah lepas makan tuh kitaorang pusing-pusing lah jugak kat atas.



Sebenarnya tak berapa seronok jalan sebab keadaan basah. Kitaorang pergi tempat-tempat yang ader bumbung jerk...:P


Haku tak beli bunga langsung, pokok pon tak beli. Sayuran pon tak beli sangat, sikit-sikit jerk..tapi buah-buahan banyak jugak haku beli. Paling banyak beli adalah strawberi.


Haku rase S'corner neh baru buka kot. Sebab last year haku datang takder lagik S'corner neh.


Haku singgah jugak sini tapi singgah untuk basuh berak adeq jerk la..hahahaha..


berhenti jap kat cactus point jamu mater. Tapi tak membeli pon..

Mama ngan adeq lebih banyak rehat dari berjalan-jalan.

Tak teruja sangat sebab semua tempat dah pernah pergi. So just lepak-lepak having fun dengan sedut puas-puas udara segar cameron Highlands.

Cuaca kembali redup macam nak hujan balik. 


Haku rasekan inilah pestime pergi cameron duit haku tak habes banyak. Sebabnya memang rase tak best nak membeli.Pokok-pokok pon basahhh, sayur-sayur pon tak berapa cantik tapi segarlah jugak..Bunga lak haku tak minat sangat.So just beli sayur sikit-sikit dengan beli buah jerk selebihnya banyak beli makanan.

Lepas tuh datang kali neh memang rase fresh sangat bila balik mungkin sebab rasa macam puas berehat kot. Bila balik tuh kan rasa macam lamernyerrrrr pergi bercuti padahal dua hari jerk. Mungkin sebab tak buat aper-aper dan banyak berehat sajerk kan. Hermmmm banyaknyer kemungkinan.

Lepas jalan-jalan tuh kejap kitaorang pun gerak balik jerk lah. Tapi on the way turun tuh kitaorang TERsinggahlah plak dekat ladang BOH. Dan maser nak keluar dari ladang BOH tuh ader berlaku trajedi yang tak mungkin dilupakan.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Monday, 7 May 2012

Coti-Coti Bukit Tinggi,Pahang - First Day


Ini pon Coti-Coti Malaysia yang tertunggak jugak ..Coti-coti budget neh..:)
Kena ambik mood dolu baru boleh update..:P

Dah lamer benornyer teringgin sangat nak ker Bukit Tinggi.Bila masuk belog kengkawan yang hupdate dah pergi Bukit Tinggi rase cam jelesssnyer ai tau..hiks

Dan akhirnya weuolls sampai jugak Bukit Tinggi uolls.*Senyum*.

Gerak dari rumah pukul sembilan then terus keluar ikut bidor menuju ker Genting Sepah. Kami ikut Genting dekat sikit dari ikut KL nun,ikut jalan lama jer. Dekat tak dekat la rasenya pukul tiga jugak sampai kot plus mines berhenti rehat makan minum segala lahh tue dah..



Kami duduk dekat Dusun Nora.Selesa jugak kat sini tau plus nyaman dan jauh dari bingit kota. Sesuai sangat untuk merehatkan minda yang serabut. Haku rase inilah tempat paling aman pernah haku duduk selain dari kampung halaman haku.

Tak mahal pon cuma RM 90 jerk..Nanti haku update/review dusun Nora neh yea.. Nanti tue maksudnyer nanti tauu...kang ader lak yang menunggu mampos guwe,,,:P

Sejauh jauh tempat kami pergi *jauhlah sangat..* dan setinggi-tinggi termpat kami jejak *yer yer jerk..* Bukit Tinggilah tempat buat pertama kalinya kedua anak-anak haku muntah dalam kereta..habessssss towww...

Adeq muntah terukkk tue,abang ocay jugak lagik..Tapi time derang dok muntah tuh pon dah sampai kat atas dah..mungkin dah tak tahan sesangat lah tuh..bluwekkkkk di kasi nyer maka bersepailah atas riba hakakkk, dan dan hakak pulak rase meloya...mencabar jugak eh nak handle anak-anak muntah neh tetambah mamanyer yang tak berapa nak ado daya tahann...phewwwww hahahaha

Sesampai jerk terus merehatkan urat perut yang terlilit dan tali pusat yang berserabut maser dok atas kereta tuh..lega sangat bila dah sampaii...huhhh


Destinasi bajet sangat sebabnyer weuolls join group syarikat pegi saner, so everything under syarikat lahhh..Merasa jugaklah berjalan di sponsor walauponnnnnnn kena duit sendiri jugak time nak bayar makannn...wahhaaaa..

tapi kalau makan ikut time yang ditetapkan tak payah bayar pon benarnyer tapi perut hakak neh maner bley nak tahan makan ikot jadual diknonnn...dok la meroyan minta diisi...sentap hakak..!!

Bukit Tinggi adalah sangattttttt HOT pader hari itew tau...sangat-sangat..!!!sampai hakak rase nak berendam dalam kolah bilik mandi jerk..beruwap semacammmmm..Kitaorang semua keluwor lepak kat cafe *aka ruang rehat sebenarnyer kot* sebab dah tak tertahan duduk kat chalet..panas giler kot.


Dah pukul Enam barulah redup-redup manja sikit.Itu pon sikit jerklah. Pukul Tujuh lebih pon ader metahari lagik kau..huhhhhhh terkena kejutan budaya kejap hakak *baru kat Bukit Tinggi tak ke London lagik tuhh,over ko peah...*

Yerlah kat TI tetiap petang hujan kot.Pagi jerklah panas kejap..pastu dah sejuk dahhh...kenkadang kat tempat lain tak hujan pon *terbukti bila tepon mak kat kg atau tepon maksedara kat kampar* tapi kat TI rilek jerk hujan ribut segala..


 Petang tuh staff yang lain semua naik ker colmar, haku jerk yang tak korser nak jenjalan pepanas tuh. *panas donia barukan dah tak tahannn...ish ishhh insaf * .

Weuolls just layan anak-anak main sekitar chalet jerk lah. Lagipon kesian kat anak-anak sebab time datang tuh muntah teruk so kasi derang rehat sikitlah dan hilangkan rase pening dolu..
 
Anak-anak hepy barulah makpak pon hepy kan tapi kalo dah anak-anak pening makanya makbapak double triple lah peningnyer....:P





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Wednesday, 9 March 2011

Tips Persediaan Untuk Bercuti

Minggu depan coti sekolah kan.
Walaupon haku bukan cikgu,walaupon anak haku belum sekolah lagik tapi jangan ingat haku tak ambil port langsung bab-bab cuti sekolah neh yer.

Bagi haku coti sekolah neh penting untuk anak-anak terutama sekali untuk ibubapa yang anak-anaknyer bersekolah. Sebab maser neh lah anak-anak mengharapkan sesuatu dari kita.Sesuatu yang dipanggil "masa bersama".

Disebab kan ada yang bertanya pada haku macam mana nak rancang percutian sebab kerap sangat tengok haku pergi bercuti dalam setahun.So haku kongsikan kat sini apa yang haku buat sebelum pergi bercuti.Harap dapat membantu.

kredit to gugel


Pertama sekali haku merancang.Selalunyer haku akan letakkan satu tarikh untuk pergi bercuti. Selalunya haku merancang sebulan lebih awal dari tarikh nak pegi.Tapi kadang tuh dua bulan lebih awal pon ada.Kenkadang haku nak bawa anak haku pegi main kat taman pon haku rancang seminggu awal.Means hari isnin haku dah rancang hari sabtu nak bawak anak-anak pegi main kat Taman.Taman jauh la sikit dari umah maksudnyer tuh..Gila merancang kan haku neh?

Haku memang bukan jenis yang suka bercuti suker-suker atau asal boleh atau main serbu. Haku tak suker tergesa-gesa dan kelam kabut.Boleh migrain haku nanti.

Tips nyer kat sini bila kita dah rancang maksudnyer kita ada cukup masa untuk memilih tempat tinggal atau penginapan yang terbaik sesuai dengan kemampuan kita.

Kalau dah ader anak-anak yang bersekolah jangan lupa babitkan anak-anak dalam memilih lokasi dan aktiviti yang akan dibuat. Baru best sebab haku pon kadang-kadang tanya abglong diyer nak pegi maner atau nak buat aper atau nak main aper..yes jawapan anak kita pasti akan lebih mengujakan.

kredit picture gugel


Lepas tuh haku akan mula buat belanjawan contohnyer sejumlah wang gitu-gitu disimpan untuk tujuan percutian nanti.

Weouls pon bukannyer gaji besar sangat tapi aper yang penting kita merancang dan menyimpan.

So dengan membuat tabung percutian neh dapatlah menjamin keseronokan kita yang maksimum.Takderlah semuanyer nak bajet takut terlebih guna duit bulan tuh.Kalau nanti rasa berkenan nak beli cenderahati ker atau apa-apa ajer boleh beli tanpa risau tak cukup duit.

kredit picture gugel


Saat paling best kalau nak pegi bercuti atau balik kampung sekalipun adalah saat packing barang. Tapi saat paling tak suker sekali adalah saat punggah dan kemas barang bila balik dari bercuti.owhhhhh...

Tips yang paling pentingkan kat sini adalah bila dah tiba saat pergi bercuti biarkan anak menyediakan dan membawa beg masing-masing. kita bagitahu apa yang kena bawak,berapa helai baju dan keperluan-keperluan lain.cubalah dan tengoklah kegembiraan yang terpancar jelas kat wajah anak kita.

haku tahu sebab haku memang buat macam tuh. Haku bagi peluang pada anak haku untuk feel macam maner persediaan nak pegi bercuti atau persediaan nak balik kampung.Percayalah anak akan excited lebih untuk pergi bercuti.


kredit picture gugel


Jangan luper untuk buat senarai aper barang yang nak dibawa tetambah kalau korunk ader anak kecil. Selalunyer haku buat senarai neh tiga empat hari sebelum bertolak. Tujuannyer untuk pastikan barang-barang penting tak tertinggal.

macam haku kalau pegi bercuti barang paling penting yang haku akan bawa adalah ubat migrain haku..:)sebab migrain menyerang tidak mengira tempat dan waktu hoo..Lepas tue haku akan pastikan bawa Surah Yaasin. Tak kiralah mana haku pegi Surah Yaasin mesti adalah dalam beg haku.Penting sebab haku ada anak kecik.

kredit picture gugel


dan akhir sekali benda yang haku akan pastikan adalah haku akan kemaskan rumah dulu sebelum pergi bercuti. Ini penting sebab balik nanti,haku tak serabut perut tengok rumah berselerak.Benda yang paling haku tak suker kalau balik dari bercuti adalah bila ader pinggan mangkuk dalam singki.huhhhh memang pantangg..Rasenyer itu jerk lah kut yang haku praktikkan kalau haku nak pergi bercuti maner-maner atau balik kampung.

kredit picture gugel


So dah alang-alang cuti sekolah neh,bawa lah anak-anak pegi bercuti.Luangkan masa bersama mereka.Apalah salahnyer kalau kau ambik cuti dua tiga hari dan pergi bercuti bersama family terchenta. Tak luaknyer gaji kau takat ambik cuti dua tiga hari. Berbaloi lagi adalah, tiada apa yang lebih penting melainkan melihat orang yang kita sayang bahagia dan gembira. Cer kalau duit kau berlonggok berkepok tapi anak bini kau makan hati berulam jantung jerk,kau pulak keluar pagi balik malam. Anak-anak cuti sekolah pon kau tak tahu tapi berbelog ko tahu pulak.Bahagia ker kalau macam tuh.

Eh haku tak setujulah orang macam tuh akan bahagia.Bercuti neh tak semestinyer ko kener duduk hotel-hotel mewah atau melancong melangkaui sempadan umah ko atau kener keluar negara atau kener berhabis duit bonus kau riban-riban atau habiskan gaji setahun kau..owhhh TIDAK ok.

Percayalah anak-anak kita tidak perlukan semua itu. Yang mereka nak adalah "MASA KITA". Masa kita bersama mereka.Sebanyak mana masa yang mampu diluangkan oleh ibubapa untuk mereka.Walau percutian kiter hanya diKampung cuma,itu pon sudah cukup untuk mereka.Membawa anak-anak kita bersiar-siar dibandar atau taman berdekatan pon dah cukup menggembirakan mereka.

Apa yang penting adalah kualiti masa yang dapat diluangkan oleh ibu bapa bagi melayan anak-anak.InsyAllah anak-anak akan lebih menghargai kita.



Kalau korunk pegi bercuti macamner pulak yer? Ambil berat tak pasal semua-semua yang haku senaraikan kat atas tuh.







**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**