Showing posts with label Tanda awal Asthma. Show all posts
Showing posts with label Tanda awal Asthma. Show all posts

Wednesday, 25 July 2012

Dugaan dihari kelima berpuasa


Adeq kena asma lagik. Kalau ikutkan isnin lepas adeq dah kena sedut gas tuh dah. Hari selasa nampak macam dah ocay dah tapi malam tadi adeq kena serang ngan asma balik.

Malam tadi adeq batuk teruk..teruk yang teruk sampai nak termuntah-muntah diyer. Yang haku geram nyer adeq neh jenis liat betul nak makan ubat. memang susah sangattttt nak bagi diyer makan ubat tau..kalau campur dengan air pon diyer takmo jugak.

Subuh tadi diyer dah start nafas berbunyi, dada dah berombak turun naik, muka semua dah pucat dan takmo cakap sepatah pon..cuak jugak haku, dalam hati dok la berdoa cepat la pukul lapannnn..cepatla pukul lapann..

Time subuh camtu maner ader klinik yang buka lagik, nak kena ker sepitallah jawabnya.. Haku try sapu minyak angin la, dah tue kejap-kejap sapu vick pula, paksa diyer minum air suam la pastu letak minyak angin lagik. Then nampak lah diyer macammmm cool sikit..ocaylah sementara nak tunggu pukul lapan tuh kann..


Then pukul lapan terus ke klinik dan laju jerk masuk bilik untuk sedut gas neh hahh..lepas dah sedut gas tuh doktor check still kuat lagik diyer punya asma .So Doktor suruh datang lagik.

Kang pukul doblas tghari , pukul empat petang dan pukul lapan malam kang kena bawa adeq sedut gas lagik....memang hari ini dalam sejarah betul. Empat jam sekali kena datang klinik sedut gas.

Sian adeq tapi nak buat macamner kena pergi jugak..nanti lagik teruk lagik susah kan.





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Thursday, 15 September 2011

Asma @ Asthma bukan nama awek.

tak tau nak start dari mana
mungkin perlu start dari kebodohan haku.

malam tue abang memang batuk yang agak luar biasa,i mean batuk yang teruk.around 2am macam tue haku perasan abang tido tak lena.gelisahnyer semacam,kejap kekanan kejap kekiri,kejap-kejap nanges.tapi kalau dah dapat ibu yang bodoh macam haku neh memang takkan peduli gelisahan si anak tuh.Abih kuat kene marah balik adalah.

Dengan mamai-mamai haku ambik vick sapu dada ngan belakang abang pastu bebel sikit kat diyer "hah tuelah siang main tak hengat,biler malam nages sakit sana sini".Ibu bodohlah katerkan.

dalam pukul empat lebih macam tuh,abang batuk dan cakap nak muntah.So haku suruh En Epai angkat diyer pegi toilet untuk muntah."hermmm perut kosong lah nie, main sampai takmo makan.kan dah masuk angin dah perut tuh"...bebel ibu bodoh tadi.

Kendian sambung tido balik but haku notice abang tido berbunyi.So haku bangun sapu vick dan urut-urut dada diyer sambil pok pok (read=menepuk)diyer tido.Pagi tuh time haku bangun,haku tengok abang dah semacam.Nafas nyer laju dan bila haku tengok diyer bernafas turun naik dan dada ngan perut macam berombak, haku dah rase lain macam.

haku letak tangan kat perut ngan dada diyer memang siyes lajuuuuuuuu degupnyer.ocay time tue haku dah rase something,degup jantung haku pon dah start laju. Menyesal plak sebab bodoh tadi. Nasib naluri seorang ibu tue ada ,kalau tak mau bodoh kongker segenap ruang jiwa haku.

Bila haku bawa abang pegi klinik, doktor selak jer baju terus cakap kat haku "eh anak you kena asma neh ".pastu cepat-cepat doktor bawa abang pegi sedut gas apekebenda namernyer ntah.Maser kat klinik memang dah nampak jelas macam abang susah nak bernafas dah.

maser tuh memang real haku punyer bodoh.
Nasib abang takde aper-aper,and siyes haku rase nak lempang diri sendiri.

And now abang sudah ada asthma.so aper lagi nak cakap.



"maafkan mama sayang.."


Sekilas pandang tentang tanda-tanda Asma hasil dari kecekapan haku bergugel dan diubahsuai bahasa ikut sedap mulut haku.

1. Pernafasan berbunyi (wheezing) terutama saat mengeluarkan nafas (exhalation). Tidak semua penderita asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya terdengar wheezing adalah penderita asma!

2. Sesak nafas sebab berlakunya penyempitan saluran bronki (bronchiale).

3. Batuk berkepanjangan di waktu malam dan waktu pagi atau pada cuaca sejuk.

4. keluhan yang berpanjangan yang merasakan dada sempit atau sesak..

5. Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penderita tidak dapat bercakap kerana sukar untuk mengatur pernafasan.

6. Pada usia anak-anak, gejala awal seperti rasa gatal dada atau leher.

7. ketidakselesaan yang ketara dan mengeluarkan peluh.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~