Wednesday 30 March 2011

Poco-Poco HARAM

kredit picture to gugel


petang tadi sempat selak kosmo kejap then haku terbaca Perak haramkan Poco-poco.Ater Perak jerk ker? Negeri lain?eh kalau dah haram jangan dipandang enteng okeh.*wahhh enteng lagik* Sebab setahu haku penjawat awam banyak yang jadikkan poco-poco sebagai aktiviti mingguan dan poco-poco bukan lagi sesuatu yang asing.

Kat sini kalau ader aktiviti atau program rakan muda atau belia semua buat senam poco-poco. Dah takder makna senam erobik dah.Tapi haku tak pernah layan lagik poco-poco nehh sebab sebab sebabbb haku rasa maluuuuuuuu lah...*selak kaen tutop muker*

eh ini betul,tak tipu tau sampai ader member sound haku kaki bangku la,kaki keras la,sayang bontot la hehh macam-macam..tapi ader haku kesah,huhu kenyataan nyer haku takut kurus.Sebab orang cakap poco-poco boleh kuruskan badan,eh iyer ker?

Memang tak menarik perhatian haku pon,Macam susah jerk poco-poco tuh,better haku duduk tepi tengok orang.Lepas tuh kalau nampak yang over sikit berpoco-poco, yang kenkonon bajet cung tuh,compom jadik bahan gelak haku..tue dia dah jelas motip dok tepi.


Neh petikan berita dari kosmo Perak Haramkan Poco-poco

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu. “Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


eh lepas neh kena layan lagu 1 Malaysia lah pulak yer,tak reti-reti lagik..!!




Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!



Hadiah GA sudah dipos dan Cabutan kali kedua akan dibuat.



Hadiah yang dah siap dipacking. banyakkkkkkk tau balutan yang haku buat dengan harapan barang yang sampai nanti elok seperti yang dipos. Harap-harap takder la yang tercerai berai yer.

1. paklong sifu
2. nettskerepek
3. mamaaerish aed
4. fatinlovecontest
5. munajatcinta
6. mamaqari
7. anaelzahra
8. tiefazatie
9. zueannaleeya
10.ilovecontestblog
11.storybydini
12.kaklong
13.taufididris
14.duniakuchieyda
15.annaz79
16.reasonofreality
17.lovecontestverymuch
18.azatiesayang
19.akuolind
20.chea94
21.sahbanumulaan

Hadiah milik yang bertuah diatas CNN dah pos yer.kalau tak silap hari isnin kelmarin.Maaf lambat sikit pos sebab dok tunggu semua kasik address.CNN pos biasa ajer so mungkin take time untuk sampai pada korunk.

Berita gembira pada yang lain nyer yang menyertai GA CNN,CNN akan membuat cabutan semula sebanyak 9 cabutan lagi. So stay tune ya,mungkin anda masih bertuah..:)



p/s: empat hari yang lepas haku tak buka belog langsung,buang tebiat betul...!!! OMG what happen to me..!!


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Friday 25 March 2011

Diserang lagi..!!



sakit + moody + ubat migrain + panadol + mineral water + tido



complete set untuk hari nehh..




gambar-gambar diatas dari en gugel,kredit pada gugel yg memahami.



Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Thursday 24 March 2011

Selamat Tinggal

Ya amponnn best giler lagu neh..tapi sumpah tak tahan tengok muka seriyes Zizan. Diyer buat muka seriyes pon boleh buat haku tergelak. Cayalah Zizan,maju lagi bertapak-tapak..sedap gak eh sore diyer..




Selamat Tinggal - Zizan Raja Lawak ft. Dina

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok
Dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini

Mana janji
Mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (jangan pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal

Kau cintaku yang kekal
Selamat tinggal

********************************************************************
jalan cerita diyer sedih la kannn.....menyentuhh hatey gitew..:(

Sore Dina merdu sangat dan Rap Zizan menjadi..Lagu neh yang Astro pasang time Raja Lawak tuh ari yerk..hahaha lambat giler haku tahu. Masa raja lawak tuh haku tertanya-tanya jugak lagu saper tuh tapi memang tak tahu lagik lagu Dina ngan Zizan..huhuuu

Gabungan yang Mantap..!!



Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!


Wednesday 23 March 2011

Hati Seorang Ibu Yang Kau Sentuh



Memang normal balik dari kerja mesti layan citer-citer dari Abglong dulu sebelum buat kerja-kerja lain. Dialog kami anak beranak neh masa kat umah pengasuh tempohari.

AbgLong : mamaaa, naper keta kiter ader uwer (dua)

CNN : Satu keta papa, satu keta babah (somi pengasuh)

Abglong: Keta mama takder ker?

CNN : mama maner ader kereta,Mamakan naik dengan papa jer

Abglong : cian mama...*termenung lamer pastu baru sambung ayat diyer*takper nanti abanglong beli kan mama keta.

CNN : Iyer ker Abanglong nak belikan mama kereta neh.

AbgLong: iyerrrrrr...nanti abglong olah(sekolah),abglong work pastu abglong belilah keta untuk mama...

CNN : alololoo, cayunk anak mama neh, esok Abanglong beli tau kereta untuk mama..jangan luper yerrr

AbgLong : ecok takleh la mama...*muka sedih*

CNN : Laaa tadi kater nak beli naper tak boleh plak

Abglong : Ecok abglong takde wet(duit) agi(lagi).ecok abaglong ecik(kecik) agi. nantilaaaa abglong ecorr (besar)abglong work ulu(dulu).

CNN : hoooooooooo yerlah yerlahhhhh....



ajernyer yer mama nyer ponnn.dah tak sabor bebenor ker pon nak ada kereta sendirik..kehkehkeh..*maluuuuuuuu ai*



Seriyes cakap, haku agak tersentuh hatey bila abglong cakap macam tuh.Walau hanya niat dan mungkin juga omongan kosong seorang anak kecil tapi hatey ibu ini sudah pon berbunga mekar.



Bukan tersenyum riang dek nak dapat sebiji kereta tapi tersenyum riang kerana si anak sudah pandai mengambil hatey seorang ibu, sudah pandai berfikir untuk menyenangkan hatey ibu.sekurang-kurangnyer abanglong sudah pandai merancang sesuatu.

"Diyer perlu pergi sekolah kemudian perlu pergi kerja dan dapatkan duit.Then bila dah ada duit baru boleh beli kereta.."

Bukankah itu satu perancangan yang baguss..!!!




mama sayangggg abglong sangat-sangat..!!!!





Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!

Aksi Marabahaya




Budak neh haku nampak kat Tesco kampar. memang kagum tengok diyer "drive" siap ader sound efek segala. Dah tuh beria diyer corner maut kau. sakit perut haku gelakkan diyer.



Haku rasekan budak neh makpak diyer takleh leka dan takleh letak kunci kereta merata-rata sebab haku berani jamin diyer akan cuba test kat kereta mak bapak diyer plak.
Diyer mesti nak aplikasikan aper yang diyer buat kat game neh dengan yang real punyer.





Sedangkan Danial yang main macam kat atas neh pon,sopan santun siap brek pon orang tolong tekankan lagi tapi tetap jugak pantang nampak enEpai tinggalkan kereta berenjin, cargas jerk diyer melompat ker tempat duduk pemandu.

Ader one day tuh kan, haku duduk dekat belakang dengan adik. EnEpai keluar pegi kedai, sebabkan weouls dalam kereta takder lah diyer tutupkan enjin. macam kebiasaan enEpai turun Danial sepantasnyer duduk tempat pemandu sambil buat eksyen memandu.

Tapi kali nie diyer dengan beraninyer pegi tekan enjin..
vrooommmmm vrrrooommmmmm vroooommmmmmmmmm..

Haku punyer menjerit terkejut bagai nak luruh jantung.nasib time gear free kalau tak huh nauzubillah. mau haku tak menjerit, anak haku duduk kat bawah sambil main-main tekan enjin. Selalu diyer pusing-pusing streng jerk tapi ari tuh buang tebiat aper ntah.

giler sentap haku nok..!!sah-sah kener pelempang haku sedas..hambek kau hubatt..!!


Jom join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.!!






Tuesday 22 March 2011

Tidak Perlu Melatah..!!




kalau asal kau tidak bertudung kendian kau bertudung, kau akan dipuja dan disanjung

kalau asal kau bertudung kendian kau menampakkan walau seurat rambut atau berubah fesyen sedikit kau akan terus dikecam.


Itu adalah lumrah alam dan sifat manusia memang begitu.Walau siapapon kiter,dimanapon kiter berada, kiter tidak akan pernah terlepas dari hal-hal yang kadang-kadang bisa menyedarkan kiter yang sedikit terleka.


Satu jari ditujukan kepada orang lain empat jari pula menghala batang hidung sendirik.Semoga hari ini kiter akan jadi lebih baik dari semalam yang telah kita tinggalkan.


Bersyukurlah kerna masih ada yang sayang..



merujuk kepada entry INI .





**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.**

Monday 21 March 2011

Yuna, Pleaselah....!!

okeh kau boleh cakap haku kolot atau haku buta fesyen atau yang sewaktu dengannyer. Ader haku kesah...!!



Tapi haku betul-betul tak setuju kalau Yuna nak pakai tudung macam tuh...
TIDAKKKKKKKKK SETUJUUUUUUUU....!!

OMG...!!!
pleaselah Yuna, kekalkan keayuanmu dengan bertudung seperti sebelum ini.


kelu lidah biler pestime tengok gambar-gambar Yuna neh kat beautifulnara .Betul cakap abang Nara tuh, ramai yang jadikkan kamu sebagai idola dik oii..Janganlah kau jadik mangsa fesyen pulak..walau hanya suka-suka tapi banyak mata yang memandang.Banyak yang mengambil kisah tentang kamu kerana kamu yang bernama " IDOL ".



Haku ader sedikit rase kecewa bila tengok Yuna terlalu mengikut trend terkini.Setahu haku ini bukan tudung tapi lebih kepada serkup jerk.




hermmmmmmmmm entahlahh....:(

Haku nak Yuna yang dolu yang chumel berhijab dan yang manis dipandang mata.

Lihat entry lama haku lisa surihani dan yuna jugak yang terbaik







**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**






Cikgu Shida Bersama Dato Siti Nurhaliza.

Tak semua orang boleh buat apa yang cikgu Shida buat dan tak semua orang suka apa yang cikgu Shida buat. Tapi bagi haku,haku enjoy dengan semua video miming beliau.


Walau pada mulanyer haku ader jugak terlepas cakap "giler ah cikgu neh, tak siuman" but now lamer-lamer tengok beliau dengan video-video beliau, tengok beliau dengan anak-anak murid beliau..nyata beliau memang seorang cikgu yang gila-gila dan sporting. Eh naper zaman haku dulu takder cikgu macam neh.


Bagi yang tak suka Cikgu Shida, Jangan bacer dan tengok entry haku neh, kang bertambah plak dosa korunk mengutuk diyer.Bagi haku cikgu Shida ocay sajer, kretip, sporting dan lawokkk. Tak ramai yang berani untuk buat miming macam cikgu Shida apatah lagik perempuan, bujang pulak tuh, kakitangan kerajaan lagik, dah tue cikgu lagik..so haku terpaksa akui yang cikgu Shida sungguh berani dan berkeyakinan tinggi.


Korunk-korunk yang tak berminat dan suka mengutuk mengata cikgu shida neh brani ker buat macam diyer buat. kalau tak brani, duduk diam-diam kat situ dan tak payah nak mengutuk diyer.





Sapa tengok SITI hari sabtu lepas?


hermmm hebat jugak cikgu Shida neh, dapat menarik minat Dato Siti dalam art miming diyer. dan yang penting Dato Siti turut kagum dengan kebolehan cikgu Shida sampaikan beliau sudi jemput cikgu shida ker studio SITI. tapi cikgu shida tak dapat datang pulak, mungkin diyer segan dengan Dato Siti kut.


Video miming special cikgu shida untuk Dato Siti Nurhaliza."Siti Situ Sana Sini"



Cikgu Shida dah makin pemes dah skang neh. Cer tengok berita terkini dari diyer yang haku copy dari belog cikgu shida. Dah jadik artis skang..huhuuu..



BEGHITE TERKINI pompuan 3 suku masak

Tunggukan panggilan hangit bin rentong yang dibuat oleh C.S.D.P di HotFM, AM krew, Isnin, 21/03/11, saper ke yang kene?!!!

- Video gimik ke-3 HotFM 'Wak AG VS Cikgu Shida, 21/03/11

- C.S.D.P ditaworkan berlakon bukan satu dan bukan juge due.... he heeee... leading lak tu... dengan bayaran RM5000-RM8000, jadi le... ye dak...

- C.S.D.P ditawarkan menulis di dalam majalah kartun G3 (karangkraf), bantai le citer ape... merapu... satu citer sebulan... dapat le rm80, boleh le gune tuk bayor sewa internet... he heee...





Kalau haku jadik anak murid diyer haku bangga beb dapat belajar ngan diyer, hidup dengan enjoy dan penuh keyakinan walau asal dari " PARIT " bukannyer Paris..hehhhhh....

Now glamor Parit owh..ader yang taktau ker Parit kat ner ?ater kome Perak ler. Pekan Parit idak ler besor beno tapi sejak kemunculan cikgu Shida neh Parit dah glemor beb..Jangan carik pasal..hahaha


Skang cikgu Shida dah ader belog tau, Sesaper yang belum tahu silalah jengah ker belog pemes beliau..Baru buka akaun tapi follower mak aiii dah ramai giler beb, kalah follower haku.


Betullah cakap blogger otai, kalau nak belog kiter femes " Carilah kelainan dalam berblog " dan cikgu Shida dah pon buktikan kenyataan itu betul.


Ini belog cikgu Shida cikshidadariparitmimingartvideos






Video neh lawak ahhh..tapi banyak jugak video diyer yang haku suker tengok terutama sekali yang lagu kalau berpacaran..gempak ah cakap kau.








**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**

Sunday 20 March 2011

Laksa Kesukaan Turun Temurun


Laksa memang haku suker sejak azali lagik.Sedar-sedar diri memang haku sudah cintakan laksa. Haku boleh makan laksa hari-hari. Haku boleh makan laksa berulang kali dalam satu masa.

Tapi ada satu jenis laksa yang haku tak suka. Laksa beras,oghang perak selalu buat laksa beras,kat Kuala Kangsar banyak.Tapi laksa beras memang tak boleh blah ngan tekak haku. Yang haku cakap neh laksa Penang @laksa utara. no satu dalam list makanan peberet haku.

Syukur juger sebab En Epai jugak hantu laksa macam haku, and now abaglong pon dah nampak tanda-tanda sukakan laksa. family haku,family en epai juga pecinta laksa. Kami semua sukakan laksa Penang.


tak semua orang pandai buat laksa dan rajin untuk masak laksa. Ada yang tahu buat tapi laksa nyer boleh lahh dari takda kata orang. tapi maksud haku laksa yang betul-betul kaw dan kalau makan nikmatnyer semacam, macammm perghhh tak terkata, nak tambah lagi dan lagi dan lagi.

Nak masak laksa neh agak remeh sikit tetambah time nak asingkan isi ikan dengan tulang temulangnyer. Memang memerlukan feel kerajinan yang lebih.

Bagi haku laksa yang best mesti color merah bukan putih,mesti pekat,mesti pedas hingga berasap telinga dan cukup masin dan masam nyer. kalau kau bagi haku sepinggan laksa dan tanya haku aper yang lebih dan aper yang kurang, InsyaAllah haku boleh jawab dengan baik.

Haku boleh tahu laksa kau ikan aper,haku boleh tahu ko taruk belacan ker tidak dan haku boleh tahu cabai kering atau cabai besar yang kau gunakan dan haku boleh tahu juga bawang sikit atau banyak yang kau taruk.



So, kalau brani cubalah jemput haku makan laksa kat rumah kau dan tanya aper yang lebih @ kurang laksa kau..hahaha. tapi laksa penanglah yer,selain tuh tak dapek kut.

but lately haku macam tersuka jugak laksam aka laksa versi kelantan. Tapi suka gitu-gitu jerk lah, takderlah sampai boleh komplen sedap ker tak. nak masak laksam pon haku tak pandai sangat kut tapi boleh la sikit-sikit sebab haku pernah jugak tengok mak sedara haku yang kawen ngan orang kelantan masak.




Bagi haku laksa yang terbaik yang pernah haku makan adalah laksa dari air tangan mak dan mak mertua haku. Sumpah sedap hingga menjilat sudu dan garfu.

well MIL haku ader kedai makan. Sesaper yang terlepas ker Matang Jelutong Bagan Serai, singgah-singgah ler ker kedai MIL haku. Order lah laksa diyer yang mantop tuhh..compom berbaloi-baloi.


jemput makan semuaa...!!






**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**



Saturday 19 March 2011

Pestime masak tomyam putih



bukan pestime makan yer tapi pestime masak. selalu dah makan tomyam putih tapi tak pernah try masak lagi. Sebab takut haku masak tak best.

haku guna perencah tomyam putih adabi neh.



Haku kalau buat tomyam ker sup ker mesti tumis dulu rencahnyer. kasik aroma naik dulu, baru ader nafsu nak masak pastu. korunk buat tomyam tumis dulu tak?



haku standart masak tomyam mesti letak sayur lebih, vege dowh.
setangah orang kener letak seafood banyak, udang besar-besar gabak baru feel tomyam. Tapi haku tak kisah asal namer tomyam semua haku belasah sampai licin.

satu periuk untuk makan kami berdua,teror tak teror.Abanglong tak makan sangat tomyam neh,pedas katanyer.Dia tak makan pedas-pedas.


Haku taktau start bila haku suka makan tomyam tapi memang sukalah. Haku lebih suka tomyam merah dari tomyam putih. Tomyam merah rasanyer kaw lagik.

Tomyam putih neh nampak ceroi jerk tapi rasa nyer not bad beb. Tapi apsal kuah tomyam haku tak color putih macam kat kedai makan pon..kehkehkehkeh. Nampak sangat taktau buat.huhu..tapi licin gak seperiuk janji tomyam sudehhh...

eh korunk yang dah biasa masak tomyam putih nehkan, camner erk korunk buat tak kasik jadik ceroi?

Misi memasak tomyam putih yang tak berapa nak putih tapi sedap...hehhh.


**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**





Friday 18 March 2011

Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane

UPDATE : 

CNN menang tempat pertama contest neh..Dapat hanphone samsung dengan free No maxis. Thanks Niniezane.suker sangat..!!

btw Entry ini boleh dijadikan panduan untuk korunk yang nak pergi bercuti ker Marina Cove Resort Lumut..Mudahan dapat membantu korunk dan mencari info mengenai Marina Cove Resort.

 ***************************************

Banyak betul halangan haku nak siapkan entry neh..:(





Tempat yang haku cadangkan untuk pn Niniezane dan family adalah Marina Theme Park, Lumut.haku pernah sampai sini dua kali. Kenapa haku cadangkan tempat neh adalah kerana setahu haku Pn nak bawak anak-anak bercuti sempena cuti sekolah bulan enam nanti. So anak-anak paling suker kalau pergi ker theme park.Kalau tak percaya tanyalah mereka.

sebelum tuh bacer dulu entry penting neh Tips Merancang Percutian

Nak datang Marina Theme Park Tak payah naik flight bagai naik kereta pon boleh sampai jugak. kalau dari Kl tiga jam pon dah boleh sampai tapi kalau dari shah Alam boleh ikut sabak bernam pon tak jauh jugak dalam tiga empat jam dah boleh sampai.

Kalau dah ikut jalan lama sah-sah duit Tol tak payah.Hanya bajet untuk duit minyak sajer. kalau naik Honda,merc dan sewaktu dengannyer duit minyak mungkin dalam seratus pegi balik.Owh ini hanya random yer. Bajet lebih takper jangan kurang nanti tak cukup.



Ini Marina Theme Park.

nak masuk sini kener bayar jugak tapi siyes tak mahal kalau nak bandingkan dengan theme park yang lain.Weekdays ker,peak ker,super peak ker ratenyer adalah sama RM 5 hengget untuk adult and RM 3 hengget for child.

Operating Hours kalau school holiday adalah 10.00 am to 10:00 pm. Lamer tuhh.puas kalau nak main air.Main sampai lebam tapi Jangan sampai demam sudah.


Ini map dalam Marina Water Park.Double klik untuk image yang lebih jelas.

1.Locker,2.Changing & Toilet,3.Food Court,4.Admin (Ticketing & Surau),5.Water volleyball,6.Water Polo,7.Concrete Hide,8.Lazy River,9.Shaded Island,10.Fiber Slide
11.Shelter,12.Children Pool,13.Sand Hut,14.Wet Entrance,15.Olayground,16.3x Olympic Swimming Pool (under construction),17.Bridge,18.Boating (under construction)

keadaan dalam Theme Park neh

Disediakan juga tempat berteduh dan tempat lepak-lepak untuk ibubapa yang tunggu anak-anak main. tapi kalau ibubapa nak join main pon tarak kesah punyer.

kolamnyer adalah sangat luas so tak payah risau kalau orang ramai ker, public holiday ker, cuti sekolah ker. Masih ader tempat-tempat yang kosaong.

Kolam air masin. like mandi lautlah katernyer tapi dalam kolam so selamat dari jely fish dan ombak ganas.



"Salt water is good for skin completion"


Nie masih kat dalam tuh lagik. tempat bebudak main style daratan punyer plak.
owh toilet dan tempat persalinan ado yer, jangan risau. Toiletnyer bersih siap ader lagu-lagu jiwang berkumandang lagik. sambil salin baju sambil nyanyi.

Surau untuk solat pon ader yer dan lagik kantin pon ado. owh ini maklumat penting neh, makanan luar tak boleh bawak masuk dalam neh sebab kantin derang dah ado. Tapi makanan kat kantin tak sedap dan agak mahal so baik makan kat luar yer.

takper biler dah masuk dalam neh, nak keluar balik boleh lagi. tak silap haku boleh keluar masuk 5 times.

Jangan risau makanan kat luar banyak pilihan sebab ada banyak kedai sepanjang jalan ke situ dan lagik murah. Yer itu yang penting. Makan makanan mahal pon kalau tak sedap apahal kan.


sekitar kawasan kolam yang saujana mata memandang




okeh ini kawasan sekitarnyer..check it out..




Nak jalan-jalan tengok laut pon boleh, nak posing-posing tepi laut pon boleh cuma nak tido situ jerk tak boleh.


Ini pon sekitarnyer jugak. sah-sah tepi laut. Walau panas membahang tapi angin laut tetap ado.




bila datang sini orang yang paling gembira dah tentu-tentunya anak jantanku. Memang hepy sungguh diyer main air. Puas hati bawa diyer datang sini. Seronok tengok senyum dan ketawanyer yang tak putus-putus tue.

sungguh melihat anak gembira hatey ibu maner yang tidak senang.





mandi air pancut



Main gelongsor air




main pasir pulak



saat gembira En Epai melayan anak jantannyer.

Tiada apa yang lebih menggembirakan hatey ibu dan ayah selain melihat senyuman dan gelak tawa anak-anak. Hilang rase penat dan lelah bekerja berhari-hari bila dapat menghabiskan masa yang ada bersama anak-anak tersayang.


untuk lebih jelas boleh jengah kat sini yer Marina Water Park





okeh Marina theme Park adalah bersebelahan dengan marina Cove Resort. So boleh bermalam di sini.

boleh tengok pilihan bilik yang ada kat sini dan Ficilities lain yang ada disini.
Hotel Marina Cove Resort

kang kalau haku yang huraikan dan semua nak citer dalam posting neh 3 hari menaip pon tak habis. Kalau tak haku yang pitam menaip boleh jadik korunk yang pitam membaca.

hotel bersebelahan sajer ngan Water Park, so ini pandangan hotel dari water park.


ini plak pandangan water park dari atas hotel aka dari dalam bilik.


Okeh ini bilik yang kitaorang duduk. abaikan yang bersepah tuh. apa yang haku nak tunjuk adalah biliknyer amat luas dan selesa untuk family. tak salah haku bilik yang haku duduk neh adalah yang termurah sekali maser tuh RM 158 henget sajer ada Balkoni mengadap laut. Ini bilik katil bujang dua, so weouls cantumkan thats why katil nampak besar.Kalau bilik yang tak mengadap laut harganyer murah lagik tau.

Sekali ngan pakej breakfast untuk 2 adult. So okeh lahh kan, not bad what. Dah bajet untuk breakfast kat situ dan dah save time nak keluar carik makan segala.

Kat Hotel pon ader swimming pool. Adult and child pon boleh mandi. syaratnyer baju kener color putih dan seluar color hitam. Itu bagi yang takder swimming suit la, kalau ada lagik bagus.




Suasana dimalam hari. nak carik makan untuk makan malam pon tak susah sebab banyak kedai yang bukak waktu malam. Malah kat belakang Hotel pon ader Medan ikan Bakar..Terbaik..!!

seratus hengget pon compom dah puaas makan anak beranak dah.




untuk pengetahuan juga Marina cove neh adalah seiring dan sejalan dengan Teluk Batik. Maka boleh jugak hang out kat teluk batik. main-main pasir, mandi manda,main ombak, tengok-tengok orang pon boleh sekadar mencuci mata..hahaha..

Okeh Teluk Batik memang tak jauh pon,tak sampai sepoloh minit pon drive kesana tapi kalau jalan penatlah jugak.



Makanyer dekat lah jugak dengan Lumut. eh nak ke Pangkor pon boleh. feri sopoloh hengget jerk untuk adult.

So kat Lumut pon boleh jalan-jalan habiskan duit yang ado. Eh lumut pon dah canggih tau sekarang. Bukan macam dolu-dolu lagik. Macam-macam ado. Tak percaya pergilah. Sehari pusing pon boleh penat. Nak pekena ABC ngan Laksa tepi laut pon boleh. pegi kat waterfront Lumut tuh.

Nak membeli dah belah lagik lah boleh. nak beli baju macam-macam pilihan ado. warna pelangi lagik, siap edisi pantai lagik bunga-bunga segala.

Harga pon berpatutan. Nak beli T-shirt edisi pangkor, Lumut dan Teluk Batik dalam sopoloh hengget dah boleh dapat untuk buat kenang-kenangan.

Cenderahati untuk dibawa pulang pon banyak kat sini. Murah-murah semuanyer, Sopoloh hengget dah boleh dapat macam-macam dah.



Makanan Hasil laut lagiklah banyak. Macam-macam boleh beli dengan Sopoloh hengget sajerk.
Cerita-cerita diatas bukan rekaan tapi berdasarkan pengalaman kami sendirik, check it out dalam percutian kami pada tahun lepas 


kami berhoneymoon untuk kali keempat
kisah di Marina Water Park
Marina Cove resort Lumut 

 


Sebenarnyer Entry ini adalah semata-mata nak join Contest Cuti2 Malaysia by Niniezane.

Syaratnyer kener tag 5 lima orang so haku tag, Rosmona,Akma,Afsal,Tinie,Zuraiwan.

So kawan-kawan cepat buat sebab hari nie last day tau. Haku pon tau lambat. Now haku tengah kener Migrain neh tapi gagahkan diri jugak buat posting neh sebab hadiahnyer lumayan beb. Harap ader la rezeki haku.*kelip-kelip mater*


Ini Link belog beliau Contest cuti-cuti Malaysia Boleh klik gambar tuh jugak nak ker Contest beliau.


so haku dah penuhi semua syarat yang diminta oleh Pn Penganjur dan harap penyertaan Haku masih diterima. Terima Kasih kerana meluangkan masa membaca entry ini. Salam Perkenalan dari saya untuk puan penganjur yang chantik itu.

psttt siyes cakap diyer chantek hoo..Model kau maner tak chanteknyer, Tak percaya pergilah belog Beliau.

Jom Cuti-Cuti Malaysia...




**Jommm join haku,kiter kayo sesamer.Jangan luper klik HB haku kat bawah neh tau.TQ dear ..!!**