Showing posts with label INFO/TIPS. Show all posts
Showing posts with label INFO/TIPS. Show all posts

Wednesday, 5 January 2011

Rahsia Bibir Sihat Cantik dan Menawan



Cantik kan bibir haku..?*pitam*


Sesaper nak bibir cantik macam haku *kelip-kelip mater* boleh ikut Tips kat bawah neh..haku pon kengkadang memang buat seperti yang disarankan..sebab tuelah biler En Epai dapat bibir haku diyer taknak lepas.Eh.


okeh jangan biarkan diyer merapu lelebih..
check it out bebehh..
*amacam pantun 2 kerat haku*

1.kekalkan kesihatan dan kelembutannya walaupun anda bukan wanita yang gemar bersolek.

2.Lembapkan bahagian berkenaan dan lindungi ia dengan salap bibir sekerap mungkin khususnya sebelum masuk ke kamar.
Malah amalan menggosok bibir menggunakan berus gigi sebelum tidur (gosok dengan lembut) dikatakan mampu menanggalkan sel mati.

3.Pastikan solekan bibir lebih cantik dan gincu tahan lebih lama,dengan ratakan sedikit bedak asas supaya mudah membentuk bibir yang dikehendaki

4.Penggunaan penggaris bibir mungkin dianggap remeh, tetapi perlu bagi individu memiliki banyak rona untuk disamakan dengan rona gincu.

5.Pilih gincu sesuai dengan wajah dan kulit. Sekiranya rona merah jambu menampakkan gigi lebih kuning, tukar warnanya kepada rona yang lebih redup.

6.Bagi mendapatkan sapuan lebih tahan lama, gunakan berus. Mendapatkan ilusi bibir mungil pula, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir atas dan bawah.

Tips 1,2,3,5,6 memang haku selalu buat tapi Tips 4 tuh jarang-jarang sajer haku buat.sebab malas dan yess remeh.


Cantik kan bibir Lisa..tapi diyer bukan takat bibir jerk yang cantik..memang semua yang ado kat badan diyer cantik ponnn...*dgn nada sangat jeles*


Saturday, 23 October 2010

Tips Kemesraan Suami Isteri

Tips Kemesraan Suami Isteri nih bukan direka-reka yer kawan-kawan tapi ia merupakan amalan Rasulullah S.A.W.Mari kiter renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Tidur dalam satu selimut bersama isteri


Dari Atha’ bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)


Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)


Membersihkan titisan darah haid isteri


Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)


Segera menemui isteri jika tergoda


Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)


Tidur di pangkuan isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)


Memanggil isteri dengan kata-kata mesra


Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


Meminta isteri meminyaki badan

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)


Membelai isteri

“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Mencium isteri


Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Katakau CNN :
Tips ini merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W.
Segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah maka ganjaran pahala akan diberikan sekiranya kita mengamalkannya.Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W...:)

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Saturday, 19 June 2010

6 Panduan Elak Perut Dari Buncit

Semua wanita pasti mengidamkan perut yang kempis dan bebas dari sebarang benjolan lemak. Namun, pemakanan dan gaya hidup hari ini yang semakin diabaikan, ramai wanita mengalami masalah perut buncit.

Ada enam panduan boleh dicuba wanita yang impikan perut kempis. Caranya adalah:

• Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

• MInum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh.

• Hindari minuman beralkohol. Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

• Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

• Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang terkumpul pada perut anda.

• Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

Sumber: Berita Harian
**********************************************************************************
kalo keadaan perut ko samdengan jerk ngan haku takyah ler gatal-gatal pegi ikut panduan nie plak yer...


Monday, 31 May 2010

18 Info Kembali Langsing

1. Kawal jumlah kalori
Sebaik-baiknya, cuba kawal atau hadkan jumlah kalori yang diambil setiap hari agar usaha menurunkan berat badan menampakkan hasilnya. Elakkan makanan manis dan berlemak.

2. Ambil banyak kalori rendah
Langkah awal yang boleh anda lakukan ialah dengan mengambil lebih banyak produk berkalori rendah. Biasanya jenis makanan ini dihasilkan daripada bahan-bahan pengganti yang berkalori rendah sehingga jumlah kalorinya menjadi terbatas.

3. Jangan berlebihan
Amalan memakan produk berlabel rendah kalori tidak bererti anda bebas menikmatinya sesuka hati. Ini kerana jika sudah terlebih mengambilnya, jumlah keseluruhan kalori yang anda ambil adalah sama seperti anda memakan kalori dalam kuantiti yang banyak.

4. Madu = gula
Gula ataupun madu? Kedua-duanya sama sahaja. Tahap kemanisan dan kalori yang terkandung dalam kedua-dua bahan ini tidak banyak berbeza. Jadi, elakkan diri daripada menggunakan madu terlalu banyak hanya kerana anda ingin mendapatkan rasa yang manis seperti gula.

5. Bijak Pilih Buah
Kebanyakan buah yang mengandungi karbohidrat yang tinggi mempunyai jumlah kalori yang tinggi juga. Jadi, sebagai pilihan yang selamat, adalah lebih baik jika anda memakan buah-buahan tempatan seperti betik, limau ataupun tembikai yang telah terbukti mempunyai kandungan kalori yang rendah.

6. Kurangkan makan
Mulai daripada saat ini, cubalah untuk mengurangkan jumlah makanan yang hendak diambil. Jadi, aturlah menu seharian dan jangan lupa disertai dengan aktiviti senaman. Gabungan kedua-duanya pasti membuahkan hasil dalam tempoh yang singkat.

7. Beri lebih tumpuan
Anda juga perlu lebih memberikan lebih fokus terhadap usaha anda untuk mencipta sesuatu yang baru (berusaha untuk langsing) dalam rutin harian yang bakal anda tempuh selepas ini.

8. Nasi = mi = karbohidrat tinggi
Biasanya jika menyentuh tentang diet, kebanyakan orang menyatakan bahawa mereka cuba mengelakkan diri daripada menjamah nasi tetapi menggantikan menu ini dengan mi, kentang, pasta ataupun makanan-makanan lain yang sama jumlah kalorinya dengan nasi. Perlu diketahui, bahawa kesan yang bakal anda rasai daripada pengambilan makanan berkarbohidrat sebegini adalah sama seperti anda mengambil nasi.

9. Kuasa air putih
Air putih punya kelebihannya yang tersendiri. Justeru, anda perlu membiasakan diri untuk meminum air putih sebelum makan atau mengunyah sesuatu. Dengan cara sebegini, anda akan lekas kenyang dan dapat mengurangkan jumlah makanan yang hendak dimakan. Sebaik-baiknya minum air putih 20 minit sebelum waktu makan.

10. Simpan makanan segar
Daripada menyimpan stok bahan makanan yang perlu dimasak terlebih dahulu (makanan dalam tin), adalah lebih bagus jika anda menyimpan makanan yang segar. Makanan segar lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

11. Motivasikan diri
Sebagai motivasi diri, apa kata anda cuba cadangan ini. Gantung baju idaman anda yang saiznya lebih kecil daripada saiz baju yang anda pakai sekarang. Lihatlah baju tersebut setiap hari dan tanam azam dalam diri untuk membolehkan anda memakainya suatu hari nanti apabila telah kembali langsing.

12. Tidur mencukupi
Para penyelidik dari University of Chicago mendapati bahawa tidur yang mencukupi dapat mempercepatkan pembakaran metabolisme pada tubuh setiap wanita sehingga 40 peratus.

13. Sarapan jangan diabaikan
Wanita yang berdiet sering mengabaikan sarapan. Jangan begitu! Dengan mengambil sarapan yang berkhasiat setiap hari, ia secara tidak langsung dapat membantu anda mengurangkan jumlah makanan yang perlu diambil di waktu makan tengah hari. Jadi, anda dapat mengurangkan jumlah makanan yang bakal diambil.

14. Buang tabiat buruk
Untuk memastikan anda berjaya melangsingkan tubuh, anda perlu menyingkirkan tabiat buruk yang satu ini. Kebanyakan orang suka makan di tempat tidur, makan sambil menonton televisyen ataupun membaca. Jadi, elakkan daripada berterusan melakukan tabiat sebegini.

15. Minum teh hijau
Hasil kajian oleh University of Switzerland berjaya membuktikan bahawa kekerapan meminum teh hijau mampu membantu anda membakar kalori dalam tubuh dengan lebih cepat dan efektif.

16. Naik tangga, turun tangga
Sekiranya anda malas ataupun tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melakukan senaman, cara mudah yang boleh anda amalkan ialah dengan melakukan aktiviti naik tangga, turun tangga. Dengan beberapa langkah menaiki dan menuruni anak tangga, anda akan peroleh kesannya dalam masa yang singkat kerana ia sama seperti anda berjoging. Namun, awas! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini dengan memakai kasut yang bertumit tinggi bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

17. Amalkan regangan
Kerajinan anda melakukan senaman regangan juga boleh membantu anda mencapai impian. Melakukan regangan sebelum tidur akan membantu tubuh melentur. Dengan itu, anda dapat melakukan apa sahaja jenis senaman yang bersesuaian. Tambah menarik jika anda sememangnya mempunyai asas yoga. Ia tentu lebih berkesan!

18. Berlari secara tenang
Kaedah berlari yang baik adalah larian yang dilakukan tanpa mementingkan tahap kelajuan larian. Ia seharusnya dilakukan dalam keadaan yang tenang, bersahaja dan jika diizinkan anda boleh berlari sambil berbual-bual dengan teman yang turut sama berlari dengan anda pada ketika itu.

Sumber: Pa&Ma (November 2005)




Thursday, 10 September 2009

9 Teknik Cakar Harimau.




1)Langkah Pertama
- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

2)Langkah Kedua
- mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti ....

3)Langkah Ketiga
- dengan membuat `jemput-jemput' pada bahagian tulang belikat.

4)Langkah Keempat & 5)Langkah Kelima
- merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.


Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

6) Langkah Keenam
- dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

7)Langkah Ketujuh
- sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

8)Langkah Kelapan
- Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu' atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu,'' katanya.

***..kalo raser tak munjarabbb jugakkkk ko guner jerk langkah SETERUSNYA nihhh***.........................LANGKAH KE9!!!


REAL PUNYA CAKAR HARIMAU...........................

9)Langkah Kesembilan…


langkahh kesembilannnnn compommmm mujarabbbbbbb bebbbb....!!!