Monday, 14 December 2009

Info Hamil:Sebaiknya Tidak Dilakukan Ketika Hamil

Sumber: Mingguan Wanita (12 - 19 Oktober 2007)


Kehamilan adalah perkara yang membahagiakan buat wanita. Justeru ia harus dijaga dengan baik agar janin yang dikandung selamat hinggalah tiba masa untuk melahirkannya. Untuk memastikan janin selamat terdapat beberapa perkara yang seharusnya tidak dilakukan ketika berbadan dua. Berikut adalah antaranya:


Manikur - Pedikur
Keadaan kuku yang cantik dan rapi memang diingini oleh setiap wanita namun sekiranya anda hamil terutamanya ketika usia kehamilan kurang tiga bulan ia haruslah dilakukan dengan hati-hati. Banyak produk kuku mengandungi bahan kimia seperti toluene yang ada pada pewarna kuku atau aseton pada produk penghilang cat kuku. Meskipun belum dikaji apakah bahan ini berbahaya bagi janin, sebaiknya anda hindari sahaja.

Perawatan Wajah
Kulit terasa berminyak dan melekit ketika hamil? Mungkin perawatan wajah adalah salah satu penyelesaiannya. Namun ingat, lakukan perawatan wajah yang biasa sahaja. Jangan disertai dengan rawatan pengelupasan kerana kulit wanita hamil cenderung lebih sensitif.

Mewarnakan Rambut
Setakat ini belum ada informasi tepat lagi jelas adakah pewarna rambut benar-benar selamat bagi ibu hamil. Jika ingin melakukannya, sebaiknya tidak dilakukan pada trimester pertama kehamilan. Tunda hingga proses kelahiran, atau tanyakan pada doktor anda.

Kasut Tumit Tinggi
Selama tempoh kehamilan, berat badan yang bertambah akan turut memberi kesan pada pusat graviti tubuh. Akibatnya dapat dilihat pada perubahan cara jalan dan keseimbangan. Hindari menggunakan kasut bertumit tinggi untuk menghindari kemungkinan terjatuh.

Buah Durian
Hindari mengambil raja buah ini terutama jika usia kandungan di bawah 3 bulan. Buah durian dapat merangsang timbulnya kontraksi, malah jika dimakan terlalu banyak pada kehamilan trimester pertama ia mampu menyebabkan keguguran.

Ubat Nyamuk
Apa pun bentuknya, bakar, sembur atau sapu, penggunaan ubat nyamuk tidak disarankan pada ibu hamil kerana ia mengandungi bahan kimia aktif yang termasuk kategori racun yang amat berbahaya. Untuk menghindari nyamuk gunakan saja kipas angin atau sapukan minyak kayu putih di kulit.

Derma Darah
Ketika hamil wanita tidak disarankan menjadi penderma darah. Kenapa? Kerana ketika hamil, anda sendiri cenderung mengalami anemia. Anda memerlukan lebih banyak darah untuk diri sendiri. Derma darah bagaimanapun boleh dilakukan sewaktu nifas.

Gula Sintetis
Penggunaan gula sintetis seperti sakarin tak digalakkan pada ibu hamil kerana boleh menembusi hingga ke bahagian plasenta dan memasuki perjalanan darah ke janin. Penimbunan gula sintetis dapat menyebabkan risiko kanser kandung kemih pada janin.

Bawa Barang Berat
Hindari membawa beban melebihi 30kg, apatah lagi ketika usia kehamilan memasuki 30 minggu. Membawa tubuh sendiri saja sudah berat, apalagi ditambah beban lain.

Naik Pesawat
Meskipun selamat menaiki kapal terbang ketika kehamilan memasuki trimester ketiga, namun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. kehamilan berisiko seperti hamil janin kembar, mengidap diabetes atau tekanan darah tinggi, plasenta abnormal sebaiknya menggunakan kaedah perjalanan menaiki pesawat.

Ubat Jerawat
Ibu hamil biasanya akan memiliki kulit wajah berminyak yang berpotensi untuk tumbuhnya jerawat. Malah ada ibu hamil yang ditumbuhi jerawat lebih banyak dari biasa. Jika anda mahu mengubatinya maka dapatkan nasihat doktor. Umumnya ibu hamil diminta untuk menunda rawatan hingga usia kandungannya mencapai empat bulan. Ditakuti bahan yang ada dalam ubat jerawat mampu mengganggu pertumbuhan awal janin. Lebih selamat jika anda membersihkan wajah secara teratur untuk mengurangi penghasilan minyak dan sumbatan sebum.

Saturday, 12 December 2009

INFO HAMIL : KURANG DARAH SEMASA MENGANDUNG

Ini adalah PERINGATAN untuk DIRI SENDIRI..!!!

Kurang darah adalah keadaan dimana paras darah merah kurang dari normal iaitu kurang dari 11 gram/dl.

Penyebab Kurang Darah

1~Kurang memakan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin B12
2~Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
3~Jangkitan cacing
4~Masalah perubatan seperti malaria,thalasemia,leukemia,buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda-Tanda Kurang Darah

1~Pucat
2~Rasa letih lesu dan tidak bermaya
3~Sentiasa rasa pening
4~Rasa pitam bila bangun
5~Kebas kaki dan tangan
6~Rasa mengah dan berdebar-debar
7~Degupan jantung cepat

AKIBAT KURANG DARAH

Kesan Kepada Ibu :

1~Mudah mendapat jangkitan
2~Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat
3~Mudah mendapat penyakit lemah jantung
4~Kematian ibu

Kesan kepada anak akibat kurang darah yang teruk **Ya Allah simpang jauh-jauh dari haku**

1~Keguguran
2~Pembesaran janin terbantut
3~Anak lahir tidak cukup bulan
4~Anak lahir kurang berat badan
5~Anak mati dalam perut

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan.


Ambillah makanan yang seimbang

Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.

Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.

Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
Perah air limau keatas makanan seperti sambal belacan.

Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.

Pengambilan Pil Zat Besi

1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.

2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.

3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.





kataFAISH : betul ker orang cakap pil-pil yang klinik kasik nih akan jadikkan anak dalam kandungan besar dan susah nak salin…eh iyer ker cenggitu….

Wednesday, 9 December 2009

Telur oh telurrrrr....


Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau...

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus.

Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,tiba-tiba kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus..lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.

Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan.Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.


Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...

Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan,angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.

Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu...

PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegarsikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni..

sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!!HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..

Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?

jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!



INFO HAMIL : Didik Anak Dalam Kandungan

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

"Ustaz, bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu," kata kawan saya, bila borak pasal muzik.

"Memang la Sham, kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat Quran," saya menambah

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh," balas saya.

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

sumber : iluvislam

Saturday, 5 December 2009

Puteri Katak..ongg ongggg..

Pada suatu masa dulu ada sorang lelaki namanya Awang ( nama ni tak terlibat samada yang hidup atau yang mati, kalau sama mintak maaf, terkebetulan je), dia ni lahir cacat sedikit, lahir dengan alat kelamin yang tersangat-sangat panjang, jadi bila dia dah remaja, dia rasa susah hati yang amat sangat, pasal apa, pasal dia takut nak kawin. Dia fikir tentulah bakal isterinya akan berasa pelik.

Jadi si Awang ni pikir punya pikir macamana nak selesaikan masalah dia tu. Maka si Awang memberanikan diri berbincang dengan kengkawan dan orang-orang tua kat kampung dia tu. Macam-macam nasihat yang dia dapat, semua dia cuba, tapi satu pun tak memberikan hasil. Alat kelamin semakin panjang dan luar biasa, umur makin panjang, isteri tak ada, mana nak ada, mak we pun takut nak dekat..

Susah hati si Awang berpanjangan, dia bercita-cita sangat nak jadi manusia biasa, hari demi hari, bulan demi bula, tahun demi tahun risaunya berpanjangan, hinggalah pada suatu hari ada seorang tua yang mempunyai cadangan yang tak masuk akal, tetapi si Awang mahu mencuba jugak, entah - entah menjadi.

Orang tu kata kat awang " Nak, kalau anak nak bagi pendek alat kelamin tu, pergilah kat gunung semanggal, di sebelah barat sebelum naik gunung tu ada hutan dara, dalam hutan dara tu dikatakan ada seekor puteri katak, dia duduk depan pintu gua, anak pi la cari puteri katak tu, sebab oran tua tua cakap, kalau anak tanya kat puteri katak tu "Puteri,puteri! Engkau nak kawin ngan aku tak" nak dia jawab "Tak Nak", kalau dia jawab tak nak sekali, alamat kelamin engkau akan pendek sebanyak satu inci, jadi anak perlu bertanya beberapa kali sehinggalah alat kelamin anak sampai ketahap yang anak kehendaki, jadi selesailah masalah anak"

Maka esoknya si Awang pun berkemas ketempat tersebut, selepas perjalanan yang memenatkan selama sehari suntuk, akhirnya sampai jugak dia ketempat yang dituju.

Terkejut dia, selepas meredah hutan yang agak tebal, memang sungguh dia terjumpa puteri katak didepan pintu gua, katak tu sangat besar, sebesar dulang, kulitnya tak macam kulit katak biasa yang mengerutu, licin dan berbatik-batik, sekali pandang memang dah tau itu katak ajaib. Si Awang pun memberanikan diri mengikuti nasihat oran tu tua dulu tu.

Dia berhati-hati mendekati katak tu, dengan hati yang berdebar Awang pun memulakan pertanyaan:

Awang : Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?

Puteri katak pun menjawab: "Ong! Ong! Tak Naaaaaak"

Terkejut beruk siAwang, tak pernah jumpa binatang boleh berkata-kata, dia pun cepat-cepat bukak zip seluar dia, bertambah tambahlah terkejut, alat kelamin dia yang sepanjang 10 inci tu dah pendek sedikit jadi 9 inci. Teramat gembiralah si Awang tu.

Dengan tak sabar, dia pun tanya lagi "Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?",

puteri katak kata " Tak Naaaaaak",

Yahoo, memang alat kelaminnya menjadi pendek, sekarang dan tinggal 8 inci, memang betul cakap orang tua tu, sekali katak tu cakap tak nak, memang sah alat kelamin dia pun pendek 1 inci. Awang bercadang biarlah dia menjadi lebih kurang 5 atau 6 inci, maka jadiklah dia manusia atau lelaki yang normal. Maka si Awang pun tanya sekali lagi, dan jadiklah alat kelaminnya sepanjang 7 inci, terlalu gembira si Awang nih.

Awang berkata dalam hati, aku nak tanya last lah ni biar jadi 6 inci.
Untuk kali terakhir awang pun bertanya,

"Wahai puteri katak! Engkau nak kawin ngan aku ke?",

tiba-tiba puteri katak jawab dengan suara yang nyaring " Aku kata tak nak, tak nak, tak nak, tak nak, taknak, taknak, taknak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaaak laa tak faham ke bahlol!!!!"

Dunia sepi seketika, selepas beberapa minit Awang hanya boleh berkata "Oooooop!"

Maka bermulalah kehidupan seorang bapuk yang bernama Awana.

kredit picture to google

Auuuuuwwwww korser mak noks...!!!



Tuesday, 17 November 2009

Alhamdulillah Syukur..Akhirnyer MISI Berjaya..!!

Haku nak share berita gembira nie....

tapi dah ramai pung yang teka

dah betul la tue...

Alhamdulillah...

Aku compom peknen

kalau tak salah haku dah 2 bulan kut


kali nie pon samer jerk macam haku ngandungkan Danial..mabuk kepayang tak sodahhh....tapi maser ngandungkan Danial dolu haku sampai kener addmited wad...sebab muntah tak berhenti...seminggu tau...harap kali nie taklah seteruk dolu....taknak lahhh haku addmited lagikkk...


haku skang nih takleh nak ngadap computer dalam tempoh yang lamer...15 minit pon dah bleh buat haku pitam..kener on off...thats why ler haku jarang hupdate skang...dan haku minta maap banyak-banyak pader korunk yang haku tak sempat nak jengah..slow-slow lahhhh yerr....


dah tue badan haku pon cam lemah juger..maner taknyer semua yang haku makan semuanyer muntah balik....penattttt hoooo...


dah masuk empat hari nie haku batuk teruk tau tahap bleh terkencing dalam seluwor.....huhu


tapi takper haku kener kuat dan sabor demi anak yang haku kandungkan nie kan...


korunk tolong doakan haku dan anak dalam kandungan haku nie sihat-sihat ajer yer...







Thursday, 12 November 2009

ToP Komentar Sayangku Faish October 09

Maaf dah lamer haku menyepi...seriyesly haku dalam keadaan yang sangat teruk.....nanti-nantilah haku citer yerk.


skang haku nak kasik tau top commentar sayangku Faish..kang ader juger yang marahkan haku hold lelamer menatang nihh....


so the winner goes to El bini Od...




Tahniah dan terima kasih kerna kembali menjadi juara.Terima kasih kerana tak jemu mengomen dan menjengah blog haku nie...walau pon nie kali kedua ko menang tapi haku tetap nak minta alamat ko sebab yg ko kasik dolu haku dah delete.....hekhekhek


Dan lagik haku nak kasik tau...haku terpaksa stop dulu pemberian penghargaan top commentar nie....oleh sebab-sebab yang tertentu maka ianya berakhir pada bulan oktober sahaja...next time haku buat balik.....

ocay...
itu jerk haku nak citer..haku nak sambung tido....


psssttt to Illa
....haku tau ko bacer blog haku,maaf yer kawan haku tak sempat nak buat aper yg kau minta.....haku betul2 tak sihat...dan tak bleh nak mikir..harap ko paham.



Thursday, 5 November 2009

haku yang semakin lemau.

dua tiga hari lepas haku mc
sakit paler dan demam tak menentu
sakit tekak macam putus urat tengkuk
ari nie macam ok sikit
cargas datang kojer
nak tunjuk rajin
tapi takdan pukul doblas
kapla dah berdenyut balik
tengoklahhhhhh
dua tiga minit lagik kut boleh bertahan
kalau takkkkk
boleh ajer carik haku
disurau yang berdekatan...






dah.

tu jer nak citer



Saturday, 31 October 2009

Sticky mode entry ,
please scroll down for NEW ENTRY
Thank You..!! Only will be given to those who leave the MOST@TOP comment in my post every month..!!
so dont forget to leave a comment...
Read the TERMS first.... HERE

Friday, 30 October 2009

TUTORIAL background pada tajuk posting

Korunk perasaan tak kat tajuk posting haku ader kucing tergedik-gedik siang malam tak tau rehat tuhhhh...


hahhhhhhh ari nie haku rajin nak wat tutorial...senang jerk tutorial nie..compom korunk tak pening punyer..


ikut jerk step yang haku kasik ocay...

1.pegi kat Layout

2. Klik pada edit HTML




boleh klik pade image untuk tengok contoh dengan lebih jelas


3. Cari code nie yerk:

.post h3 {

4. pastu masukkan code kat bawah nie plak

background:url("http://i114.photobucket.com/albums/") no-repeat top center;

5. Kemudian save


NOTA:

Tukar url yang di bold kan tuh dengan url background korunk sendiri..boleh cari kat photobucket atau kat maner jer yang boleh korunk copy URL diyer. kat glitter graphics pon bolehhh...jangan plak ko copy kucing haku jugak...carik ler kelainan sikittt... tapi kalo korunk berkenan ngan kucing tergedikss haku tuh ponn boleh ajer..haku tak kisahhhh pon sebenarnyer...copy jerk..

Kalau korunk nak tukar color pada background tajuk posting korunk tuhh pon bolehhhhhhh.senang ajerrrr...

korunk letakkan kod seperti kat bawah nie...so nanti kat tajuk postingan korunk tuh akan ader color selain color background asal korunk....

background:#C333333;

Kemudian save. Kod color yang haku bold kan tu korunk boleh tukar kepada kod color korunk sendiri.

ader yang tak tahu ker maner nak dapatkan kod color nie...????

nak haku tunjukkan bagitau acay..


Tutorial yang simple dari haku...kalo korunk tak jelas dengan aper yang haku bagitau nie boleh bincangkan diruangan komen...ocay..haku akan cuber reply korunk..


selamat mencuba..peace..!!!







segarkan mata sucikan hati dipagi Jumaat nan Indah ini..

Subhanallah....indah sungguh ciptaan Mu


kepada kaum Adam jangan luper tunaikan tanggungjawab anda dihari Jumaat yang mulia ini yer..

salam ukhwah...


Thursday, 29 October 2009

Love From Vee Violet

Thanks dear....chantekkk sangat..akak suker...

Thanks pader vee juger sebab sudi jadi kawan akak..even kiter tak pernah jumper but sometimes kiter raser macam kiter dah lamer kenal....like i said i wish one day kiter dipermudahkan jalan untuk kiter bersua muker dan berkenalan dengan lebih dekat lagik..

Moga ukhwah persahabatan antara kiter berpanjangan..

salam sayang from Faish sekeluarga.



Teman Sepermainan Danial

namer sayer omel..sayer member kamcing Danial..

huhuu..haku tak pernah jaja lagik citer omel nihh kat sini...haku bela omel dari diyer masih kecik lagik..lepas kejadian kucing lamer haku mati tempohari...Danial macam tercari-cari jerk kucing tuh kat sekeliling umah...

kebetulan maser tuh kucing nih macam terbiar merayau kat kawasan perumahan haku..kurus kering jerk haku tengok....maser tuh diyer masih kecik lagi tau..diyer macam kelaparan pon ader..kesian sangat haku tengok..pastu Danial nampak terus jerk diyer call "mama teta nie."*teta panggilan utk kucing haku yg lamer**

start hari tuh kitaorg decided untuk bela kucing nihh..lagiponn kesian tgk diyer takde ibu..dok merayau sorang-sorang jerk..lagipon makanan teta dolu pon masih banyak...semua tempat dan barang2 teta haku masih simpan lagik...


kami namerkan diyer omel...Danial pon senang nak nyebutnyer...


Omel bagi haku macam jelmaan teta semula..warna bulu diyer samer macam teta...manja diyer pon macam teta....everything pasal omel samer jerk macam teta kami yang dolu.....


tapi skang haku dah tak lepas omel macam teta dolu..haku pegi kejer haku kurung omel dalam sangkar...haku takmo diyer keluar dari kawasan rumah haku..malam haku bawa omel lepak ngan kitaorg tgk tv..agak-agak diyer nak tido haku masukkan dalam sangkar balik...haku takmo nasib yang menimpa teta dolu menimpa omel juger...



Omel memang tak boleh nampak Danial...


kadang-kadang sampai nanges diyer buat Danial tau..bukan diyer gigit ker haper tapi kalo danial tengah main kerrr Omel akan pegi gigit barang yang Danial main dan bawa lari..pastu marahlahh member....berjerit sakan marahkan Omel....siap kejor mengejor lagik.. tapi yang haku tak bley blah biler Danial sound omel..
"omel nak ener hanger hah..nak ener ker..."**omel nak kener hanger hah nak kener ker..***


sebijik macam haku buat or haku marah kat diyer.....

maner Danial ader kat situlah omel nak menempek jugakk...

kekadang tuh sajerk jerk Omel cari pasal ngan Danial...dok sajer-sajer pegi terkam kaki Danial...


kalo Danial baring lak sajerk jer omel pegi kais-kais kaki Danial..ajak main lahh tuhhh...kalo haku marahhhh tau plak omel mencanak lari masuk sangkar diyer...

aper Danial buat omel mesti tiru..kadang-kadang kelakor jerk haku tengok...


kadangkan biler Danial tension ngan Omel..diyer angkat Omel pegi masukkan dalam sangkar pastu kunci..pastu diyer sound Omel


"adan uker..dok citu yam-yam...***padan muker,duduk situ diam-diam**


huhuuuuu...



cayunkkkkkkkk Omel tau...!!!mama cayunk omel..Danial cayunk Omel..papa pon cayunk Omel..Omel baik-baik ajer okehh...takmo noty noty yerk kang mama babab tau..hermmmm

Dolu haku pernah cakap yang teta takkan ader penganti nyer..memang betul teta takkan ader pengantinyer..sebab omel bukan penganti teta tapi Omel adalah jelmaan teta..dan kitaorg laki bini pon tak pernah mencari Omel untuk gantikan teta tapi Omel yang datang sendiri mencari kami...mudahan kali nie omel akan hidup lamer dgn kami...tak sanggup lagik rasernyer untuk kehilangan walau hanya seekor kucing...



haku pernah ceritakan pasal teta DISINI








elehhhhhhhhhhhhhhh haku tauuuuu kang korunk mesti sound haku..Danial nak adik tuh..nak main samer-samer....kannnnnnnnnnnnn







Maksiat depan Masjid

PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.

Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.

Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.

“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.
Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk.

Sumber: Metro Online

Wednesday, 28 October 2009

lorrrrrrrrrrrrrr ingat anak pompuan jerkkk cenggini...

sumpahhhhh haku ingat anak jantan tak mainnn lipstikk segala mak nenek make uppp ocay.....so haku ponn suker-suker letak maner dan jerk laaa...idak ler haku beriya simpan kekdah nyer kannn....tapi tak sangka plak Danial nak main lipstik haku nihhh sampai patahh....


haku : danialllllllllllllllllllllllllllll...*sure satu taman dengor haku jerit....* aper Danial buat ngan lipstik mama nihh..



Danial : ukan nenial wat..papa wat..(bukan danial buat,papa buat)***see nyempat salahkan papa diyer lagii ocay...padahal lipstik tuh kat tangan diyer jerk...*


haku :biler manernyer papa buat...baik cakap ngan mama betul-betul saper buat...*sajer haku test diyer...nakal diyer tau taknak ngaku sendiri buat...**



Danial : papa wattt...etuiii..(papa buat,betul)...*tak ngaku lagik...dengan muker suci diye tuhh*



haku : skang cakap cepat saper buat, kalu tak mama hanger Danial * sambil libas-libas hanger..**



Danial :nenial wat maaa..nenial wat..(danial buat)**dan dan mengakuuuu...*



haku : hamboii biaser menipu mama yerk...Danial tipu mama lagik..siap Danial mama hanger Danial nanti...



Danial : takkkk mauuu..nenial wat ma...nenial wat...puk nenial (takmau,Danial buat,pukul Danial)*** sambil tangan diyer pukul dada sendiri..*



haku : hahhh lainkali jangan tipu mama lagik ocay..



Danial : otayyyy...(ocay)



haku : naper Danial patahkan lipstik mama



Danial : tak huu..nenial wat lipcetik (tak tahu,Danial buat lipstik)



haku : Danial tak bleh la main lipstik mama nih..lipstik utk pompuan jerk..Danial kan lelaki



Danial :untuk ompuan jer nie..nenial aki..( untuk perempuan jerk nie,Danial lelaki)



haku : haaaa laaaa...Danial lelaki tak boleh la pakai lipstik..jadiknyer Danial tak boleh main lipstik mama nie..paham takk mama cakap nie..



Danial : ohhh ahammmm...(oh paham)* sambil angguk paler..*nenial aki akai perrr lak maa..(Danial lelaki pakai aper plak)



haku : Danial pakai pampers sudah lahhh..



Danial : akai empers jer..mama akai empers tak....(pakai pampers jerk,mama pakai pampers tak)



Adoiiiii laaaaaaaaaa mati hakuuuuuu..........
siyesssssssss diyer banyakk tanyaaa okehhh....kadang haku termati idea kat situu....kadangggg tuhhh....."Ya Allahhh penat lahhh mama dahhh nak jawab Danial hoiiii......kiter sambung esok lak yerk..."

maner tak penatnyer..haku cakap ikut sini diyer posing ikut situ..haku cakap ikut situ diyer belit ikut sini...fengggsannnnnnnnnnnnnnnnn..........!!!

habesssssssss jahanammm lipstik hakuuu.........saborrrr jer lahhhhhhhhhhhhhhh..........






Dapur sikecil : Secret Recipe Kek Batik haku..

Tuan-tuan dan puan-puan sidang bloger yang sayer hormati sekalian...hari ini sayer chef shiela ingin berkongsi rahsia recipe aka secret recipe kek batik yerrrr.....sekarangg kiter lihat bahan-bahannyer doluu..



susu pekat manis,milo,buttercup dan biskut marie.bahan yang sangat simple dan mudah didapati..

kat kedai makcik peah belakang umah pon ader jual.hati-hati nak lintas jalan.tengok kiri kanan doluu..



First tuhhhh ko masukkan buttercup dolu.Buttercup tuh nak masuk separuh pon boleh sebab buttercup tuh akan buat kek rase masin-masin sikit.dah cairkan atas api masukkan milo plak..pastu masuk susu.susu tuhh agak-agak laa.

jangan manis sangat coz biskut marie pon agak manis kann.kang manis melampau kang.kencing manis plak ko kanggg..

hahhh tue jangann nak salahkan resepi yang haku kasik plak yerrr...haku terajanggggg kangg...



kacauuuuuuu sampai milo jadik pekat dan nampak berkilat gitew.kacau ngan api kecil tau..kang hangettt tak sodappp....

biler ko cedok kat atas diyer turun bertali-taliiiiii...hahhhhh dah chantekk laaa tueee.bolehhhh tutup api nyer.kasikkkk sejuk kejap..


Apa yang pentingnyer Secret recipe haku adalah kek batik ini turut dibuat bersama-sama dengan pembantu haku yang tak lain tak bukan haku perkenalkan....



pembantu chef shiela iaitu chef Danial...... *sila tepuk tangan dan kaki...*

haku kasik diyer biskut marie suruh diyer patah-patahkannnn......dok menyibuk kat dapur sangat..


sibukkkkkk la diyer nak masak jugakkkk jadikkkk haku kasik ler diyer tugas.....kater orang berat samer dipikul,ringan samer dijinjing...tak gitew..??

so kepada ibuk-ibuk dan bapak-bapak diluar sanerrr..kalo ader anak-anak lelaki tapi kalau anak fonfuan lagik baguss laa kannnn...nak berjihad kat dapur jugakk...izinkan ajerrr...jangan dihalanggggg...aper jua minat dan kecenderungan derang kiter kener support.....baik untuk perkembangan minda deranggg..

Lagipon kalau anak-anak tolong didapur sedikit sebanyak akan menarik minat mereka untuk menikmati makanan yang dimasak adalah tinggi.Sebab masa tengah menolong kita tuh anak-anak dah teruja nak makan dan tak sabar nak tunggu makanan yang diyer buat tuh masak.

tapi yang elok jerk laaaaa....kang kalo anak tunjuk minat nak smoking ponn ko support jugak..kompommm ko dah nak mamposss tuhhhh...

habis semua biskut marie diyer patah-patahkann ...good job bebehhhhhh...bagus anak mama nihhh...rajnnyer diyerrrr...*haruss puji anak sendirik kannn...*

so saper saper yang agak-agak nak booking buat menantu boleh start isi form sekarang yerk...


biskut marie nihh korunk patahkan kasar-kasar tau..jangan hancurkannnn..kang tak jadik batiknyer lakkkk....buat macam Danial buat tuhhhh..patah empattt jerk pon ocay gak...
haku suruh diyer tengok camera dan senyummmm....sekaliiiiii nahh hambekkkkkk...senyuman palingg manisssssssssssssssss diyer kasik kauuuuuu hoooooo... *jangan serik untuk mengisi borang...*

lepas dah patah-patahkan biskut...masuk kan dalam adunan yang kiter buat tadiii...
nie ponn diyer menyibuk nak buat jugakk..sangat gigihh anak haku nih tauu...takper mama izinkan ajerrr...mama bleyy rehat sikittt...

so..gaulkannn semuanyer sekali..


dan masukkan dalam loyang...tekannn kasik diyer mampat ker loyang..biler dah siap pastu taruk dalam peti sejuk..mesti masuk lam peti sejuk tau..kalo tak biskut meri akan raser macam lemau sikit..tak besss la nak makan kanggg...biler nak makan baru keluarkan dan potong...

pas tu potong... macam tu lah ghopernye... mungkin keras siket masa korunk nak potong tuhhh... tapi takperrrr...biler korunk nak makan sedappppp jerk ghasernyer....


ocay dahhhhhh siap....sangat sedap okehhhh kek nihhh...kalo tak percaya sila tanya pada Danial...opsss sebelum tuh sila hambek nombor giliran dolu yerk sebab Danial sangat bizi sekarang ini..beliau seddang menerima tempahan yang luar biasa.......


sekian makaseh....berjumpa lagi dilain siarannnn....kita kembali ke Angkasapuri.











Selamat bertunang yer kawan..!!

haku datang memeriahkan majlis teman yang mesra inihh...

walau lariksss dari tema ko tapi takper hakak tetap maintain cungggg katernyer...tapi tertewas ngan ko ari tuhh..nampaknyer ko lagik cungg dari haku aritue yerrrr..

tapi hakak tak kesahhh..hakak sajerk kasik ko feluanggg vangga cungg satu hari...lepas nihhh ko jangan verangan lagikk sebab hakak akan merampas balik tahta tuhh wokeyy..harap maklum..

hantaran dari pihak perempuan dan lelaki...pink n purple gitewwww..meriahhh uolss...


ramai gak kengkawan yang datanggg...

owhhh Ijan nih opismate haku dari opis Ipoh...haku agak kamcing jugak dengan diyer tapi sebelum haku ditugaskan di Teluk Intan la.....pas haku ker Teluk Intan dah jarang jumper dah kecuali ader event aper2 yang company anjurkannn...tapi acapkali**wahhh acapkali tuhhhh...**juger ler bergayutan dan bergosipan di tepon time big bos takder..kelasssssss gitewww kannn...

cupcakes yang kitaorg kasik..oder online jerk..semua ader dihujung jari kekdahnyer kannnn....


Tahniah kepada Ijan dan selamat bertunang yerk...!!thanks jemput haku n family datang ke majlis ko yer..

perponnnn haku doakan yang terbaik utk ko yer Ijan..semoga semuanyer berjalan dengan lancar..jangan bertunang lamer-lamer tauuu..kangggggg banyakkkkkkkkkkkkkkkk pulek cobaan nyerrrrrrrrrrrrrrr..!!