Showing posts with label Rumah Amal Buah Hatiku. Show all posts
Showing posts with label Rumah Amal Buah Hatiku. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Kebenaran disebalik Rumah Amal Buah Hatiku.

السلام عليكم

Haku pernah posting pasal rumah amal buah hatiku disini hebatnya sedekah.
Tiada niat lain di hati kecil haku melainkan rasa kasih yang tinggi terhadap anak-anak yang dikatakan anak yatim dan miskin yang ada disitu. Melihat akan gambar anak-anak disitu pun sudah buat air mata haku menitek-nitek jatuh..

Tapi tak sangka disebalik keikhlasan kita memberi ada yang mengambil kesempatan...rupa-rupanya Rumah Amal Buah Hatiku adalah milik Al-Arqam.Ia adalah pusat asuhan anak-anak jemaah Al-Arqam..

Selama ini sumbangan yang diberikan bukanlah sampai kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan mereka sebenarnya bukan dari kalangan orang-orang yang susah mahupun Asnaf.

Mereka adalah anak-anak jemaah Al-Arqam sendiri. Seorang bapa memiliki lebih dari 10 orang anak.Dan difahamkan 20 hingga 40 bilangan mereka semuanya. Itu baru dari seorang lelaki. Dan seorang lelaki akan berkahwin lebih dari satu dan kebanyakkan berkahwin empat .dan hakikatnya ramai jugak ahli jemaah Al-Arqam yang sebenarnya yang kita tak tahu. Kiraan haku Al-Arqam sudah terkubur tapi nyata telaan ku silap sama sekali..


Bila tahu akan kebenaran nie hati mula ragu untuk memberi dengan ikhlas...walaupun kita tahu betapa tingginya nilai tangan yang memberi tapi biarlah memberi pada yang membawa manfaat dan pada yang betul-betul memerlukan..tapi menyumbang ke Rumah Amal Buah Hatiku ibarat menampung kos perjuangan mereka yang jauh terpesong dari ajaran Agama Islam yang sebenar..MasyaAllah..

Moga siasatan pihak berwajib dilakukan dengan kadar segera.Wang yang disumbangkan oleh orang ramai adalah bertujuan untuk membiayai kehidupan anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan asnaf zakat,tapi BUKANnya untuk anak jemaah Al-Arqam yang punya ibubapa,sihat walafiat dan yang kaya raya itu..

Baca kupasan En mazidul RUMAH AMAL BUAH HATIKU : KEBENARAN DIDEDAHKAN
juga disini AL-ARQAM DALANG DI SEBALIK OPERASI RUMAH AMAL BUAH HATIKU  dan dari Zeeda Aziz blogger yang mendedahkan kedaifan penghuni Rumah Amal di ruang muka buku Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.


Sedihhh bila hati dipermainkan.
Anak-anak kecil dipergunakan untuk kepentingan..
Rugi airmata kak Nam nanges tak tentu pasal tau..huh



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 8 March 2013

Hebatnya Sedekah

السلام عليكم

Sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya " (Hadis Riwayat Tabrani)"

Kekanda Adinda kesayangan...
Anak-anak ini terlalu kecil untuk memahami ertinya perit kehidupan..
Airmataku tak berhenti mengalir melihat sinar cahaya dari mata mereka

Anak-anak sayang...
Jangan risau kerna masih ada yang sayang...

Ayuh sahabat jangan hanya melihat dan omong kosong
Bantulah mereka seadanya
semampu yang kita boleh
walau hanya RM1....

kredit dari FB.

Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini.

Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kandang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.

Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya. 

Details delete - sebab menipu....!!
 

Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini.





UPDATE 14/03/2013 :
Lihat entry yang di tulis oleh en mazidul DISINI  dan DISINI


UPDATE TERKINI : 22/03/2013

Baca kupasan En mazidul RUMAH AMAL BUAH HATIKU : KEBENARAN DIDEDAHKAN
dan Zeeda Aziz blogger yang mendedahkan kedaifan penghuni Rumah Amal di ruang muka buku
Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~