Showing posts with label charity. Show all posts
Showing posts with label charity. Show all posts

Friday, 22 March 2013

Kebenaran disebalik Rumah Amal Buah Hatiku.

السلام عليكم

Haku pernah posting pasal rumah amal buah hatiku disini hebatnya sedekah.
Tiada niat lain di hati kecil haku melainkan rasa kasih yang tinggi terhadap anak-anak yang dikatakan anak yatim dan miskin yang ada disitu. Melihat akan gambar anak-anak disitu pun sudah buat air mata haku menitek-nitek jatuh..

Tapi tak sangka disebalik keikhlasan kita memberi ada yang mengambil kesempatan...rupa-rupanya Rumah Amal Buah Hatiku adalah milik Al-Arqam.Ia adalah pusat asuhan anak-anak jemaah Al-Arqam..

Selama ini sumbangan yang diberikan bukanlah sampai kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan mereka sebenarnya bukan dari kalangan orang-orang yang susah mahupun Asnaf.

Mereka adalah anak-anak jemaah Al-Arqam sendiri. Seorang bapa memiliki lebih dari 10 orang anak.Dan difahamkan 20 hingga 40 bilangan mereka semuanya. Itu baru dari seorang lelaki. Dan seorang lelaki akan berkahwin lebih dari satu dan kebanyakkan berkahwin empat .dan hakikatnya ramai jugak ahli jemaah Al-Arqam yang sebenarnya yang kita tak tahu. Kiraan haku Al-Arqam sudah terkubur tapi nyata telaan ku silap sama sekali..


Bila tahu akan kebenaran nie hati mula ragu untuk memberi dengan ikhlas...walaupun kita tahu betapa tingginya nilai tangan yang memberi tapi biarlah memberi pada yang membawa manfaat dan pada yang betul-betul memerlukan..tapi menyumbang ke Rumah Amal Buah Hatiku ibarat menampung kos perjuangan mereka yang jauh terpesong dari ajaran Agama Islam yang sebenar..MasyaAllah..

Moga siasatan pihak berwajib dilakukan dengan kadar segera.Wang yang disumbangkan oleh orang ramai adalah bertujuan untuk membiayai kehidupan anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan asnaf zakat,tapi BUKANnya untuk anak jemaah Al-Arqam yang punya ibubapa,sihat walafiat dan yang kaya raya itu..

Baca kupasan En mazidul RUMAH AMAL BUAH HATIKU : KEBENARAN DIDEDAHKAN
juga disini AL-ARQAM DALANG DI SEBALIK OPERASI RUMAH AMAL BUAH HATIKU  dan dari Zeeda Aziz blogger yang mendedahkan kedaifan penghuni Rumah Amal di ruang muka buku Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.


Sedihhh bila hati dipermainkan.
Anak-anak kecil dipergunakan untuk kepentingan..
Rugi airmata kak Nam nanges tak tentu pasal tau..huh



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Saturday, 9 March 2013

JANGAN LUPA warga KL dan yang sewaktu dengannya

السلام عليكم

Hari nie seperti yang telah haku war-warkan berlangsungnya Jualan Amal membina kasih @ Baitul Ehsan

Jemput ramai-ramai untuk hadir ke Jualan Amal nie yer. Bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 6 petang di Rumah Anak-Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi , Taman Maluri Kuala Lumpur.

Jualan Amal nie adalah untuk mengumpulkan Dana bagi pembinaan rumah anak-anak yatim Baitul Ehsan. Jadi jangan lepaskan peluang nie..kalau korunk berada dikawasan yang berdekatan masih ada banyak masa untuk datang.


Macam-macam ada kat sana..
Apa pun yang kita beli kita niatkan untuk membantu anak-anak yatim kat sana yer.
Yang penting ikhlas kan hati tue kerana Allah.
Ingat.
IKHLAS..

betapa nikmatnya hidup nie menjadi manusia yang ikhlas hatinya..
percayalah.



Masa-masa mula-mula kakak Liza Masrina add haku dalam group nie terus haku cakap dengan En Epai haku nak jadi volunteer pada hari nie.tapi itu cuma perancangan di peringkat awalnya kerana hakikatnya hari nie haku di ofis. Menyiapkan proposal seperti yang diarahkan.

Kusut.
sebab fikiranku hatiku jiwaku dan segalanya tentang haku sedang berada di Baitul Ehsan Al-Khairi saat ini. Teringin sekali haku untuk bersama-sama dengan mereka menjayakan program membina kasih nie.Tapi itulahh..kita rancang tapi perancangan Allah lebih baik dari yang kita rancangkan..

Aperpon haku hantar doa agar semuanya sukses..
Program berjalan seperti yang dirancang
Dan akan dapat kutipan dana yang banyak
Anak-anak disana pasti gembira.

Allahuma yassir walaa tu assir...


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday, 8 March 2013

Hebatnya Sedekah

السلام عليكم

Sabda Rasulullah SAW :
" Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya " (Hadis Riwayat Tabrani)"

Kekanda Adinda kesayangan...
Anak-anak ini terlalu kecil untuk memahami ertinya perit kehidupan..
Airmataku tak berhenti mengalir melihat sinar cahaya dari mata mereka

Anak-anak sayang...
Jangan risau kerna masih ada yang sayang...

Ayuh sahabat jangan hanya melihat dan omong kosong
Bantulah mereka seadanya
semampu yang kita boleh
walau hanya RM1....

kredit dari FB.

Anak2 ini berusia seawal 2 tahun hingga 7 tahun, ditempatkan di Rumah Amal Buah Hatiku, Seksyen 7 B.B.Bangi. Mereka ini datang dari keluarga miskin, asnaf zakat, dan separuh daripadanya adalah anak yatim piatu. Ada 26 anak2 kecil dijaga di rumah amal ini.

Menurut kata pengurus, oleh kerana kekurangan dana, hanya seekor ayam dimasak untuk sehari bagi mengalas perut anak2 yang ramai ini untuk hidangan tengahari dan malam. Kadang-kandang mereka hanya dihidangkan nasi dan bebola ikan.

Semoga ada yang sudi menghulurkan apa jua jenis sumbangan ke rumah amal ini supaya anak2 ini dapat menikmati makanan yg berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Susu, gula, beras, milo, minyak, makanan mentah seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan. Juga diperlukan lampin pakai buang, ubat gigi, sabun, ubat2an dan sebagainya. 

Details delete - sebab menipu....!!
 

Semoga sumbangan anda, walaupun sedikit, dapat membantu mereka meneruskan hidup yang serba kekurangan ini.





UPDATE 14/03/2013 :
Lihat entry yang di tulis oleh en mazidul DISINI  dan DISINI


UPDATE TERKINI : 22/03/2013

Baca kupasan En mazidul RUMAH AMAL BUAH HATIKU : KEBENARAN DIDEDAHKAN
dan Zeeda Aziz blogger yang mendedahkan kedaifan penghuni Rumah Amal di ruang muka buku
Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Jom kite Bantu Tasneem

السلام عليكم

Kekanda Adinda Sahabat-sahabat yang murni hati,
Salam pagi Jumaat yang barakah
atas mulianya jumaat ini
elok rasanya kita buat jariah sikit
untuk bekalan kita disana nanti

dan kita ada countdown
sebelum 31 March,
kita perlukan dana untuk Tasneem.
minta pada yang sudi sopoloh doploh ringgit yang terlebih berbaki dalam akaun.  
memenuhkan dana untuk baby Tasnem

kredit gambar dari page FB beliau

semua info ada di event page ini Kita Bantu Tasneem
minta tolong panjang2kan.


kita hantar juga doa untuk Tasneem
cepat sembuh sayang
hati ibumu menangis melihat kamo kesakitan begitu
bertabahlah wahai ibu.bertabahlah
Allah menduga kerana Allah sayang

Tasneem anak yang hebat
Tasneem anak yang kuat
jadi Tasneem mesti sembuh
 

eh kita perlu lekas.
sebab kita ada countdown
kan dah cakap tadi.

 

 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 6 March 2013

Photography FOR Charity

السلام عليكم


Sesiapa yang berminat boleh contact details diatas yer. Setiap pakej fotografi yang diambil pada tarikh promosi iaitu 23/2/13-22/3/13 sebahagiannya akan disumbangkan kepada Rumah Anak-anak yatim Baitul ehsan Al-Khairi.

Minta jasa baik korunk untuk share pada rakan-rakan yang lain supaya kita sama-sama dapat meringankan beban mereka yang memerlukan.. Mudah-mudahan segala niat baik korunk semua akan diberkati Allah S.W.T.




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 25 July 2012

Tabung Bantuan Alia haryanie


klik image untuk ke blog Alia Haryanie.

update : 
No Akaun Alia Haryanie yang lama sudah diblock, ini no akaun barunya

Maybank Acc No : 553104558862
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447

Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Please SEBARKAN.
 


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Sepilu hatey yang menangis.



Entry Melekat Gam UHU
Entry baru scroll down yap,Thanks.
 

 
kredit gambar dr blog Alia haryanie

 *kesat airmata*

Airmata tidakkan pernah kering setiap kali haku masuk ke blog kak Yanie. Betapa hebat dugaan Allah untuk ibu muda ini. Dan bagiku diyer adalah seorang yang sangat kuat dan tabah menghadapi Ujian dariNya..Walau telah jatuh beberapa kali namun tetap bangun demi anak-anak tersayang. Tidak tertahan hateyku melihat anak-anaknyer yang masih kecil disisinya.

Sedikit Entry kak Yanie tentang anak-anaknyer yang ku ambil ,bacerlah hati seorang ibusemangat dari seorang anak, tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai , permata hati moga terus bersinar , penawar duka .

Tersentuh dengan ketabahan yang dimilikinya dan haku amat yakin haku tidak kan mampu menjadi setabah dan sekuat kak yanie. Kadang-kadang jiwaku meronta untuk membaca setiap entry yang diupdate oleh nya tetapi hatey menolak keras dari membuka blognya kerna tak tertahan membaca setiap bait tulisannyer yang amat terkesan dihatey ini.

Punya suami yang menceraikannya dengan talak tiga di saat diyer mengetahui akan penyakit yang dihidapi nya. Kukira itu adalah sesuatu yang sangat kejam dan amat menyakitkan hatey. Kalian bacalah rintihan hateynya disini sinopsis kehidupan saya , Sesuatu yang tak terluah , kasih ibu tiada galang gantinya. Dan disaat entry ini ditulis beliau kini sedang terlantar di HUSM .

Wahai kekanda adinda kesayangan ku, dengan rasa rendah hatey haku mohon pada kalian untuk sama - sama hebahkan dan bantu kak yanie dari segi emosi dan semangat serta doa untuknya. Haku amat yakin dengan kuasa blogger dan komuniti blogger yang kiter ader. Tinggalkan beliau komen dengan kata-kata semangat agar menjadi kekuatan untuk kak Yanie. InsyaAllah.

Tetapi andai ader antara kalian yang ingin meringankan sedikit beban kak Yanie melalui wang ringgit dan bantuan kewangan boleh masukkan ker akaun maybank beliau :



MAYBANK 164034266923 
(Haryani Binti Mat Hussin) 
 
Blog Beliau : Alia Haryanie
FB Beliau : facebook alia haryani


Hanya Allah SWT yang akan membalas jasa baik kalian semua.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini akan memberi sinar baru untuk kak Yanie dan anak-anaknya.InsyaAllah.

kredit gambar dr blog Alia haryanie

Untuk kak Yanie :
Kak bertahanlah kak dan terus tabah walau aper jua ujian yang mendatang..Di kejauhan ini hanya doa mampu ku panjatkan untukmu dan disujudku yang terakhir ku tidak pernah lupa memanjatkan doa untukmu kak.Dengan harapan dirimu kembali sembuh dan semua urusan mu dipermudahkan....

"Ya Allah Sesungguhnya Engkaulah pencipta kepada penyakit dan penawarnya maka turunkanlah penawar untuk sahabatku ini Haryani binti mat Hussin dan sembuhkanlah penyakit yang dialaminya...amiin"

Ku ingin sekali bertemu denganmu kak....:(


Status Terkini Kak Yanie 18/07/2012 




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Wednesday, 18 July 2012

Status Terkini Alia Haryanie

kredit FB Sofea Aki
kredit FB RamlahOmar

"Tolonglah kirimkan doa untuk Alia Haryanie.!! "

Mudah-mudahan dengan berkat doa dari kita semua kesihatan kak Yanie akan beransur pulih, segala urusannya akan berjalan dengan lancar dan anak-anaknya akan kembali tersenyum dan gembira seperti anak-anak yang lain...
Kredit FB Alia Haryani

Dan haku amat yakin kak yanie amat memerlukan bantuan kewangan saat ini. Kiter mungkin tidak mampu menghulurkan bantuan kewangan yang banyak untuk beliau tapi kiter masih mampu menghebah dan jadikan entry berantai agar akan ader hamba Allah yang benar-benar ikhlas menghulurkan bantuan kewangan buat beliau dan anak-anak.

Jadi Tolonglah bantu haku panjangkan kisah kak Yanie ini melalui blog atau FB masing-masing. Haku benar-benar mohon pada kalian yang singgah di belogku ini untuk hebahkan kisah beliau..


Terima Kasih diatas keperihatinan dari kamo,kamo,kamo dan kamo semua..!!
Hanya Allah yang membalas budi baik dan jasa dari kalian.



Untuk kak Yanie, 

Disaat akak murung dan bersedih sentiasalah ingat akan kater-kater ustaz Don dibawah kak..Istifar banyak-banyak yer kak..

Kredit picture dari FB ustaz Don. 




Hari ini hari mereka entah esok,entah lusa hari kita pula.
Hari ini kiter diatas esok belum tentu lagi kiter ditempat yang sama.
Hari ini kiter merasa nikmatnyer hidup tapi tanpa kiter sedar ader insan yang merasakan peritnyer kehidupan.

Marilah kawan-kawan kiter hulurkan tangan kiter ringankan beban mereka. Tidak ader istilah rugi membantu kerna ganjarannya menanti disana. 

Bak kater Dr Azizan Osman "The More You Give The More You Get Back"



Terima Kasih atas doa dan bantuan dari kalian kekanda adinda kesayangan haku..







Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 24 February 2012

Berakhir sudah satu penderitaan.

Semalam ku kira bumi Malaysia basah dengan airmata kesedihan kerna perginya seorang anak kecil yang menyentuh hatey sesiapa sajer yang mengikuti kisahnyer.

Haku adalah salah seorang darinya. Sememangnya haku mengikuti kisah adik Faris dari mula Encik Mazidul posting tentang sakit adik Faris sehinggalah ke hari ini. Setiap hari dan setiap kali haku bacer entry kisah adik Faris airmata tak putus membasahi pipi.

Begitulah seadanya hatey seorang yang kukira semua ibu merasainya..Pedih dan terseksa melihat anak kecil itu dikeliling wayar yang bukan sedikit.Dan Setiap kali itu jugalah kuhantarkan doa untuk adik Faris dari jauh agar kembali sihat seperti dulu..

Tapi semalam haku terpaku pada sekujur tubuh Adik Faris yang diselimut putih.Lama.

Banyak perkara yang bermain difikiran haku dan lebih banyak haku berfikir lebih banyak menginsafkan haku, banyak perkara juga yang membuka mata hatey haku..

Alhamdulillah, sekurangnya tiada lagi penderitaan untuknya.



kredit gambar dari FB En Syam


Ini adalah gambar terbaru oleh En syam atau lebih dikenali dengan panggilan abah iaitu ayah kepada Allahyarham Adik Faris.

Dan Hari ini Demi Allah hatey haku lebih tenang melihat pusara kaku ini dari melihat diri kecilnya dikelilingi wayar seluruh badan yang amat menyesakkan.Sungguh,penderitaannyer 23 hari yang lepas amat menyakitkan hatey haku.

Dan haku amat yakin adik Faris juga amat tenang disana tanpa perlu melalui penderitaan hidup yang amat dan sangat menyakitkan ini. Bertuah kedua ibubapanya kerna anaknya nanti pasti menyambut mereka dipintu syurga bersama senyum dan tawa,riang dan gembira.

Terima kasih Ya Allah kerana mengurangkan penderitaan adik Faris,kau tempatkanlah Faris di sisimu ya Allah...dan Engkau tabahkanlah hati kedua ibu dan bapanya untuk menghadapi dugaan sehebat ini.Berat mater memandang berat lagi bahu yang memikul..

Tapi Allah itu maha Adil kerna DIA sudah pun memberi cahaya baru untuk keluarga En Sham sebagai pengubat rindu dihatey.Saya tumpang gembira dengan berita kelahiran yang akan datang.Allah maha besar...semoga kebahagiaan dan keberkatan menjadi milik kalian sekeluarga..


"..kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Dia datangkan pula guruh dan hujan, puas kita mencari mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."



Dan ini Pesanan dari En Sham yang ku ambil dari perkongsian di ruang muka buku yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu. ~


Anak Anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Diamanahkan kepada kita (ibu dan ayah) untuk membimbing,mendidik dan membesarkannya menjadi insan soleh/solehah dibumi Allah ini.Bersamalah kiter menjaga amanah Allah ini sebaiknya..



kredit youtube and Uploaded perantaubaru .
Al-Fatihah untuk Allahyarham ustaz ASRI RABBANI.



A-Fatihah untuk Allahyarham Adik Faris Nur Daniel.
Bersemadilah dengan tenang wahai anak.





"Kadang-kadang kiter merancang hidup dengan sempurnanya tapi hakikatnya Allah sudah pun merancang aturan hidup kiter agar menjadi lebih indah dari apa yang kiter rancangkan...DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kiter...Allahhuakbar"




Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!
~CNN~

Thursday, 10 February 2011

Kawan, kirimkan DOA untuk anak ini..!!

Sticky Mode
Entry Baru Kat Bawah yer



Haku pernah ceritakan pasal Baby Qistina Balqis Maisarah di entry ini marilah kita membantu dan mendoakan baby Qistina Balqis Maisara

Haku memang follow citer BB Balqis neh setiap hari di FB.Before neh memang haku jarang on FB,tapi skang datang ofis jerk haku mesti on FB dulu sebab haku nak tahu status BB Balqis. Doa haku memang akan sentiasa dan selalu bersama Baby Balqis.InsyAllah.

ini kata mama BB Qistina Balqis Maisarah

"operation balqis KIV to Khamis, 10/02/11..harap semua berjalan dgn lancar...mohon smua aunty2, uncle2, kakak2, abg2, kawan2 balqis doakan smuanya berjalan dgn lancar dan balqis akan sembuh selepas operation..malam tadi balqis kena buat blood transfusion..sbb dia kekurangan darah..sbb tu aku dah tgk 2 3 hari lepas dia pucat ajer..ni kali ke 4 balqis tambah darah..harap smua darah tu ok dan bersih dr sbrg jangkitan kuman dan penyakit... "





Setiap hari setiap kali haku tengok dan bacer keadaan Baby Balqis,haku akan gagal dengan perasaan haku sendiri.Airmata tetap akan jatuh setiap kali mater anak kecil itu haku tatap. Pedih dan sayu hati haku. Tapi itu haku dan setiap kali itu juga haku membayangkan perasaan ibunya. Haku pasti haku tidak akan sekuat hati ibu Baby Qistina Balqis Maisarah.

Kata-kata dari hati seorang yang bernama ibu sebentar tadi.
9/2/11 Qistina Balqis Maisarah

"hari ini mama akan spent time sepanjang hari bersama balqis sayang sebelum operation jantung esok..ya allah berikanlah aku kekuatan utk menempuhi hari esok... "13 minutes ago ·LikeUnlike · ·UnsubscribeSubscribe

Haku minta tolong dari semua Follower haku dan pembaca belog Sayangku Faish,

"Tolonglah kirimkan doa
untuk Baby Qistina Balqis Maisarah
...!! "
Mudah-mudahan dengan doa kalian Operation Balqis akan berjalan dengan lancar dan Balqis akan sembuh sepenuhnya, akan sihat seperti anak-anak yang sebaya umur dengannyer dan yang penting Baby Balqis akan kembali senyum untuk mamanya,babanya,abanglongnyer, keluarganya dan kepada semua yang mendoakan nya.

Terima Kasih atas perhatian dari kamo,kamo,kamo dan kamo.
Terima Kasih atas doa dari kalian.

Allahuakbar..!!!

Wednesday, 9 February 2011

MARILAH KITA MEMBANTU DAN MENDOAKAN BABY QISTINA BALQIS MAISARA

Sticky Mode
N3 Baru kat bawah yer...TQ


Menjengah ke entry El dan melihat keadaan si kecil ini hatey terus terkenangkan anak-anak dirumah. Terus pegi ke belog lagenda mahsuri, hati terus merintih pedih. Tapi setelah haku singgah di FB ibunya Qistina bidadari comel ,hati ini terus menangis dan ketika entry ini ditaip air mata ini masih mengalir.

Sedikit info tentang bayi QISTINA BALQIS MAISARA..berusia 3 bulan dan dilahirkan di hospital Manjung, Perak. Baby Qistina ini mempunyai masalah jantung berlubang, sumbing dan juga mempunyai masalah paru paru. Kini, Qistina sedang menerima rawatan di HUKM.


Kuatlah nak seperti kater ibumu,kau harus kuat dan terus kuat seperti ibu. Semoga cepat sembuh sayang..!!


Dibawah ini adalah petikan kata-kata dari seorang ibu yang sangat kuat Pn Siti Maisalmah Binti Mohd Kamil dan juga gambar Baby Qistina dari Fb beliau.

Kata mama Qistina Balqis Maisarah:
kepala sakit sgt..mgkn tekanan darah aku naik lepas jmpa doc pakar bedah jantung pkl 7mlm td...x tahu nak ckp mcm mane keadaan balqis..doc cuma pesan dgn aku berdoalah banyak2 kepada tuhan..hanya doa ibu yg dpt membantu dia dan berlakunya keajaiban..airmata ku dr td x berhenti2 mengalir...doc ckp keadaan mmv dah kronik..doc nk buat pembedahan dlm masa terdekt..tgl nm setkn tarikh je...mgkn mgu dpn..skang ni hanya bergntg pada mesin bantuan pernafasan je..bnyk risiko pembedahan..doc x dpt nk bg jaminan..ya allah...



Kata Mama Baby Qistina :
01/02/11 ala comelnyerr anak mama hari ni..mama datang2 je tengok rambut dia dah ada tocang..auntie nurse yang buatkan...comel sangat anak mama nie..dah besar dah..duk kat sini aku tak perlu risau keadaan anak aku sbb nurse smuanya baik2..menjaga balqis dgn bersih dan rapi..anak mama tak comot lagi dah mcm kat sana..




Kata Mama Baby Qistina :
sayu dan sedih sangat tengok keadaan balqis yang semakin hari semakin kurus..dah tinggal tulang dengan kulit sahaja..dah macam baby yang kat afrika tu..ya allah...kuatkan la semangatnya dan tabahkan la hati ku dlm menghadapi ujian mu..ringankan la derita yang ditanggunginya semoga dia boleh menjalani kehidupan seperti baby lain..amin..


Marilah kita sama-sama membantu anak kecil ini biar aper pon caranyer,sekecil manerpon jumlahnyer yang pasti anak ini perlukan bantuan kita dan anak ini juga perlukan doa dari kita.
AKAUN MAYBANK : 114160850396
CIMB AKAUN NO. 0804 0000 9722 02

NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL
(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764


Selain dari wang ringgit, korang juga boleh membantu baby ni dengan memanjangkan lagi berita ini kepada semua rakan rakan kita.Jangan luper join page neh yer, Join Charity Fund Raising For Qistina . Kalau korang ada akaun FB, korang leh masuk ke FB Ibu qistina untuk mengikuti perkembangan lanjutnya. Tak rugi kiter membantu .


Hari ini hari mereka entah esok,entah lusa hari kita pula. Hari ini kiter diatas esok belum tentu lagi kiter ditempat yang sama. Hari ini kiter merasa nikmatnyer hidup tapi tanpa kiter sedar ader insan yang merasakan peritnyer kehidupan. Marilah kawan-kawan kiter hulurkan tangan kiter ringan beban mereka.


Kredit picture dari FB ibu Qistina,Pn Siti Maisarah.Kepada Pn Siti Maisarah, tabahkan hatimu. Percayalah,Allah itu maha mengetahui..Dia menurunkan ujian ini kerna Pn adalah insan yang terpilih untuk menikmati ganjaran dariNya disana.

Ya Allah andai ini adalah ujian darimu Engkau kuatkan hati kedua ibubapa Baby Qistina, tabahkanlah hati mereka untuk menerima ketentuan ini. Engkau Ringankan beban yang ditanggung oleh Baby Qistina Ya Allah.Kesihanilah lah anak kecil itu Ya Allah ,Limpahkanlah RahmatMu keatasnya.Engkau permudahkan segala urusan mereka didunia juga diakhirat.Dan Engkau tunjukkanlah mereka jalan penyelesaian dan bukakanlah pintu rezki untuk mereka seluas-luasnya Ya Allah.Amin Amin ya Rabbal Al Amin.


Thursday, 15 April 2010

Hadiahkan Secebis Doa Buat Anak Kecil Ini....

Marilah kita sama-sama mendoakan agar adik Hana cepat sembuh. Moga adik Hana kuat melawan setiap kesakitan. Moga adik Hana terus dipanjangkan usia dan dijauhkan dari sebarang kecacatan...aminnnn.

Bacalah rintihan hati ibu anak kecil ini..

"Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian"

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya.

Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat,baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.

Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.

Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatan dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepada rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.


Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.





Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.



Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna.

Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak diotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.


credits to http://mama-danishsarah.blogspot.com/


Sama-samalah kiter doakan baby Hana.Semoga Allah berkati setiap usaha kita dan mudahan Doa kita dimakbulkan...Ingatlah hari ini mereka mohon simpati dari kita entah esok lusa giliran kita pula..hanya Allah yang tahu..