Tuesday, 25 June 2013

Jerebu di Teluk Intan

السلام عليكم

Keadaan jerebu di Teluk Intan hari nie..

pukul 11 pagi tadi IPU di Teluk Intan sudah mencecah 322. So semua sekolah sesi petang sudah diarah kan tutup. Esok pun sekolah sekitar Hilir Perak sudah diistiharkan cuti..


Elok pon sekolah cuti sebab pagi tadi abanglong dah batuk-batuk time pergi sekolah.
Rasanya kalau sekolah pon esok haku tak hantar kot anak haku ke sekolah..
Malam tadi pon dia dah ngadu domba dia sakit tekak.Risaunya haku sebab anak-anak haku dua-dua pon ade asma..abanglong tue lagi ler mudah sangat kena jangkitan..


Take care yer kawan-kawan walau dimana pon korunk berada..!!


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un

السلام عليكم


Allah lebih sayangkan angah..

Semalam saya sangat terkedu bila mendapat tahu berita pemergian Adik Muhammad Amin Fahmi...Beliau pergi pada hari yang sangat mulia hari nisfu syaaban pada jam 3.45pm..Masa dapat berita tue mood saya hilang sama sekali, rasa down dan tak boleh nak buat apa,semua serba tak kena..Saya terus balik rumah duduk diam2 kat rumah..tenang kan hati.

 Saya dan Angah tiada apa ikatan pun tak pernah mengenali, bersua, mahupun berkata2 tapi saya ikuti perkembangan angah dah lama..dan mungkin itu yang membuatkan angah dekat dihati saya. setiap hari saya akan menjengah wall ayah angah untuk tengok perkembangan positif angah dan hantarkan doa untuk angah..Saban hari saya berdoa untuk kesihatannya pulih dengan sebaik-baik kesembuhan.Walaupun terdetik angah akan pergi jua nanti tapi jauh disudut hati memang saya mengharap keajaiban berlaku pada Angah..Tapi Allah lebih tahu mana yang terbaik untuk Angah.

Angah adalah anak yang menghibur kita dengan zikir2 Allah..yang mengajak kita meminta minta hanya kepada ALLAH.. Yang mendidik kita erti sabar,redha dan taqwa..sedang kita yang dewasa ini mudah sangat berputus asa..Ketabahan angah...Kekuatan angah..Keredhaan hati angah dan kesabaran angah dalam melawan penyakit kanser memang tidak terjangkau dek akal..Juga ikatan kasih keluarga angah yang tabah ..buat aku lebih mensyukuri nikmat yang diberiNya.Terlalu banyak perkara yang aku pelajari darimu wahai anak..

Hati ini semakin redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.Pergilah nak andai "kesembuhan itu" adalah jalan terbaik untuk penderitaan mu..Syurga tempatmu sayang....Terima kasih sayang kerna banyak mengajar aunty....
 
Kepada abang Khairulnizam dan kakak Siti Ashirah betapa kalian beruntung punya anak sehebat angah..seperti mana kami semua sedih dengan pemergiannya sudah pasti kalian lebih terasa kesedihannya..tapi usah bimbang lagi kerna penderitaan angah sudah pun berakhir..dia tidak sakit lagi..dia pasti menunggu kalian dipintu syurga..dialah anak yang akan menarik kalian ke dalam syurga firdausi..pasti dia sangat bangga punya ibu dan ayah yang sangat pengasih seperti kalian.Redhalah dan pasti Allah akan kurniakan ketenangan yang luar biasa buat kalian..salam takziah dari saya sekeluarga.


bersemadilah dengan aman wahai sayangku Muhammad Amin Fahmi..Al-Fatihah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 19 June 2013

Anonymous

السلام عليكم


Dua tiga hari sudah sajer jer hakak tukor setting semua buleh komen sebab sebelum nie hakak setting yang ader akaun jerk buleh komen belog hakak...

tue pon hakak tukar dulu tue sebab banyak sangat dapat komen Anonymous lah tue..malas nak layan. lepas dua hari tak buka belog hakak tengok ade 11 komen yang masukkk..


dan semua komen tersebut adalah dari anonymous...bravooo..!!
nampak sangat cik anoi kiter memang setia dan suke ngan belog hakakk..hikhikhik

Tapi kali nie semua komen yang hakak dapat adalah komen positif tauuu..
Terima kasihlah wahai cik anoi...:)

Rasa nya komen nie semua bukan melayu/Malaysia kot...sebab komen mereka semua positif...semuanya komen kat hotel-hotel dan tempat2 holiday yang pernah hakak hupdate sebelum nie..Mesti jenuh jugak mereka nak translate nak memahamkan bahasa hakak yang tunggang terbalik tue kan...
hikhikhikk..

Sebenarnya  seronok bila kita menulis tentang sesuatu tue ader yang sudi komen, respons, cadangan dan nasihat dan kengkawan blogger atau anonymous sekalipun...rasa lebih semangat nak berkongsi yang best-best lagi...

tapi bila dapat komen-komen yang hanya tahu mencari salah si penulisnya saja tak seronoklah kannn...padahal baru satu entry dia jerk ko baca ponnnn...dah judge macam-macam dah...dah mencaci cela mencarut bagai dahh...tak elok lah macam tue..kannnnn...kannnnnnn....kannnnnnnnn

btw hakak sangat-sangat berterima kasih pade kengkawan blogger yang setia masuk blog hakak dan komen blog hakak walaupon hakak sekarang dah jarang berblog.

Terima Kasih banyak-banyak wahai kekanda adinda kesayangan...
saya sayang kamo semua kerana Allah.


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Tuesday, 11 June 2013

Penawar Al Manna

السلام عليكم


Dipetik dari wall Tabung Wakaf Khas Kesihatan

" Di saat perubatan moden mengatakan sudah tiada ikhtiar yang mampu menyembuhkan, kita diajar untuk tidak berputus asa dan terus berusaha. 

Semalam kami dipertemukan dengan Al Manna, sejenis penawar yang ada dinyatakan dalam Al Quran. Kami berhasrat untuk memberinya kepada angah (gambar) serta semua pesakit yang memerlukannya secara percuma. Harga runcit produk ini ialah RM120 seunit. Kami cuba mendapatkannya pada harga yang lebih murah. Syarikat ini mencadangkan kami membeli 70 unit produk ini dan harganya boleh dikurangkan kepada RM90.

Kami dengan rasa rendah diri menjemput semua untuk bersama kami nembantu dan menaja pembelian produk ini pada harga RM90. Kami memerlukan sekurang2nya 70 orang. Anda juga boleh membeli untuk diri sendiri pada harga RM90 dengan kami.." 


************************************


kredit picture dr The Power Of Al-Manna

Ini adalah Penawar Al Manna yang dimaksudkan...iaitu sejenis getah tumbuhan yang ada dinyatakan dalam Al Quran..Kebaikannya telah dinyatakan di dalam 3 kitab suci terhadap kesihatan semenjak tamadun manusia bermula:

1. Taurat (Exodus 16:31)
2. Injil (Exodus 18:78)
3. Al-Quran (Baqarah 57; Wa'qiah 28)



Prebiotik : adalah sumber makanan bagi merangsang pembiyakan bakteria baik di dalam sistem pencernaan rendah yang membermanafaat kepada kesihatan tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Probiotik.

Probiotik : adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus besar sejak manusia dilahirkan. Probiotik adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh bagi tujuan, merangsang immune sistem, menyah sisa makanan yang tidak boleh dihadam, menyah toksin dalam badan, menyingkir lebihan lemak dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Dengan itu probiotik dapat menghalang tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser, kegagalan buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain - lain.

*********************************

So CNN sangatlah berharap agar ada diantara pembaca belog Chenta Hatey akan bersama-sama membantu dan menaja dalam pembelian nie..CNN taknak dapat pahala sorang-sorang, CNN nak kongsi dengan semua pembaca belog Chenta Hatey..biar kita sama-sama dapat pahala..Kalau tak mampu untuk keseluruhan harga pon tak mengapa...cukuplah dengan sedikit pemberian sumbangan dengan wang yang terlebih baki didalam akaun biarpun hanya RM 1..


Untuk Sumbangan boleh masukkan ke dalam no akaun dibawah yer atau boleh PM admin Tabung wakaf kesihatan atau terus contact admin. Terima Kasih.

Maybank Acc : - 155127004797  -  Mohd Najib Khairudin (admin TWKK)
Sila maklumkan semula kpd admin via 0196202690 untuk tindakan dan rekod.

FB : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Boleh contact Admin ( SMS) ke 019-6202690



Terima Kasih Sekali lagi..



" Setiap penyakit ada ubatnya,Jika ubat itu tepat maka penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah "





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~