Friday, 8 February 2013

Fatihatul kitab

السلام عليكم


Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID. Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut adalah nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI……sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ……hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu
AA ……dua harakat,MIN …. 3 harakat.

Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat….. Insyaa-Allah

kredit FB


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Anak-anak haku dua-dua dah boleh hafal dan baca Al Fatihah sepenuhnya..Abglong punya bacaan ocay lagi tapi adeq agak pelat juga bacaan dia..yerlah budak baru dua tahun tahu-tahu sajerlah sebutan dia macam maner kan..

Abanglong pon bacaan banyak yang tak betul sebutannya..bila haku betulkan dia ikutlah tapi lepas tue jadi tak betul balik kalau dengar dia baca sensorang. Haku nak straight sangat takot dia bayangkan susahnyer nak mengaji so that takder lah haku paksa nak betulkan dia sangat

Adeq lagilah teruk sebutan dia...Haku ajar langsung taknak ikut. Dia ajer pun yang betul..haku macam takut plak pasal sebutan nama syaitan dalam Al-fatihah neh..yerlah anak-anak haku bacer tentulah banyak yang tak betul...Adeq umur dua tahun dah start hafal dimulut surah Al-Fatihah tapi "pelat" ...

Kiranya sekarang mereka masih lagi dalam proses belajar..


 
kredit youtube dan uploader


Erti  Al-Fatihah.

Haku pasang dalam kereta. So setiap kali masuk kereta lagu nie jerk yang akan didengar oleh anak-anak..tak sampai seminggu anak-anak dah boleh hafal sepenuhnya.

Alhamdulillah sekarang nie dah jadi nyanyian dibibir anak-anak haku setiap hari...sejuk sikit telinga bila dengar anak-anak nyanyi lagu neh...







 Rasullullah telah bersabda yang bermaksud :
“Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun”




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

1 comment:

  1. insyaallah kak.mesti kna betul2 bila menyebut kalimah Allah..perkongsian yg hebat!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3