
Adeq kena asma lagik. Kalau ikutkan isnin lepas adeq dah kena sedut gas tuh dah. Hari selasa nampak macam dah ocay dah tapi malam tadi adeq kena serang ngan asma balik.
Malam tadi adeq batuk teruk..teruk yang teruk sampai nak termuntah-muntah diyer. Yang haku geram nyer adeq neh jenis liat betul nak makan ubat. memang susah sangattttt nak bagi diyer makan ubat tau..kalau campur dengan air pon diyer takmo jugak.
Subuh tadi diyer dah start nafas berbunyi, dada dah berombak turun naik, muka semua dah pucat dan takmo cakap sepatah pon..cuak jugak haku, dalam hati dok la berdoa cepat la pukul lapannnn..cepatla pukul lapann..
Time subuh camtu maner ader klinik yang buka lagik, nak kena ker sepitallah jawabnya.. Haku try sapu minyak angin la, dah tue kejap-kejap sapu vick pula, paksa diyer minum air suam la pastu letak minyak angin lagik. Then nampak lah diyer macammmm cool sikit..ocaylah sementara nak tunggu pukul lapan tuh kann..

Then pukul lapan terus ke klinik dan laju jerk masuk bilik untuk sedut gas neh hahh..lepas dah sedut gas tuh doktor check still kuat lagik diyer punya asma .So Doktor suruh datang lagik.
Kang pukul doblas tghari , pukul empat petang dan pukul lapan malam kang kena bawa adeq sedut gas lagik....memang hari ini dalam sejarah betul. Empat jam sekali kena datang klinik sedut gas.
Sian adeq tapi nak buat macamner kena pergi jugak..nanti lagik teruk lagik susah kan.