Alhamdulillah semalam genap usia ku 32 tahun. Alhamdulillah,Terima kasih atas ucapan dan doa dari kekanda adinda kesayangan,sahabat-sahabat,kawan-kawan,semua saudara dan adik beradikku melalui FB juga sms..Allah jua yang membalas kebaikan kalian dengan berganda.
Terima kasih Allah atas nafas yang Kau pinjamkan untukku.Terima kasih mak kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga anakmu ini.Terlalu banyak yang mak lalui sendiri dan betapa haku telah banyak menyusahkan mak...ku amat kagum dengan ketabahan hati mak.
Terima kasih untuk kau yang bernama suami kerana menerima ku seadanya,menyanyangiku setulusnya dan menyintaiku sepenuhnya.
Terima kasih anak-anak mama yang sentiasa ada menceriakan hari-hari mama.Betapa mama bangga melahirkan kalian berdua.
Alhamdulillah..Alhamdulillah untuk kehidupan yang sempurna ini.Terima Kasih Allah.
8 July adalah hari kelahiran ku..hari haku dilahirkan oleh seorang ibu yang ohsem..
Selama 32 tahun haku hidup TIDAK pernah sekalipun haku merasa nikmat kasih sayang seorang ayah kandung. dan selama 32 tahun juga haku sangat membenci seorang insan yang bernama ayah..ayah adalah dendam buat haku..dendam adalah untuk insan yang bergelar ayah.
Haku sendiri tidak pasti malah langsung tidak mengerti kenapa ayah pergi saat haku dilahirkan.Berdosakah haku dilahir kan?Berdosakah haku hingga ayah pergi tak kembali?
Semakin haku dewasa semakin haku membenci ayah..semakin haku mengenali hidup semakin haku menyimpan dendam untuk seorang yang bernama ayah..perkataan "ayah" itu sendiri semakin menjauh dariku..malah dendam juga untuk mereka yang bernama lelaki..bagi haku sememangnya lelaki lebih banyak menyusahkan..!!
Haku pernah menulis rasa hatiku suatu waktu dulu disini..bicara hati buat abah
Dan disaat usiaku melangkau 32 tahun ku juga ingin menulis sesuatu untuk seorang yang bernama ayah disini..Ayah yang kugelarkan dia abah..
Assalamualaikum abah..
Abah apa khabar? Semoga hari ini abah sihat hendaknya.
Abah..ku tulis catatan ini kerna ku takut esok tiada lagi untukku..ku takut haku tidak punya lagi peluang untuk berbicara panjang dengan mu..
Abah...Maafkan haku abah kerana selama 32 tahun ini tiada sedikit pun rasa kasih dan sayang ku untuk mu..ku juga mohon maaf kerana selama ini ku sudah menyimpan rasa benci ,rasa dendam yang amat dalam untuk abah..Betapa kini haku menyesal kerana haku langsung tidak menyanyangimu dulu..haku terlalu membencimu hingga tiada langsung sekelumit rasa kasih dihatiku untuk mu..Abah, betapa kini haku sedar bahawa haku tidak layak untuk berdendam apatah lagi untuk menyimpan sekelumit benci sekalipun untuk abah.
Abah..selama ku hidup 32 tahun ini tidak pernah sekalipun ku menadah tangan menghantar doa buat mu..betapa berdosanya haku padamu abah..Maafkan ku abah kerana tenggelam dengan perasaan ku sendiri..betapa berdosanya haku padamu abah...maafkan aku abah..maafkan aku...maafkan anakmu ini kerana pernah menyimpan rasa dendam dan benci disudut hati.
Abah..Hampir 32 tahun haku menunggu mu diruang mata ku namun seringkali hampa menyelinap ruang waktu....walau aperpon yang telah berlaku antara kita..abah tetap akan menjadi insan yang kusayang hingga ke syurga..
Abah, andai disini didunia ini bukanlah tempat terbaik untuk kita dipertemukan, ku berharap di sana nanti kita dipertemukan jua....cukup hanya untuk anakmu ini mencium tanganmu dan mengatakan betapa haku rindukan dan sayangkan abah..ku rindu abah dengan rasa rindu yang amat dalam..ku maafkan semua kesalahan abah padaku dunia dan akhirat.
Dan untuk pertama kalinya dihari kelahiran ku ini akan ku hantarkan doa buatmu abah di setiap sujudku..Walau apepon yang abah lalui kini ku harap abah akan sentiasa di dalam Rahmat Allah SWT..dan dikejauhan ini ku mohon restu darimu abah dengan rasa rindu yang tidak bernoktah..
Terima kasih Allah atas rasa keinsafan yang Kau titipkan buatku.
Alhamdulillah,syukran jazillah.
"Tarikh lahir sewajarnya mengingatkan pada safar kita yang semakin hampir ke titik akhir... kerana sesungguhnya perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan.."
di bulan yg mulia ni eloklah dibuangkan yg keroh diambil yg jernih..kita xtahu apa sebab musababnya mayb dulu abah kamu ada masalah allahualam..apa yg penting kita sebagai anak jgn sesekali simpan dendam kita patutnya doa yg terbaik tuk org tua kita...
ReplyDeletealhamdulilah skun apa yg terpahat selama 32 taun tu terlerai sudah lega bukan?insyallah suatu hari nti abah dan hg akan dpt berjumpa jua...aku doakan selamat berpuasa n hb :)
salam ramadhan CNN
ReplyDeletemaafkan salah silap dlm menulis komen dan sebagainya..
cantiknya akk.ceria je muka.salam ramadhan kak.
ReplyDelete:'(
ReplyDeleteEntry yg sgt-sgt-sgt........
Selamat berpuasa kak!
sayu baca warkah yg akak tulis kan tuh... sebak lak baca sampai abis...
ReplyDeleteselamat hari lahir kak, semoga di usia baru nih akak dimurahkan rezeki n diberikan kesihatan yg baik, selamat berpuasa kak