Bacalah wahai suami/isteri..bacalah wahai lelaki/wanita...renunglah dengan mata hati....
Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk...
Tiba-tiba isteri merajuk...
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu...
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan..semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda..
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati

kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “
katakan ” Sayang….abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi…
kalau kena cicahnya..enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Arghh…tiba-tiba isteri merungut...
malah kadangkala agak mengugut....
minta aksesori serta perabut...
minta Villa yang tersergam indah....
atau mahligai di lereng bukit...
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya ” Seabadi permata….segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.
Aduh…peritnya mengukur cinta...
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri..diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir…..
permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama

bisikkanlah ” Duhai isteriku…marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati,marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci......
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang kukalung cintamu, di jiwa ini.”

Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita…lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? “
Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama...
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.
~ Author Unknown~

~sumber Email~
Kata pujangga..
"perempuan bagaikan angin,lembutnya melenakan,ributnya menggusarkan...."
Adakalanya mereka seperti ibu..menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak...ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek...berleter seadanya, merungut semahuannya.

suke baca...
ReplyDeleteselamat berpuasa
betui tue..hati wanita mmg sensitive tahap gaban..so, si somi kena ler pandai mainkan peranan..:)
ReplyDeletekena give n take ler..paham-memahami antara satu sama lain...senangkan lidah lg tergigit..inikn somi isteri..:)
ReplyDeleteFULAMAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK
ReplyDeletePJG gile beb , tp aku puas membaca nye ...
ReplyDeleteperengan pertama tu aku amat2 ler stuju
rumusan perkahwinan yg bahagia adalah perkahwinan yg di redhai
ReplyDeleteinformasi ni... hehehehhe
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhhhh....ponat juga deng membaca ye.....so komen pun kena la pjg lebar gk kan....
ReplyDeleteshiela ko mmg suker ke berskrip bagai cm ni...aku la x reti la...aku jenis deret to the point...wakakaka....sbb dulu aku sek bkn kelas sastera...kahhh
ReplyDeletehuhuhu...
ReplyDeleteterkesima adek membacenyer..
huhuhu....
walaupun blm tawen...
tp akan dilalui jua nnt..huhu..
yg penting kerjasama....
ko merajuk ngan somi ko ke...kekeke..sory aku teka je...aku rasa ko x cm tu...korang couple yg bahagia aku tgk...
ReplyDelete1st paragraph aku setuju ko shiela.....somi tu kena la pandai memujuk kan....kite ni sensitif hati pompuan kalu somi beri senyuman kite lg la sejuk kan..
ReplyDelete2nd perenggan....ya kalu gagal tu coba la try dengan sentuhan yg lembut belaian jiwa ko.....ni kasar2 apa daaa....dh namanya pujuk tu lembut la...
ReplyDeletedh gagal lg.....mybe hati pompuan tu blm terubat oleh pujuk rayu laki tu...ha...coba la kamo bg dia tenang dolu.....aku sokong2 bahas2 ko shiela....biar la si lelaki2 d luar sn bc blog ko nih...br depa phmm
ReplyDeleteamboi...ada merajuk prima facie lg tuh...kekeke...standard taraf tiggi la si pompuan ni merajuk ye....kekeke...
ReplyDeletemmg la....hati pompuan yg keras lama2 cair juga oleh pujuk rayu si somi....
betui juga si isteri pun kena la memahami si somi kan...jgn nk meminta b'lebih2 tgk kpd kemampuan somi la...ni nk yg mewah2 belaka...sian la somi kamu tuh...kekeke...hrp aku x la mcm tuh...
ReplyDeleteapa org kata terima dia seadanya....kite yg bgi nk rak bcinta cintun ngan dia...dia la pilihan hati & nyawa...so itu dia la pilihan kite....apa yg tak betui bleh dperbetulkan dlm rumahtgga....itu namanya peranan somi & isteri...saling tlg menolong...kekeke
ReplyDeletebab mgamuk lak...si isteri mmg kan sllnya mgamuk cm drama2 tu, x abis citer isteri mgamuk je...terjah2 si somi yg blk keja lmbt...jeles x tentu psl...kekeke...mluat aku tgk...bkn semua isteri cm tuh...tp tu la kalu nk tnya pun kan tnya la baik2 dk....time dia dh relax tuh...ni terjah cm tu je dia lg la hangin..
ReplyDeletekak..perbanyakkn cerita2 macam nie..elok utk di baca..boleh tambah pengetahuan..baik yang dah kawen atau yg utk belum berkawen agar jadik pedoman..
ReplyDeleteya wahida betui tu.....utk pedoman bg org2 yg dh kawin & yg x kawin lg...beingat dr awal ye...
ReplyDeleteha bab kecantikan dh kian mhilang tu aku risau tuh....minta2 la si somi stiasa setia shingga ke ujung nyawa....
ReplyDeletesesungguhnya....dlm citer ni suami isteri sentiasa memerlukan antara satu sama lain...tak bleh slhkan suami tak bleh nk salahkan isteri...betui x...kekee
ReplyDeletezuraiwan..ko komen byk2 ni ko nk menang lg ke..acerrr kasilah org len sm..caittt sunat ko 300x..kahhhh
ReplyDeletealamakkk cam mak nenek kalo berleter..
huuuhuuuuu sure muke aku pun cam tu gak eh kalo berleter...sure laki aku lariiii
tidakkkkkkkkkkkkkkk
kalo nak berleter nak makeup lah dulu..baru cung kan kan kan...
kesimpulannya.....suami isteri kena sentiasa saling memahami, jika ada slh suami isteri tegur....tp kdg2 tu laki ni ego x leh isteri nk tegur...kekeke...kalu isteri slh suami lak tegur kan...
ReplyDeletekena ada la tolak ansur dlm rumahtgga....jujur antara satu sm len....br bahagia...
el....weiiii apa hg jeles....ni aku komen ni ikhlas tau ...x de nk saing2 bagai....wakakaka....
ReplyDeletemeh la bg komen yg ikhlas kut2 bleh mmbntu dlm idup berumahtgga kan...
ko kan pakar dlm rumahtgga ni....aku rumah flat...tp ada tgga & lift...lebih advance la...kahhh
Kata pujangga tu aku sokong shiela wei....
ReplyDeletekite pompuan mmg gitu....tlh di lahirkan bjiwa gitu...apa2 pun kite syg somi kite...kekeke
kahhhhhhhhhhhh shoutbox overlimittt tuhhhhh....
ReplyDeleteweiiiiiiiiiiiii ape dh jd ngan shoutbox tu kahhhhhhhhhh
ReplyDeletedia x bg kita komen 60 per hour la..
siottt tol lahh gelak aku...
aku dah lah membara nak sembang ngan korg
weiii x leh komen kt shoutbox dh ...smpi over limit ko....amik ko ....kakakaka..
ReplyDeletekena tggu la lg 1jam lg br leh komen len....wakakaka...
ReplyDeletex per2 kumpul2 byk2 tenaga dulu ye..
tulah psl..terkojut aku
ReplyDeleteoverlimit ke over18sx
kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
alahhhh aku tgh syok sembang la shoutbox ni wat hal le pulak
kahhhhhhhhhhhhhhhhhh berdekah300x
bleh aku rest dolu.....minum dulu....kakakaka..
ReplyDeletex boleh nak sembang kt shout box dah..over limit la..semua dah beralih arah ker shout box lak ker...hahahahhahahahha lawak la....
ReplyDeletemeh semua sembang kt shout box saya lak..shout box saya kosong lagik wakakakkakakakakkaka..ampun yea kakak2...
ReplyDeletetq sebab berkongsi info...moga menjadi pedoman buat kite semua
ReplyDeletefuhh...
ReplyDeletealam rumah tangga sgt mencabar..
erk!
ReplyDeletehuhu! renungan bersama ni.. urmmm..
panjang nye...ni sajak ker apa...tp yolar bes gak baca..
ReplyDeletex abis lg ker rajuk ko ni beb
ReplyDeletesayu plak bile haku membeca nye
ReplyDeleteko jgn sedih2 bangat yek ..
ReplyDeletebile nak update blog ni
ReplyDeleteWuihhh ... power! Seorang isteri di mata seorang suami ...
ReplyDeletewei..dasat ar korang nie..komen ar sket2..jgn ar komen byk2 plak!kahhhh!
ReplyDeleteuih bestnyer2x... sape la yg nulih ni ekk... best gilor..
ReplyDelete