Showing posts with label sosej. Show all posts
Showing posts with label sosej. Show all posts

Saturday, 23 February 2013

Resepi : Sosej Roll Crunchy

السلام عليكم

macam bestt jerk guna perkataan crunchy...hiks

Nie adalah untuk kudapan pagi aka bekpes..Senang, cepat,simple dan sedap..
Anak-anak pon layan makan sebab ader sosej kat dalam kan..kulit kat luar ranggup pulak so sukalah anak-anak tue. Kalau tanya haku rasa dia macam mana ? jawapannya haruslah rasa sosej tapi sosej yang ader kulit ranggup kat luar gitu......:P


So nak buat nyer wajib ader sosej  dan kulit popia.Kulit popia ader yang besar dan kecik kan..better ambik yang besar sebab senang nak gulung..Telur pulak ambik yang kuning sajer untuk buat gam main tampal-tampal..


sebenarnya ader tiga version orang buat sosej roll nie...Sila imagine sendiri ape yg haku bagitau nie yer..sebab tak de gambar untuk penjelasan lebih jelas..hiks


pertama ko golekkan roti gadenia sampai nipis pastu bentang kulit popia dan letak roti gadenia atas kulit popia tue pastu letak cheesedale sekeping dan last baru letak sosej dan gulung..siappppp

kedua ko bentangkan kulit popia lepas tue letak cheesedale sekeping dan letak sosej pastu gulungg..siapppp..

Ketiga adalah version malas piang macam haku buat kat atas. ko bentang kulit popia tue pastu letak sosej kat atas then gulung sesuka hati. Siapppp...tapi yang macam nie haku tak jumpa lagi orang buat melainkan haku sendiri yang sesuka hati buat....

asalnyer haku nak letak cheesedale tapi kan semalam cheesedale haku dah habeskan buat ommelete tue kenkonon tak nak membazirlah sangat last last hari nie mengagau carik cheesedale tapi dah elek pocit..so belasah buat togel macam tue jerk..sedap jugak..!!

dan sebenarnya version pertama dan kedua pon haku dah try buat sebelum nie tapi tak seranggup version ketiga yang haku buat nie..



Letak sosej dan gulunglah sesuka hati macam mana pon janji elok tergulung sosej tuh..Guna telur kuning sebagai gam..selagi tak lekat ko sapu jerk telur tue kasi melekat untuk gulung..

Ocay ader dua pilihan ko nak buat sosej secara potong macam gambar haku kat atas nun atau guna sosej sebatang. Kalau buat sosej sebatang keranggupan dia lebih terserlah berbanding sosej yang dipotong.Tapi nak goreng susah sikit sebab kulit popia mudah pecah.

Kalau kita potong/belah kita akan balut sosej tue dengan kulit popia yang digulung banyak kali kan so akan jadi teballah sikit tetapi tetap ranggup jugak..itu pun kalau ko guna kulit popia yang version besar macam hakulah kan...


Siap dah gulung semuanya..agak banyak jugak sebab haku kerat dua sosej tue kan. motif kerat supaya senang sikit anak-anak haku nak pegang dan makan.


Lepas tue bolehlah goreng . Kalau guna minyak penuh sampai tenggelam sosej tue lagi bagus dan lagi senang kejer menggoreng.Haku guna minyak tenggelam separuh sajerk sebab haku nie kedekut orangnyer...:P

Goreng sampai betul-betul kulit popia jadi oren/keras baru dia akan jadi ranggup..kalau kulit tue dok putih lembik lagik kompom kulit sosej ko liat bila nak makan nanti.

Tapi AWAS kalau goreng lama sangat dan minyak terlalu panas sosej dan kulit popia akan terbelah dan minyak akan meletup-letup. itu petanda sosej tue minta diangkat lah tue.. hati-hati dan jaga diri sendiri yer waktu menggoreng..minyak panas adalah bahaya..takott..


dah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.kitaorang makan cicah ngan sos, sedap..anak-anak makan kosong macam tue jerk. Itu pon sedap jugak sebab sosej tuh dah rasa masin2 sikit kan...

kalau boring-boring tak tau nak masak bekpes aper bolehlah korunk cuba buat sosej roll neh..

Ocaylah selamat berhujung minggu korunk..
Take care walau dimana korunk berada...:)


Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~