Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih.......•Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad @ Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya
•Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya
•Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa @ Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya
•Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya
•Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya
Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini.
"He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12)
{KETERANGAN DI ATAS BOLEH JUGA DIDAPATI DALAM MATLA'IL-BADRAIN, BAB AL-I'TIKAF}
Tanda Malam Lailatulqadar.
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
waulahhualam.
*******************************************