Friday, 21 October 2011

Ko warna-warnakan rambut, ko tahu ker HUKUM nyer menurut Islam..ker ko main taram jer

gambar dari engugel,diyer kasik pinjam

Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.

Oleh yang demikian,perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal,jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.

2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.

3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu.Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya,atau alergik ataupun mudarat terhadap janin akibat bahan kimia pewarna tadi.

4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh.kerana ia menukar ciptaan asal Allah.


HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. MAKRUH : Ia adalah pandangan Mazhab Maliki,Abu Hanifah,sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali,Al-Baghawi. Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : “Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : “Kekuningan pewarna para mukmin,kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam,nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal,ia dikira suatu penipuan.

2. HARAM : Ia adalah pandangan Mahzab Syafie.Dikecualikan kiranya utk jihad.Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. HARUS TANPA MAKRUH : Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : “Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri-isteri kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bahawa sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan disini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini,demi meringkaskan tulisan ini.


KESIMPULAN HUKUM :

Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain,maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :

a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda.Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan.Ia dilarang oleh Islam.

b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak,seperti perang bagi menakutkan musuh,ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dan lain-lain.


Sumber Rujukan :

– Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).—
- info dari mukabuka
-

**************************************************************************


baheklah, haku tak mahu ada yang cakap haku sekadar mengkopi dan mengtehkan info diatas untuk diletakkan didalam belog.

Sebenarnya isu ini sudah pon dijelaskan olehh ustaz Don Daniyal retentan dari beberapa persoalan yang dikemukakan didalam ceramah beliau dimana haku tak ingat plak tapi isu itu dipanjangkan hingga ker ruang muka buku beliau.



dah jelas belum?belum lagik?
takper sayer ader lagi ilmu perkongsiannyer.



"sini nak sterr out pasai dai takut ada yang salah faham..ok..maaf utk penjelaasan sblm ini yg tak jelas..

HUKUM PAKAI DAI

Dai ada 2 jenis, satu yg HALAL satu yang HARAM..maka yang HARAM tolak jauh2 dan yang ...HALAL come to the picture..ok.. :) maknanya sapa pakai yg HARAM hukum dia HARAM, dan sapa yg pakai dai HALAL ada 2 perbincangan..
...
1)Dai HALAL ada 2 jenis, satu yg lalu air satu yang tak lalu air..maknanya tembusla..atau dlm bahasa lain, air melalui dai itu...faham na??satu tembus satu tak..
yang tak tembus air, sapa yg pakai, maka hukum dia BOLEH tapi bila mandi wajib, WAJIB hilangkan dan tak hilang melainkan kena potong, maka potong rambut yg ada dai hukum dia WAJIB walaupun botak..ada pulak org kata sama mcm lelaki..dlm hal ni, potong itu WAJIB..maka kena potong..wallahu a'lam..

adapun yang pakai air tembus melalui dia, ada 2 perbincangan..

pakai atas tujuan apa??
1) Pakai sbb SUAMI suruh, maka kata DR Yusuf al-Qardhawi, Boleh pakai dengan syarat dia pompuan yg pakai tudung..maka jelas lah mmg utk suami..tapi klu dia free hair a.k.a. tak pakai tudung, hukumnya HARAM..boleh rujuk dlm al-halal wal-Haram fil Islam.. :)

2) pakai saja2 utk cantik, hukum dia, HARAM.wallahu a'lam.."



Diharapkan dengan keterangan diatas ianyer lebih jelas untuk kiter.

gambar engugel yg punyer


Cantik pulak gunting rambut camtuh..hahaha

Sejak haku zaman sekolah lagi sampai la zaman beranak dua neh, tak pernah lagi terlintas kat fikiran haku nak warnakan rambut.

Entah kenapa
tapi haku rase haku dah cukup selesa ngan rambut haku neh.Ini pon dah perasan cantik sangat dah neh..Nasib baik terperasan sendiri...*urut dada*

Haku harap dengan info yang haku kongsikan neh sedikit sebanyak memberi garis panduan dan peringatan kepader kiter. Nak cantik tuh boleh sebab Islam memang mementingkan kecantikkan dan kebersihan.Tapi berpada-padalah jangan sampai mengubah kejadian Tuhan yer.

waulahhualam.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

12 comments:

  1. Kalau musim haji ni di Mekah kita akan nampak ada org yg berjanggut merah (berinai) tapi rambut dan misai tidak di inai. Kakak mula nampak gelihati lama-lama dah biasa...

    ReplyDelete
  2. Rambut origanal hitam lagi cntik.. ^_^

    ReplyDelete
  3. selalu org yang warna2 rambut ni , org yang kejar glamor jer....aku tak minat lansung color2 rambut ni.tak kuasa hakak !

    ReplyDelete
  4. x pernah color rmbt. ori prg kalo bwh matahari ;p

    ReplyDelete
  5. hehehe..

    hukum Allah da ditetapkan dan ade sebab sesuatu itu ditetapkan..

    kan lebeh cantik kaler itam..
    wanita melayu terakhir gitu..


    syaratnyer...bertudung larhhh...

    ReplyDelete
  6. haah
    gambo yg lelama
    even lama pun kena blur la jugak
    mcm2 hal sekarang ni
    even dlm fb pun boleh kena sihir..
    nauzubilalh..
    apepun..
    entry ni bagus..
    tak kelip mana nengok,baca..
    membanding..

    ReplyDelete
  7. saya setuju dengan hukum islam, salam kenal dari saya ,mampir ya http://skrtu.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Sidratul Muntaha

    terima kasih atas peringatan.

    btw perkongsian sy bukan pasal sihir tapi pasal warnakan rambut.

    sy ader hampir seribu posting yg lamer yg ader gmbr sy.Saya percaya pada Takdir Allah dan yang baik itu datangnya dari Allah.

    Maaf kalau entry saya ini buat awak tidak puas hatey dengan saya.saya sekadar berkongsi ilmu yang baru sy dapat.*maknanyer sebelum ini memang sy kurang jelas akan hukumnya*

    InsyAllah dengan izin Allah sy cuba perbetulkan diri saya sedikit demi sedikit kerna sememangnya sy tidak sempurna.

    Terima kasih atas komen awak..:)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih juga atas semua komen yang diatas...:)

    ReplyDelete
  10. ciptaan-NYA dah cukup indah...... tak payah ubah apa2....

    ReplyDelete
  11. ramai yg duk sibuk cakap kat market ada pewarna yg halal tp lupa tujuan asal diorg dai rmbut
    better stay je la ngan rmbut yg asal..kn lebih baik dr wat bnda yg syubhah:-)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3