Friday, 30 April 2010
Boleh Tak Kalu Danial Kasik MaMa Feel Gojes Sikit Time Peknen Nihh...!!
Haku : Danial dok jap yer mama nak gi toilet nih
Danial : mama wat per gi oilet **mama buat aper pegi toilet**
Haku : mama nak kencing nihh..Danial dok kejap eh
Keluar dari toilet.....
Danial : nah ma,akai empers nenial nie..(sambil hulur pampers)**nah mama pakai pampers danial nie**
Haku : lorrr tue pampers Danial,mama maner boleh pakai
Danial : mama akai ler empers nie...anti mama encing ler kat empes tue..nah ambik laa..**mama pakai ler pampers nie,nanti mama kencing ler kat pempers tue,nah ambik la**
Haku : ko nie Danial,mama maner boleh pakai,pampers Danial kan kecik..
Danial : iyerrr laaa.... (sambil belek pampers tue)unggung mama ecarrr kannn,aner lehhhhhhhhh**iyerla punggung mama besar kan,maner boleh**
haiiiiiiiiii haku cakap pampers tuh yang kecik atau punggung haku yang besar tadi...diyer selalu buat haku kompiyus tauuu....
haku ingat sampai situ jerkkkkk...tapi tidakkkkkkk ocayyyy....
Situasi pertama :
Diyer nak masuk dalam kereta
Danial : mama epi la ikit,unggung mama ecar laa...**mama tepi sikit,punggung mama besar la**
Situasi kedua :
Atas katil
Danial : Mama aner ikit,nenial nak bubumm nie,unggung mama ecar angat la**mama saner sikit,Danial nak tido nie,punggung mama besar sangat la**
Situasi ketiga :
Diyer nak lalu belakang haku,sajerk nak lalu ikut belakang walhal depan sikit punyer luas lagik..
Danial : eiiii unggung mama nie ecar laaa...epi laaa,nenial nak alu nie...**eii punggung mama nie besar la,tepi la,Danial nak lalu nie**
hahhhhhh dahhhhhh...tiga cukup,kanggg lagik banyak haku kasik kangg korunk berjemaah pulak gelakkan haku...
ocayyyy FINEEEEEEEEEE ponggong haku dah besar sekarang tapi kutyer pong tak payah laa nak ulang ulang ULANGGGGGGGGGGGGG patpolohpat kaliiiiiii.....tension la gua bebbbbb...dah laaaa gua skangg sensitippp,lu bikinnnnnnnnnn gua paaannnnnaaaassssssssssss arrr.....
Eh korunk masih ingat Entry POPOYAK...???
haku belum bagitau lagik kan jawapan nyerrr....semua jawapan yang korunk kasik tuhhh semua salahhhhhhhhhhh laaaaaa....
POPOYAK untuk kamus Danial adalah Deodoran..Deodoran tue kiter panggil tapi Danial panggil "ubat ketiak" okehhhhh.......
mhuahuahuaa....agak pening disituuuuu bukannn...!!!!tapiiiiiii peninggg lagikk haku kat siniiiii.....!!!mengamuk-ngamuk diyer nak menatang deodoran tuhhh tapi haku tak pahammm sepatah haram aper diyer cakappp.....tapi tue doluu laa skang haku dah fahammmm.....lalalalala...
Thursday, 29 April 2010
Mari kiter ringan-ringan kan otak yang penat itu bersama SHIN CHAN....
Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda cikgu.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang di sebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan gigit serangga.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu , ia hanya lah anjing yang sama!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!
*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-
Inilah yang dikatakan MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
‘Di sini kami bukan mereka cerita semata mata, cerita yang kami ceritakan ini benar benar belaka . Kami akan tengok gerak geri dan kami akan cerita disini, selain tu bukan kami saja yang tahu pasal anda manakala siapa siapa yang baca blog ini akan tahu juga . Jangan sangka kan kawan baik itu tidak makan anda, malah dia akan cerita pasal anda dan saya akan sebar kan disini. So hati hati dengan tingkah laku anda :)’
TAPI NYATA sekali niat yang baik itu sendiri tak cukup untuk membuktikan jalan yang mereka pilih adalah salah....
maser bolgwalking haku jumpa blog nie...bukan niat nak kondem sesaper atau mengutuk seadanyer cumer ader rase ketidakpuasan dihatey...haku yakin pemilik blog nie adalah seorang remaja...seorang adik yang ingin membalas dendam mungkin...atau seorang insan yang ingin menyedarkan dengan tujuan berdakwah kononyer....
korunk kliklah link kat bawah tuhhh.....
Sesiapa Umurnyer KURANG dari 18 TAHUN adalah dilarang untuk klik LINK dibawah.
update : maaf link sy remove atas sebab-sebab tertentu.
biler dah pegi site tuhhh..tak payah ler duduk lamer-lamer kat situ..datang balik kat blog haku dan tinggalkan komen korunk kat sini...haku nak tau jugak aper kater korunk...
Sungguh ader perkara yang menghairankan haku...Blog yang jelas sekali tak matang dan penuh dengan kutukan tue punyer FOLLOWER yang ramai...blog haku pon kalahhh terukkk...
herannn...betul-betul herannnnn...kalo nak follow blog pon biarlahhhh yang bermanfaat sikit...BLOG HAKU yang sikit punyer berilmiah taknak plak korunk follow, ini blog macam tue yang korunk suker...naper erk suker follow blog tuh adakah sebab korunk dapat tengok aksi panas secara free...Ya Allah maaflah pader follower blog tuhhh yerrr kalo ader yang terasa dan terjengah kat blog haku tetibe...tp seriyes haku tanya aper yang korunk dapat dari blog macam tue yer...
***selingan jap**
lagik satu pader korunk yang dah jadik Follower haku terima kasih banyak-banyak,ader yang haku kenal dan dah pernah lepak blog korunk dan ader jugak yang haku tak tau identitinyer...tapi tue bukan masalahnyer yang jadik masalah pader haku skang nie adalah insan-insan yang meninggalkan sepatah dua kater di shoutbox.."sayer dah follow awak,harap follow sayer balik"
minta maaflahhhh banyakkkk-banyakk yer...sebab haku memang pantang betul dengan orang macam nie..ko dah follow haku ocay fine tapi tak payah laa nak paksa-paksa haku follow kau pulak..haku pon tak paksa kau follow citer-citer merepek haku nih...kalo haku masuk blog ko dan haku suker tak payah nak suruh-suruh haku tau la klik butang follow tuh....tapi kalo dah suruh haku follow alamatnyer memang haku takkan follow...
ocay mungkin ader yang kater haku sombongg...minta maaflahh sekali lagikkkk...tapi kalo haku klik follow ko punyer blog pon once ko dah hupdate blog tapi haku tak follow pon blog ko buat haper kannn...baik haku ikut blog ko melalui blog list haku..haku bukannyer mengadap blog 24 jam pon...malam haku akan hupdate blog siang kalo ader maser free baru haku buka blog....aperpon terima kasih pader korunk yang sudi jadik follower blog haku...haku hargai korunk seadanya cumer maaf ader sesetangah nyer haku tak kenal.....maaf sekali lagik kalo ader yang terasa dengan kater-kater haku...
***okehhh selingan tamattt**
kepada blogger tersebut dengorlah nasihat akak nihhh...berhentilah dari terus menyebarkan dan mengaibkan gambar-gambar tersebut dan adalah terbaik untuk ko close your account..Orang pong tak bengang ngan ko...Ingat,Sejauh mana pun niat kita untuk membimbing atau berdakwah..kalau jalan yg kita pilih bertentangan dengan syariatNya,Allah tidak akan meredhainya..percayalah ader jalan yang lebih baik untuk kiter menyedarkan sesama insan dan itu bukanlah caranya....
hari nie haku betul-betul feel like ustazah Arbayah...yesssss im not perfect like ustazah dan haku bukan lah graduan Al Azhar untuk berhujah panjangggg tapi cukuplah haku sebagai insan yang tahu tentang adab dan agama...
Baiklah sidang hadirin sekalian berjumpa lagi kita dilain siaran,kenang daku dalam doamu...makasehhhhhhhhhhhhh.......
Jangan Tidur Lagi kenang Achik
tapi hari nie haku tunggu rancangan niee.....Jangan Tido Lagi..tak pernah-pernah dibuat yoo berjaga demi Jangan Tido Lagi....selalu kalo berjaga update blog sajork..
habis jerk rancangan nie haku terus buat entry tapi posting tetap ikut schedulelah..
Achik ngan Nana nyanyi tiga buah lagu..paling haku suker lagu paling comel..suker sangat lagu tuhh..enjoyyyyy.....
maser memude doluu, ewahhh nak citer jugak....paling comel lagu karaok pilihan..tiap kali pegi karok mesti nyanyi lagu tuhh...biler Achik ngan Nana nyanyi lagu tuhhh aduhhhh tertusukkkk...hahaha
tak dapat bayangkan perasaan isteri ngan family Achik maser tengok rakaman niee....mesti sedeykannn...hermmmmm..
Derang ader nyanyi lagu baru juger tapi haku dah luper aper tajuknyerr...owhh nampak sangat haku mudah luperrr kannn...tak sampai sejam lagikkkkk haku tengok tadi skang dah luperrr...nie semua mesti salah semuttttt yang selalu masuk dalam minuman haku...huhhhhh
Apek ader tanya samada wife Achik cemburu tak biler Achik ngan Nana...dan Achik pon ader bagitau aper istimewa isteri kesayangannyer tue....
mesti makin sedih isterinyer biler dengar semua tue kannn..dah tue dari mulut suami yang sudah tiada disisi....
Rakaman program hiburan yang dikendalikan Saiful Apek berlangsung tiga minggu sebelum Achik meninggal dunia pada 17 April lalu. Turut serta menerusi rakaman itu, gandingan duetnya, Siti Nordiana Alias atau Nana dan Munir Phye Ballaz sebagai tetamu jemputan.
Produser, Hamsiah Biri ketika dihubungi memaklumkan episod berkenaan sepatutnya disiarkan minggu lalu. Begitupun, sebagai menghormati keluarga arwah, pihak penerbitan mengambil keputusan untuk menyiarkan program berkenaan pada minggu ini. "Untuk episod khas ini, kami melakukan sedikit penyuntingan dengan menampilkan visual belasungkawa Achik lebih kurang lima minit, selain menyiarkan semula rakaman aksi Achik menyanyi dua lagu duet bersama Nana.
"Kami juga menampilkan rakaman temu bual bersama balu arwah, HM Rosezaitul Suriani Wati Maarof, Nana dan anggota kumpulan Spin yang turut berkongsi cerita mengenai kelakuan Achik sebelum beberapa hari menghembuskan nafas terakhirnya.
"Memang program kali ini cukup menyentuh perasaan bagi mereka yang cukup rapat dengan arwah. Begitu juga peminatnya. Temu bual yang diadakan secara bersahaja cukup menarik dan meninggalkan memori tersendiri buat penonton," katanya.
Pihaknya memberi peluang kepada setiap artis menjayakan persembahan dalam bentuk showcase mini. Rakaman program berlangsung pada 30 Mac lalu di Studio ntv7, Glenmarie Shah Alam, Selangor.
Achik yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lalu menjadi satu kehilangan besar dalam dunia seni. Ramai di kalangan peminat dan rakan artis terkejut mendengar berita itu. Achik meninggalkan dua anak, Putri Nursafiya, 2 dan Putri Nursumayya, 11 bulan manakala anak sulungnya, Putri Rania meninggal dunia tiga tahun lalu.
sumber : Harian Metro
Wednesday, 28 April 2010
Shaken Baby Syndrome (SBS)..Hati-hatilah kalau sayangkan anak..!!
Naluri haku terpanggil untuk berkongsi akan bahaya SBS ini dengan pembaca blog haku...
----------------------------------------------------------------------------------------------
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.
Itulah kali pertama beliau mendapat sawan. Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah
Ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak (Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa. Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi(occupational stress).
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
Gambar-gambar bayi mangsa SBS sebelum dan selepas
SEBELUM
SELEPAS
http://en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome
------------------------------------------------------------------------------------
katil hospital itu tidak layak untuk anak sekecil ini...bukan disitu tempatnyer untuk anak secomel diyer...samer-samerlah kiter ambik iktibar dan pengajaran dari aper yang berlaku...saling ingat mengingatilah sesamer kiter agar ianyer tidak berlaku dikalangan kiter...
Sesungguhnyer yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kecuaian kiter sendiri..Nauzubillah...
Bersama Penyanyi No 1 Negara, Dato SITI NURHALIZA
kejadian berlaku ari ahad lepas...
haku takde rancang pong nak ker Jusco Kinta City nie cumer ader la plan nak gi shoping barang baby kat Jusco...*eh plan ngan rancang tak same ker*
Maser lahirkan Danial dolu memang haku shoping barang baby kat Jusco pong..senang nak carik,barang nyer tersusun jerk...tak pening kapla hotak haku...
lepas dah beli barang semua..pegi lah lunch and after lunch pusing-pusing lah kat dalam tuhhhh...then terjumper lah plak stage yang ado gambor Dato Siti nih...
aperrr ko hengatttt haku nak tunggu Dato Siti tuhhhhhhh...
ohhh noooo nooooo noooooo,sory okehhhhh idaknyer haku nak tunggu tapi tue la kannnn kebetulan plak Dato Siti col haku suruh tunggu diyer kejap ater kawan lamer kann..dah bertahun tak jumper..nak lahh jumper dah alang-alang sampai Ipoh katernyer...sian plak haku kat diyerr...makanyer haku pon tunggu lahhh diyerrr...**satu perenggan diatas sila percaya JANGAN**
dan dan mengaku kawannnn..caittttttttt....!!!
ofcos kecuali haku laaa....korser haku nak tunggu awal-awal baik pegi jenjalan dolu..tapi tuelahhhh dah datang lambatt duduk pon hujung-hujunglah jawabnyer...ambik gambor pong sipi-sipi jerk lah nampaknyer...
ater layaklah keluarkan produk SimplySiti tuhhh kann...actually Dato Siti datang tuh untuk promok produk SimplySiti tue laa...SimplySiti de Tour kuttt diyer punyer mission..
Very the caringgg youu..kalo laki haku compomm ko punyer product ko handle lahh sendiri..aci potong jariiii lahhh diyer takkan ikut punyer...tapi kalo ajak naik katil diyer dolu yang ready....
"owhhhhh jantannnn hensemmmnyer kau,no wonderlah Dato Siti giler bayang kat ko kann"
eh siyes okehhh diyer agak tampan dimata haku..kalo tengok kat magazine macam dah tua laaa tapi biler tengok live nih okehhlahhhh..takder ler nampak tua bebenor...steady lagik....
memang gambor dari sisi jer yang haku hambek ponn...sebab haku dok dibahagian sisi bukan dari depan..harap maklong disitu yer..
awalnyer diyer memandang ke camera tapi biler haku nak snap diyer dah berpaling jadik merase ler hambek pandangan sisi sajerk...takper janji Dato Siti merasa jugak duduk dalam blog haku nihh...
Haku tak tunggu lamer pon..diyer nyanyi dua buah lagu jerk haku dah beredar dahh...tapi sempat ler dengor diyer bercelotehhh....
Datuk k ader kat depan tuh hahhhh...boleh plak Siti menyanyi suami tengok berdepan cenggitu kannn..siap menari-nari lagikkk...memang terbaikkk lahhhh....
kalo haku tengok laki sendiri dok depan mengadap cenggitu,haku dah terbayang diyer tengah berbogel dah..eh..
lepas tuh biler haku nak snap lagik dah tak boleh dahh..sebabnyer bateri camera dah kongg plakk dahh...nie En Epai lahh nie...dah guner camera tak tahu nak charge balikk...dan itu jugak adalah salah satu punca naper haku balik awal that day..prasss menonggeng...
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii anak jantan haku totap bleh lena diulit intan kat situ.....terbaikk bukann..???ini baru jantannnn....ader haku kesahh bising ker haper...yang penting tido derrrr...
pastu bleh plak diyer menjawab "nie tuk aby iter la mama.."....aper ko nak mama pitam kat depan cashier tuhh Danial oiiii...mamposs haku nak bayorrr...tauke balak pong bleh bankrap kalo semua benda ko nak hambekk....hadoiiiiiii......
Tuesday, 27 April 2010
SIMPLY SITI Terhangat Di Pasaran
"Rahsiaku Kini Milikmu.." wahhhhhhhh Tagline gempak gempita kauuu....
korunk ingat tak dalam iklan TV3 yang NAS Ahmad terjah Siti kat Sepital tuhh....haku ingatkan diyer peknen time tuh ghupernyerrrr nak keluarkan produk..ratu propa jugakkkkk derrr......
maser tengok SimplySiti nih...semua produk Siti memang complete..semua ado...harga pon tak mahal sangat pader haku..paling mahal pong dalam lapon puloh hengget jerk...ocaylahhhh not bad...yang penting katanyer produk-produk nyer halal dan boleh memudahkan wanita Islam untuk menunaikan solat.
Teknologi nano yang sekarang ini disebut-sebut menjadi formula untuk produk SimplySiti.
Teknologi Nano yang digunakan adalah partikal bersaiz sangat halus pada kadar 5onm yang didapati dalam semua rangkaian produk nyer. Ini bermakna bahan aktif ini lebih cepat diserap ke dalam kulit.
Ia berkesan untuk menyembuh, menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih licin, halus, sihat dan berseri....
SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age, SimplySiti Acne Solution.
Haku tengok yang paling banyak orang beli that day SimplySiti C Bright...punyer kuasa lima dalam satu.... Eh tiga-tiga produk ader kuasa lima dalam satu cumer ader beza sikit untuk mencerah,penuaan dan anti jerawat.
Ia memberikan lima elemen penting rawatan muka seperti melembapkan, merawat (mencerah, melawan penuaan atau anti-jerawat), perlindungan UV (SPF 20, PA++), dan bedak asas (cecair) dalam satu langkah.
the best part is Siti named her product ngan lagu-lagu diyer..semua jenis lagu ado..jerat percintaan la..nirmala laa....aper lagikkk eh itu jerk yang haku ingat..tapi lipstik diyer memang semua namer lagu....takder nyer kod 02 ker 01 ker....non ado yerr....
semua make-up kat sini boleh di testinggg....haku tengok bukan main lagik orang datang meneyeh muker kat sini...macam-macam ado...dan-dan ler minat bermake-up yerrrrr...
mestilah pakaikan produk diyer katernyerr kann...
per hal pong kiter tunggu lahh sebulan dua lagik untuk tengok feedback pengguna...
tapi haku idak ler beli produknyer pongg..haku tengok-tengok ajer..yerlahhhhh haku beli pong nak buat aper kann sebab haku dah chantekkkkkk.....mhuahuahua...