Tuesday, 23 November 2010

Sejadah corak Ba Alif Ba Ya.


hadoiiii macam-macam sekarang nie kan.. teringat sejadah kat umahhhh..tak pernah plak haku check seteliti itu...selalu memang main beli jerk..nak nak kalo murah sikitt muler lah rabun naik berganda-ganda...


Haku bacer METRO tadi, biler tengok macam neh dan dan urut dada...memang kadang-kadang kiter terlalai sedikit maka adalah yang mengambil kesempatan..

dahhh haku dah copy paste berita tuh kat situ..bacer cepat..!!penat jerk haku copy kalo korunk tak bacer tau...hiks

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.-
hmetro-

Oleh Iskandar Shah Mohamed


nampak tak coraknyer..?haku dah cropkan tuh kasik korunk tengok ngan jelas lagik...jelaskannnn ke vaviannyerr.....

Aper pon alasan nyer samada corak tue sengaja dibuat begitu atau sebaliknya ia tetap menyentuh sensitiviti umat Islam...so kita sebagai umat Islam harus lebih peka lepas nih..takmo dah perkara sebegini berulang lagik..

9 comments:

  1. memang nak memperkotak katikan agama Islam...salah satu senjata orang kafir untuk menjatuhkan Islam

    ReplyDelete
  2. memang setann lahh org yg buat sejadah tu..nie mesti org2 yg memang sengaja nak persendekan kita org islam...

    ReplyDelete
  3. nowdays .. sume benda yg kite nak beli , harus di cek dulu ..
    ngeri kan , dok sembah2 sekali gambo cm babi je kt sejadah tu

    ReplyDelete
  4. Salam,

    lagi sekali umat islam dijadikan bahan lawak.
    pun lagi sekali tak ada sesiapa pun yang lantang buat teguran...

    ReplyDelete
  5. pandai mereka kan...

    balik ni kita sama2 cek sejadah

    ReplyDelete
  6. ish.. kenapa la nak buat cenggini kat kita noh. kita tak nah pun gi kaco deme tu.

    semoga mereka mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT.

    kalau terguna sejadah tu tak per la. pas ni tukar yang lain. yang penting niat kita nak mengerjakan sembahyang tu. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  7. saya da follow blog awak..
    anak2 awak sgt comel..seronoknyer dah dapat sepasang boy n gurl..alhamdulillah..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH. Semoga Allah lindungi kalian <3