Sedikit info mengenai khasiat dan kebaikan Jagung yang dapat dikongsikan.check it out..!!

Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput ‘Gramineae’. Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.

Jagung muda kaya dengan protein, beta-kerotina, vitamin A, B1, B6, C dan K, kalsium, fosforus, zat besi, serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.

Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh. Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak,kolestrol dan rendah kalori.

Selain itu, ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati.

Menurut kajian sains makanan, jagung yang dimasak sama ada dikukus,rebus atau dibakar, membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung
So ibu-ibu dan bapa-bapa tak perlulah rasa takut kalau anak korunk suker makan jagung yer sebab dah terbukti jagung neh banyak khasiat dan kelebihannyer.ai pon suker jagung you..!!

Kalau dah mamanyer suker jagung anak apatah lagikan.Danial nie leh kater tiap-tiap minggu haku beli kan jagung utk diyer...memang diyer suker sangat mkn jagung nihhh...haku pon sonok tengok diyer makan...Lahap gilerrrrr......
....cedaapppppp katernyer.....