Friday, 22 March 2013

Kebenaran disebalik Rumah Amal Buah Hatiku.

السلام عليكم

Haku pernah posting pasal rumah amal buah hatiku disini hebatnya sedekah.
Tiada niat lain di hati kecil haku melainkan rasa kasih yang tinggi terhadap anak-anak yang dikatakan anak yatim dan miskin yang ada disitu. Melihat akan gambar anak-anak disitu pun sudah buat air mata haku menitek-nitek jatuh..

Tapi tak sangka disebalik keikhlasan kita memberi ada yang mengambil kesempatan...rupa-rupanya Rumah Amal Buah Hatiku adalah milik Al-Arqam.Ia adalah pusat asuhan anak-anak jemaah Al-Arqam..

Selama ini sumbangan yang diberikan bukanlah sampai kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan mereka sebenarnya bukan dari kalangan orang-orang yang susah mahupun Asnaf.

Mereka adalah anak-anak jemaah Al-Arqam sendiri. Seorang bapa memiliki lebih dari 10 orang anak.Dan difahamkan 20 hingga 40 bilangan mereka semuanya. Itu baru dari seorang lelaki. Dan seorang lelaki akan berkahwin lebih dari satu dan kebanyakkan berkahwin empat .dan hakikatnya ramai jugak ahli jemaah Al-Arqam yang sebenarnya yang kita tak tahu. Kiraan haku Al-Arqam sudah terkubur tapi nyata telaan ku silap sama sekali..


Bila tahu akan kebenaran nie hati mula ragu untuk memberi dengan ikhlas...walaupun kita tahu betapa tingginya nilai tangan yang memberi tapi biarlah memberi pada yang membawa manfaat dan pada yang betul-betul memerlukan..tapi menyumbang ke Rumah Amal Buah Hatiku ibarat menampung kos perjuangan mereka yang jauh terpesong dari ajaran Agama Islam yang sebenar..MasyaAllah..

Moga siasatan pihak berwajib dilakukan dengan kadar segera.Wang yang disumbangkan oleh orang ramai adalah bertujuan untuk membiayai kehidupan anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan asnaf zakat,tapi BUKANnya untuk anak jemaah Al-Arqam yang punya ibubapa,sihat walafiat dan yang kaya raya itu..

Baca kupasan En mazidul RUMAH AMAL BUAH HATIKU : KEBENARAN DIDEDAHKAN
juga disini AL-ARQAM DALANG DI SEBALIK OPERASI RUMAH AMAL BUAH HATIKU  dan dari Zeeda Aziz blogger yang mendedahkan kedaifan penghuni Rumah Amal di ruang muka buku Rumah Amal Buah Hatiku: The truth finally revealed.


Sedihhh bila hati dipermainkan.
Anak-anak kecil dipergunakan untuk kepentingan..
Rugi airmata kak Nam nanges tak tentu pasal tau..huh



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 21 March 2013

Pesan Mama untuk Abang dan Adeq

السلام عليكم


Anak-anak mama sayang
Jika kamu rasa mama akan gembira dengan memberikan mama segulung ijazah...
kamu silap sayang kerna mama tidak akan merasa gembira dengannya..

Tapi mama akan sangat gembira andai ilmu yang kamu pelajari itu kamu manfaatkan sebaiknya untuk mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..dan Mama akan terlalu gembira andai ilmu itu juga bisa menambah nilai hidup manusia yang lain...

Anak-anak mama yang sangat mama kasihi,
jika kalian rasa mama akan bersedih hati dengan kegagalanmu untuk mendapat segengam ijazah...ketahuilah mama tidak akan bersedih sama sekali...

Tapi mama hanya akan bersedih sekiranya kalian gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah penat berusaha..Mama akan terluka andai kalian berputus asa dengan dugaan Allah.. dan mama akan kecewa andai kalian Mengingkari perintah Allah..

Ingatlah sayang pesan mama..
Berjaya jangan sampai kau berbangga..
Gagal jangan sampai kau kecewa..


Abang dan Adeq
Kalian carilah keredhaan Allah dan bukannya penghargaan manusia.
Mama sayang Abang dan Adeq setulus cinta dihati mama...
Paling dalam...



Jika saat kalian baca coretan mama ini, mama tiada lagi disisi kalian..
Ingat pesan mama sayang...ingat pesan mama..!!!


 
 
 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday, 14 March 2013

Boboy VS Gegirl

السلام عليكم

Abanglong dengan mainan dia..
haku rasa kalau dikumpul balik mainan dia semua mau berkotak kot..

Ultraman dia jerk pon dah beratus ekor..tue tak termasuk yang patah kaki tangan lagik..
Dah la tue..berjenis-jenis plak tue ultramannya..Tarolah Daia lah, Mebiuslah...bla bla bla haku pon tak ingat daaaa...

tue tak termasuk superheroes yang lain-lain lagi...haku bukan nya kenal sangat..seriyes i dont know.Hari nie dia bagitau haku esok lusa haku dah lupa balik..Dasar kunyah semut.


and yes, he knows more random facts about the superheroes than i do.i means ultraman tuelah.Masa haku kecik-kecik mana ada ultraman pon kan , yang ada gaban dan kesatria baja hitamm jeww....btw haku layan jugak citer tuh..petang-petang siap standby depan tv tunggu cerita kesatria baja hitam...

Bila mak marah sebab asyik melangut tengok tv jerk haku hangkut adik-adik haku pergi tengok kat umah jiran..jauh dari mak so mak tak bising lagi sebab haku jaga adik. kenkononnya bawa adik jalan-jalan gitu..eh tercerita pasal haku plak, kantoi.



dan nie Adeq plak dengan mainan dia..
Tetiap kali pergi shopping ker pasar malam ker asal nampak mainan masak-masak jerk merengeklah dia nak..

Rasanya semua kelengkapan memasak dia semua dah ada..silap takde jual esbok mainan jerk lagi...kalau tak itu pon harus dibeli jugak tuh..


Kalau dia main sensorang tue ocay lagi tapi bila dia dah start buka order memang masak lah semua orang dalam rumah tue..kejap-kejap datang tanya "mama nak makan ape? papa nak makan ape?nak minum ape?"

Dah ambik order kena makan pulak.......last-last habes semua anak beranak main masak-masak..layannnnnnn...

 Semoga besar nanti pon adeq rajinlah memasak yer nak...


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday, 13 March 2013

Wordless Wednesday : menu semalam

السلام عليكم

Ini adalah daging blackpepper berdamping dengan salad menghijau bak rumput dipadang pasir tapi masalahnya padang pasir takde rumput....acanerrrr..

hahhh amacam?
terkesima tak?

kerlasssss kan nama masakan kak nam...
nanges Chef Zubir dengor nama menu hakak..:P
hikhikhik..


 
 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~