Salam pagi jumaat yang barakah. Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas di pagi yang indah ini. Nikmat Allah yang mana yang mahu kau dustakan..Bersyukurlah kerna bersyukur itu adalah penenang jiwa yang paling mujarab. Semoga yang sulit akan dimudahkan, dan yang sakit akan dipulihkan....
Hari nie nak share ngan korunk jadual kuliyah Ustaz Azhar Idrus. Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin jugak ader yang belum tahu jadi yang belum tahu sila lah ambik tahu yer.Manalah tahu kot-kot tempat korunk pulak yang ader dalam senarai kannn...so bolehlah pergi nanti.

Alhamdulillah Perak ada dalam senarai jadual kuliah ustaz Azhar Idrus untuk bulan februari 2013. Kebetulan tempat beliau datang agak dekat jugak ngan Teluk Intan.
23 hb Feb dekat Masjid Jame' Lama Gopeng. Kalau nak ikutkan dalam sejam perjalanan jerk dari umah haku..In syaa Allah haku akan cuba untuk menghadirkan diri ke kuliah beliau yang ini..semoga Allah permudahkan perancanganku. Dah lame teringin sangat nak ikut kuliah ustaz secara live macam nie. selalunya layan you tube aje dan kali nie tak nak lepaskan peluang yang datang depan mata.Wajib hadirkan diri jugak..!!
24 hb Feb pulak dekat pasir salak. Sejam jugak kot dari Teluk Intan tapi jujurnya haku sendiri tak pernah sampai lagi Pasir Salak. So memang tak dapat nak agak berapa lama perjalanannya tapikannnn malunya tak pernah sampai sane lagi...dekat jerk kot..eh camner boleh tak perasan akan kehadiran Pasir Salak dalam peta Perak nehh...takpe takpe kite masukkan dalam list jalan-jalan cari makan ke Pasir Salak untuk tahun nie jugak..In Syaa Allah..hiks
Kalau tengokkan jadual ustaz, kuliah beliau akan ader jugak dekat Selangor dengan Pahang tue..selebihnya semua dekat Terengganu jerk. So korunk yang berdekatan dengan tempat-tempat yang berkenaan bolehlah buat perancangan awal untuk hadirkan diri.
Mudahan dengan ilmu yang kiter dapat sewaktu kuliah ustaz akan memberi manfaat dalam kehidupan harian kiter. Yang penting bersihkan hati dari bersangka buruk dan bersedia berlapang dada untuk menerima ilmu. In Syaa Allah semuanya akan dipermudahkan....:)
“Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR An Nasa’i dan Baihaqi)