Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

Susulan Dari Airmata Seorang IBU



Sebelum neh haku ader post entry Airmata Seorang Ibu rentetan dari berita tinggal ibu lumpuh di hotel.

Dan Alhamdulillah anaknya Amir sudah kembali ke pangkuannya. Apa yang terlintas difikiranku sekarang adalah tentang Amir.Semoga Amir terus tabah dan kuat untuk menjaga ibunya yang lumpuh.

Kami orang luar yang melihat dengan mater kasar neh sememangnya sangat pakar menghukum tanpa sempat mengadili.Itu adalah fitrahnya,fitrah yang bernama manusia.Lantaran itu moga Amir bersedia dan berlapang dada untuk memaafkan semua yang mengeluarkan kater-kater kesat dan menuduh yang bukan-bukan terhadapnya.

Haku doakan Amir akan cepat dapat kerja dan dapat jaga ibunya kembali.Semoga dilimpahkan rezki yang melimpah untuk Amir dan ibunya. Jagalah ibu sebaiknya, InsyaAllah semuanya akan kembali normal selepas nie.

Mudahan ianya menjadi pengajaran kepada semua dan juga kepada Amir sendiri.

******


Salam Takziah juga untuk keluarga Adik Dirang dan Al Fatihah untuk Arwah.kejam sungguh manusia hari ini sampai tergamak membunuh anak kecik yang tak berdosa tuh.Moga mendapat pembalasan yang setimpal dengan apa yang dilakukan,mungkin terlepas seksa didunia tapi di akhirat belum tentu.Janji Allah itu pasti..!!

Semoga orang tuanya Tabah hadapi dugaan ini. Dan moga ianya menjadi pengajaran untuk semua ibubapa agar tidak terlalu percaya dan terleka dengan rasa "selamat".Hakikatnya tiada tempat yang "selamat" hari ini...Allahuakbar.


*******


Semoga kiter mengambil iktibar diatas apa yang telah berlaku.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Friday, 7 October 2011

Ko hengat ukir-ukir inai kat Tangan tuh santek sangat kew?

Persoalannyer :

Apakah Hukum Wanita Mengukir Hiasan Pada Tangan Menggunakan inai.




Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."


************************************************************************************


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

-Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

-Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan.


Renung-renungkanlah dan selamat beramal wahai wanita-wanita yang chanteq.


kredit info dari facebook.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Wednesday, 5 January 2011

Rahsia Bibir Sihat Cantik dan Menawan



Cantik kan bibir haku..?*pitam*


Sesaper nak bibir cantik macam haku *kelip-kelip mater* boleh ikut Tips kat bawah neh..haku pon kengkadang memang buat seperti yang disarankan..sebab tuelah biler En Epai dapat bibir haku diyer taknak lepas.Eh.


okeh jangan biarkan diyer merapu lelebih..
check it out bebehh..
*amacam pantun 2 kerat haku*

1.kekalkan kesihatan dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek.

2.Lembapkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir sekerap mungkin khususnya sebelum masuk ke kamar.
Malah amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel mati.

3.Pastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu tahan lebih lama,dengan ratakan sedikit bedak asas supaya mudah membentuk bibir yang dikehendaki

4.Penggunaan penggaris bibir mungkin dianggap remeh, tetapi perlu bagi individu memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu.

5.Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup.

6.Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir atas dan bawah.

Tips 1,2,3,5,6 memang haku selalu buat tapi Tips 4 tuh jarang-jarang sajer haku buat.sebab malas dan yess remeh.


Cantik kan bibir Lisa..tapi diyer bukan takat bibir jerk yang cantik..memang semua yang ado kat badan diyer cantik ponnn...*dgn nada sangat jeles*


Tuesday, 23 November 2010

Sejadah corak Ba Alif Ba Ya.


hadoiiii macam-macam sekarang nie kan.. teringat sejadah kat umahhhh..tak pernah plak haku check seteliti itu...selalu memang main beli jerk..nak nak kalo murah sikitt muler lah rabun naik berganda-ganda...


Haku bacer METRO tadi, biler tengok macam neh dan dan urut dada...memang kadang-kadang kiter terlalai sedikit maka adalah yang mengambil kesempatan..

dahhh haku dah copy paste berita tuh kat situ..bacer cepat..!!penat jerk haku copy kalo korunk tak bacer tau...hiks

SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.

“Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.-
hmetro-

Oleh Iskandar Shah Mohamed


nampak tak coraknyer..?haku dah cropkan tuh kasik korunk tengok ngan jelas lagik...jelaskannnn ke vaviannyerr.....

Aper pon alasan nyer samada corak tue sengaja dibuat begitu atau sebaliknya ia tetap menyentuh sensitiviti umat Islam...so kita sebagai umat Islam harus lebih peka lepas nih..takmo dah perkara sebegini berulang lagik..

Saturday, 23 October 2010

Tips Kemesraan Suami Isteri

Tips Kemesraan Suami Isteri nih bukan direka-reka yer kawan-kawan tapi ia merupakan amalan Rasulullah S.A.W.Mari kiter renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Tidur dalam satu selimut bersama isteri


Dari Atha’ bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)


Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)


Membersihkan titisan darah haid isteri


Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)


Segera menemui isteri jika tergoda


Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)


Tidur di pangkuan isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)


Memanggil isteri dengan kata-kata mesra


Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


Meminta isteri meminyaki badan

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)


Membelai isteri

“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Mencium isteri


Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Katakau CNN :
Tips ini merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W.
Segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah maka ganjaran pahala akan diberikan sekiranya kita mengamalkannya.Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W...:)

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~