Friday, 3 September 2010
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah,berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
************************************************************************************
KatakauFAISH :
" Alhamdulillah Danial dah dapat hafal surah nie dengan baik...diyer dengan sendirinyer akan bacer surah Al-Ikhlas nie kalo diyer rase takut....InsyaAllah haku akan ajar lagik surah-surah pendek yang lain yang diyer senang ingat dan boleh bacer biler-biler maser....
Sesungguhnyer yang baik itu datangnyer dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kiter sendiri..."
************************************************************************************
Thursday, 2 September 2010
Resepi Chantek Lisa Surihani
Profil Lisa Surihani :
NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
PANGGILAN: Lisa
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
USIA: 24 tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik (perempuan tunggal)
KETURUNAN: Melayu Bugis
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK)
FILEM: Antaranya Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Zoo, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Cyber X: Ancaman Pagoda dan Ombak Rindu
DRAMA: Antaranya Obsessi, 3 Janda, Mataku Nampak Hantu, Ponti Anak Remaja, Mentua vs Menantu 2, Adamaya dan Tudung Ekspres
DUTA PRODUK: Lip Ice, Garnier
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21)
Petikan dari Metro. Wajah modal cari makan
Oleh Norhayati Nordin
2010/09/02
JIKA dilihat pada pembabitan Lisa Surihani Mohamed dalam industri perfileman Malaysia ketika ini, dia boleh dianggap ratu filem baru.
LISA...dedah rahsia penjagaan wajah. Ini kerana banyak sudah filem dibintanginya termasuk drama televisyen. Antara filem yang paling mendapat perhatian ialah Lagenda Budak Setan dan siri TV Adamaya serta terbaru, Tudung Ekspres.
Petah berbicara dan kekal merendah diri, Lisa akui lebih selesa menjadi sederhana dalam serba-serbi.
Ketika ini pelakon jelita ini sibuk membintangi filem Ombak Rindu bersama Maya Karin dan Remy Ishak.
Disebabkan berbakat dan cantik, tidak hairanlah Lisa mula menjadi buruan ramai. Terbaru dia dilantik menjadi duta produk kecantikan Garnier.
Mengulas mengenai perkembangan berkenaan, Lisa berkata tidak boleh tidak, dia perlu menjaga penampilan diri apatah lagi ia sudah sinonim dengan dunia hiburan.
"Saya tidak akan tidur dalam keadaan mekap tebal," katanya.
"Jenis kulit saya sangat sesuai dengan produk Garnier. Biasanya, saya akan guna penyegar (toner) dan pelembap muka (moisturizer). Produk Garnier untuk siang dan malam ada perbezaannya. Ini kerana produk malamnya lebih berfungsi melembapkan kulit wajah kita.
"Dalam soal penjagaan kulit, apa yang boleh saya katakan, setiap orang harus mengambil berat mengenainya.
"Saya menjaga kulit pun bukan sebab karier sebagai artis, tetapi ia sudah tanggungjawab diri. Saya juga sentiasa mengamalkan minum air suam.
"Tidak ketinggalan, saya juga amalkan minum pati teh hijau dan buah-buahan. "Semestinya, saya tak minum kopi dan ambil minuman berkarbonat. Petua ini, saya amalkan selepas habis sekolah. Minuman berkarbonat saya tak sentuh sejak zaman kanak-kanak lagi," katanya.
Berkongsi lagi mengenai rahsia produk Garnier, Lisa berkata, dia sentiasa menggunakan penyegar mata untuk menghilangkan tanda hitam di bawah mata. Selain itu, katanya, dia memakai topeng muka (mask) setiap dua minggu sekali. Bukan itu saja, Lisa juga tidak terkecuali menggunakan penyental muka (scrub) di kawasan zon T pada wajahnya.
Bagaimanapun, katanya, penyental muka perlu dilakukan secara perlahan yakni jangan kasar agar kulit wajah tidak tercedera.
Katanya, produk Garnier Light Whiten & Even Moisturizing Cream bertindak dwiaksi terbukti. "Kesannya kulit lebih cerah sehingga dua tona dan bintik hitam juga akan berkurangan. Ia boleh diukur dengan pengukur tona kulit dan pengukur bintik hitam.
"Pastinya, keputusan itu akan menyeronokkan wanita. Menerusi revolusi Snow Pine White Source, kulit kita 10 kali cerah berbanding vitamin C. Ia turut dimuatkan juga dengan kandungan SPF17/PA++ yang melindungi kulit daripada pancaran sinaran UVA/UVB.
"Justeru, kulit lebih cerah dalam masa dua minggu, begitu juga bintik hitam berkurangan dalam tempoh itu," kata Lisa. Bercakap mengenai Aidilfitri yang akan kunjung tiba tidak lama lagi, Lisa juga membuat persiapan ala kadar. Menurut Lisa, dia merancang untuk membeli tiga pasang pakaian baru.
"Itupun bergantung pada keadaan. Cuma, saya memang suka gaya yang ringkas dan bersederhana. Aidilfitri kali ini, saya dan keluarga tidak pulang ke kampung dan hanya meraikannya di Kuala Lumpur. Kami juga tak akan lupa menziarahi pusara ayah.
"Sempena Aidilfitri ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya kepada umat Islam seluruh negara. Pada musim perayaan ini, saya juga mahu mengingatkan supaya berhati-hati ketika memandu di jalan raya.
"Dalam pada itu, penampilan juga harus diutamakan. Sebagai seorang gadis, saya sentiasa impikan penampilan menyerlah di hadapan tetamu yang datang beraya di rumah saya. Sekalipun bergaya ringkas, saya akan pastikan solekan saya itu sesuai dengan pakaian yang selesa," katanya.
Zakat Fitrah 1431H/2010 Negeri Perak RM7.00
ader jerk kat shoping kompleks memaner hahh...
Jasko ado, Tesco Ado, Giant adooo....
Kitaorang bayo kat TESCO Kampar...
sesambil menyoping sesambil bayar zakat..mudah nau..
antara ndak ngan idak jerk....
Taun nie kami dah berempat...
"....Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [HR Abu Daud]...."
Korunk dah ker...
Jangan luper yer...Tak elok lengah-lengahkan benda yang baik...
Ari nie kiter diatas esok lusa ntah biler kiter dibawah...
so beringat-ringat lahh yer..
Tunaikan kewajipan kita sebaiknyer...
Wednesday, 1 September 2010
Budak-Budak memang cepat terpengaruh..!!
sikit punyer banyak koleksi ultraman yang diyer ader..
CD ultraman berlambak-lambak...
patung @ replika ultraman bersepah-sepahh..
pening makkk...
dan yang paling haku pening diyer suker berlawan...sorang-sorang diyer pong jadik..ngan patung ultraman diyer pon bolehhhh.....dan yang paling haku geram dengan bantal pon diyer boleh wat lawan..bersepahhhhhhhhh....kononnyer diyer ultraman dan bantal-bantal tuh semua raksasa...
imagine bukan main tinggiii lagik...
kalo dah berlawan tuhkan sepak terajang semuanyer ader....semuanyer nak disepak..sekali diyer tengah main-main diyer TERsepak haku...
Haku : hei, aper sepak mama nie..
Danial : aner ader, ener jer..sowi mama ***maner ade,kene jer,sory mama***
Haku : yerla kener mamala...aper main sepak-sepak pulak..
Danial: omen ener la epak.. ***ultraman kene la sepak***
Haku : tak payah nak sepak, tumbuk-tumbuk jerk sudah..
Danial : takleh, enial engok omen lam ebi, epak tue..awan lakcakcer ***takleh,Danial tgk ultraman dalam TV sepak tue lawan raksasa***
Haku : iyerlah tapi jangan la sepak orang kang kener adik kang
Danial : enial epak lakcakcer jer..adikkan lakcakcer.. ***danial sepak raksasa jer,adikkan raksasa***
Haku : hahhh buat, kener adik siap kamu..nanti papa balik, mama bagitau papa..biar papa rotan kaki Danial tuhh..
Danial : ma nanti alo papa otan enial, enial ompat kan mama...tak ener kann mama.... ***ma,nanti kalo papa rotan danial,danial lompatkan mama,tak kenekan mama***
