Showing posts with label parenthood. Show all posts
Showing posts with label parenthood. Show all posts

Thursday, 2 December 2010

Majlis Aqiqah untuk Adeq

Adeq adalah Dhamirah..Dhamirah adalah Adeq..maka mereka adalah orang yang sama.harap maklong disitu yaa...!!



nie nama nyer kambing Aqiqah

Hadis Riwayat Abu Daud:

Maksudnya: "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda tentang anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan anak perempuan seekor kambing."



maka seekor kambing Aqiqah untuk Adeq.Kener bagitau jugak satu benda neh.Majlis nie dah lamer berlangsung yer. Majlis berlangsung di kampung haku Selama,Perak.Harap maklong sekali lagi.


hahhh nieee kepala hotak kambing...semua kasik masakkk.
Motif berikat bagai tuh haku taktau yer...

cer teka nie bahagian kambing tang maner..?

tetttttttttttt...!!salahhhhhhhhhh jawapannyer adalah punainyer eh telur nyer yer..tersasul plak den..huhu.Sekali telur diyer pon boleh makan daaa...kagum..!!

nie bukan daging kambing.nie sebesen mak-mak hayam untuk dimasak.Goreng pon sodap.


tengah proses daging kambing. Semua pelakon lelaki yang macho2 diatas adalah bapak saudara haku. Terima kasih paktam,pakcik,pakteh dan paklang...owhh ramai jugak pak pak haku eh.

Nie edisi memasak nasi.Paktam ngan Paksu yang handle untuk masak nasi neh.


Kitaorang masak kat kampung still guna api kayu secara gotong-royang adik beradik.Seronok tau kalau buat kenduri kat kampung nih,meriahnyer lain macam sikit.Semua adik beradik jauh dekat balik untuk memeriahkan majlis Aqiqah untuk Adeq..memang best biler dapat berkumpul ramai-ramai macam nih.


En Epai yang buat-buat sibuk.iyooolahhhhh bang oiii....



kaum ibu yang sibuk didapur.Sibuk memasak aper yang patut dan mulut pon sibuk jugak bergosip aper yang patut.saper yang tak datang tolong pagi tuh kompom jadik bahan topik utama.padan muka,haku dah jemput ko datang.


Makan time.makan waktu tengahari sebelum Zohor.Alhamdulillah ramai yang datang.

Kat kampung haku masih makan secara berhidang dan duduk bersila.Letak dalam talam then makan ramai-ramai.Tradisi kampung masih dikekalkan.and its BETTER dikekalkan begitu sampai bila-bila.sebab bagi haku nikmat makan secara buffet dan berhidang adalah lain.Makan sambil bersila juga lain nikmatnyer kalau makan duduk dikerusi.

owh itu hakulah,anak kampung sejati.asalllll dari kampung..!!
orang lain punyer pendapat haku taktau.


Nie gift untuk bebudak yang datang.Segala mak nenek coklat,sweet,gula-gula semua hado dalam tuh.hah makannnnnn sampai gigi ko rongak.


Gift yang tak seberapa nie plak untuk kaum ibu dan bapa yang datang.


Haku kasik nie untuk yang datang tolong buat kejer dari pagi sampai habis majlis.


Adik yang sangat chumil dipagi hari Aqiqah.


Nampak jari tuh?

haku sibuk dok hambek gambor adeq berkeping-keping tetiba ader makhluk hadang pandangan kat depan.dah start mendengki Adeq la tue.

Biler haku larang suruh ketepi diangkatnyer tangan plak.nak jugak ganggu,masuk tangan pon jadiklahh..Abang oh abanggg..!!


Abang yang semakin mengecil.Dah makin kurus dah dak Danial neh.taktau dah nak buat macammaner lagik.

Tapi kalau suh bergaya,memang top, nombor satu.


nampak..diyer sendirik yang request nak bergambor macammaner.dah pandai ambik gambor sambil melompat pulak dahhh..

Abang dan Adik yang dah semakin mesra dan dah semakin memerlukan antara satu sama lain.

Kalau adeq takder abang riuh sekampung kalau abang takder adeq sibuk mencari.Jangan la ko cakap nak pinjam adik diyer nak bawa balik,siap ko kener maki balik ngan diyer.


Akhirnya selamat sudah semuanyer.Alhamdulillah.

Alhamdulillah ramai yang datang majlis Aqiqah untuk Adeq nih.Maser Aqiqah untuk Abangnyer dolu tumpang majlis orang jerk,kebetulan mak saudara haku nak buat majlis tumbang lembu so terus aqiqah bahagian untuk abangnyer si Danial tue.

So anak-anak haku dua-dua dah buat Aqiqah.Alhamdulillah,syukur dengan rezki dan nikmat yang Tuhan kurniakan untuk kami anak beranak.Terima Kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini.





Sedikit Info tentang Aqiqah untuk Anak :

Aqiqah hukummnya sunnah muakkad bagi kedua orang tua yang mempunyai tanggungan belanja atas anak itu. Tetapi apabila aqiqah ini dinadzarkan maka hukumnya wajib. Daging aqiqah nadzar harus dibagikan seluruhnya dan yang beraqiqah tidak boleh makan dagingnya sama sekali.

Adapun binatang ternak untuk aqiqah adalah kambing, bagi anak laki-laki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan satu ekor kambing.

Rasulullah SAW bersabda :

“Allah tidak menyukai kenakalan anak-anak terhadap kedua orang tuanya (durhaka), siap yang dianugerahi seorang anak dan ingin beribadah menyembelih haiwan untuknya, maka laksanakanlah untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang setingkat dan untuk anak perempuan seekor kambiing.” (HR. Abu Daud).

Ketentuan dan syarat binatang untuk aqiqah sama dengan ketentuan dan syarat binatang qurban.






Wednesday, 13 October 2010

Petua Supaya Anak Menjadi BIJAK dan PINTAR




Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kiter sendiri..Allahuakbar3x


1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.



KataKauFAISH :
Mudahan-mudahan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kiter dalam membesarkan anak-anak dizaman serba canggih ini...

Semoga anak-anak kiter membesar dengan Nur Iman dan menjadi anak yang soleh dan solehah..Amin.



Wednesday, 28 April 2010

Shaken Baby Syndrome (SBS)..Hati-hatilah kalau sayangkan anak..!!

Kisah nie haku hambek dari blog zura...kredit utk zura.kiriman kisah ini adalah melalui email...

Naluri haku terpanggil untuk berkongsi akan bahaya SBS ini dengan pembaca blog haku...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.

Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah

Ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi(occupational stress).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

Gambar-gambar bayi mangsa SBS sebelum dan selepas

SEBELUM





SELEPAS


http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome


------------------------------------------------------------------------------------

katil hospital itu tidak layak untuk anak sekecil ini...bukan disitu tempatnyer untuk anak secomel diyer...samer-samerlah kiter ambik iktibar dan pengajaran dari aper yang berlaku...saling ingat mengingatilah sesamer kiter agar ianyer tidak berlaku dikalangan kiter...

Sesungguhnyer yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kecuaian kiter sendiri..Nauzubillah...

Friday, 10 April 2009

Kenali Eczema dikalangan Anak-anak

yerrrr mari kenali Eczema.....


Eczema juger dikenali sebagai atopik dermatitis iaitu penyakit kulit yang kronik.Kulit yg dipengaruhi eczema boleh menjadi sgt gatal dan merah...Pesakit eczema yg serius juga mungkin akan mengalami rasa panas dan hangat pada kulit...

Punca eczema masih belum diketahui tapi di percayai eczema disebabkan oleh reaksi keterlaluan sistem pertahanan pada kulit.tetapi antara faktor-faktor biasa yang menyebabkan eczema adalah:
1.sabun, bahan pencuci atau kimia
2.perubahan suhu atau kelembapan
3.pakaian yang di perbuat drpd bulu haiwan
4.makanan tertentu
5.tekanan emosi~~~~~~ahhhh sodahhh takkan Danial tekanan emosi kottt...haiyoooo..

Simtom-simtom eczema adalah:
1.Ruam merah
2.Rasa gatal
3.kulit yg kering
4.kulit yg sensitif
5.kulit yg merah dan hangat...

ohhh yerrr semua diatas adalah simtom2 yang ader kat Danial tauuu...

kepada para doctor yang singgah di blog haku nihh...chewahhh mcm ler ader doctor yg singgah kann..poyo jerkk tp haku nak ckp gak...kalau ader kesilapan ngan info haku kat atas sila perbetulkan haku yerk atauuu ader yg tahu lebih lanjut pasal eczema nie pon please give me some info....TQ..


nie ubat yang doctor kasik Danial..sikit jerk ubat nyer..kotak jerk besorr..mula-mula pakai dulu ubat yg bulat tuh sanpai dah kering baru continue ngan ubat protopic tuh...tapiiii kannn biler haku sapu ubat nie kan kat Danial...lagik teruk diyer mengaru tauu...


mahalll ubat nie..dua tuh jerk dah RM114.oo..tapi takper lahh janji Danial ocay dan kembali cam biase balik...doctor bagitau haku eczema nie penyakit kulit yang berulang...bukan letak ubat terus ilangggg jerk....berkemungkinan akan jadik balik...makanyer harus lahhh haku membuat bajet bulanan utk membeli ubat Danial lepas nihhh...


Tak kisah lerrr janji Danial tak mengaru lagik dan sihat terusss kann....korunk tolong doakan kesihatan Danial yerkkk....

p/s :sory gambor tak berapa nak jelas sgt..camera haku makin lamer makin meragam lak...