Showing posts with label BicaraHati. Show all posts
Showing posts with label BicaraHati. Show all posts

Tuesday, 9 July 2013

Bicara Hati Tentang Hidup diusia 32 tahun

السلام عليكم

Alhamdulillah semalam genap usia ku 32 tahun. Alhamdulillah,Terima kasih atas ucapan dan doa dari kekanda adinda kesayangan,sahabat-sahabat,kawan-kawan,semua saudara dan adik beradikku melalui FB juga sms..Allah jua yang membalas kebaikan kalian dengan berganda.

Terima kasih Allah atas nafas yang Kau pinjamkan untukku.Terima kasih mak kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga anakmu ini.Terlalu banyak yang mak lalui sendiri dan betapa haku telah banyak menyusahkan mak...ku amat kagum dengan ketabahan hati mak.

Terima kasih untuk kau yang bernama suami kerana menerima ku seadanya,menyanyangiku setulusnya dan menyintaiku sepenuhnya.

Terima kasih anak-anak mama yang sentiasa ada menceriakan hari-hari mama.Betapa mama bangga melahirkan kalian berdua.

Alhamdulillah..Alhamdulillah untuk kehidupan yang sempurna ini.Terima Kasih Allah.


8 July adalah hari kelahiran ku..hari haku dilahirkan oleh seorang ibu yang ohsem..

Selama 32 tahun haku hidup TIDAK pernah sekalipun haku merasa nikmat kasih sayang seorang ayah kandung. dan selama 32 tahun juga haku sangat membenci seorang insan yang bernama ayah..ayah adalah dendam buat haku..dendam adalah untuk insan yang bergelar ayah.

Haku sendiri tidak pasti malah langsung tidak mengerti kenapa ayah pergi saat haku dilahirkan.Berdosakah haku dilahir kan?Berdosakah haku hingga ayah pergi tak kembali?

Semakin haku dewasa semakin haku membenci ayah..semakin haku mengenali hidup semakin haku menyimpan dendam untuk seorang yang bernama ayah..perkataan "ayah" itu sendiri semakin menjauh dariku..malah dendam juga untuk mereka yang bernama lelaki..bagi haku sememangnya lelaki lebih banyak menyusahkan..!!

Haku pernah menulis rasa hatiku suatu waktu dulu disini..bicara hati buat abah

Dan disaat usiaku melangkau 32 tahun ku juga ingin menulis sesuatu untuk seorang yang bernama ayah disini..Ayah yang kugelarkan dia abah..


Assalamualaikum abah..

Abah apa khabar? Semoga hari ini abah sihat hendaknya.

Abah..ku tulis catatan ini kerna ku takut esok tiada lagi untukku..ku takut haku tidak punya lagi peluang untuk berbicara panjang dengan mu..

Abah...Maafkan haku abah kerana selama 32 tahun ini tiada sedikit pun rasa kasih dan sayang ku untuk mu..ku juga mohon maaf kerana selama ini ku sudah menyimpan rasa benci ,rasa dendam yang amat dalam untuk abah..Betapa kini haku menyesal kerana haku langsung tidak menyanyangimu dulu..haku terlalu membencimu hingga tiada langsung sekelumit rasa kasih dihatiku untuk mu..Abah, betapa kini haku sedar bahawa haku tidak layak untuk berdendam apatah lagi untuk menyimpan sekelumit benci sekalipun untuk abah.

Abah..selama ku hidup 32 tahun ini tidak pernah sekalipun ku menadah tangan menghantar doa buat mu..betapa berdosanya haku padamu abah..Maafkan ku abah kerana tenggelam dengan perasaan ku sendiri..betapa berdosanya haku padamu abah...maafkan aku abah..maafkan aku...maafkan anakmu ini kerana pernah menyimpan rasa dendam dan benci disudut hati.

Abah..Hampir 32 tahun haku menunggu mu diruang mata ku namun seringkali hampa menyelinap ruang waktu....walau aperpon yang telah berlaku antara kita..abah tetap akan menjadi insan yang kusayang hingga ke syurga..

Abah, andai disini didunia ini bukanlah tempat terbaik untuk kita dipertemukan, ku berharap di sana nanti kita dipertemukan jua....cukup hanya untuk anakmu ini mencium tanganmu dan mengatakan betapa haku rindukan dan sayangkan abah..ku rindu abah dengan rasa rindu yang amat dalam..ku maafkan semua kesalahan abah padaku dunia dan akhirat.

Dan untuk pertama kalinya dihari kelahiran ku ini akan ku hantarkan doa buatmu abah di setiap sujudku..Walau apepon yang abah lalui kini ku harap abah akan sentiasa di dalam Rahmat Allah SWT..dan dikejauhan ini ku mohon restu darimu abah dengan rasa rindu yang tidak bernoktah..


Terima kasih Allah atas rasa keinsafan yang Kau titipkan buatku.
Alhamdulillah,syukran jazillah.




"Tarikh lahir sewajarnya mengingatkan pada safar kita yang semakin hampir ke titik akhir... kerana sesungguhnya perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan.."







Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Monday, 22 November 2010

mencecehhh..!!

saya tidak tahu maksud menceceh tapi saya mahu menggunakan nya juga..maka itu maafkan saya pacar yang hina..:)

dahhhh geli geliman haku biler cakap skema cenggitu...haku dah toraiiiii okehh tapi tak terdaya sebab itu bukan diriku...ewahhhhh..siyes cakap haku tak boleh lah cakap ikut buku neh kang haku sendiri tak paham ape yang haku taipkann...

yerlahhh skang neh pon ramai gak yang tak paham aper yang haku dok bebelkan...tapi tak kisahlah janji haku paham sudahlahhh walaupon bile haku habis taip pastu haku bacer balik ayat2 haku semuanya tonggang terbalik..**eh sedor plak diyer..**tapi haku peduli haper kann...

okeh bukan itu yang haku nak citer sebenarnyer..straight to the point..

lamer nauuu coti pompuan nehhh kan..tak reti-reti nak hupdate beloggg katanyer...
hadoiiiii ntah aper kena ngan haku nehhh...biler dah start berblog tak pandai nak stop tapi biler dah stop jenuhhhhh plak nak start berblog balikkk....macam hampehhhh..kenkadang tuh kalo datang time sewel melampau sambil menetek Dhamirah pon haku boleh berbelog lagik...

eh ini pon bukan yang haku nak citer kann..haku nak citer lainn...wakaka maaflahh yerk bagi yang pestime masuk belog haku nehhh..nak bagi tau pompuan neh memang selalu koner lebihhhh...

okeh nie sebenarnyer yang haku nak citer...

Raya lepas En Epai coti sehari jerk so kitaorg tak balik kampung pon..kitaorang lepak kat Teluk Intan jerk...tapi 2nd Raya family haku datang umah haku sampai saat haku dok menaip neh pon derang masih kat umah haku lagikk..tapi esok derang dah nak balik dah laa...cuma tinggal adik pompuan haku kat sini untuk tolong haku jagakan Dhamirah..esok senayan haku dah start keja...almost 3 weeks haku coti rase malas plak nak pegi kejer...

selama tiga minggu haku bercuti tanpa gaji jagerkan anak-anak..pengasuhhhh hambek coti la plakkk..maka terpaksa lahh haku berkorban...nak pegi check gaji nantipon sedihh...mesti ciput jerk gaji masukk..sangaplahh kitaorang bulan neh...aper nak buat kannn...

dan sebab tuh jugaklah adik pompuan haku ader kat sini..diyer tolong jagakan anak2 haku..tapi sebenarnya haku macam riso jugaklahhh diyer nak jager kan anak2...diyer baru 14 tahun...boleh ker diyer nak jager Danial ngan Dhamirah sekali harunggg...riso plak haku biler mikirkannyer...

hermmmm takperlahhh biar haku mikir sambil tidolahh kut-kut nak dapat ilham..


Thursday, 16 July 2009

Bicara Hatey..

Janganlah engkau menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu...
Dan....
Janganlah pula engkau menjadi terlampau manis..
sehingga mereka menelan dirimu begitu saja...







Tak guna ada mata....

kalau tak dapat melihat....


Tak guna ada hati ...

kalau tak tahu menilai.......