Showing posts with label gejala Asthma. Show all posts
Showing posts with label gejala Asthma. Show all posts

Thursday, 26 July 2012

Abang dan Adeq diserang Asthma


Haku ambik gambar nie yang sesi malam punyer. Adeq dah pandai handle mendaalah tuh sendiri dah..:)

Masuk jerk bilik doktor terus ready nak pakai "topeng otomen" tuh sendiri. Abang ngan adeq panggil topeng otomen...kreatif sungguh.

Mungkin sebab semalam sampai 4 kali diyer kena sedut gas tuh makanya TERpaksalah adeq expert dengan sendirinya...:P


Malam tadi lepas sedut gas sesi kali yang terakhir tuh nampak adeq lebih ocay. Tido malam tadi pon adeq dah tak batuk dah dan nafas dah tak turun naik seperti sebelumnya.

Alhamdulillah. Harap hari nie adeq lebih baik hendaknya


Tapikan abang plak yang terjangkit . Petang semalam mase pergi ambik abang dekat Taska nampak muka abang pucat semacam dah pastu batuk tak henti-henti plak.

So maser bawa adeq ke klinik malam tuh terus check abang sekali lah..last-last dua-dua anak mama kena sedut gas malam tadi...alahai anak..


Adeq ngan abang memang ader asma sebelum neh. Adeq kalau tak silap dah empat kali kena sedut gas macam tuh sebelum neh, abang pon samer jugak.

Adeq dah haku hantar ke Taska tadi dan abang plak ke sekolah jugak macam biasa walaupun nampak macam tak berapa ocay sangat diyer tadi. Harap semuanya baik-baik saja hari ini.

Semoga hari ini anak-anak mama akan kembali sihat dan kesihatan akan lebih baik dari semalam.


Jutaan terima kasih kepada semua kengkawan yang memberi nasihat, panduan dan meninggalkan komen di entry dugaan dihari kelima berpuasa. Terharu rasanyer sebab ramai teman-teman disini yang sudi berkongsi dengan haku how to handle anakku yang kena asma neh..

Syukur Alhamdulillah banyak info yang haku dapat dari komen kekanda adinda semua. Terima kasih sekali lagi. Yang maner termampu haku akan cuba usahakan demi kesihatan anak-anak. InsyaAllah.







 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Thursday, 15 September 2011

Asma @ Asthma bukan nama awek.

tak tau nak start dari mana
mungkin perlu start dari kebodohan haku.

malam tue abang memang batuk yang agak luar biasa,i mean batuk yang teruk.around 2am macam tue haku perasan abang tido tak lena.gelisahnyer semacam,kejap kekanan kejap kekiri,kejap-kejap nanges.tapi kalau dah dapat ibu yang bodoh macam haku neh memang takkan peduli gelisahan si anak tuh.Abih kuat kene marah balik adalah.

Dengan mamai-mamai haku ambik vick sapu dada ngan belakang abang pastu bebel sikit kat diyer "hah tuelah siang main tak hengat,biler malam nages sakit sana sini".Ibu bodohlah katerkan.

dalam pukul empat lebih macam tuh,abang batuk dan cakap nak muntah.So haku suruh En Epai angkat diyer pegi toilet untuk muntah."hermmm perut kosong lah nie, main sampai takmo makan.kan dah masuk angin dah perut tuh"...bebel ibu bodoh tadi.

Kendian sambung tido balik but haku notice abang tido berbunyi.So haku bangun sapu vick dan urut-urut dada diyer sambil pok pok (read=menepuk)diyer tido.Pagi tuh time haku bangun,haku tengok abang dah semacam.Nafas nyer laju dan bila haku tengok diyer bernafas turun naik dan dada ngan perut macam berombak, haku dah rase lain macam.

haku letak tangan kat perut ngan dada diyer memang siyes lajuuuuuuuu degupnyer.ocay time tue haku dah rase something,degup jantung haku pon dah start laju. Menyesal plak sebab bodoh tadi. Nasib naluri seorang ibu tue ada ,kalau tak mau bodoh kongker segenap ruang jiwa haku.

Bila haku bawa abang pegi klinik, doktor selak jer baju terus cakap kat haku "eh anak you kena asma neh ".pastu cepat-cepat doktor bawa abang pegi sedut gas apekebenda namernyer ntah.Maser kat klinik memang dah nampak jelas macam abang susah nak bernafas dah.

maser tuh memang real haku punyer bodoh.
Nasib abang takde aper-aper,and siyes haku rase nak lempang diri sendiri.

And now abang sudah ada asthma.so aper lagi nak cakap.



"maafkan mama sayang.."


Sekilas pandang tentang tanda-tanda Asma hasil dari kecekapan haku bergugel dan diubahsuai bahasa ikut sedap mulut haku.

1. Pernafasan berbunyi (wheezing) terutama saat mengeluarkan nafas (exhalation). Tidak semua penderita asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya terdengar wheezing adalah penderita asma!

2. Sesak nafas sebab berlakunya penyempitan saluran bronki (bronchiale).

3. Batuk berkepanjangan di waktu malam dan waktu pagi atau pada cuaca sejuk.

4. keluhan yang berpanjangan yang merasakan dada sempit atau sesak..

5. Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penderita tidak dapat bercakap kerana sukar untuk mengatur pernafasan.

6. Pada usia anak-anak, gejala awal seperti rasa gatal dada atau leher.

7. ketidakselesaan yang ketara dan mengeluarkan peluh.

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~