Showing posts with label wabak cirit -birit. Show all posts
Showing posts with label wabak cirit -birit. Show all posts

Monday, 13 February 2012

Kerisauan yang bukan sedikit.

Ya Allah susahnyer nak hupdate belog skang nehh..dah ghuper chipmore dah, kejap ader kejap elek pocik katernye..
Banyak cerita nak hupdate tapi payah nau nak mulakan.
Susah hatey sangat biler belog tak hupdate dan tak sempat jengah kengkawan kat sini.Now malam haku dah tak sempat nak hupdate belog..apatah lagik sabtu Ahad..bizinyer mengalahkan YB dahh..:)

Haku kira semua orang dah tahu kan pasal Rotavirus menyerang Teluk Intan.Yap haku sedang berkhidmat di Teluk Intan.Kes neh pon dah masuk TV3 pon, dah masuk paper pon..and now kat maner-maner pon di Daerah kecil neh semua orang bercerita tentang Rotavirus.



Di warung, kedai kopi, pasar, supermarket,tepi jalan dan dimaner-maner ajer orang bercerita tentang virus yang menyerang hendap tak kira bangsa kaum dan agama.Semua orang di daerah neh dibelenggu rase takut dan risau yang amat sangat apatah lagik ianyer melibatkan anak-anak tersayang.

Menteri kesihatan cakap ianyer terkawal tapi kalau dah sehari ader seratus lebih kes tang maner yang terkawal pon haku tak tahulahh..Minggu lepas dua baby meninggal kat sini sebab Rotavirus neh..haku sure sangat ramai ibubapa kat sini yang risau macam haku jugak..

Kawan haku kat Sepital TI pon ader cakap wad baby penuh and now kalo ader baby yang kena tahan lagik pihak sepital akan hantar pergi Sabak bernam or Tapah/Bidor macam tuh...hokay terkawal lah sangat..

Pihak kesihatan dok sibuk edarkan memo suruh berjaga-jaga pasal wabak neh.Setiap gerai dan umah dapat memo pasal Rotavirus menyerang Teluk Intan.Minggu lepas pihak kami pon dah dipanggil berbincang sebab katernyer punca adalah dari sumber air tapi setakat siasatan kami sumber air kami ocay jerk..tapi kemungkinan saluran air tercemar tetap ader and masih dalam sisatan.

Ya Allah mudahan cepatlahh berakhir semua neh. Setiap hari haku gelisah risaukan anak-anak. Anak-anak haku dah la kat Taska kedua-dua. Risiko jangkitannyer adalah tinggi dan itu lagik lahhh buat haku gelisah tak menentu.

Malam tadi plak abang batuk teruk pastu diyer bagitau haku diyer sakit dada. Terus haku tersentap dan tak boleh tido dah pastu sebab dok pautau diyer. Haku sapukan vick kat dada diyer then tengok diyer tido. Kang ambik diyer kat tadika kang terus nak pegi klinik ambik ubat lak.

Walaupon batuk takder dalam list tanda-tanda rotavirus tapi hatey ibu tetap risau dan gelisah.Tetap..!!




Ya Allah, Engkau jauhilah anak-anak haku dari penyakit bahaya ini.Mereka adalah jantung dan nyawaku..melihat mereka sakit sudah cukup membuat nafasku terhenti..:(



Hari-hari yang haku lalui dah tak setenteram dulu. Hidup dalam kerisauan di bumi Teluk Intan.
Cepatlah berakhir semua nie...


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!
~CNN~