Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, 23 November 2010

Petua Agar Sentiasa Kelihatan Cantik.

Kredit picture to google

Setiap insan yang lahir didunia nie semuanyer cantik..cantik dengan cara mereka sendiri..cantik dengan kelebihan masing-masing...

Jom kita hayati erti CANTIK yang sebenar...cantik secara semulajadi..cantik mengikut acuan Islam...Cantik yang sebenar-benarnya tanpa krim muka,pencuci muka,pelembab dan juga penyegar....


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.

Cucilah minima 5 kali sehari dengan air wuduk.Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri.Lalu ambillah sejadah ,solat,berzikir dan doa.


2. Untuk Menghilangkan Stress.

Perbanyakkan pergerakkan ,perbanyakkan solat.ketika solat,kita mengerakkan seluruh tubuh lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.


3.Untuk Pelembab agar awet muda.

Sentiasalah memberikan senyuman.tidak hanya dibibir tapi juga dihati.Jangan lupa bisikkan "kata Kunci" "Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"(Ya Allah sebagaimana Engkau telah memperindahkan kejadianku,maka perindahkan pula akhlakku)(HR Ahmad)


4. Supaya Bibir kelihatan cantik

Bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,tidak menyombongkan diri atau takbur.


5. Agar tubuh menjadi Langsing dan Mulus.

Diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali,Isnin dan Khamis. Jika kuat lebih bagus lagi puasa Nabi Daud a.s selang satu hari.Makanlah makanan halal,perbanyakkan sayuran,buah-buahan dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Syukur Alhamdulillah diatas segala kurniaan dan nikmat dariNya..

Saturday, 23 October 2010

Tips Kemesraan Suami Isteri

Tips Kemesraan Suami Isteri nih bukan direka-reka yer kawan-kawan tapi ia merupakan amalan Rasulullah S.A.W.Mari kiter renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Tidur dalam satu selimut bersama isteri


Dari Atha’ bin Yasar:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dan ‘Aisyah r.a biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan ‘Aisyah r.a, tiba-tiba ‘Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawabnya, ‘Kerana saya haid, wahai Rasulullah.’ Rasulullah berkata, ‘Kalau begitu, pergilah ambil kain dan dekatlah kembali kepadaku.’ Aku pun masuk lalu berselimut bersama beliau” (Hadith Riwayat Sa’id bin Manshur)


Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Rasulullah S.A.W biasa memicit hidung ‘Aisyah jika beliau marah dan baginda berkata, “Wahai ‘Uwaisy, bacalah doa: ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” ( Hadith Riwayat Ibnu Sunni)


Membersihkan titisan darah haid isteri


Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah S.A.W di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Bila darahku menitis ke atas tikar itu, beliau mencuci bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda solat di tempat itu pula, lalu baginda berbaring kembali di sisiku. Bila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, baginda mencuci di bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun solat di atas tiakr itu.” (Hadith Riwayat Nasa’i)


Segera menemui isteri jika tergoda


Dari Jabir, sesungguhnya Nabi S.A.W pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita, kalau mengadap, ia mengadap dalam rupa syaitan….Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Hadith Riwayat Tirmidzi)


Tidur di pangkuan isteri

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Nabi S.A.W biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)


Memanggil isteri dengan kata-kata mesra


Rasulullah S.A.W biasa memanggil ‘Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti ‘Aisy dan Humaira (pipi merah delima).


Meminta isteri meminyaki badan

Dari ‘Aisyah r.a, beliau berkata, “Saya meminyaki badan Rasulullah S.A.W pada Hari Raya Aidil Adha setelah baginda melakukan jumrah ‘aqabah.” (Hadith Riwayat Ibnu ‘Asakir)


Membelai isteri

“Adalah Rasulullah S.A.W tidaklah setiap hari melainkan baginda mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Beliau menghampiri dan membelai kami dengan tidak mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di tempatnya.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Mencium isteri


Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W baisa mencium isterinya setelah wudhu’, kemudian beliau solat dan tidak mengulangi wudhu’nya.” (Hadith Riwayat ‘Abdurrazaq)
Dari Hafsah, puteri ‘Umar r.a, “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W biasa mencium isterinya sekalipun sedang puasa.” (Hadith Riwayat Ahmad)


Katakau CNN :
Tips ini merupakan amalan Nabi kita sendiri, Rasulullah S.A.W.
Segala perbuatan baginda adalah suatu sunnah maka ganjaran pahala akan diberikan sekiranya kita mengamalkannya.Betapa romantiknya Rasulullah S.A.W...:)

Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!

~CNN~

Thursday, 14 October 2010

30 Luahan Perasaan Suami yang patut isteri tahu..


Mari check it out aper En Somi nakkkk....

1."isteriku, Iktitraflah kelakianku"

2."Isteriku,Jagalah Rumahku"

3."Isteriku, Janganlah Leteri aku"

4."Isteriku, Fahamilah Perasaanku"

5."Isteriku, Berbincanglah dengan ku"

6."Isteriku, Hiasilah Dirimu"

7."Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku"

8."Isteriku,Hargailah pemberianku"

9."Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"

10."Isteriku, Jagalah Makan Minumku"

11."Isteriku,Jagalah pakaianku"

12."Isteriku , Didiklah Anak-Anakku"

13."Isteriku, Raikan Keluargaku"

14."Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu"

15."Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"

16."Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"

17."Isteriku, Patuhlah Kepadaku"

18."Isteriku, Janganlah Cemburu Buta"

19."Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu"

20."Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku"

21." Isteriku, Bantulah Kejayaan ku."

22"Isteriku,"Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia"

23."Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku"

24."Isteriku, Janganlah Boros"

25."Isteriku, Hargailah Kejayaanku"

26"Isteriku,Galakkanlah Hobiku"

27."Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku"

28."Isteriku,Berjimat Cermatlah"

29."Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"

30."Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku."

***************************************************************************
KatakauFAISH :



ocay mari kiter komen sikitttttt....tak banyak sikit jerkkk....

kadang-kadang si isteri dah cukup sempurna bukan takat 30 kat atas tuh jerk diyer kasik tapi 50 luahan perasaan somi si isteri penuhi tapi kenapa mesti En somi berpaling arah jugerrrr....

30 luahan perasaan somi nie haku hambek dari Email..errrrr ader sesaper nak buat 30 luahan isteri pulakkkk....takkan suami jerk kannn...camner ngan luahan isteri, haruskah dipendam kan ajer atau dibiarkan kosong dan dipandang sepi dek suami...haruskahhhhhhhh...