Haku memang ader follow citer pasal budak pompuan nih...dari muler diyer hilang 13hb okt tuh ari sampai lah hari nie berita pasal gadis nie ditemui semula...yerlahh gadis nih pon chantek kann makanyerr menarik lahh jugakkk nak bacerr...
memuler berita nih keluwor haku turut simpati ngan nasib yang menimpanyer...sian makbapak diyer...manerlah tau kan kut jadik macam kes Sosilawati tuhh hilangg dan terus hilanggggg...skang nih kan macam-macam boleh jadik...haku pon turut berdoa moga gadis nih ditemui semula....
Sekali berita ari nie diyer bukannyer diculik atau aper cumer melarikan diri.....semata-mata tak nak berkahwin dengan tunangnyer...siap mereka cerita bagai lagik...
yang buat haku kecewa ngan budak pompuan nie yang harap jerk muker chantek tapi tak pikir panjanggg dan otak sengkek...boleh plak ko main larik-larik erk...idak ker ko tak pikir mak bapak ko yang susah atey siang malam...ntah makan ntah idak mikirkan ko....eh tolongg lahhh..kalo tak nak kawenn cakapppppppppp cakappppppp cakappppp okehhhh yang ko main larik-larik tuh pehal.....sian mak bapak ko la weii...mengonggg...!!!!
Sumber : harian metro
Lari tak mahu nikah
Oleh Mohd Fauzi Abdullah
KUANTAN: “Jika dia (Rozaliya) setuju, perkahwinan mereka akan dibatalkan,” kata Mat Lazim Mat Ismail, 52, bapa kepada Rozaliya, 20, bakal pengantin yang dilaporkan hilang pada 13 Oktober lalu ketika membeli persiapan perkahwinan bersama tunangnya di Pasar Besar Kuantan, di sini.
Menurut Mat Lazim, punca anak perempuannya melarikan diri dipercayai kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dengan tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, selepas hubungan mereka berdepan masalah kira-kira setahun lalu.
“Anak saya memaklumkan mereka sudah tidak sehaluan dan Mohd Helmi dikatakan mulai berubah sikap.
“Dia memberitahu tunangnya itu bertukar menjadi panas baran, suka mengongkong dan susah diajak ke mana-mana selepas mereka mengikat pertunangan, berbeza ketika mereka masih berkawan dulu,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi.
Terdahulu, Rozaliya ditemui kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, selepas dikatakan dua hari bekerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam di kawasan berkenaan.
Difahamkan, penyelia kedai berkenaan memaklumkan perkara itu kepada polis selepas wajah dan berita kehilangan gadis terbabit terpampang dalam akhbar sebelum dia dibawa anggota polis ke IPD Kuantan malam tadi untuk diserahkan kepada keluarganya.
Ketika sidang media di IPD Kuantan, Rozaliya turut hadir, tetapi enggan memberikan sebarang ulasan, sebaliknya lebih banyak tunduk dan menutup mukanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan Rozaliya, 20, seorang jurujual di kedai menjual telefon milik bapa saudaranya di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu dilaporkan hilang sejak 13 Oktober lalu.
Sebelum kejadian itu, dia dikatakan keluar dari rumah keluarganya di Bandar Cheneh Baru dengan berpakaian blaus hitam dan seluar denim gelap bersama tunangnya, kira-kira jam 11 pagi untuk membeli persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 12 November depan.
Selepas membeli-belah di sebuah kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan di sini, tunang wanita itu bergegas pulang ke pejabatnya di Bandar Cheneh Baru kerana perlu menyelesaikan urusan penting dan berjanji menemui Rozaliya, kira-kira jam 3 petang hari sama.
Bagaimanapun, Mohd Helmi gagal menemui Rozaliya di tempat dijanjikan dan terus mencarinya hingga jam 6 petang sebelum menghubungi keluarga wanita itu.
Kelmarin, akhbar melaporkan ibu Rozaliya, Sabariah Mansor, 42, sebagai berkata dia mengesyaki ada yang tidak kena dalam perhubungan anaknya dan Mohd Helmi.
Wanita itu mendakwa, Rozaliya pernah berhasrat memutuskan pertunangannya.
Semalam, akhbar melaporkan Mohd Helmi tampil di IPD Kuantan untuk menafikan andaian dia terbabit dalam kehilangan tunangnya itu.
Bapa Mohd Helmi, Mohd Noor Juah, 53, turut menafikan anaknya membawa lari dan menyembunyikan Rozaliya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berharap kedua-dua pihak mencari penyelesaian terbaik menyelesaikan masalah itu.
“Siasatan mendapati kejadian ini bebas unsur jenayah dan lebih kepada masalah peribadi atau keluarga,” katanya sambil memaklumkan polis turut mengambil keterangan Rozaliya selepas ini bagi melengkapkan siasatan berhubung kehilangannya.
Sementara itu, Mohd Helmi ketika ditemui selepas sidang media sama berkata, sebelum ini, dia begitu menyayangi Rozaliya, namun selepas kejadian itu, hatinya sudah tawar.
“Saya maafkan perbuatannya dan biarlah takdir menentukan nasib kami,” katanya.
KatakauFAISH :
Kepada adik adik manis diluar saner tuhh kalo nak buat aper-aper pikirlah dua kali..ingat-ingatlah mak bapak samerr..sian mereka...sanggup ker susahkan hati makbapak yang membesarkan kiter dari kecik sampailah kita mampu membuatkan airmata mereka mengalir...sedarlahhhhh....Airmata mata ibu dan ayah bukan sebarang airmata yang boleh dipandang enteng...pikir-pikirkan lahhh..