Friday 26 July 2013

Sekadar renungan

السلام عليكم


Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

 

Salam Nuzul Quran kekanda adinda kesayangan..!!
Salam Jumaat yang barakah..
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.
 
 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Wednesday 10 July 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

السلام عليكم


 
 Kredit picture to gugel

Alhamdulillah, Terima kasih Allah kerana masih memberi peluang untukku menyambut ramadhan tahun ini...Maha Besar Allah atas segala limpah kurnia dan kasih sayangNya ku masih dapat melalui Ramadhan kali ini dan moga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir ku..

Ramadhan yang ditunggu kemaafan jua yang ku pohon..salah silap dalam menutur kata, menaip rasa yang mungkin menyinggung mana-mana pihak yang diluar kotak sedar ku..Dengan rendah hati ku mohon ampun dan maaf kepada semua rakan blogger dan reader CHINTA HATEY jika ku pernah lukakan hati kalian secara sedar mahupun tidak.


Ramadhan kali nie jom kita perbanyakkan amalan menambah pahala mengumpul tiket ke syurga Illahi.Moga kita semua mendapat lebih keberkatan dan Rahmat dariNya dibulan yang mulia ini.. 

Selamat menyambut Ramadhan semua..!!



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Tuesday 9 July 2013

Bicara Hati Tentang Hidup diusia 32 tahun

السلام عليكم

Alhamdulillah semalam genap usia ku 32 tahun. Alhamdulillah,Terima kasih atas ucapan dan doa dari kekanda adinda kesayangan,sahabat-sahabat,kawan-kawan,semua saudara dan adik beradikku melalui FB juga sms..Allah jua yang membalas kebaikan kalian dengan berganda.

Terima kasih Allah atas nafas yang Kau pinjamkan untukku.Terima kasih mak kerana melahirkan,membesarkan dan menjaga anakmu ini.Terlalu banyak yang mak lalui sendiri dan betapa haku telah banyak menyusahkan mak...ku amat kagum dengan ketabahan hati mak.

Terima kasih untuk kau yang bernama suami kerana menerima ku seadanya,menyanyangiku setulusnya dan menyintaiku sepenuhnya.

Terima kasih anak-anak mama yang sentiasa ada menceriakan hari-hari mama.Betapa mama bangga melahirkan kalian berdua.

Alhamdulillah..Alhamdulillah untuk kehidupan yang sempurna ini.Terima Kasih Allah.


8 July adalah hari kelahiran ku..hari haku dilahirkan oleh seorang ibu yang ohsem..

Selama 32 tahun haku hidup TIDAK pernah sekalipun haku merasa nikmat kasih sayang seorang ayah kandung. dan selama 32 tahun juga haku sangat membenci seorang insan yang bernama ayah..ayah adalah dendam buat haku..dendam adalah untuk insan yang bergelar ayah.

Haku sendiri tidak pasti malah langsung tidak mengerti kenapa ayah pergi saat haku dilahirkan.Berdosakah haku dilahir kan?Berdosakah haku hingga ayah pergi tak kembali?

Semakin haku dewasa semakin haku membenci ayah..semakin haku mengenali hidup semakin haku menyimpan dendam untuk seorang yang bernama ayah..perkataan "ayah" itu sendiri semakin menjauh dariku..malah dendam juga untuk mereka yang bernama lelaki..bagi haku sememangnya lelaki lebih banyak menyusahkan..!!

Haku pernah menulis rasa hatiku suatu waktu dulu disini..bicara hati buat abah

Dan disaat usiaku melangkau 32 tahun ku juga ingin menulis sesuatu untuk seorang yang bernama ayah disini..Ayah yang kugelarkan dia abah..


Assalamualaikum abah..

Abah apa khabar? Semoga hari ini abah sihat hendaknya.

Abah..ku tulis catatan ini kerna ku takut esok tiada lagi untukku..ku takut haku tidak punya lagi peluang untuk berbicara panjang dengan mu..

Abah...Maafkan haku abah kerana selama 32 tahun ini tiada sedikit pun rasa kasih dan sayang ku untuk mu..ku juga mohon maaf kerana selama ini ku sudah menyimpan rasa benci ,rasa dendam yang amat dalam untuk abah..Betapa kini haku menyesal kerana haku langsung tidak menyanyangimu dulu..haku terlalu membencimu hingga tiada langsung sekelumit rasa kasih dihatiku untuk mu..Abah, betapa kini haku sedar bahawa haku tidak layak untuk berdendam apatah lagi untuk menyimpan sekelumit benci sekalipun untuk abah.

Abah..selama ku hidup 32 tahun ini tidak pernah sekalipun ku menadah tangan menghantar doa buat mu..betapa berdosanya haku padamu abah..Maafkan ku abah kerana tenggelam dengan perasaan ku sendiri..betapa berdosanya haku padamu abah...maafkan aku abah..maafkan aku...maafkan anakmu ini kerana pernah menyimpan rasa dendam dan benci disudut hati.

Abah..Hampir 32 tahun haku menunggu mu diruang mata ku namun seringkali hampa menyelinap ruang waktu....walau aperpon yang telah berlaku antara kita..abah tetap akan menjadi insan yang kusayang hingga ke syurga..

Abah, andai disini didunia ini bukanlah tempat terbaik untuk kita dipertemukan, ku berharap di sana nanti kita dipertemukan jua....cukup hanya untuk anakmu ini mencium tanganmu dan mengatakan betapa haku rindukan dan sayangkan abah..ku rindu abah dengan rasa rindu yang amat dalam..ku maafkan semua kesalahan abah padaku dunia dan akhirat.

Dan untuk pertama kalinya dihari kelahiran ku ini akan ku hantarkan doa buatmu abah di setiap sujudku..Walau apepon yang abah lalui kini ku harap abah akan sentiasa di dalam Rahmat Allah SWT..dan dikejauhan ini ku mohon restu darimu abah dengan rasa rindu yang tidak bernoktah..


Terima kasih Allah atas rasa keinsafan yang Kau titipkan buatku.
Alhamdulillah,syukran jazillah.




"Tarikh lahir sewajarnya mengingatkan pada safar kita yang semakin hampir ke titik akhir... kerana sesungguhnya perjalanan menuju kematian telah bermula sejak kita dilahirkan.."







Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Friday 5 July 2013

Selamat Hari Kelahiran ADEQ.

السلام عليكم



Hari nie genap sudah adeq 3 tahun.
Alhamdulillah syukran jazillah.

Adeqlah kawan baik mama, adeq jugaklah kawan gaduh Mama..Adeqlah yang selalu berebut makeup dengan mama, yang selalu complain mama itu dan ini,yang suka suka hati cakap mama masak tak sedap,yang selalu kate mama cantik macam adeq..Adeqlah yang paling banyak cakap dalam rumah tue selain dari mama dan Hakikat yang nyata Adeqlah yang selalu buat mama tersenyum gembira, yang sangat pandai menjaga hati mama dan papa,yang selalu pujuk hati abang..yang sangat pandai buat lawak menghiburkan sesiapa saja yang mendengar keletah adeq..Ya Allah betapa bersyukurnya mama kerana melahirkan adeq.

Anakku membesarlah, membesar dengan sihat.Doa mama semoga adeq menjadi seorang anak yang solehah dan indah pekertinya, seorang insan yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindui, ilmunya diburu, nasihatnya diseru & tingkahlakunya ditiru....

Selamat Hari Lahir Anakku..!!
Cinta Hatey Mama hingga kesyurga..!! 




Ya Allah terima kasih atas kurniaanMu,
Terima kasih Allah kerana pinjamkan haku puteri yang sehebat ini..
Engkau lindungilah anakku dengan sebaik-baik perlindungan dan Engkau pinjamkanlah dia kepada ku selama yang mungkin Ya Allah.
Amen.

Doa mama akan sentiasa bersamamu dijaga dan tidurmu sayang..

Mama sayang Adeq Lillahi Ta’ala.
Sayang demi Allah.



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Thursday 4 July 2013

Kalau Dah Terluka, Parut Jua Akhirnya

 السلام عليكم

Tajuk takmo kalah...:P



Awal tahun lepas adeq jatuh waktu tengah main-main dengan abang..haku pernah hupdate kat sini http://faish5807.blogspot.com/2012/01/2012-yang-awesome-setakat-ini.html.

Dalam tengah dok seronok main dengan abang tiba-tiba adeq nanges sebab tergelincir kat simen..yerlah korunk berdua main bukan sebarang mainan..mau tak jatuh kalau buat ice skating dalam rumah siap pakai stokin bagai.Mama larang korunk buat tak tau jerk..elok jerk mama cakap "kang jatuh mama tak tahu yer " terus kedebuk adeq jatuh...masin sungguh mulut seorang ibu kann...hiks

Pecah jugak bibir adeq tue taw..


dan nie gambar adeq di usia 3 tahun..hasil berice skating dalam rumah akhirnya dapat lah parut kekal abadi di bibir adeq.Dah setahun berlalu,nampak gaya macam takmo hilang dah parut tue..nasib ler parut tue dok kat tengah-tengah bibir, idak ler nampak sangat walaupun sebenarnya nampak juga tapi tak berapa nampak sangatlah...hahahahaha....


takpe deq, luka di bibir orang nampak tapi kalau luka dihati tiada siapa yang tahu..nak nak kalau lukanya meninggalkan parut memang susah nak diubati.eh tetiba plak mak kau neh.sesuatu sangat kan..wakakakkaa..



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Hantar Anak Balik Kampung

السلام عليكم


Sebenarnya waktu korunk baca entry neh anak-anak sudah ku hantar pulang ke kampung.Haku ada seminar dekat KL.Abang terpaksa ponteng sekolah sebab takde orang nak hantar kan dia dan tengokkan dia di Teluk Intan nie. Maklumlah kami merantau disini, takde saudara pon.Haku siap buat surat resmi jugak ler hantar ker Tadika dia tue.Takmo pihak Tadika ingat anakku suka-suka ponteng tanpa sebab lah kan..sebab abang nie jenis rajin pergi sekolah so tak best lahh rasanya nak ponteng cenggitu jerk kan.

InsyaaAllah haku lepak KL sampai hari ahad..Hari isnin baru balik ambik kesayangan haku nie. Harap mereka baik-baik sajer di rumah nenek..


Ntah macam mana dengan adeq.Selalunya adeq tido malam menempek jerk dengan mama. kalau tak kaki mesti tangan dia atas mama, mesti nak sentuh jugak dengan mama.Nie terpaksa berjauhan plak, risau jugak mama takut adeq tak lena tidur..banyak hari pulak tue.Jangan anak-anak demam dan meragam udah ler..Tapikan silap haribulan mama dia pulak yang demam sebab rindukan anak-anak kann..hahhahaa..mak kan selalu over..:P




" Ya Allah,Engkau lindungilah anak-anakku dengan sebaik-baik perlindungan ya Allah,
dan Engkau permudahkan segala urusanku ya Allah..Amenn.."


 
Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Tuesday 2 July 2013

Resepi : Siakap Stim Taugeh

السلام عليكم


Dengar cerita ada orang tak suke makan taugeh..yer ker?
Tapi haku suka sangat makan taugeh tau..boleh jer makan taugeh buat ulam ratah-ratah kosong macam tue jerk..hari-hari makan pon tekak boleh jerk terima..takde hal punya..


hikhikhikk *gelakdulu*
Sebenarnya kan..sebenarnya resepi dia sama macam siakap stim lemon nun...ala yang pernah haku kongsikan resepinya dolu tue..sajer jerk ngengada nak ubah tajuk dia.Konar konar tang tue lah jugak..Korunk buleh tengok resepi nyer kat sini yer resepi siakap stim lemon simple

Cuma dalam resepi sebelum nie haku masukkan celery kan tapi yang nie haku guna salad jenis butTerhead tue..ntah macam mane nak mengejanya ntah.hiks.Belasah jerk lahh...


So biar mereneh semua bahannya..Ikan tue dibalik-balikkan supaya dua-dua belah isinya masak..Bila agak-agak dah masak,sebelum nak angkat tue baru haku masukkan taugeh nya.


Maka jadilah Siakap Stim Taugeh...ngehngehngehh
Tue dia bersepah taugeh kater ko...:)

Terus siap menu 2 in 1..Pakej ikan sekali ngan sayur nya..
pemalas sangat kan hakak nie..:P


Ada extra kuah untuk memenuhi kehendak tekak berhantu haku neh...
Haku memang sajer buat kuah dia banyak sebab nanti buleh hirup-hirup...tue pon berebut ngan si kecik tue nak hirup kuah jugak.Dia dapat mangkuk tue langsung dah tak kasi mama dia dah.


Bagi haku yang penggemar taugeh neh compom ler rasenya sedappppppppppppp...!!!


 

Info dari en Gugel :

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas..





Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~

Monday 1 July 2013

Hadiah Hari jadi in advance

السلام عليكم


Ntah aper nama benda alah nie ntah.
Al-Maklum ler zaman hakak dolu non hado benda-benda macam nie..
kami main tarik upih jer..mehmehmehh..
so haku namakan benda nie "menda alah" lah yer...:P

Si abang yang dok sibuk la nak menda alah nie sebab dia ada tengok kawan dia main.
So janji lah ngan dia nak beli kan untuk dia masa besday dia nanti.


Udah janji nak belikan masa besday dia makanya hari hari lah dia dok tanya
" hari nie besday abang tak mama?"

Hari-hari okeh soalan yang sama taw..lemas mak
menggelupor jugak telinga mak kau nie mendengornyer tahuk..


awek ranggi tengah posing...kan posing tak agak-agak siap muncung molot tak menahan..hahhaa.

5 hb nie besday Adeq..tapi masa tarikh tue haku hantar anak2 balik kampung sebab haku nak pergi kursus 4 hari. Makanya belilah dulu hadiah untuk adeq. Dah beli kat adeq haruslah beli untuk abang nya jugak kan walaupun besday abang bulan depan kekdahnya..

si Adeq skunk nie memang semua barang dia,dia nak color pink..tengah fanatik gila dengan color pink..kite layan kan ajer ler..


Dah dapat tue kemaen hepy lagi lahh..tetiap petang kalau ambik diorang kat Taska lambat kemaen bising lagi mulut abang membebel. Dia risau takut tak sempat nak main menda alah nie kat luwor umah..kang pukul 7 haku dah bising suruh masuk umah dah..tue yang dia risau sangat tue kalau balik lambat..nak main punya pasal lah kan...:)

Haku beli menda alah nie dekat kedai basikal.RM 60 hengget jerk so beli dua RM120..bagi haku ocaylah takdelah mahal sangat..tapi haku buat jugak servey dolu memula tau..

Ada kedai yang jual RM 80 hengget..nasib haku tak beli kat situ kan..kalau tak rugi jugak haku 40 hengget..tapikan dua kedai tue jerklah haku servey pon hikhikhikk...

ntah2 ader lagi tempat yang jual murah kann...tapi takpelah tak kisahlah..itu pun dah murah dah kot...*naksedapkanhatisendiri*

eh ape nama menda alah nie yerk?
kesian kat mak yang ketinggalan zaman nie..:P



Thanks for dropping in, Have a nice day alls..!!


~CNN~