CNN sudah berada di kay el skang yer.yeahhh mari berjimba-jimba bersamaku...
Saturday, 30 April 2011
Going to Kay eL
Weuols akan gerak ker kay el kejap lagi. Cuti tiga hari jangan disia-siakan.harus bawa anak jalan-jalan..selamat bercuti semua,take care yer..!ok korunk jangan lupe join best entry tau..sharing is caring kan..!! Luv.
Maharaja Lawak : Jozan TERbaik Jambu NOT bad.
Jozan yang ku tunggu..!!
Akhirnyer Jozan mengeluarkan taring nyer jugak..yes..!!
Keserasian Jozan memang tak boleh dipertikaikan.Moh layan video diorang neh..tengok sopoloh kali pon still rasa nak gelak lagik cakap kau..Zizan hensem dowh pakai cenggitu...hahaha..i loike..!!`
TERbaekkkkk lahhhh.....!!
Tapi Jambu tetap dihateyku jua.Moh layan video jambu neh pulak.Persatuan Janda-Janda Jambu jeng jeng jenngggg...!!!
Walaupon minggu neh Jambu macam down sikit tapi haku tetap suker Jambu jugak.Persembahan mereka tetap ku tunggu setiap minggu.Okey jambu keep it up..!!Minggu depan buat best lagik yoooo.....!!im waiting....
Wednesday, 27 April 2011
Resepi Pancake versi CNN
Bukanlah pancake sangat pon tapi lebih kepada lempeng kut.Tapi lempeng yang haku telah chantekkan mengikut selera anak-anakku.
Saper yang dah terror masak tue tak payahlah tengok resepi neh, korunk mesti lagik hebat didapur kannn,malulah ai nanti...Tapi kepada hadek-hadek yang baru nak belajar masak tuh meh mehh belajar ngan hakak mehh...hahahaha
Untuk menarik minat anak-anak makan ,si ibu perlulah lebih kreatif untuk menyediakan makanan agar mereka merasa teruja untuk menikmati hidangan tersebut.
Haku masukkan pisang supaya menu pagi kami lebih berkhasiat.Haku guna pisang berangan,kasik cincang halus.
haku campurkan juga coklat chip sebab anak-anak haku memang suker taste yang coklat-coklat neh. Bukan anak-anak jer mamanyer pon sama..:)
So kat dalam tuh ada tepung gandum, serbuk bikarbonat@penaik, pisang dan coklat chip.Semua masuk main agak-agak jerk,takder sukat-sukat. Serbuk tuh taruk sikit jer.
lepas tuh masuk telur sebiji dengan air.
Gaulkan rata.kalau tak cukup air tambah lagi sampai jadi macam yang haku buat tuh yer. Kasik cair sikit sebab kang senang nak tebarkan kat atas kuali.
Gunakan kuasa kuali ajaib..:)tebarrkannn....hahaha..
haku bantai guna kuali yang biasa haku mengoreng ikan tuh jerk....hahaha..
peanut ngan madu tuh haku gunakan untuk buat sos lempeng haku neh.
Motif buat sos segala adalah supaya lempeng haku jadik lebih chantek. hahaha boleh ker motif nyer macam tuh?
Tadi menunya takder letak garam dan gulakan so inilah motif haku taruk peanut ngan madu supaya ada rasa manis dan masin-masin peanut sikit..
Ambik peanut sikit dan campurkan dengan madu. Kacau sampai cair dan bertali. kalau pekat masukkan madu lagi. kalau cair plak masukkan peanut lagi..:)
Jangan letak air yer..
Dah siap masak sekeping-sekeping, haku tindankan lempeng neh kasik jadik macam menara condong Teluk Intan.
Lepas tuh tuangkan sos yang di buat tadi kat atas lempeng neh..
dan potongggggg....
So nanti akan jadik slide-slide macam neh...sedap tauuu cubalah...Tapi kena pandai main ngan sos lah sebab kalau sos banyak kang jadik manis sangat kalau kurang sos maka kurang manis sikit. Pilihan ada ditangan masing-masing, suka manis taruk sos lebih kalau tak suker kurangkan...
Cubalah dihari minggu nanti dan nikmatinya bersama anak-anak.Jangan luper ambik gambar dan posting diblog korunk yer....nanti bagaitau haku apa rasanyer dan reaksi anak-anak bila makan lempeng tuh...:)
lihat juger reaksi anak-anaku makan pancake versi CNN neh disini yer anak-anak CNN
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!
Tuesday, 26 April 2011
Dapur Sikecil :Ingat yer ibu-ibu sarapan pagi itu PENTING..!!
Amacam..?
Kalau korunk tengok macam tuh jerk korunk rasa pancake CNN menjadi tak...hahaha pancake aka lempeng.
Ada sesetangah orang dikalangan kita yang memang tak suka ambik sarapan.Ok fine ko tak suka ko punyer pasal lah, haku memang tak kesah pon. Tapi jangan disebabkan ko tak suker sarapan anak-anak ko pon tak payah sarapan jugak. Saper yang terfikir makpak tak sarapan so anak-anak pon takyah sarapan,eh meh haku suku suku kepala kau. Kejadah bengong sangat..!!
hahhhh dah meh sini CNN nak kasik kau ceramah motivasi sikit .Kasik celik minda tuh.kadang-kadang kiter bukannyer tak tahu tapi kiter sering terleka...dan perlu selalu diingatkan. haku bukan cakap korunk jerk haku pon kenkadang macam tuh jugak...*sekeh kepala sendirik laju-laju dulu*
sarapan dalam bahasa inggerisnya adalah breakfast. Pernah terfikir tak breakfast tuh apabenda.meh haku bagitau sikit breakfast secara literalnyer break maknanyer pecah atau putus yer dan fast pulak maknanyer puasakan...*angguk laaa..*
So maksudnya kat sini breakfast adalah "memecahkan puasa" .So betullah tuh, sebab kali terakhir mereka makan mungkin jam 8 malam atau mungkin jugak pukul 9 malam sebelum anak-anak tidur, bermakna anak-anak kita dan kita pon sebenarnya telah 'berpuasa' selama lebih kurang 10 jam.
Itu tak lagik yang jenis makan sebelum pukul tujuh maklom lah noks mak diet kater nyer kannn...*mater keatas tangan kedada*
So sarapan pagi neh pon ibarat bersahur untuk anak-anak la setelah berpuasa hampir sepuluh jam...haaaaa terfikir tak uols pasal tuh? kalu tak buka puasa lebih dari sepuluh jam bukankah itu satu penganiayaan untuk kanak-kanak jugak.
Sebab itulah dalam Islam, bersahur untuk berpuasa adalah sunnat. Lebih afdal lagi kalau bersahur selewat yang boleh sebelum masuk waktu subuh. ..*alamak puasa tak ganti lagi laaa,mamtik la mak..*
Menurut Carson Wade dalam bukunya Natural Energy Booster, "Sarapan yang baik adalah pembekal tenaga.walaupun anda tidak merasa lapar apabila terjaga dari tidur, zat pemakanan yang diperlukan untuk memberi tenaga sudah terhakis dari badan sewaktu anda tidur".
Satu kajiann yang dijalankan oleh University Reading di UK mendapati "pelajar berumur 12 tahun yang tidak bersarapan pagi mempunyai kelembapan otak seperti orang tua berumur 17 tahun" Kelembapan otak diukur dari sudut "reaction time" (masa tindak balas) dan "mental agility" (ketangkasan berfikir).
okeh meh haku highlight kan sikit tentang kebaikan bersarapan untuk anak-anak menurut kata pakar..bacer jangan tak bacer tau...
Satu penelitian telah membuktikan anak-anak yang memulai harinya disekolah dengan sarapan pagi memiliki daya ingatan yang lebih tajam dan kemampuan menyerap pelajaran yang lebih baik dibandingkan anak yang tidak bersarapan.
Sarapan pagi merupakan makanan khusus untuk otak yang berhubung kait dengan kecerdasan mental,nilai positive, otak menjadi lebih serdas, peka dan lebih fokus.Ia menguatkan tumpuan, menambah kemahiran menyelesaikan masalah dan meningkatkan daya tumpuan mata dan tangan serta koordinasi. Ia membuat kanak-kanak lebih cerdas dan kreatif.
Sarapan pagi akan membekalkan cukup tenaga dan daya ketahanan sehingga waktu makan mereka yang seterusnya.
NOW sila mengucap panjang bagi ibu-ibu yang tidak pernah menyediakan sarapan untuk anak-anaknyer ker sekolah..
Catherin Kong, seorang pakar pemakanan dalam temubual di "Breakfast on 2" TV2 (Rabu, 11 Januari 2006) menerangkan dalam kajian yang dijalankan oleh UKM dengan kerjasama Nestle, majoriti yang tidak bersarapan pagi adalah pelajar Melayu manakala ramai yang bersarapan pagi adalah pelajar Cina.
Jenggg jengggggjenggggg.......Apakah ini ada kaitan dengan keadaan yang wujud di mana secara umumnya, pelajar Cina lebih ke hadapan prestasi akademik mereka berbanding pelajar Melayu...questionmark..
Okeh haku tak tahu tapi haku terfikirkan tentang itu.So ibu-ibu bapa-bapa sama-samalah kita fikir sejenak dan renung-renungkanlah !
Tidak dinafikan kiter sering terperangkap dengan keadaan dan masa.Bagi ibu-ibu yang bekerja memang menyediakan sarapan untuk anak-anak agak rumit disitu tapi itu bukan lah alasan kerna ibu itu sendiri sudah sinonim dengan istilah pengorbanan.
Tidak perlu mencari alasan dalam membesarkan anak-anak. kerna kita sendiri yang memilih jalan untuk bergelar seorang ibu.Maka jadilah seorang ibu yang betul-betul ibu. Ibu yang sentiasa memberi yang sentiasa berkorban yang tidak kenal erti putus asa yang terus mencuba untuk menjadi yang terbaik.
Kerna Ibu adalah seorang yang sentiasa hebat dimata anaknya.
istilah tidak ada masa, haku rasa itu alasan paling lapuk yang sering kita gunakan. Juga tidak perlu untuk memberi alasan "anak saya tak nak makan pagi".
Yes, memang betul lah taknak makan pagi sebab sejak dari kecil lagi mereka tidak dipujuk, tidak di ajak, dan tidak didisiplinkan untuk bersarapan pagi.
Bukankah kiter sendiri yang percaya melentur buluh biarlah dari rebungnya...so buluh seumpama mana yang kau mahu.....lenturlah anak-anak sedari kecil lagi....
Sepatutnya kiter menjadikan tabiat sarapan pagi neh sebagi satu amalan yang mesti kiter buat dan makan bersama-sama keluarga. Dengan itu akan menggalakkan anak-anak untuk bersarapan sejak mereka kecil lagi dan akan mendidik mereka tentang pentingnya untuk mereka menjaga kesihatan.
Cara yang terbaik untuk menunjukkan tauladan adalah ibubapa itu sendiri perlu untuk bersarapan pagi.
Diusia mereka ini mereka belajar dari apa yang mereka tengok dan akan terpengaruh dengan apa yang mereka lihat sajerk.Kalau dah makbapak sendiri pon tak sarapan apatah lagik anak-anak kan..
Okeh neh adalah beberapa tips mudah yang boleh dijadikan amalan harian.
Bangun beberapa minit lebih awal untuk menyediakan sarapan pagi. means bangunlah sebelum anak-anak bangun then sediakan sarapan untuk anak-anak. jangan dok mind set nak pegi beli jerk.Bukankah airtangan ibu adalah yang terbaik..!!
Sediakan sarapan pagi pada malam sebelumnya kalau ko rasa ko akan kelam-kabut pada pagi esoknya.
Bekalkan makanan untuk anak-anak supaya mereka boleh makan dalam perjalanan ke sekolah ataupon di sekolah.
Sama-samalah kiter berusaha agar dapat memberikan yang terbaik untuk simanja kiter.
Sememangnyer haku juga mengingatkan diriku agar tidak leka dek mengejar harta dunia semata hingga anak-anak di abaikan. haku cuba untuk menjadi yang lebih baik..:)
Tak salah kiter melakukan kesilapan hari ini tapi adalah salah kiter biarkan kesilapan yang sama berulang dan terus berulang.
ehemmmm amacam,agak-agak CNN boleh jadik pakar pemakanan tak?hahahaha...
Okeh okeh haku bukan pakar pemakanan yer tapi itu adalah info yang haku dapat dan baca dari pelbagai sumber dan haku kongsikan dengan semua pembaca disini. Diharapkan ada manfaatnyer untuk kiter semua.
Samada korunk nak ambik sebagai panduan atau biar info ini begitu sajerk,itu hak korunk. take ur time dan fikirlah...
eh ader ker yang berkenan yang resepi pancake CNN neh..hahaha..berselera tau anak-anak haku makan dan itu menunjukkan betapa hebatnyer mama derang neh buat pancake..hahaha *statement kasik ko pitam*
takper kang haku kasik resepinyer yer.stay tune k...
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!
Bila anak-anak sakit, hatey ini juga turut sakit.
puteri ini demam lagii...
Hari ni dah masuk sebulan adeq batuk dan selsema.memang tak hilang-hilang lagik batuk ngan selsema nyer.Selsema pulak sampai hingusnyer meleleh macam air dah.Ubat dah sampai dua kali dah pegi ambik tapi tak hilang-hilang jugak.
Dah tuh selepas balik dari Shah Alam weekend lepas adeq start demam balik,selsema dan masih lagi batuk.Selsema nyer makin teruk lah,nak tido malam pon susah diyer nak bernafas.
Macam maner yer nak buat?ada tak petua atau cara nak hilang selsema ngan batuknya sebab ubat klinik macam dah tak boleh blah dah. ker kena pegi sepital neh?
Haku sebenarnyer baru balik dari klinik bawa abglong.
Entah kenapa dengan abglong neh,pagi-pagi diyer bangun diyer muntah muntah non stop.Dah siap masuk dalam kereta nak ker Taska pon diyer muntah-muntah lagik.
lepas tuh dalam pukul sembilan kakak kat Taska telepon danial muntah non stop katernyer.Dah empat kali muntah,padahal haku hantar Danial pukul lapan suku..sekejap jerk tapi muntah sampai empat kali dah.
Haku tak sedap hatey terus ambik abglong pegi klinik.Ingat nak pegi sepital tapi membayangkan kena beratur panjang dan orang yang ramai so haku bawa pegi klinik jerk.Lagipon dah tengok abglong lemah semacam jerk.
pegi klinik doc kasik ubat semua,katernya kalau muntah lagik kena bawa ker sepital jugak...Haku ingatkan abglong keracunan atau salah makan tapi doc cakap tak.
hadoiiii haku dah cuak sebenar,risau dahh tengok abglong cenggini...dah la en Epai ker Ipoh now,ader meeting kat HQ.Ngelupor haku sensorang kangg..
Haku dah hantar abglong ker Taska semula,tengok kang macamner.Dah pesan kat kakak kat Taska tuh,aper apa hal tepon haku cepat-cepat.Harap-harap abglong dah okeh pasneh...kang tengahari nak pegi tengok diyer balik...
haku tengah tak ketahuan neh, dah macam-macam pikir dahh....hadeiii
Monday, 25 April 2011
Wakeup monday :in the beginning...
kenapa wakeup monday?
sebabbbbbbbb orang selalu kater monday blues,dan haku adalah diantara golongan orang yang berkata macam tuh.dah jadik macam mind set dah hari monday jerk mesti malas,hari monday jerk mesti blues,monday jerk mesti badmood..So haku nak change my mind hardly from monday blues to wakeup monday.
Hidup memang perlukan perubahan kalau kiter nak hidup ini menjadi lebih baik.Tidak perlu menunggu orang untuk membuka jalan tapi kita sendiri yang perlu mencari jalan yang terbuka agar kiter lebih menghargai jalan yang kiter telah temui.
Begitu juga dengan dunia blogging.Berblogging itu sendirik mempunyai mood yang kadangkala pasang tapi lebih banyak surutnyer.I've been considering for a couple months now about re-starting my blog with something new. yer semakin lamer berblogging mood pon sudah semakin down. I really need something yang akan buat haku kembali teruja untuk berblog dan berlog walking.
And hopefully I can make something yang boleh buat haku kembali seronok untuk berblog and make a few friends along the way, learn some great tricks and have fun! At least I'll have a records of the things I've made and thingking about.
Semoga hidup ini akan menjadi menjadi lebih baik dari hari-hari yang berlalu.insyaAllah.
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!
Best Entry Ever : szakif Meli
Walaupon hakikatnya anda tidak memenuhi syarat yang saya letakkan tapi disebabkan anda adalah orang yang pertama memberi saya link so saya terima untuk kali nie tapi saya kenakan denda untuk anda..hahaha..
Tidak memenuhi syarat yang saya maksudkan adalah tidak membuat satu entry yang ada tajuk best entry ever beserta banner dan backlink.Didalam entry tersebut baru letakkan link best entry ever anda.
yang anda buat adalah satu best entry with my banner.
so denda yang saya kenakan adalah saya tidak akan membuat review mengenai best entry anda.Tetapi saya sarankan pada semua supaya menjengah entry beliau yang berbentuk tips rumahtangga dan mungkin berbentuk parenting juga kut...
So KLIK SINI untuk menjengah blog beliau.mudahan-mudahan dapat memberi sedikit garis panduan untuk anda dalam melayari alam rumahtangga.
Walaupon begitu diharapkan saudara szakif tidak serik untuk berkongsi info bersama kita lagi dilain masa.Takat tak buat review tuh apalah sangatkan..may be next time.
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!
Suratan atau Kebetulan
so for this week haku akan mulakan dengan best entry ever kepunyaan che NamNam.
Minggu lepas haku ader buat posting mengenai make it fun:rama-rama chinta.
Bagi haku itu entry terbaik untuk korunk mendapatkan idea dalam melayan karenah anak dihujung minggu. Bagi yang takde anak,adik pon boleh anak buah pon boleh juger..
Korunk boleh gunakan quality masa yang ada untuk sama-sama membuat anak-anak gembira dan seronok bersama ibu dan ayahnyer.haku percaya pada konsep kualiti masa ibubapa untuk anak-anak.
Korunk bukan takat make it fun together but korunk boleh tengok sendiri betapa kretifnya sicomel korunk dan yang penting dapat menguji sejauh mana tahap kesabaran korunk dalam melayan karenah anak-anak. yerlahh bagi ibubapa yang bekerja berapa lama sangatlah masa yang korunk habiskan untuk bersama anak-anak on weekdays kan.
Jangan cakap dengan haku korunk layan anak sepenuhnya pada waktu malam,jangan nak menipu sebab haku pon seorang ibu yang bekerja.Banyak mana sangatlah masa yang ada pada waktu malam yang kau habiskan bersama anak-anak.setakat dua tiga jam sehari sajerk tak payah nak menyombongkan diri..!!takda maknernya.
So haku harap dengan entry ini make it fun:rama-rama chinta memberi sedikit idea for you to having fun together with your kids.
Sekurangnya kita berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam yang kiter tinggalkan.InsyaAllah.
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!