Pemegang gelaran Miss World Malaysia 2009/2010,Thanuja Ananthan.
haku tertarik dengan cara penjagaan kecantikkan yang diamalkan oleh beliau. Orang India pon amalkan petua orang-orang tua rupanyer,siyes haku tak tahu.Ingatkan orang Melayu jerk ader petua-petua dalam menjaga kecantikkan neh.Sebab jarangggggg nak jumpa orang India yang cantik,hahaha..opss..!! i mean kulit yang chantek macam Thanuja..Memang susah nak jumpa kat teluk Intan neh...tempat lain taktau la..hekk
Tapi kalau India Mix tue lainlah citer ,derang memang cantik.Orang India neh yang mahalnyer tang Mata ngan hidung derang.Susah nak jumpa yang hidung penyek macam haku..hahaha..
Sapu kacang hijau pada muka
Bercerita mengenai kecantikan, Thanuja atau mesra dengan panggilan Thanu ini agak bertuah kerana tidak mengalami masalah kulit sejak kecil.
Bagaimanapun, dia masih perlu menjaga kecantikannya. Petuanya kata Thanuja, sesibuk mana sekalipun seseorang wanita itu, perkara paling penting yang tidak boleh ditinggalkan adalah tidur tanpa mekap.
“Saya sangat berhati-hati dengan produk kecantikan. Jika mendapat hadiah produk sekalipun, saya tidak akan terus menggunakan produk tersebut sebaliknya menguji pada tangan dalam masa 24 jam. Kalau produk itu tidak merengsakan kulit, saya akan menggunakannya.
“Saya selalu menggunakan “scrub” muka kerana ia bagus untuk merawat kulit wajah. Selain itu, saya tidak lupa menggunakan asas produk penjagaan kulit muka seperti pencuci, penyegar, pelembap dan krim pelindung cahaya matahari.
“Saya juga perlu menggunakan minyak pembersih muka Shu Uemura sehingga membeli lima botol besar sebagai persediaan. Sebelum tidur, saya akan meletakkan pelembap muka terlebih dahulu.
Tentang amalan tradisional, ibu saya ada berkongsi petua menyapu muka dengan kacang hijau yang dikisar dan di campur dengan air untuk dijadikan “scrub” muka,” kata Thanuja kepada OopStarz! yang masih mempercayai petua orang dulu-dulu.
Mengenai penjagaan rambut, Thanuja tidak gemar menggayakan rambutnya kerana bimbang menjadi rosak.
Untuk mendandan rambut ketika sesi fotografi, Thanuja lebih gemar menggunakan produk sendiri. Dia juga gemar menyapu minyak zaitun pada rambutnya yang ikal itu.
Dalam sebulan, dia pasti membelanjakan produk kecantikan dalam anggaran RM500.Selain itu, dia turut mengamalkan petua dengan berpantang mengambil makanan berminyak seperti kacang dan tidak meninggalkan amalan meminum tiga liter air sehari.
“Saya mengamalkan makan nasi sekali sehari dan pada waktu malam saya mengambil capati atau roti.
“Tetapi saya sangat suka makanan pedas dan tidak menolak makanan yang mempunyai cili padi. Bagaimanapun, saya perlu pandai mengawal pemakanan agar ia lebih seimbang,” katanya lagi.
Senaman yoga
Selain mengawal pemakanan, dia turut mengamalkan aktiviti riadah yang sihat seperti senaman yoga pada setiap hari, berenang dan berlari dengan anjing kesayangan pada hujung minggu.
“Saya mempunyai adik kembar bernama Anuja yang sama-sama minat pada haiwan. Saya mula menyukai haiwan ketika berusia 10 tahun dan kami mudah bersimpati dan tersentuh apabila melihat haiwan sakit sehingga tidak boleh tidur.
“Setiap hujung minggu, saya akan membawa anjing peliharaan saya berjalan dan berlari menaiki bukit,” ujarnya.
Sumber Dari mstar
Kredit Foto :AZMAN GHANI
**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**
ha ah la..dia ni india yang lawa...tak berapa gelap sangat..
ReplyDeletesuka tgk pic2 dorang, muka bersih giler, kalau niesz muka licin mcm tu, confirm x sentuh bedak dah..ekeke
ReplyDeletehmmm.. tp kalo india yg b'lakon citer hindustan sume kulit lawO2.. tp x tau la kalo dh photoshop..hehe
ReplyDeletedia ni india lawa ni. banyak betul penjagaan dia. uwwuuu. nak jugak body gituu ! uwwwuuuu
ReplyDelete