Showing posts with label OTHERS. Show all posts
Showing posts with label OTHERS. Show all posts

Tuesday, 14 June 2011

Luahan Hati Jimmy Shanley

alaaa sedih plak bacer pasal Jimmy neh..*lap lap airmata*

sebelum neh memang haku ader update pasal Jimmy kat sini Jimmy shanley & suhaila sudah tidak tinggal sebumbung.


kredit gambar mStar


korunk dah bacer belum luahan hati Jimmy neh,kalau belum baik korunk bacer sekarang.

Lepas tue kiter sama-sama doa mudahan Jimmy mendapat hidayah dan petunjuk dari Tuhan.Semoga Jimmy lebih tabah dan kuat untuk hadapi semua dugaan yang menimpa rumahtangga beliau.kesian kat baby yang bakal lahir tuhhhh nanti..*sambung nanges*


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.

Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.

Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.

Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.

Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.

Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.

Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.

Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.

Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.

Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.

Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.

Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.

Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.

Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.

Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.

Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.

Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.

Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.

Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.

Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.

Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.

Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.

Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.

Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.

Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.

Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.

Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.

Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.

Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.

Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.

Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.

Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.

Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”


source





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~
Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!

Wednesday, 30 March 2011

Poco-Poco HARAM

kredit picture to gugel


petang tadi sempat selak kosmo kejap then haku terbaca Perak haramkan Poco-poco.Ater Perak jerk ker? Negeri lain?eh kalau dah haram jangan dipandang enteng okeh.*wahhh enteng lagik* Sebab setahu haku penjawat awam banyak yang jadikkan poco-poco sebagai aktiviti mingguan dan poco-poco bukan lagi sesuatu yang asing.

Kat sini kalau ader aktiviti atau program rakan muda atau belia semua buat senam poco-poco. Dah takder makna senam erobik dah.Tapi haku tak pernah layan lagik poco-poco nehh sebab sebab sebabbb haku rasa maluuuuuuuu lah...*selak kaen tutop muker*

eh ini betul,tak tipu tau sampai ader member sound haku kaki bangku la,kaki keras la,sayang bontot la hehh macam-macam..tapi ader haku kesah,huhu kenyataan nyer haku takut kurus.Sebab orang cakap poco-poco boleh kuruskan badan,eh iyer ker?

Memang tak menarik perhatian haku pon,Macam susah jerk poco-poco tuh,better haku duduk tepi tengok orang.Lepas tuh kalau nampak yang over sikit berpoco-poco, yang kenkonon bajet cung tuh,compom jadik bahan gelak haku..tue dia dah jelas motip dok tepi.


Neh petikan berita dari kosmo Perak Haramkan Poco-poco

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu. “Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


eh lepas neh kena layan lagu 1 Malaysia lah pulak yer,tak reti-reti lagik..!!




Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!



Thursday, 24 March 2011

Selamat Tinggal

Ya amponnn best giler lagu neh..tapi sumpah tak tahan tengok muka seriyes Zizan. Diyer buat muka seriyes pon boleh buat haku tergelak. Cayalah Zizan,maju lagi bertapak-tapak..sedap gak eh sore diyer..




Selamat Tinggal - Zizan Raja Lawak ft. Dina

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal

********************************************************************
jalan cerita diyer sedih la kannn.....menyentuhh hatey gitew..:(

Sore Dina merdu sangat dan Rap Zizan menjadi..Lagu neh yang Astro pasang time Raja Lawak tuh ari yerk..hahaha lambat giler haku tahu. Masa raja lawak tuh haku tertanya-tanya jugak lagu saper tuh tapi memang tak tahu lagik lagu Dina ngan Zizan..huhuuu

Gabungan yang Mantap..!!



Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Wednesday, 16 March 2011

Ngerinyer tengok video neh

Ngeri.Hanya itu yang terkeluar dari mulut haku tatkala haku tengok video neh.
Kita takkan pernah terduga bencana seumpama ini akan berlaku tapi kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerna kita diasuh untuk percaya pada Takdir dari yang Esa.



Mudahan apa yang berlaku di Japan neh sedikit sebanyak memberi iktibar dan pengajaran buat kita. Negara sebesar dan semaju Japan pon boleh dilanda kemusnahan yang teruk apatah lagi kita.Kuasa Allah tidak akan pernah ada sesiapa menduga jauh sekali untuk menyangkal.


Semoga kita semua dilindungiNya.

Allahuakbar3x.







**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**


Thursday, 17 February 2011

Terkini : Perhatian kepada pemilik kereta Honda City dan Jazz


Nie kereta Honda City bukan haku punyer tapi En Gugel yang punyer. Tima kasih En Gugel sebab kasik haku pinjam masuk belog. Jasamu akan kukenang hingga ke akhir ayat ku ini.

Hahhh Honda Jazz neh baru betul. Ya betul En Gugel punyer jugak.Terima kasih sekali lagi. kredit kepada kamo En Gugel.

So sesaper yang ader kedua-dua kereta neh sila angkat tangan sekarang. Eh takper tak payah angkat tangan tapi ketahuilah pihak Honda Malaysia telah memanggil balik kesemua unit Model city 2009 dan model Jazz 2009 dan 2010 bagi mengantikan "lost motion springs dan "retainers".

Kalau tak tukar kater nyer boleh menyebabkan Enjin kereta jadik bising dan juga boleh menyebabkan enjin terhenti..hooooo bahaya tuhh.Buatnyer ko tengah drive laju-laju kat highway ker haper,eh dibuatnyer pulak lori ker kereta lain ker follow dari belakang pon laju jugak then tetiba kereta kau terberhenti...huii Nauzubillah,ko bayangkanlah.ish ish ishh...takper-takper takyah bayangkan sangattt..

So sebelum aper-aper yang tak diigini berlaku, siler beri perhatian pader pengumuman pihak Honda neh. Bacer petikan yang haku ambik dari utusan neh.Kredit to Utusan.



Petikan dari utusan 17/02/2011 4:00pm Honda Malaysia panggil balik model City dan Jazz

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Honda Malaysia Sdn. Bhd. memanggil balik 21,956 unit model City 2009 dan 1,680 unit model Jazz 2009 dan 2010, bagi menggantikan “lost motion springs” dan “retainers” bagi kesemua kenderaan terbabit.

Dalam satu kenyataan hari ini, Honda berkata, “lost motion springs” yang dimampat oleh “rocker arms” dalam enjin biasa, mungkin bengkok atau pecah menyebabkan bunyi enjin yang bising dan berpotensi menyebabkan enjin terhenti.

Ia berkata, setakat ini belum ada kemalangan atau kecederaan dilaporkan bersabit isu ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, syarikat itu sedang menyediakan alat ganti.

Pemeriksaan dan penggantian akan dilakukan apabila alat ganti diperoleh, dan semua caj berhubung penggantian alat itu akan ditanggung oleh syarikat.” katanya. - Bernama


**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**



Thursday, 27 January 2011

Bloger kena saman RM 6 juta?

ENAM JUTA ?
perghhh kecut segala urat saraf tengok amaun tersebut?

Malam tadi bacer melromeo.com ,dengan pantas gugel carik belog yang disebut. Biler dah tengok belog tue memang haku setuju sangat sangat sangat dengan pandangan melromeo . Mungkin ayat yang terakhir diyer yang agak menyentap kut tetambah lagik katernyer tukang masak restoran tersebut adalah isteri kepada pengarahnyer yoooo...mau tak sentap,silap ari bulan terputus urat hoooo..

yerlahhh dah namer pon REVIEW kan...takkan lah nak mengipas 48jam,haku pon tak koser nak puji segala kalau betul tempat kau tak bagus. Patutnyer kau istifar banyak-banyak lepas tue hantuk kepala kat dinding at least baru kau sedar aper yang kurang boleh kau tambahkan.

Tak payah la melenting tak tentu pasal.kiter sekarang berada dizaman keterbukaan maka bersikap terbukalah sikit,setiap orang bebas memberi pendapat nyer sendiri ,yang boleh diterima dek akal kiter ambik.Jangan jadik bodoh.Kalau diyer cakap restoran tue tak best itu kat tekak diyer.Manatau kau pegi cuber masuk ngan selera kau plak kan.


Tapikan kater empunyer Restoran tersebut, disebabkan review yang bloger sixthseal buat tuh menyebabkan perniagaannyer merosot.eh kesian plak kat Restoran tuh.hahahaha **naper kau gelak bukan kau cakap kesian ker tadi**

so pengajaran nyer kat sini untuk para bloger sekalian."sila lah mengipas,tak cukup kasik up guna acon plak".caitttttttttt....!!!yerlahh kiter buat review pon agak-agaklah, ayat tue biarlah diyer rase save atau kater lain pendorong untuk diyer ubah jadik lebih baik,bukannyer kondemkan diyer kasik jatuh terus.tak gitew?

kalau dah start saman menyaman lepas neh berderet-deretlah bloger yang kena saman nampaknyer. Tapi biler ader bloger yang angkat ko punyer tempat puji melambung setinggi langit, up ko punyer market sampai ko punyer pegawai promosi pon tak payah buat kejer dah idak plak ko nak kasik diyer duit juta-juta yer.

teringat pulak tentang review haku pasal tempat @ hotel yang pernah haku lepaking sebelum neh. tue tak termasuk yang haku carutkan lagik...ayoyooo ammmaaaaaa...!!maner mau nyorok nehhh..


Ini adalah Laporan akhbar the star semalam Google, blogger sued by restaurant for RM6mil


nie posting yang Sixthseal buat.Jothy's Fish Head Curry Banana Leaf Restaurant


Tapikan haku memang kureng sikit la kalau makan mamak food neh..tekak tak berapa nak masuk lah,silap ari bulan boleh keluwor balik kat situ jugak..huhu *takkan ayat last haku neh pon kau nak saman jugak.*




Wednesday, 26 January 2011

Buah NamNam



cer teka neh buah haper?

eh giler,bukan ko dah bagitau siang-siang ker tajuk kau buah NamNam.
Tolong sekeh kepala diyer jap.
Tak habis-habis sewel.



wehhhhh sedap siot buah neh.
pengasuh anak-anak haku yang kasik.
memang susah nak jumpa buah NamNam neh kan. Selalunyer kat kampung-kampung jerk ader tanam pokok NamNam neh kalau tak silap haku

Kat pasar lambak lagik ler takder jual buah Nam Nam neh apatah lagik pasar borong jauh sekali pasar malam inikan pula pasar selayang...:)



Rase diyer masam-masam manis gitew.

memula haku makan beriya jerk kupas kulit segala,sekali kakak pengasuh tuh cakap kulit diyer pon boleh makan daaaa.Jakun sungguh,kater asal dari kampung,buat malu kampung jerk..tapi kann kat kampung haku macam takder jerk pokok NamNam neh.Tak pernah jumpa pon.


Tapi tapiiii En Epai lagik jakun dari haku tau sebabnyer diyer langsung tak makan buah NamNam neh,Rase sikit pon takmo.memang jakun tahap mengkarung beranak diyer tuh..mhuahuahuahua...


Eh selain namer NamNam, kat tempat korunk ader panggil namer lain ker buah neh?


Betul ker pokok KELADI nie BERACUN..?



Biasa tak tengok pokok keladi neh.
kat umah haku ader sepokok sejibik sejiban macam pokok dalam gambar kat atas.

Haku dapat email pasal pokok keladi neh beracun.
Dah lamer erk email neh.Haku lambat tahulah nampaknyer yerrr..hiks


Petikan dari Email :

********************************************************************


PLAY IT SAFE FRIENDS ….. IT MIGHT BE TRUE. DON’T TAKE CHANCES.

With kind regards and best wishes, Dr. Kivumby.

Dear all,

Please read below. The message is true. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.

“This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous!

This plant is common in Kenya, Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies.


**************************************************************************

Lepas bacer Email tuh haku cepat2 gugel carik info...huiii dah ramai yang posting pasal email neh ghupernyer..haku jerk yang tak tau..
mhuahuahuaaa..*gelakkan diri sendirik*

Haku ader gak pokok keladi neh.
sayang lak nak buang,sebab keladi nyer macam chantek jerk..

Tapi haku dah ubah letak kat luar pagar dah.
Dekat dengan tong sampah tapi tak masuk lagik dalam tong sampah la
Biler keladinyer dah tak okeh nanti haku buang lah..
Aci tak macam tuh.

Tapi betul ker beracun erk,naper pihak2 yang suker mengkaji selidik neh tak ambik port plak.Niekan soal hidup dan mati kannn....

Ker derang dah kaji tapi samar-samar lagik
ker derang dah tau beracun tapi diam jerk
hermmmmmmmmmmm.....*sambil letak tangan kat dagu,pemikirlah sangat*

Jangan kang dah ader kes, siap keluar muker depan paper telibesen segala baru nak selidik itu ini begitu begini.kannnnnnnnnnnnnnn.....*angguk laaa*




Friday, 3 December 2010

Hitler Bengang Kes Kekasih Cium Mulut Depan Pavilion

korunk ader tengok tak video budak bercium molot depan pavillion tuh?
perghhh memang hebat lah bebudak skang,beromen dijalanan..!!
dah takder malu-malu dah..agak-agak diri sangap nak beromen, kat jalan pon bulehh.
apsal ko tak wat hubungan seks jerk terus kat tepi jalan tuh..
boleh buat wayang free..compom glamor satu dunia..!!!

nie haku malas nak start neh..kang kalau biar haku membebel kang tercabut semua huruf2 kat keyboard neh..huhhh

bukan itu yang haku nak citerkan sebenarnyer tapi yang haku nak jajakan kat korunk VIDEO MANTOP Hitler yang bengang giler dengan bebudak yang comolot tuh..bebawaklah sedar diri yer.

korunk wajib tengok video neh..!!




Kredit penuh :fitrihadi.com


tengok tau video kat atas neh.terbaikkkkkkkk...!!! kelakor dan punya maksud yang tersirat.

Tuesday, 23 November 2010

Sejadah corak Ba Alif Ba Ya.


hadoiiii macam-macam sekarang nie kan.. teringat sejadah kat umahhhh..tak pernah plak haku check seteliti itu...selalu memang main beli jerk..nak nak kalo murah sikitt muler lah rabun naik berganda-ganda...


Haku bacer METRO tadi, biler tengok macam neh dan dan urut dada...memang kadang-kadang kiter terlalai sedikit maka adalah yang mengambil kesempatan..

dahhh haku dah copy paste berita tuh kat situ..bacer cepat..!!penat jerk haku copy kalo korunk tak bacer tau...hiks

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.-
hmetro-

Oleh Iskandar Shah Mohamed


nampak tak coraknyer..?haku dah cropkan tuh kasik korunk tengok ngan jelas lagik...jelaskannnn ke vaviannyerr.....

Aper pon alasan nyer samada corak tue sengaja dibuat begitu atau sebaliknya ia tetap menyentuh sensitiviti umat Islam...so kita sebagai umat Islam harus lebih peka lepas nih..takmo dah perkara sebegini berulang lagik..

Sunday, 14 November 2010

Subhanallah!



Lihat tiga titik hitam di tengah2 selama 10 saat dan selepas itu cuba kamu lihat ke dinding. Anda pasti terpaku, kagum dan naik bulu roma. Subhanallah!

Thursday, 14 October 2010

30 Luahan Perasaan Suami yang patut isteri tahu..


Mari check it out aper En Somi nakkkk....

1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"

2."Isteriku,Jagalah Rumahku"

3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"

4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"

5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"

6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"

7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"

8."Isteriku,Hargailah pemberianku"

9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"

10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"

11."Isteriku,Jagalah pakaianku"

12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"

13."Isteriku, Raikan Keluargaku"

14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"

15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"

17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"

18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"

19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"

20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"

21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."

22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"

23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"

24."Isteriku, Janganlah Boros"

25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"

26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"

27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"

28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"

29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"

30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

***************************************************************************
KatakauFAISH :



ocay mari kiter komen sikitttttt....tak banyak sikit jerkkk....

kadang-kadang si isteri dah cukup sempurna bukan takat 30 kat atas tuh jerk diyer kasik tapi 50 luahan perasaan somi si isteri penuhi tapi kenapa mesti En somi berpaling arah jugerrrr....

30 luahan perasaan somi nie haku hambek dari Email..errrrr ader sesaper nak buat 30 luahan isteri pulakkkk....takkan suami jerk kannn...camner ngan luahan isteri, haruskah dipendam kan ajer atau dibiarkan kosong dan dipandang sepi dek suami...haruskahhhhhhhh...








Tuesday, 14 September 2010

Punca Sosilawati dibunuh


Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.

Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.

Berita penuh :Desak kembalikan wang
nie berita hari Ahad lepas ...
Konflik Perniagaan Motif Pembunuhan Sosilawati

Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.

“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.


*********************************************************************
KataKauFaish :
Tengok paper tadi...tabah betul anak Datuk Sosilawati...masih mampu tersenyummm...kalo haku mungkin dah patpolohpat kali pitammmm.....
********************************************************************

Sosilawati Lawiya mati dibunuh,dibakar..?


Berita yang tak boleh diterima akal saat ini...
what the hell....??
kalo ko ader masalah perniagaan sekalipon agak-agak laaa...kenapa mesti membunuh dan kenapa mesti dibakar..
super duper kejammmmm cakap kauu.....
sumpah takut berada dinegara sendiri..
apakahhhhh????

Berita kehilangan sosilawati memang mendapat liputan meluas dan disaat kiter bergembira meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang ader yang terluka kerna kehilangan ahli keluarga..
haku menumpang simpati..:(

berita kronologi penemuan 4 Mayat -kronologi penemuan 4 mayat dipercayai Berkaitan Sosilawati
Oleh IWAN SHU -ASWAD

BANTING: Empat mayat rentung dipercayai dibunuh kejam sebelum dibakar ditemui di sebuah ladang ternakan di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Morib di sini malam Sabtu.

Difahamkan, identiti keempat-empat mangsa sedang dikenal pasti.

Penemuan keempat-empat mayat itu dipercayai dapat membantu merungkai misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga yang lain iaitu, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Semua mayat dikeluarkan pagi ini untuk ujian DNA bagi tujuan pengecaman.

Berikut adalah kronologi penemuan empat mayat yang berkemungkinan besar ada kaitan dengan kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

11.30 malam: Berita penemuan empat mayat telah tersebar dipercayai Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong, Jalan Tanjung Sepat, Morib.

12.30 malam: Pihak media mula berkumpul di laluan masuk lokasi penemuan mayat.

3.00 pagi: Polis terus mengawal lokasi penemuan mayat dan pihak media masih dilarang memasukinya.

8.00 pagi: Penduduk kampung mula memenuhi lalauan masuk Ladang Gadong.

9.10 pagi: Kelihatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Arasa memasuki lokasi dan meninggalkannya kira-kira 10 minit kemudian.

12.10 tengah hari: Sepasukan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia Malaysia kelihatan memasuki lokasi penemuan mayat.

2.20 petang: Sidang akhbar bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat.
*************************************************************************

Thursday, 9 September 2010

PANDUAN Mengqadha Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat Enam Hari Bulan Syawal.

1. Diriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : Adalah salah seorang diantara kami tidak puasa pada bulan Ramadhann pada zaman Rasulullah saw. maka ia tidak sanggup mengqadhanya ( membayar puasa yang ditingalkan ) sehingga datang bulan sya'ban ( yakni pada bulan sya'ban baru bisa membayar puasanya ). ( H.R : Muslim)

2.Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah saya mempunyai hutang puasa bulan Ramadhan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan sya'ban. (H.R Bukhary )

3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R : Muslim)

KESIMPULAN

Hadits-hadits di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa :

a. Barangsiapa yang mempunyai hutang puasa bulan Ramadhan, hendaklah segera diqadha ( di bayar ) secepat mungkin jangan di tunda-tunda kecuali karena ada uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan sya'ban. ( dalil : 2 )

b. Disunnahkan puasa enam hari pada bulan syawal dengan syarat puasa Ramadhannya sudah lengkap, tidak ada hutang.

c. Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini dapat dikerjakan secara berurutan ( enam hari berturut-turut ) atau berselang-seling ( tidak berurutan ). Yang penting pelaksanaanya adalah selama bulan Syawal.

Maraji' (Daftar Pustaka):
1. Al-Qur'anul Kariem
2. Tafsir Aththabariy.
3. Tafsir Ibnu Katsier.
4. Irwaa-Ul Ghaliel, Nashiruddin Al-Albani.
5. Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.
6. Tamaamul Minnah, Nashiruddin Al-Albani.

************************************************************************

KataKauFAISH:

"Sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah seperti dia berpuasa setahun penuh. (Muslim) "

ingat senang ker nak puasa penuh setahun...so kepada yang boleh dan mampu rebutlah peluang dibulan Syawal ini...

Wednesday, 8 September 2010

Susulan Misteri Kehilangan Sosilawati-Noorhisham beritahu isteri tidak balik rumah tiga hari

Baru semalam haku menyibok cakap family -family yang lain selain family Datuk Sosilawati takder ker buat laporan polis segala tapi yer lahh betul lah cakap yatie jay tuh ahli keluarga yang lain mesti ader buat laporan tapi derang tak sekaya Datuk Sosilawati nie so takder la nak heboh-heboh..


********************************************************************************



petikan dari Utusan

KUALA LUMPUR 7 Sept. - "Tolong faham, abang tak balik rumah tiga hari dan abang minta maaf. Nanti balik abang akan cerita," itulah kata-kata terakhir Noorhisham Mohammad kepada isterinya, Suzana Radim Pangat menerusi telefon sebelum beliau dilaporkan hilang.

Noorhisham, 38, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru dilaporkan hilang bersama-sama juwatan kosmetik Sosilawati Lawiya, 44, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak Isnin lepas semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah. Suzana, 38, berkata, kali terakhir beliau bercakap dengan Noorhisham ialah melalui panggilan telefon kira-kira 8.15 malam Isnin minggu lalu dalam keadaan tergesa-gesa. "Saya rasa sangat pelik. Apabila saya tanya kenapa, dia cuma jawab yang dia suruh saya faham, nanti balik dia akan cerita semuanya dan ketika itu dia hanya sehelai sepinggang.

"Jadi, saya tak buat apa-apa tindakan kepada polis walaupun saya rasa apa yang berlaku ini pelik sebab bila suami cakap dia akan balik tiga hari lagi, fahaman saya dia akan balik," katanya kepada Bernama di kediamannya di Taman Seria, Ampang, hari ini.
Beliau berkata, pada hari kejadian, suaminya ada memberitahu bahawa beliau akan ke Banting atas urusan kerja bersama-sama Sosilawati, Kamaruddin dan Ahmad Kamil.

"Dan apa yang saya tahu pada masa itu, suami saya menaiki kereta dengan (Ahmad) Kamil sebab sebelum bertolak ke Banting dia ada telefon bagi tahu yang dia nak bertolak," katanya. - bernama

Suzana yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, berkata sejak 31 Ogos hingga kini beliau tidak dapat menghubungi suaminya. "Pada hari berikutnya itu, saya risau kenapa dia tak hubungi. Petang saya hubungi dan SMS suami saya guna telefon saya dan anak, tetapi tak dapat," katanya.

Menurutnya beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira 5 petang pada Khamis lepas selepas tiga hari suaminya tidak pulang ke rumah. "Saya risau sebab dah tiga hari dia tak balik, sebelum ini dia tak pernah buat macam ni. Kalau pergi out station pun dia akan balik," katanya sambil menambah Sosilawati merupakan pelanggan Noorhisham sejak dua tahun lalu.

Menurut Suzana, hari ini beliau dapat mengenal pasti kereta suaminya yang berada di Seksyen 7, Shah Alam. "Anak Datuk Sosilawati beritahu kereta (Proton Perdana) Noorhisham ada di Seksyen 7. Nasib baik kunci spare ada dan saya terus ke sana untuk bawa kereta itu balik ke rumah," katanya.

Mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal disambut beberapa hari lagi, Suzana berdoa agar suaminya dapat pulang untuk meraikannya bersama mereka sekeluarga. "Kali ini saya tak ada apa-apa persiapan. Hanya saya harap suami saya balik sebelum hari raya. Sebelum suami saya hilang dia dah belikan baju raya untuk anak-anak kami. "Yang paling menyedihkan ialah 13 Sept ini adalah ulang tahun kelahiran suami saya," katanya.

Suzana meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suaminya agar segera tampil ke balai polis membuat laporan. "Saya minta semua doakan suami saya pulang tak kira dia berada dalam keadaan macam mana sekalipun," katanya sambil menambah suaminya tidak pernah meluahkan sebarang masalah baik dari segi pekerjaan mahupun dengan Sosilawati.

Keluarga Sosilawati pula berkata mereka tidak menerima sebarang surat amaran termasuk ugutan berhubung kehilangan jutawan itu. Adiknya Masturi, 42, berkata sebarang surat atau panggilan telefon termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak diterima keluarganya dari mana-mana pihak berhubung misteri kehilangan kakaknya itu.

Masturi yang ditemui pemberita di hadapan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata beliau yang datang dari Johor, berada di rumah itu untuk menjaga anak-anak kakaknya sejak kakaknya dilaporkan hilang. "Semua keterangan telah diberikan kepada polis. Sebarang perkembangan tentang kakak saya akan diberitahu oleh anak sulungnya melalui kenyataan yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Saya minta pada semua agar mendoakan keselamatan kakak saya, tambahan Hari Raya akan menjelma tidak lama lagi," katanya. Anak Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 24, pula berharap kerjasama berterusan daripada masyarakat akan membawa kepada kejayaan yang lebih besar lagi selepas ini seterusnya merungkaikan segala permasalahan berhubungan kehilangan ibunya.

"Saya berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap isu mengenai ibu kami sehingga membawa kepada penemuan kenderaan ibu kami semalam. "Penemuan terbaru ini menunjukkan kerjasama, keprihatinan yang tidak berbelah bahagi seluruh rakyat masyarakat Malaysia terhadap dugaan yang sedang kami sekeluarga hadapi," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Beliau meminta seluruh masyrakat berdoa agar ibunya ditemui dalam keadaan selamat agar mereka dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang meriah. "Kami harap dapat menyambut Hari Raya bersama ibu seperti tahun-tahun sebelumnya. "Kami juga memohon kerjasama semua pihak agar memahami situasi kami adik-beradik khususnya adik-adik saya yang masih mencari kekuatan untuk menghadapi situasi yang cukup mencabar ini," katanya. - BERNAMA


**********************************************************************************

KataKau FAISH :

Mesti semua family yang terlibat sedang bersedih sekarang nie..haku harap derang banyak bersabar dan berdoa moga semuanyer dipermudahkan dan haku juger percaya rakyat Malaysia mendoakan agar mereka semua akan pulang dengan selamat dan ditemui secepat mungkin..

so kepada sesiapa yang mempunyai maklumat samada terserempak mereka ker, ternampak ker, terjumpa ker, terlihat ker terajin-rajinkanlah diri tue hubungi Balai Polis yang berdekatann...Ingat hari nie hari diorang esok lusa.....hanya Tuhan tahu....




Kerang Atas Darah Babi

Haku nak publish lain sebenornyer tapi tertarik lak ngan story kat Metro ari nie....sebab utamanyer haku adelah pengemar kerang yang tegar...

maser haku peknenkan Dhamirah tue ari kann, ari-ari haku makan kerangggg ater kater kurang darah kannn harus makan kerang manyak-manyak hooo.....tapi kalo berita nie keluwor tuhari kompomm haku dah muntah pelangi siott....

skang haku tengah pikir nak makan kerang lagi ker idak biler bacer berita nihh....

korunk yg tak bacer lagikkkk boleh bacer skangggg jugak...mehh kiter pikir samer-samerrr... tapikannnn bukannyer salah kerangggg kannnnn...salahh market laa kann....eh ker salah peniagaaa ker....eh eh eh.....ker ker.....

Gambar dr Metro: KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.

Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

**********************************************************************************

KataKauFAISH :
Semua market macam nie ker...Harap Kat Teluk Intan nieee idaklah yerrr...
eeiiyeekk hilang selera haku dah nak makan kerang nie kalo cenggitu gayernyer...korunk dapat banyangkan tak kalo tengok gambar kat atas tu , dah ler sesetengah kerang tu kan macam terbuka macam tue kan pastu kan darah babi lak mengalir kat lantai tu…eeiiiii uwekkkkkkk..

Tuesday, 7 September 2010

Bermaaf - Maafan

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sangat uzur menjelang kewafatan, baginda telah berucap dan memohon maaf kepada sahabat sahabat yang berkumpul di dalam masjid.

Sahabat sahabat ramai yang menangis kerana memahami saat perpisahan dengan rasulullah sudah hampir tiba. Baginda berharap sahabat sahabat dapat memaafkan baginda jika baginda ada melakukan apa jua kesalahan.

Tiba tiba seorang sahabat telah berkata bahawa rasulullah telah melakuan satu kesalahan terhadap dirinya dan ingin menuntut keadilan dari rasulullah.

Beliau mengatakan rasulullah telah memukulnya dengan tongkat di dalam satu peperangan. Sebenarnya baginda tidak sengaja terpukul sahabat itu yang berada di belakang baginda.
Beliau ingin memukul rasulullah sebagai balasan kesalahan itu. Ramai sahabat lain marah dengan tindakan sahabat tersebut. Ramai sahabat merayu agar dia memaafkan rasulullah atau membalas kesalahan itu kepada dirinya mengantikan rasulullah yang sangat uzur.

Rasulullah menyuruh sahabat lain bertenang dan izinkan sahabat tadi menuntut keadilan. Rasulullah menyuruh diambil tongkat dan diserahkan kepada sahabat tadi. Setelah mendapat tongkat, sahabat tadi mengatakan bahawa ketika beliau dipukul, beliau tidak memakai baju.Beliau ingin memukul baginda dalam keadaan tidak memakai baju juga. Sahabat lain semakin marah dengan tindakan sahabat tadi.

Rasulullah meminta sahabat lain bertenang dan izinkan sahabat tadi menuntut
keadilan. Sebaik sahaja rasulullah membuka pakaian, sahabat tadi telah mencampakkan tongkat dan terus memeluk dan mencium tubuh rasulullah.

Sahabat tadi mengatakan bahawa beliau bukan ingin memukul rasulullah tetapi cuma ingin melekapkan kulit tubuhnya yang hina dengan kulit tubuh rasulullah yang mulia dengan harapan tubuhnya tidak dibakar api neraka di akhirat nanti.

Rasulullah memberi tauladan agar memohon maaf dan menyelesaikan segala tuntutan di dunia agar mudah di akhirat nanti.

----------------------------------------------------------------------------------

KataKauFAISH:

Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka ampunilah aku..Ampunilah dosa-dosaku dan kesalahan-kesalahanku...

Kepada pembaca blog ini, maafkanlah salah dan silap ku yer,andai ader tercoret terkutuk dan terkata barang sebaris dua ayat yang menguris rasa dihati samaader secara sengaja ataupon tidak.

… dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (al-Nuur: 22)

********************************************************************************

Bakar Al-Quran untuk Memperingati 11 Sept.

Gereja Dove World Outreach Center mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di pekarangan gereja bagi memperingati hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September...

kalo dah dasar laknatullah tuhh kannnn...memangg dasarrr...memangg dasarrr**teringat lagu WALI band la pulokkk..***

Tak habis-habis membangkitkan kemarahan orang Islam..Taun lepas dah buat kontroversi ngedarkan kemeja T ader tulisan 'Islam daripada Iblis'...padahal iblis tuh adalah puak sendirik...


suker hatey jerrr , derang yang ba alif ba ya lagikk tak sedar diri ka...

bacer selanjutnyer berita di utusan nie... bikin gua panas hatey sajaaa,,,,,

**************************************************************************

KABUL 6 Sept. - Beratus-ratus penduduk Afghanistan mengadakan protes anti-Amerika Syarikat (AS) dan menuntut pembunuhan Presiden Barack Obama pada perhimpunan di ibu negara ini hari ini bagi mengutuk rancangan sebuah gereja AS untuk membakar al-Quran pada 11 September.

Penunjuk perasaan seramai 500 orang itu melaungkan 'hidup Islam' dan 'jahanam Amerika' ketika mendengar ucapan berapi-api daripada anggota Parlimen, ahli majlis wilayah dan ulama yang membidas AS dan menuntut pengunduran tentera asing dari negara ini.

Gereja Dove World Outreach Center yang berpangkalan di Gainesville, Florida mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di pekarangan gereja bagi memperingati hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September, tetapi tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa untuk menyalakan unggun api.

Gereja tersebut yang mencetuskan kontroversi tahun lepas dengan mengedarkan kemeja T yang memaparkan tulisan 'Islam daripada Iblis' bertekad untuk meneruskan rancangannya.

"Kami tahu keputusan itu bukan diambil oleh sebuah gereja semata-mata tetapi keputusan Presiden AS dan seluruh AS," kata seorang pelajar, Abdul Shakoor yang menyertai protes selepas mendengar berita mengenai rancangan untuk membakar al-Quran itu.

Kedutaan AS di Kabul mengeluarkan kenyataan yang mengutuk rancangan Dove World Outreach Center itu, dengan berkata Washington 'amat bimbang mengenai percubaan untuk menyinggung perasaan mana-mana anggota kumpulan agama atau etnik'.

Penunjuk perasaan yang berhimpun di hadapan masjid Milad ul-Nabi di sini membawa sepanduk dan bendera dengan slogan yang menuntut Obama dibunuh.

Mereka juga membawa patung ketua paderi Dove World, Terry Jones.

Pada 2005, 15 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam rusuhan di Afghanistan selepas majalah Newsweek melaporkan penyiasat di kem tahanan tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba meletakkan naskhah-naskhah al-Quran di dalam bilik air dan membuang senaskhah kitab suci itu ke dalam tandas sebagai usaha untuk mencungkil maklumat daripada tahanan.

Newsweek kemudian menarik balik laporan tersebut. - AP

Sumber
Utusan

Alahhumma Alaika Bi yahud - Ya Allah, hancurkan kaum yahudi





Kereta Sosilawati Dan Peguam Dijumpai.

wohhhoii cungnyer no plat keta nieee kann...

Misteri kehilangan jutawan kosmetik masih tak dapat dirungkai.Malam tadi polis dah jumpa kereta milik Sosilawati dan peguamnyer hasil maklumat dari orang ramai.

Menurut sumber, pengasas empayar produk kecantikan Novelle Visages itu dikatakan keluar dari banglo mewahnya di Taman Harmonis, Gombak di sini pada 30 Ogos lalu untuk meninjau projek terbarunya di Banting dan sepatutnya pulang tiga hari selepas itu.

Bagaimanapun, selepas tiga hari beliau tidak pulang ke rumah dan usaha menghubungi telefon bimbitnya juga gagal, anak-anaknya membuat dua laporan polis memaklumkan kehilangan ibu mereka.

Selain dari pemandunya,Sosilawati juger bersama peguam dan pegawai banknya tak dapat dikesan sehingga malam tadi..

Sosilawati dikatakan memberitahu anak-anaknya yang beliau akan ke Banting selama tiga hari untuk perbincangan perniagaan. Eh Betul ker Sosilawati bawak Cash yang juta-juta bersamanyer...laaaaaaaa naper tak guna cek jerk..naper mesti bawa cash together-together...terasa macam tak selamat pulak ditanahair sendiri...hermmmmmmmmm think-think-think-think..

errrrr family pemandu,pegawai bank ngan peguam diyer tuh takder ker buat laporan polis tentang misteri kehilangan mereka yer....

Bacer petikan dari Utusan Malaysia

Kereta Sosilawati ,peguam ditemui

Harapan anak-anaknyer "Doakan Ibu Saya Selamat - Erni"

Yerlahhh kiter doakan yang terbaik untuk mereka..moga mereka selamat dan takder aper-aper yang berlaku....mungkin derang sesat berjalan.....thats why tertinggal kereta, takpon derang luper derang parking keta kat maner...hahhhh itu la pasal...perpon kiter fikir yang positif..

Kesian anak-anak, mesti tengah bersedih tuh...dah la nak dekat rayer nih...

So kepada sesiapa yang mempunyai maklumat hubungilah balai polis berhampiran atau Rakan Cop melalui talian 03-2115 9999 bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan.